Ulama Melayu Buddha dan Ulama Melayu Islam



"Maulimalaraja" - bermaksud "Raja Orang Melayu" di era Melayu Buddha

Ketika era Buddha,orang Melayu melahirkan bikkhu,sami dan pendeta bertaraf antarabangsa sehingga menguasai 'Yoga Tantra'.Yoga Tantra inilah yang dicari oleh Atisa,seorang pendeta dari Tibet.Beliau sanggup berlayar dari Tibet ke Sumatera semata-mata mahu mendalami hakikat pertapaan Yoga Tantra ciptaan Melayu Sriwijaya.Sehingga apabila beliau pulang ke Tibet,beliau telah mengasaskan aliran Buddha yang baru iaitu yang kini dianut oleh sami-sami di Istana Potala,hasil pembelajarannya dari pendeta-pendeta Melayu.


Ketika orang di Tanah Jawa masih belum mempunyai kerajaan,telah terbina kuil Buddha paling terbesar di dunia,Borobudur.Ketika ini,kuil-kuil Buddha di China amatlah kecil dan sami-sami di sana hanya mampu mengukir patung Buddha di gunung-gunung,yang paling terkenal ialah seperti di Lesyan.Namun satu tamadun yang agung telah berjaya membina satu binaan yang kreatif dan menakjubkan.Sebab itu raja-raja Srivijaya menghantar para pengukir dan tukang batu mereka kepada Maharaja Cina untuk membaiki kuil dan membina candi-candi sebagai menjalinkan hubungan diplomatik.Seorang raja Srivijaya yang bernama Cudamanivarman telah menghadiahkan sebuah loceng yang dinamakan oleh Maharaja China sebagai “Kehidupan Seribu Tahun Yang di Anugerah dari Syurga”.Orang-orang Melayu Srivijaya juga telah dipanggil oleh Maharaja Cina bagi membaiki candi-candi di sana misalnya pada tahun 1079 tercatat di kuil Taois di Kanton nama seorang  pembesar dari Srivijaya yang bernama Ci-lo-lo (Chi-lo-lo) yang dihantar oleh Maharaja Srivijaya yang bernama Divakara untuk membaiki kuil tersebut.Maharaja Cina itu memberi gelaran kepada Maharaja Srivijaya itu sebagai “Jeneral Agung”.Betapa manisnya hubungan antara Maharaja Cina dan Maharaja Melayu Srivijaya pada masa silam.


 Pada tahun 1409, Parameswara yg memulakan zaman Kesultanan Melayu Melaka telah memeluk agama Islam dan menggunakan nama Parameswara Iskandar Syah.-info

Ketika era penyebaran Islam,bahasa Melayu adalah bahasa agama Islam di Nusantara,dan tulisan Jawi juga dicipta berasaskan bahasa Melayu.Sehinggakan untuk mempelajari Islam di Asia Tenggara pada masa dahulu,mesti tahu bahasa Melayu dan Arab.Orang Melayu dan bahasanya menjadi asbab hidayat kaum-kaum Nusantara termasuk orang Siam dan Tausug.Orang Siam diIslamkan oleh pendakwah-pendakwah Champa,Patani dan semenanjung manakala orang Tausug misalnya diIslamkan oleh pendakwah Melayu Johor keturunan Arab.Untuk ikram (muliakan,melayan) kaum-kaum ini,orang Melayu berlembut hati malah berkongsi kekayaan buminya kepada kaum-kaum yang dahulunya menjadi lanun atau orang gasar.Orang Melayu dan sifat tolak ansurnya yang tinggi mentamadunkan mereka sehingga sama-sama menghirup nikmat iman dan Islam.
Salah seorang Ulama Melayu Tuan Hussein Kedah Al-Banjari.-kenali beliau klik sini

Ketika era Islam,orang Melayu tetap ke hadapan melahirkan ramai ustaz,ulama dan mufti dan ini diakui oleh ulama Mesir bahawa 'jika mahu belajar agama Islam dengan sempurna,disyorkan belajar pada ulama-ulama Arab,namun jika mahu lebih mendalami agama Islam,disyorkan belajar pada ulama-ulama Melayu'.Ketika bangsa Melayu beramai-ramai meninggalkan agama menyembah patung tak bernyawa,orang Tai,Khmer,Burma dan sebagainya masih mengamalkan agama nenek moyang di mana agama mereka itu sendiri diajarkan oleh orang Melayu beribu tahun dahulu.Ironinya,Orang Melayu kini sudah sinonim dengan Islam,sehingga wujud,dogma yang menyebutkan bahawa jika masuk Islam,maka masuk Melayu.

sumber; petikan dari http://mistisfile.blogspot.com

Ulasan

Catatan Popular