FALSAFAH MELAYU
FALSAFAH MELAYU - NUKILAN RADEN MAS PRABHU GUSTI AGUNG KI ASMORO WIDJOYO MAHASIDDHA @ LORD KAMAL ASHNAWI (LKA) @ TUANKU KAMAL ASHNAWI (TKA)
MELAYU ITU ALAM, DUNIA PEMIKIRAN KETUHANAN, BUDAYA YANG MEMERINTAH
PENGENALAN
Mengenal Melayu bererti mengenal kulit dan isinya dan bukan sekadar mengenal diri orang Melayu itu dan budayanya bahkan harus menyusur lebih jauh dalam mengenal akan tunjang dan pucuk citranya serta repisan dan serpihannya sehingga kini. Disini mengenal Falsafah Melayu itu bererti mendapatkan hakikat erti sebenarnya siapa dan apa itu Melayu. Walapun terdapat pelbagai opini dan tafsirkata yang menyatakan apa itu Melayu namun ianya masih belum sempurna kerana Melayu itu belum lagi dapat dikamuskan dalam pemikiran orang Melayu sebagai satu asal dan usul dirinya orang Melayu ZAHIR dan BATINnya itu serta kehidupannya sebagai orang Melayu.
Mengenal Melayu bererti memahami keseluruhan warisan ketamadunannya yang kini telah lupus hilang akibat perubahan zaman dan perubahan budaya serta akibat berlakunya migrasi atau pengaruh budaya luar kedalam lingkungan masyarakat Melayu. Maka pengenalan diatas Melayu seharusnya dan sepatutnya berfalsafahkan kedirian orang Melayu itu sendiri serta ketamadunan dan budayanya yang asli dan bukan fakta kefalsafahan yang terujud hasil dari kenyataan yang telah dirobah dan penulisan yang di sunting mengikut fakta kajian dan pandangan dari mereka yang bukan ahlinya.
Pada hari ini masih ramai dikalangan orang Melayu yang masih jahil dan tidak memahami akan ertikata Melayu kerana beranggapan erti Melayu yang diterima oleh masyarakat yang ada hanya ditafsirkan dari sudut dewan kamus bangsa yang bukan bangsa Melayu dan mengikut fakta sejarah yang dikaji dan ditulis oleh mereka yang bukan ahlinya serta meluruti usul bangsa mengikut pengkajian antrofosofi yang mana berdasarkan pengilmuan barat membataskan Melayu itu diatas struktur genetik fizikal sahaja tanpa mengambil kira akan keruhaniannya. Melayu harus dilihat atau manusia itu sendiri harus dilihat bukan sahaja dari sudut proses “PHYSICAL MIGRATION” tetapi juga dalam bentuk “SOUL MIGRATION”nya kerana keduanya saling diperlukan untuk membentuk diri manusia itu sendiri.
Memahami akan teori evolusi, kajian yang dibuat hanyalah diatas fakta perubahan fizikal manusia itu yang mengalami proses peerubahan itu, dari satu bentuk ke bentuk yang lain contohnya bermula ras manusia dari HOMO ERECTUS sehingga berubah menjadi spesis yang dikenali sebagai “HOMO SAPIEN” iaitu manusia yang dikenali sekarang ini. Namun begitu masih terdapat “MISSING LINK” yang menjadi permasaalahan perkaitan fizikal evolusi yang mana membuka ruang untuk cerapan teori lain untuk mengisinya.
Dari sudut keruhaniannya pula tiada banyak pengetahuan tentangnya hanya sekadar kutipan fahaman dan pembuktian penulisan yang didapati raihan kitab-kitab agama serta kajian teologi sedunia. Namun itu semua masih banyak kesamarannya kerana sebagaimana fizikalnya manusia itu melalui evolusinya tersendiri maka dalam bentuk keruhanian pasti jua mengalami evolusinya namun tiada pembuktian perbezaan atau perubahan yang diceritakan seolah-olah tiada identiti yang berbeza memisahkan antara satu bangsa dengan bangsa yang lain dalam bentuk keruhaniannya. Jadi, pengevolusian fizikalnya harus jua selari dengan keruhaniannya kerana jika hanya fizikalnya berubah, keruhaniannya tidak, bagaimana pula kedudukan nilai moral, budaya serta pemikiran satu-satu bangsa itu ternyata terbeza antara satu dengan yang lain.
Maka disini hendak ditekankan jika kita hendak memahami secara keseluruhan orang itu dan bangsanya harus kita mendapatkan butir-butir identitinya secara ZAHIR dan BATIN kerana jika ditinggalkan keruhanianya maka kita hanya mendapat identiti yang sama didalam kehidupan bangsa manusia dan nescaya jika sama semuanya keruhanian itu maka tidak perlu banyak agamanya, kepercayaannya, kefahamannya serta falsafah kehidupannya. Inilah yang hendak dipaparkan apabila membincangkan Melayu itu, ia harus didalam dua konteksnya iaitu ZAHIR dan BATINnya.
