CERITERA DIRIMU ANAK MELAYU

CERITERA DIRIMU ANAK MELAYU

…..macam mana hendak bermula, di hantok-hantok  terngadah juga, apa di kata tiada percaya, bahawa semua sudah terpedaya…
 
renunglah kita sejarah lalu, bermula dengan berdiri kaku, lahir kita dari perut ibu, jadi kita yang setitis nafsu....
 
arah kita renung belakang, jangan di tanya esok mendatang, harta dunia yang kita tatang, tak kira apa asalkan wang....
 
rezeki dituai hasil ijazah, ada yang tanpa sijil sekolah, hari berganti nafsu serakah, kais siang malam berjuadah.....
 
masa belajar di limpah cerita, sains matematik sejarah bahasa, geografi pula bumi yang ada, didikan chekgu jangan dilupa.....
 
semua belajar petang dan pagi, tambah pula ilmu mengaji, khatam Qur'an pedinding diri, ayat lazim solat di diri....
 
kecil rendah remaja menengah, khayal dan nakal bahaya menadah, sedekad berulang rumah sekolah, demi mengenggam segulung ijazah.....
 
menangis meniarap susu di sua, merangkak berjalan dah rasa bangga, berlari bertutur kenal bahasa, jadi kebanggaan ibu dan bapa......
 
dibisik azan qamat di telinga, tanda datangmu dalam agama, tapi ingat mulamu jadinya, nafsu romantis ibu dan bapa.....
 
keluar kepala bersalin biasa, ceasarean pula yang degil katanya, semua kaedah bertarung nyawa, hebat ibumu besar jasanya.....
 
mata mulut hidung dan telinga, tangan dan kaki bentuk asasnya, makan dan minum di tali pusatnya, ibu kandungkan 9 bulan lamanya.....
 
2 purnama datanglah nyawa, dari DIA yang maha Esa, antara agama dan juga bangsa, mana satu tertulis azalinya?....
 
mulia mana kejadian kita, dikatil ada di lantai boleh juga, hanya setitis air pekat yang tiba, membentuklah jasad menunggu nyawa.....
  
lahir melayu sudah direncana, oleh DIA yang bijaksana, agama pula lain cerita, pada bapa yang menyambut kita…..
 
Melayu isi dalamnya kita, mungkinkah  ia berkait nyawa?, Islam kita kerana bapa, turunan dia berkurun lamanya…..
 
bangsa sudah ditentukan DIA, pegangan syariat pilihan kita, kalau nyawa dah kenal DIA, maka Islamlah pilihan sempurna……
 
jangan pula kamu tak percaya, Melayu sudah lama di dunia, sebelum ada kita manusia, Melayu itukah namanya dewata? …..
 
tilik dan renung kitab yang ada, apa cerita mana hikmahnya, sudah resmi Melayunya kita, dalam hakikat cari kebenarannya…..
 
malang sungguh anak cucu yang ada, bangsa di jajah sekian lamanya, portugis belanda inggeris melata, terlupa pula arab pun sama….
 
semua mereka satu kepala, mengajar kita siapa mereka, di sanjung dipuja setiap masa, dikata melayu lemah dan lupa…..
 
resmi melayu merendah diri, simpan amarah termakan budi, cerita di karang abdullah munsyi, talibarut penjajah yang lupa diri……
 
hadir pula dakwah syariat, dengan mudah didakap erat, kerana Melayu sudah berhakikat, dibimbangi pula takut tersesat……
 
timbul pula usul cerita, sebelum islam hindu lah pula, konon itu pusakanya kita, sedangkan Melayu dah lama beragama……
 
hidup berTuhan itulah kita, sebelum datang semua agama, syariat di ajar benteng semua, dibawa mereka yang kasar belaka…..
 
tak payah di ajar padanya kita, hormat yang tua sebati di dada, sopan dan santun pekerti semua, sayang seluruh makhluk yang ada……
 
ibadat kita adalah tapa, kenali diri mencari DIA, sudah ketemu di alam abdinya, hadir DIA binasalah kita…..
 
syariat mengajar kalimah syahadah, solat berpuasa zakat fitrah, naik haji lengkap ibadah, tapi hati kesumat tak sudah……
 
Melayu bersarang di hati nurani, rukun yang enam memang sebati, rukun yang lima tanda berbakti, tiada upah ikhlas di hati……
 
rukun melayu lima adanya, pancasusila jadi pegangannya, mengorak langkah sebatikan ia,  bermula kenal dan cinta Tuhannya…..
 
Raja memerintah ditaat setia, berkorban pula demi bangsa, pada pertiwi baktinya kita,  mudahan berguna pada Negara…..
 
Adat Melayu adat Beraja, taat dan setia pada Rajanya, kasihi bonda hormati ayahanda, yang lain pula disayang semuanya….
 
Pantang Melayu tiga perkara, janji dilafaz mungkiri tiada, berdolak dalik itu petanda, nafsu meraja hasad dengkinya…..
 
halus melayu rendah dirinya, balasan berbudi mengharap tiada, apa yang datang terima semuanya, ikhlas berbakti demi Paduka…..
 
demikian sedikit barang cerita, hamba berpesan kepada yang baca, tahu rasa dan jadi itu lah dia, melayu sejati bangkitlah semua….
 
pesan berpesan tugasnya hamba, menyampai fahaman pada semua, andai terkasar jangan lah terluka, kerana hamba manusia cuma….
 
bangkit melayu menyentak dunia, agama terbela dengan sempurna, kerana memang sudah resminya, setiap Melayu Islamlah agamanya…..
 
bani Tamim bahasa arabnya, dari timur bangkitlah bangsanya, diakhir zaman kan tiba masa, mereka inilah yang menguasai dunia……
 
Ta dan Mim huruf jawinya, Tanah dan Melayu itu ejaannya, bani pula ertinya bangsa, kenapa Melayu tak mahu berbangga?....
 
sedarlah ini amanah semua, dari DIA yang punya kuasa, mahu kita menjaga dunia, dengan hikmah dan bijaksana…..
 
kenapa tidak kita terima, amanah dan fitrah dibatu jemala, dunia dah hancur agama tercela, akibat nafsu manusia durjana….
 
Kini masanya telahpun tiba, Paduka dan Raja memuliakan kita, tugas menjaga sekelian manusia, hidup aman sentosa adanya……
 
andai salah bagi ku tak mengapa, membebel aku apalah dosa, menjadi melayu aku berbangga, berkhidmat seikhlas demimu Paduka…..
 
terima kasih buat semua, mudahan di baca faham hendaknya, harapan yang tinggal sedikit cuma, kesedaran semua kian menjelma…..
 
Malenka Sri Elang
PSA 04082013
https://www.facebook.com/notes/malenka-sri-elang-agastyar/ceritera-dirimu-anak-melayu/165192027012613

Ulasan

Catatan Popular