NAGARHA 3 ( sambungan )

 
"Ketahuilah anak-anakku, kita ini duduk hanya sementara waktu. Tiada siapa tahu antara kita siapa yang mati dulu. Janganlah diantara kita ini tidak menunaikan tanggungjawab dan tidak membuka segala RAHSIA yang amat besar ini. Janganlah di katakan Malaikat, Para Dewa termasuk seisi Alam tidak mampu melaksanakan tugas atas PEMEGANG RAHSIA ini" Itulah kata-kata Tun Dermadewan Senukala pada mereka ber...empat sewaktu mereka bertemu dengannya.

Kelu lidah mereka kerana inilah pertama kali berjumpa dengan seorang yang mempunyai BADAN CAHYA. Berkilauan dan tidak boleh disentuh badannya. Merwka telah dibawa oleh Si Peniaga tadi kesebuah tempat yang jauh dari bandar. Terpaksa menyelusuri hutan dan paya untuk berjumpa dengan Tun Dermadewan.

Bukan itu sahaja, mereka juga telah diuji oleh Resi Mula Derair dengan Ilmu Benteng Diri dan juga Mantra Sakhti. Hati siapa yang tidak gundah memikirkan akan ujian serta halangan ini termasuk Si Wulung. Hanya HATI yang BERSIH, tiada SIFAT NODA yang bisa menepis ujian ini. Dalam ujian itu, rupa-rupanya Wulung Cinggal mempunyai Tongkat yang diperbuat Tanduk Kuda. Nama tongkat ini Bhima Alam Sakhti. Dan tongkat inilah yang telah diISIkan KUASA oleh Resi Mula Derair untuk berbakti kepada Wulung.

Bakami pula mempunyai sebilah PEDANG yang berwarna UNGU cahyanya. Digelar Pedang Atma Utama. Diperbuat dari unsur PLATINIUM sebuah unsur alat persenjataan dari Alam Dewa.Sunan pula memiliki sebusur panah dan juga anak panah yang diperbuat dari Petir dan Air Mata Ikan Duyung. Berwarrna merah dan sejuk jika dipegangnya. Digelar senjata ini Cakra Jantan Cahya. Dan yang terakhir senjata pada Karto. Inilah senjata yang paling hebat, bisa menghancurkan gunung yang besar didepan mata sekelip sahaja. Berupa seperti tongkat, tapi buatannya memang misteri.

Sebelum mereka berangkat ke NAGARHA itu, Tun Dermadewan Senukala menyerahkan 4 jenis kain yang berlainan warna pada keempat sahabat itu. Diajarkan kepada mereka CARA LIPATAN dan CARA SEPOH untuk disempurnakan pemakaian. Iaitu TANJAK....

Ulasan

Catatan Popular