Setiap pembukuan akan pengenalan Melayu yang sedia ada terdapat banyak kepincangan dalam konteks penjelasannya. Para penulis dan ahli akademik sendiri didalam mentakrifkan Melayu itu banyak bersumberkan pandangan orang barat dan dari mereka yang cuba menjadi “AUTHORITY” Melayu dimana mereka membuat andaian mereka sendiri tentang apa dan siapa Melayu itu. Adalah amat mengecewakan jika dilihat fakta tertera yang rata-rata hanya merendahkan martabat Melayu serta menghina kewibaan orang Melayu dan budayanya sehingga kita sebagai orang Melayu hari ini hanya menjadi hamba abdi kepada mereka kerana terpasung dalam konsepsi mereka dan mengakuri kenyataan mereka tentang apa dan siapa Melayu itu.
Kita orang Melayu digenerasi terkini terhimpit sudah dan dibiuskan pemikirannya dan tiada dibenarkan untuk menyuarakan rasa hati dan membuahkan fikiran hasil penilikan dan pengamatan sendiri berumbikan hak kita sebagai orang Melayu dan akibatnya kita orang Melayu tidak dapat bangun dan tegak bersuara sebagai bangsa yang perkasa, hanyalah sebagai kuli dan hamba yang hanya menjayakan doktrin dan ajaran ketuanan bangsa asing yang telah menyerap, meliputi dan menjadi darah daging kita.
Ini adalah benar jika kita mahu menerima hakikat bangsa kita hari ini. Orang Melayu pada generasi kita hari ini sudah hilang jati dirinya, sudah hilang akar umbinya, sudah hilang punca kegemilangan zaman silamnya, sudah murah harga dirinya kerana orang Melayu sekarang ini adalah MELAYU HAMBA dan bukan MELAYU TUAN. Maka dimanakah ketuanan orang Melayu itu sebagaimana yang sibuk dilaungkan oleh pelbagai pihak dari pelbagai lapisan dan dimanakah kedaulatan orang Melayu itu jika orang Melayu yang ada kini hanya berbudayakan budaya bangsa yang menjajahnya tiada kira dari segi budayanya dan pemikirannnya. Ternyata hanya budaya TUANnya bangsa penjajah tercerna didalam acuan dirinya dimana didalam setiap aspek dirinya tercermin dan tersira aspek TUANnya bangsa penjajah itu sehingga hidup dan matinya orang Melayu itu tetap dalam hukum doktrin dan ajaran bangsa penjajah, TUANnya yang mulia dan disanjungnya.
Sampai bilakah kehendak kita dinafikan demi menyatakan Melayu dalam persepsi kita sendiri? Sampai bilakah semuanya itu dapat dijadikan kenyataan? Sampai bilakah pula orang Melayu yang ada kini harus hidup tanpa integritinya, tanpa identiti Melayunya dan haruskah selamanya bertaut dan berselubung dengan budaya penjajah? Takkan sudah didalam era kemerdekaan ini masih tetap kita orang Melayu dijajah oleh mereka. Kita secara tubuhnya sudah bebas dan tidak lagi menjadi boneka kehambaan bangsa penjajah namun pemikiran kita masih tetap terbelenggu dan dipaku dengan ideologi mereka dan falsafah kehidupan mereka sehingga kita menjadi malu mengatakan diri kita ORANG MELAYU. Kita takut akan bayangan Tuan kita bangsa penjajah akan membuang kita sebagai hamba tidak bertuan dan tidak mengiktirafkan ketaatan dan kesetiaan kita pada mereka. Nescaya kita akan dikutuk oleh TUAN kita bangsa penjajah itu. Kita orang Melayu malu akan dirinya, malu ZAHIR DAN BATINNYA MELAYU.
Akibat tersandong dan terkena hikmat bangsa penjajah, kita orang Melayu sudah jauh dari paksi dirinya dan kejatian dirinya. Akibat pengdoktrinan mereka serta ajaran yang menjadi rukun hidup kita orang Melayu, maka menjadilah ia satu penyakit yang membusong dan menguntut didalam masyarakat sehingga menjadi ia kekemelutan masaalah sosial dan psikologi orang Melayu hari ini. Sebenarnya ia bukanlah masaalah baru tetapi sudah berakar umbi semenjak dijajah oleh bangsa lain yang menyebarkan doktrin serta ajaran budaya mereka yang sememangnya tidak sinonim dan tiada asas kemelayuan yang menjadi teras dan fondasi doktrin mereka.
Melayu kini dianggap memiliki penyakit sosial dan psikologi dan ternyata amat kronik kedudukannya pada pandangan setengah ahli pemikir dan penemu jawapan akan permasaalahan itu kerana terdapat pelbagai kes keruntuhan moral dan kepincangan masyarakat yang ditemui. Ramai yang cuba meng-diagnos-kan nya dengan metodologi yang dipelajari dari bangsa lain dan memang ada keberkesanannya namun ianya tidak dianggap sebagai satu “ULTIMATE SOLUTION” dan penyakit ini akan berterusan sehingga kita berjumpa dengan “ANTIDOT” yang boleh menyelesaikannya secara “TOTALITY”.
