The Lost Tribe ( Bangsa yang hilang ) part 1
Oleh: Dravara Vati Artikel salinan: fb Winda A Terdapat satu kisah yang diambil dari piring-piring Nephi (Small Plates of Nephi) tentang perjalanan seorang individu bernama Lehi, keluarganya dan beberapa orang yang lain meninggalkan Jerusalem sejurus sebelum kejatuhan Kota tersebut ketangan kerajaan Assyiria/Babylon ke suatu tempat yang dinamakan Tanah Yang Dijanjikan, (The Promised Land). Para sarjana bercanggah pendapat tentang lokasi sebenar Tanah yang Dijanjikan ini. Beberapa teori berpendapat bahawa lokasi tersebut adalah Amerika namun Ralph A Olsen, yang menulis buku The Malay Peninsula As The Setting For The Book Of Mormon, berpendapat bahawa Tanah Yang Dijanjikan tersebut adalah Semenanjung Tanah Melayu. Berkaitan dengan teks Kitab Mormon. Saya telah membuat beberapa pengubahsuaian, seperti menggerakkan Sungai Sidon di barat supaya ia bersesuaian dengan Sungai Ta Pi di Thailand. Saya rasa langkah itu dibenarkan kerana peta John Clark mempunyai Sidon berjalan menanjak melalui pa