SIAPA DIA SIAPA KITA
Berpantung dengan hati walang, Ketika seorang hamba meninggal; Apalah hati apalah hilang, Apalah pulang apalah tinggal?
Ketika seorang hamba meninggal, Saya menjawab sukalah hati; Nyawalah pulang iman tinggal, Ma’rifat hilang lepas mati.
Hamba berpantung sukalah hati, Bertanya tuan saling berhadap; Apa hidup tiadalah mati, Apa mati tiadalah hidup?
Berpantung dengan sukalah hati, Menjawab tuan saling berhadap; Tiap-tiap hidup itu mati, Tiap-tiap mati kemudian hidup.
Berahi pantung sukalah hati, Hamba pun tahu itu makna; Ertikan haqiqat hidup mati, Mendapat belajar dengan sempurna.
Berpantung haqiqat hidup mati, Ertikan benar dengan hadap; Nyawa mu hidup tiada mati, Tubuh mu mati tiada hidup.
Minta maaf tuan semua, Hamba berpantung harap balasan; Ertikan sunggu jangan kecewa, Apa haqiqat Allah dan insan?
Menjawab pintu taqliq, Maknakan sunggu dengan apa; Haqiqat Allah itu Khaliq, Haqiqat makhluk itu manusia.
Menjawab pantung dengan nyata-menyata, Ertikan benar dengan mufasil; Haqiqat Tuhan wujud berkata-kata, Haqiqat manusia itu insan kamil.
(Pantun yang di petik oleh saudara Mohd Fuad)
Jawapan kepada persoalan yang di atas :
“.....AKU TIDAK ADA,
YANG ADA HANYA DIA”,
kata sakti wahai rastana,
bagi mereka yang ingin fana,
menjelajahi erti rahsia,
empunya diri zatNya asa,
merasai akan kebenarannya,
merasai akan nikmat wujudnya,
bukan lidah mengucap ia,
hanya hati tuntun Dia,
bukan hakikat telah menjelma,
hanya shariat telah sempurna,
bukan cerah langit putihnya,
tapi bulan sinar wajahnya,
bukan pungguk rindukannya,
tapi rembulan menyeru manja,
bukan kasih tiada nyata,
hati masih belum dipuja,
bukan seri penyeri muka,
ayat tok pawang berkata adanya,
bukan kitab habis dibaca,
hanya berkat gurunya jua,
bukan kalam habis tintanya,
tapi penyair dah balik rumahnya,
bukan dukun tiada ada,
sibuk mengubat anak buahnya,
kata orang diruang tamunya,
sianu disampuk hantu raya,
wahai rastana ketahuilah ia,
jika kau kenal maksud cerita,
bererti kau sudah menyedarinya,
hakikat akan kebenarannya,
kataku ini seratus semuanya,
kosong lapan pelengkap aksaranya,
menyatu dikesedaran dirimu jua,
kekosongan hakikat membawa matinya,
pada dirimu itulah jatinya,
ilmu mengenal pesada Tuhannya,
inilah makrifat yang sejati adanya,
tiada AKU MENYINTAINYA
hanya DIA YANG DICINTAINYA"
"YANG ADA HANYA DIA,
itulah Aku wahai rastana,
ganti namamu wujud diriKu jua,
ganti adamu itu sifatKu jua,
nyata sifatmu bayanganKu jua,
zahir dirimu,
kenyataan Aku jua,
Aku segala kehendak yang ada,
menyatakan diriKu sementara sahaja,
selagi Aku masih berada,
selagi itu kau tetap ada,
kau hanya pemegang rasa,
penzahiran rupa tajjali Akunya,
menyatakan rahsia kejadian makhluknya,
menyatakan akan esaKu jua,
anekarupa makhluk yang ada,
ekarupa jua hakikatnya,
dimana saja kau suakan muka,
pasti kau lihat penuh wajahKu semua,
menjadi pelindung kesementaraanmu sahaja,
agar kau tetap jadi pelakunnya,
diatas dunia pementasan hikayatnya,
itulah Aku tiada dirimu jua,
pastikan benar tiada dusta,
tiada kebenaran yang mendua,
tidurnya Aku ketika kau jaga,
hilangnya Aku sedar kau adanya,
amatilah ini permata kata,
hikmahnya jua sentiasa nyata,
seperti kata pendita jugra,
bunyinya ada kilatnya nyata,
katakanlah hai rastana mulia
AKU TIDAK ADA YANG ADA HANYA DIA."
(RMPGAKAW)
..... seloka berpesan lindung jawapan,
kajilah buat tingkah persoalan,
Dialah TUHAN jualah INSAN,
kita semua hanyalah kesan.....
teruskanlah wahai putera semua,
hamba meningkah bila masanya,
andai persoalan mengganggu jiwa,
hamba sedia merungkai seadanya….
Malenka Sri Elang PSA - fb Malenka Sri Elang Agastyar
21062013
Ulasan