Maka adalah perlu jika orang Melayu ingin menemukan “ULTIMATE SOLUTION” ini, dinasihatkan agar orang Melayu menyingkap kembali kebelakang dengan melihat pensejarahan bangsa Melayu kerana hanya dengan mengenal sejarah bangsa Melayu itu kita dapat informasi tentang asal orang Melayu dan aktiviti kehidupannya serta ketamadunannya. Kita memang arif dengan sikap penjajah dan taktik penjajahan itu yang mana taktik utamanya ialah menghapuskan kesan sejarah bangsa yang dijajah dan memberitahu bangsa yang dijajah itu bahawa nenek moyang mereka adalah bangsa yang belum bertamadun dan jahil serta bodoh serba serbi disamping menulis kembali sejarah bangsa itu dengan memasukkan diri mereka sebagai bangsa penjajah adalah pembawa cahaya dan budaya yang adil dan menutup kebodohan dan kehinaan mereka dengan kekerasan yang dinamakan “undang-undang” yang memaksa bangsa dijajah akur akan kehendak mereka. Para penjajah adalah “DIKTATOR” yang berselimutkan kebaikan dan keadilan walaupun hakikatnya tidak.
Mereka bangsa penjajah bukanlah bangsa yang hebat tetapi lemah cuma “bersenjata” dan diantara senjata utama adalah NAFSU yang menjadi daya pelemah dalam misi mereka menjajah bangsa itu. Mereka akan bersekongkol dengan mana-mana pihak yang sanggup menjadi “PAK TURUT” dan menjadi tali barut demi meraih kepentingan mereka sendiri tanpa memikirkan akibat yang bakal diterima. Namun kebanyakan ahli bangsa yang dijajah yang menjadi ANJING PENJAJAH tidak merupakan golongan yang menyayangi bangsanya tetapi hanya menyayangi nafsu mereka sendiri sehingga maruah bangsa itu terjual dan tergadai diatas tangan mereka ini. Mereka ini dianggap sebagai PEMBELA BANGSA sedangkan mereka yang tidak bersetuju diatas tindakan mereka menjual maruah bangsanya menjadi PEMBERONTAK dan dianggap MUSUH PENJAJAH dan dikecam sebagai PENGKHIANAT BANGSA.
Kita dapat melihat kebenaran ini didalam penulisan sejarah yang menceritakan pejuang-pejuang bangsa yang dijajah dihukum dan dicop sebagai “PENGKHIANAT BANGSA” iaitu bangsa penjajah bukannya pengkhianat bangsa yang dijajah. Inilah tafsiran PENGKHIANAT keatas bangsa dijajah itu sendiri kerana mereka itu adalah diantara bangsa yang dijajah walau hanya segelintir yang mampu dan sanggup bangkit menentang akan penjajahan bangsanya serta menentang akan doktrin dan ajaran bangsa penjajah itu. Malangnya bangsa yang dijajah itu sendiri sanggup dan tergamak ikut serta menyokong sepenuhnya kehendak bangsa penjajah disamping mengaut keuntungan demi dirnyai sendiri dan sanggup membunuh bangsanya demi mendapat kemulian dan penghormatan dari bangsa panjajah itu yang diiktirafkan sebagai TUANnya yang baik.
Terdapat banyak sejarah yang ditulis keatas mereka pejuang bangsa yang mati dibunuh oleh para penjajah dan mereka ini dianggap sebagai manusia yang derhaka serta penjahat yang tiada bermoral semata-mata kerana mereka ini bangkit menentang bangsa penjajah itu. Semua itu boleh dikatakan satu pengorbanan kerana mereka menyayangi bangsanya dan tidak mahu dijajah oleh mereka yang ingin mendominasi kekayaan bangsa memperhambakan anak cucunya dan menuani tanah yang dijajah itu. Mereka inilah hakikatnya perompak dan pembunuh yang membunuh bangsa yang dijajah samaada secara fizikal maupun mindanya.
Mereka melumpuhkan dan menghancurkan sistem kebudayaan bangsa yang dijajah itu dan menukarkan nilai budaya bangsa yang dijajah itu kepada nilai budaya mereka dan menurunkan pula doktrin dan ajaran mereka kepada bangsa yang dijajah agar dijadikan panduan hidup dan peraturan yang wajib diikuti dan dihayati sampai mati agar mudah-mudahan hidup mereka dirahmati bangsa penjajah itu.
