INSAN

Pelbagai Qalam sudah disurati,
Dalam fahaman tamadun sendiri,
Membawa maksud celahan Abadi,
Tatkala manusia sendiri mencari....

Sudah tahu akan turutan,...

Boleh jadikan dalam susunan,
Tertib akan mengikut peraturan,
Dalam setiap langkah caturan....

Gerak geri ikut sembahan,
Serba serbi berjuta imbuhan,
Satu kata berbagai pukulan,
Tanpa tahu secebis pedoman....

Hakikat budhi menjadi telahan,
Bukan diambil sebagai panduan,
Tiadalah guna di masa hadapan,
Itulah rupa nyatanya INSAN...
 

Ulasan

Catatan Popular