NAGARHA 4 ( sambungan )

 
Maka berangkatlah keempat-empat sahabat tadi menuju DESTINASI ASAL mereka setelah berjaya mengharungi pelbagai bentuk cabaran. Kali ini mereka telah ditemani oleh Resi Mula Derair serta Adi Goro Temuluang. Fizikal Sang Adi ini serupa dengan Wulung, tetapi lebih besar badannya dan penuh dengan kesan calar-balar.

Telah diberitahu oleh Tun Dermadewan sebelum ini bahawa Adi Goro dulu adalah seorang p
ahlawan untuk sebuah kerajaan Siluman yang dikuasai oleh Sang Raja Kuyut Rindah. Akan tetapi Sang Raja ini telah menunjukkan beberapa sifat keBATHILan pada rakyatnya, Sang Adi ini telah mengundur serta menghilangkan diri dari baginda. Sehingga beliau bertemu dengan Tun serta Resi yang mengajar tentang Ajaran Purba Malayana padanya.

Dalam perjalanan itu, Resi Mula Derair telah menjadi tempat rujukan pada mereka. Pelbagai persoalan serta kemusykilan yang timbul didalam hati mereka. Resi ini dahulu memiliki kehidupan seperti Makhluk Normal, tetapi apabila melihat macam-macam bentuk kemusnahan yang berlaku di depan matanya maka beliau pergi menyendiri. Melakukan MEDITASI MENCARI KETENANGAN DIRI..

Tiba-tiba.....dalam pertengahan perjalanan ini mereka diserang hendap oleh segolongan bangsa yang kejam dan rakus.Bangsa ini memang diketahui sukar untuk berunding dan ia digelar bangsa JATARAJASA pecahan dari Kerajaan Siluman payungan Raja Kuyut Rindah. Pendek, berhidung kemek, bermata sepet dan bersenjatakan kerambit.
 
Masing-masing dalam keadaan siap sedia menghadapi serangan musuh ini. Setiap penjuru mereka sudah dikepung, mungkin tidak menjumpai jalan keluar melainkan menewaskan bala tentera Siluman itu sendiri.Adi Goro mulai langkah awal dengan memulakan serangan KOSONG pada tentera itu....

Rupa-rupanya Tentera JATARASA ini telah diisikan dengan SIHIR HITAM. Adi Goro mencuba bacaan Mantra Sakhti untuk menu
mbangkan tentera-tentera ini tetapi tidak berjaya. Cubaan pertama sehingga kali ketiga pun masih tidak berhasil. Maka, keluarlah masing-masing SENJATA yang telah dipersiapkan oleh Tun Dermadewan Senukala dahulu.

Terpancarlah cahaya pelbagai warna dari ATMA, BHIMA, CAKRA serta senjata misteri kepunyaan Sang Karto ini. Tentera JATARASA rasa gelisah dan takut dengan cahaya tadi. Tetapi mereka tidak berganjak malah ingin melancarkan serangan muktamad terhadap kumpulan Si Resi ini.

Dalam keadaan itu, tiba-tiba 'tongkat misteri' kepunyaan Karto berGETAR' dan berGERAK sendiri menuju ke arah benteng Tentera JATARASA itu. Habis satu persatu tentera tumbang akibat pukulan yang hebat dan berKUASA itu. Tetapi belum masih ada keputusannya siapa yang menang atau kalah.

Tanah yang menyaksikan pertempuran ini diberi nama ASARA YALA.
 
 

Ulasan

Catatan Popular