Merekalah penyelamat bangsa, merekalah merestukan hidup setiap orang, merekalah penentu hina dan mulia martabat seseorang dan merekalah penghukum diri dan penentu yang muktamad diatas diri setiap orang bangsa yang dijajahnya sehingga bangsa yang dijajah itu tiada ruang lagi untuk kembali ke asal usulnya dan mendapatkan kejatian dirinya. Bangsa yang dijajah sudah diindoktrinkan mindanya, sudah diajar dari kecilnya, sudah ditanamkan semangat menjadi hamba yang mulia taat akan segala suruhan dan perintah bangsa penjajah itu.
Orang Melayu sekarang ini malu menerima budaya datok nenek dan moyang mereka kerana dianggap tidak selari dan bertentangan dengan doktrin dan ajaran bangsa penjajah, TUANnya yang mulia. Ada yang malu mengaku dirinya Melayu dan tidak suka adat dan cara Melayu kerana melihat adat dan cara bangsa penjajah itu jauh lebih mulia. Inilah yang amat dikesali dan menyedihkan kerana anak sanggup membunuh bapanya semata-mata hendak menegakkan kebenaran doktrin dan ajaran bangsa penjajah TUANnya yang berkuasa diatas dirinya. Ada orang Melayu sanggup menghina dan mengutuk bangsanya sendiri sehingga ada yang sanggup menghukum bangsanya diatas ideologi TUANnya. Rasa-rasanya benarlah seperti pepatah Melayu “ kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kehausan”.
Apa yang berlaku didalam kepincangan masyarakat Melayu hari ini adalah akibat migrasi atau penalaran masuk budaya asing dan penerapan doktrin dan ajaran bangsa penjajah. Semua ini adalah sebab utama punca kehilangan jatinya diri orang Melayu itu dan sudah berpaling tadah dari ajaran datok nenek dan moyang mereka yang jauh lebih sempurna penyelesaiannya kerana semua resolusi penyelesaian itu adalah diatas nilai kemelayuan dan kehidupan sebagai orang Melayu dan bukan bangsa penjajah yang samasekali tiada berumbikan dan berdasarkan nilai bangsa Melayu tetapi nilai budaya bangsa penjajah itu sendiri. Maka tidak mungkin mereka yang berlainan nilai budayanya dapat menunjuk kepada kita akan cara menyelesaikan permasaalahan orang Melayu, sesekali tidak mungkin. Fikirkanlah secara rasionalnya, ianya sesuatu yang agak mustahil, bukankah begitu!
Ini semua adalah agenda bangsa penjajah dan segalanya dirancang secara teliti sehingga hari ini setiap bangsa yang dijajah itu lumpuh dan tidak dapat berdikari dalam kehidupan mereka seharian maupun dalam pemikiran mereka tanpa menggunakan penyelesaian yang bersandarkan doktrin dan ajaran mereka, bangsa penjajah itu. Ini adalah fakta yang ramai tidak mengetahuinya, hakikat yang tidak mahu diterima oleh orang Melayu kerana sudah taksub akan mengidolakan TUANnya, bangsa penjajah itu walaupun kita orang Melayu kini sudah merdeka dari menjadi hamba tubuh namun dalam pemikiran kita tetap dan masih kekal dijajah dan dibelengu dengan doktrin dan ajaran mereka. Selagi orang Melayu bersandarkan doktrin bangsa penjajah ini, orang Melayu sudah tentu tidak akan menemukan “ULTIMATE SOLUTION” itu.
Seperkara lagi sebagaimana kita ketahui, taktik untuk menghilangkan kesan sejarah satu-satu bangsa yang dijajah ialah dimana bangsa penjajah akan menghancurkan ketamadunan bangsa itu sehingga tiada kesan tapak ketamadunan dan sejarahnya yang menunjukkkan kegemilangan dan kehebatan bangsa itu. Disamping meniupkan doktrin kehebatan bangsa mereka sebagai bangsa yang mulia dan pilihan Tuhan, sebagai bangsa yang mendominasi dunia, sebagai pemerintah alam, semua ini adalah amat mudah akan jawapannya diatas proklamasi kata-kata bangsa penjajah itu, jika kita hendak melihat kebenarannya.
Bagi mereka bangsa penjajah, hanya merekalah bangsa terpilih sementara bangsa dijajah seperti orang Melayu adalah dianggap penghuni gua dan menginap diatas pokok, memakai cawat dan menyembah batu dan pokok sedangkan mereka adalah bangsa yang menegakkan kebenaran dan membangunkan kesejahteraan bangsa yang dijajah itu. Inilah kerja ahli pemikir bangsa penjajah itu memutar-belitkan fakta sejarah bangsa yang diijajah dengan menulis kembali akan sejarah bangsa yang dijajah itu melalui pemfaktaan baru melalui penulis-penulis mereka dan penulis upahan yang bertujuan semata-mata untuk tujuan ini.Kedapatan banyak penulisan tentang orang Melayu sengaja ditulis dalam bentuk yang dikehendaki oleh bangsa penjajah dan amat menakjubkan apabila diantar penulis upahan itu adalah dikalangan orang Melayu itu sendiri.
Kita dapat melihat menerusi penulisan mereka yang mencatitikan kepincangan masyarakat Melayu dan kelemahan pemerintahan Melayu yang tidak adil serta menceritakan kedaifan dan menggambarkan keruntuhan moral orang Melayu dimana-mana tanpa ada segan silu sehingga anak cucu orang Melayu, bangsa yang dijajah menjadi malu diatas kebiadaban dan keaiban datok nenek dan moyang mereka sendiri.
Inilah propaganda yang digunakan oleh pihak bangsa penjajah dalam menjalankan jarum peniti berbisa yang menyakitkan keseluruhan keturunan bangsa yang dijajah itu. Kerana itu, selagi keturunan bangsa yang dijajah tidak berjumpa dengan bukti pensejarahan yang menunjukkan kehebatan datok nenek dan moyang mereka dalam keilmuan dan ketamadunan mereka, meneliti kembali kesusteraan dan literatur mereka, ketinggian moral dan dharma kehidupan mereka, selagi itulah mereka anak cucu terpaksa akur dengan doktrin penjajah. Inilah hasrat dan niat jahat bangsa penjajah agar apabila mereka sudah tiada lagi, budaya mereka terus diamalkan oleh bangsa yang dijajah itu dan mereka bangsa yang dijajah akan terus menghidupkan doktrin dan ajaran mereka sebagai sistem kehidupan tanpa perlu ada pertikaian, mutlak untuk selamanya.
Bagi mana-mana pihak dari bangsa yang dijajah yang cuba mencungkil kembali sejarah kegemilangan datok nenek dan moyang mereka dan mengetahui hakikat tujuan penjajahan adalah semata-mata menjadikan mereka hamba yang kekal dalam cengkaman mereka dan bukan sebagai bangsa yang bebas akan ditahan segala aktivinya dan dikecam sehebat-hebatnya. Namun semua itu sudah lama berlalu kerana bagi kita orang Melayu kini sudah dimerdekakan dan menikmati kemerdekaan yang dianugerahkan oleh bangsa penjajah. Malangnya mereka, bangsa penjajah walaupun kini sudah beredar dan tidak ada lagi pada hari ini namun pejuang-pejuang sukarelawan yang menyokong kuat ideologi mereka yang berdasarkan doktrin dan ajaran mereka kini diwakili pula oleh anak cucu bangsa yang dijajah itu sendiri.
Inilah dilema yang melanda nasib orang Melayu kini dimana anak orang Melayu sendiri didikan TUAN PENJAJAHnya pula menjalankan peranan mengekalkan penjajahan TUANnya di era kemerdekaaan ini dan menjadi seperti TUANnya terus menyiksa dan menyakiti ibubapanya dan sekelian keturunan bangsanya tanpa ada rasa malu dan dengan rasa yang penuh sombong dan bongkak menyangka dirinya sudah hebat dalam menguruskan kehidupan bangsanya walhal segalanya adalah diatas bayangan dan peniruan gaya sosial dan budaya serta diatas pembelajran dan pengakademian kedoktrinan dan pelajaran ajaran TUANnya dan bukanlah diatas naluri dan nilai budaya serta adat resam kita sebagai orang Melayu yang sepatutnya dijadikan garis panduan dan manual pemerintahan.
Pada hari ini juga kita lihat telah banyak bukti dipaparkan dan dapat dibaca secaral global melalui media percetakan dan media internet yang menyalorkan informasi terkini tanpa ada sekatan namun ramai orang Melayu masih tetap bersikap dingin dan skeptikal akan keterangan yang ditonjolkan dan dianggap sebagai satu tomahan dan beragenda untuk menghapuskan kuasa ketuanan dan integriti TUANnya dan mendalilkan segala yang dikisahkan sebagai sesuatu yang samar dan berbentuk mitos serta tiada dapat diterima kerana ditakuti akan merobah pemikiran bangsanya yang sepatutnya setia dengan TUANnya bangsa penjajah.
Adalah amat pelik jika dilihat pada kebangkitan bangsa lain yang semuanya menjuruskan pelepasan mereka dari belengu penjajahan kepada bentuk budaya mereka iaitu menanggalkan pakain penjajah dan memakai pakaian tradisi mereka iaitu rmanifesto bangsa mereka sendiri, bukan lagi manifesto berkait dengan bangsa penjajah. Kini persoalannya kenapa tidak kita orang Melayu berusaha memerdekan diri kita sepenuhnya dari belengu penjajahan, tiada kira samaada budaya dan sosialnya juga turut serta pemikirannya harus juga bebas dari ideologi bangsa penjajah. Harus orang Melayu itu mengujudkan manifesto perjuangannya sendiri mengikut kejatian dirinya sebagai orang Melayu dan tidak bersandarkan manifesto bangsa penjajah yang kini sudah tiada berguna lagi untuk kita hari ini.
Ini bukanlah satu persoalan yang mana hanya sebilangan pihak sahaja contohnya para akademik dan pakar bangsa itu yang menentukan nilai bukti yang ditemui sebagai asas yang memperkasakan Melayu dianggap hanya sebagai mitos dan bukan sebagai sejarah yang mendapat tempat didalam sekular para akedemik tetapi sepatutnya dan seharusnya oleh bangsa itu sendiri untuk menentukannnya. Bukan segolongan orang Melayu sahaja yang mengatakan YA atau BENARnya fakta itu tetapi semua orang Melayu wajib memainkan peranan bersama dalam menentukan kebenarannya.
Janganlah hanya sekadar menuruti apa dikatakan oleh beberapa orang atau segolongan pihak sahaja tanpa orang Melayu itu sendiri berfikir dan menentukannya sendiri. Walaupun orang kebanyakan atau masyarakat biasa dianggap sebagai mereka yang tiada “AUTHORITY” didalam pendidikan dan pentadbiran bangsanya namun apabila menyentuh bab Melayu orang Melayu secara keseluruhannya wajib bersama berganding dan berkerjasama.
Ini jualah penyakit yang melanda minda atau pemikiran orang Melayu yang mana kita orang Melayu semua warisi akibat penjajahan minda yang menjadikan kita lumpuh dalam memikir sendiri atau “diajar jangan BERFIKIR”, terima apa yang dikatakan dan diperundangkan dan dihukumkan oleh doktrin dan ajaran penjajah. Selagi bangsa Melayu hanya pandai membaca dan menghafal dan tidak memikirkan apa yang dibacanya itu, selagi itulah kita orang Melayu tidak akan bebas mencari penyelesaian sendiri yang berteraskan nilai budaya bangsa kita sebagai ORANG MELAYU dan mendapatkan penyelesaian melalui pemikiran kita orang Melayu bukan pemikiran ALA bangsa penjajah.
Kita orang Melayu boleh berfikir sendiri dan berfikir kita cara kita dan bukan berfikir cara orang lain. Tidak perlu terlalu mengagungkan pemikir bangsa lain dan lebih teruk cuba berfikir cara mereka dalam mencari penyelesaian kita. Buah fikiran mereka tertakluk diatas keperibadian bangsa itu dan sesekali tak sama dengan keperibadian kita orang Melayu. Mengapa harus sudah sekian lama tetap masih kita orang Melayu yang bergelar cendiakawan dan ahli pemikir Melayu menggunakan sistem pemikiran yang bukan milik kita. Ramai yang masih merujuk kepada pemikiran bangsa lain demi mendapatkan penyelesaian bangsanya sendiri seolah olah kita bangsa dan orang Melayu hanya pandai “CUT and PASTE” sahaja.
Datok nenek dan moyang kita meninggalkan “LEGACY” pemikiran mereka yang hebat dalam pelbagai bentuk termasuk dalam kesusasteraan yang kaya dengan pelbagai keilmuan serta kesenian yang halus dan tinggi nilai ketuhanan dan peradaban yang tinggi teknologinya berbanding dengan bangsa yang sezaman dengan mereka disuatu ketika dahulu. Keterangan ini mungkin menjengkelkan sesetengah pihak yang sengaja tiada mahu akur akannya dan menyakitkan pula bagi sesetengah pihak yang langsung sudah tidak mengaku dirinya dari keturunan Melayu.
Jika kita mahu menerima hakikat kenyataan ini harus kita tahu hakikatnya semua manusia dianugerahkan Tuhan akan AKAL, maka kenapa tidak dapat pula kita menggunakan anugerah ini demi kepentingan “SURVIVAL” bangsa kita sendiri berdasarkan ideologi kita yangbersandarkan nilai kita sendiri sebagai orang Melayu. Kenapa masih perlu bertaut pada ajaran dan doktrin bangsa lain. Amat bodohkah kita ini orang Melayu?
Tidak pernahkah ujud literatur Melayu serta kesusasteraan Melayu yang menceritakan epik dan sejarah bangsa Melayu disamping dokumentasi kehidupan orang Melayu serta penulisan keilmuan orang Melayu didalam peradabannya. Hina sangatkah kita orang Melayu? Adakah Melayu buta huruf dan tidak pandai menulis sedangkan kita lihat banyak hasil kraftangan Melayu dari pembuatan tekstil sehingga terbangunnya seni arkitektur yang dasyat-dasyat seperti BORODUDOR contohnya. Adakah contoh ini tidak menonjolkan ciri-ciri pengakademian yang merangkumi ukuran dan kiraan matematik bukan sekadar pembuatan yang melulu.
Sampai bilakah orang Melayu harus menutup mata dan telinganya dari melihat kebenaran ini. Sampai bilakah Melayu akan dijajah MINDA dan PEMIKIRANnya. Jangan mengatakan kehebatan Melayu diatas kata dan penulisan yang tetap bersandarkan doktrin dan ajaran bangsa lain. Mengapa dan kenapa mesti merujuk kepada doktrin dan ajaran bangsa lain yang sememangnya tidak sinonim dengan budaya kita. Mengapa mesti mengguna contoh mereka sebagai contoh kita? Sudah ternyata tak akan sama dan jika kita masih menepikan fakta ini dan tetap berkeras dengan keyakinan kita diatas doktrin dan ajaran bangsa penjajah bererti kita orang Melayu sudah tiada lagi hanya kelonsong yang tiada isinya.
Sebagai contohnya tidak mungkin seseorang itu dapat mengenal anak kita secara keseluruhannnya, hanya kita sebagai ibubapanya yang mengenali anak itu dari kecil sehingga dewasa. Jadi, mengapa ada orang lain hendak meletakkan “AUTHORITY” diatas anak kita sedangkan hanya ibubapanya sahaja yang mengenali secara terperinci akan anak itu. Jadi diatas perkara ini selogiknya membawa kita kepada hakikat “AUTHORITY” itu jatuh diatas ibubapa yang mengenali anaknya ZAHIR dan BATIN dan yang tahu rasahatinya serta pemikirannya. Ibubapa tahu akan anaknya dan menghukum anaknya dengan cara orang Melayu mengikut tradisi dan bukan dengan cara bangsa lain. Maka hukuman itu tetap adil walau nampak kasar, walau keras tetap dalam lingkungan adat kita orang Melayu, sepatutnya.
Disini kita lihat akan analogi yang sama dapat kita ketengahkan dan di isukan dalam permasaalahan sosial dan psikologi orang Melayu. Berbalik kepada contoh awal iaitu kenapa perlu memakai “AUTHORITY” orang lain untuk menghukum anak kita, maka samalah dengan persoalan kenapa dan mengapa mesti memakai “AUTHORITY” bangsa lain yang tidak kenal orang Melayu, isi hati orang Melayu dan pemikiran orang Melayu menghukum bangsa Melayu. Siapakah pula bangsa penjajah pada masyarakat Melayu? Tentu dilihat sebagai orang asing dan tiada pertalian dengan rumpun bangsa Melayu bahkan jauh adat dan budayanya, rasa hatinya dan pemikirannya. Hanya dengan doktrin dan ajaran mereka sebagai landasan penghukumannya, mereka cuba mempamirkan kebijaksanaan mereka serta prihatinnya mereka didalam pentadbiran orang Melayu dan menghukum orang Melayu dimana mereka menunjukkan seolah-olah mereka pula lebih arif akan perihalnya orang Melayu. Bagaimanakah mungkin orang lain tahu perihal anak kita kalau tidak kita ibubapanya jua!
Maka dimanakah letaknya jati diri orang Melayu? Persoalan yang sering dipersidangkan oleh kita dan diperbahaskan demi mendapatkan kepastiannya. Sudah berpuluh pendebatan dan penyaringan pemikiran serta beratus pula tekaan dan kataputus dalam mendapatkan erti kata Melayu itu namun semuanya hanya perbincangan mulut dan mata yang tetap tidak lari dari konteks penjajahan. Setiap buku dan kamus yang sedia ada hanya mencerminkan andaian bangsa penjajah dan rumusan serta ketetapan yang diberi oleh bangsa penjajah. Tidak ada satupun jawapan yang diwarnai dan di aromakan mengikut tradisi Melayu dan datok nenek serta moyangnya.
Sehingga hari ini jawapannya masih TIDAK ADA kerana orang Melayu tidak mampu mendongak keatas dan menguak ruang untuk memijak bangsa penjajah. Diri orang Melayu yang ada masih lagi dikongkong minda dan pemikirannya dan tetap kemuktamadannya bersandar akan KENYATAAN yang dibuat oleh bangsa penjajah dan tetap akan merujuk kepada doktrin dan ajaran bangsa penjajah, TUANnya.
Penyakit sosial dan psikologi orang Melayu yang kini terpapar disana sini dipelbagai sudut media dan disuarakan didalam perbincangan dan ceramah mencerminkan betapa kroniknya dan betapa amat perlu dijumpakan ANTIDOTnya. Secara umumnya kita melihat gejala sosial dijadikan sebagai satu ukuran dan penyebab akan keruntuhan bangsa namun apa yang lebih parah lagi ialah kepincangan psikologi bangsa itu kerana ianya adalah penentu hukum dan yang menghukum akan kepincangan itu. Segalanya berpunca dari minda dan gaya pemikiran bangsa itu yang menjadi begitu negatif terhadap dirinya sendiri dan akibat terikut-ikut akan budaya asing.
Bangsa sendiri dididik mengikut nilai budaya bangsa penjajah yang menanahkan pelbagai penyakit psikologi yang kronik menular didalam diri orang Melayu itu kerana berlaku mutasi budaya sehingga menjadi kanser yang tak terubat dan seterusnya membunuh jatinya orang Melayu itu. Orang Melayu dirundung dilema akibat tertekan dengan doktrin dan ajaran bangsa penjajah yang menjadi pengukur nilai moral dan etik bangsa Melayu dan bukan diukur atas nilai budi dan pemikiran bangsa Melayu itu sendiri. Rata-rata kita lihat orang Melayu kini tidak terlepas dari penjajahan mindanya oleh bangsa penjajah, terang dan nyata kita dipaparkan penyelesaian yang masih diwarnai oleh doktrin dan ajaran bangsa penjajah.
Ramai anak cucu orang Melayu diacukan dan dididik pada peringkat awal dengan doktrin dan ajaran bangsa lain dan mengagungkan bangsa penjajah sebagai TUAN YANG BAIK. Anak cucu dialu-alukan dan dikerah agar mengikut jejak dan gaya sosial dan pemikiran bangsa penjajah agar dapat menjadi sama seperti TUANnya. Anak yang membawa doktrin dan ajaran TUANnya dianggap sebagi anak yang dimuliakan kerana kini anaknya menjadi pula TUAN diatas dirinya. Kini anak cucu acuan bangsa penjajah pula menjadi ganti TUANnya yang telah tiada.
Inilah kehendak bangsa dijajah itu sendiri, lebih-lebih lagi bangsa Melayu yang ada, sentiasa berselera hendak mengekalkan kedudukan mereka didalam keadaan tetap terpenjara dan seronok dipenjarakan didalam sistem yang terbina dengan doktrin dan ajaran TUANnya kerana bangsa Melayu yang ada takut keluar dari gua kongkongan TUANnya, takut tak dapat cari makan sendiri dan hilang punca rezekinya. Segalanya dihidang dan disuapkan oleh TUANnya, tidak perlu berusaha untuk mencari sendiri, hanya ikut apa yang telah disistemkan untuk kehidupannya. Orang Melayu sudah hilang jati dirinya, merelakan dirinya dihurung sana sini, ditarik hidungnya tanpa melawan. Orang Melayu sudah hilang taringnya seperti seekor harimau yang lumpuh dan lemah akibat dikurung dan terbelenggu seumur hidupnya.
Segalanya yang ada didalam sistem penjajah sudah dipermudahkan oleh bangsa penjajah itu sehingga bangsa yang dijajahnya tidak perlu berfikir keluar dari sistemnya, ambil dan terima serta amalkan doktrin dan ajaran yang ada, tak perlu susah-susah mengujudkan sistem yang baru, tidak perlu keluar dari sistem yang sedia ada, tidak perlu keluar dari kongkongan undang-undang doktrin dan ajaran TUANnya kerana semua itu akan menyusahkan kita semua. Semua sistem yang ada terbentuk dari samaada dari sistem pendidikan sehingga kepada sistem pentadbiran, segalanya adalah sistem bangsa penjajah itu.
Jika ada sesiapa yang cuba merobah kedudukan sistem penjajah dan membuka pekong niat penjajah serta kepincangan doktrin dan ajaran mereka nescaya akan hukum oleh bangsanya sendiri kerana TUAN PENJAJAH sudah berdarah dan berdagingkan bangsa itu sendiri. Tiada yang merasai kebenaran ini dan lebih-lebih lagi bangsa Melayu yang telah hilang akan jati dirinya dan memakai jati bangsa penjajah sebagai gantinya. Sikap penjajah tiada mungkin ingin melakukan sesuatu demi kebaikan bangsa yang dijajah malah konsep menjajah itu adalah konsep memperhambakan dan menguasai bangsa yang dijajah demi kepentingan diri mereka. Mereka merampas segala hak milik bangsa yang dijajah sehingga tiada lagi ketinggalan pada mereka hanya tubuh yang telah diaibkan dan pemikiran yang telah di “BRAIN-WASH”kan.
Ini memang fakta yang takut diterima oleh orang Melayu kerana mereka sudah alpa dan tiada keupayaan untuk berfikir diluar kandang sistem pemikiran yang diacukan oleh pihak penjajah. Ramai orang Melayu kecundang dalam percubaan merobah sistem kehidupan kerana disana-sini masih dikawal rapi oleh panganut setia akan TUANnya bangsa penjajah. Mereka yang cuba memperluaskan dan menjuruskan konsep pemikiran bangsa Melayu kearah pembebasan dan mengadunkannya kembali kepada bentuk pemikiran asal orang Melayu hanya ibarat melepaskan batuk ditangga dan dianggap pemberontak yang hendak menganggu sisitem TUANnya, bangsa penjajah.
Segala usaha hanya sia-sia dan tidak akan disokong oleh mana-mana pihak kerana adalah amat bersalahan dan berdosa besar jika kita melawan “AUTHORITY” TUAN kita bangsa penjajah yang selama ini amat bermurah hati menjaga makan dan minum kita, mendidik kita dengan nilai dan budaya bangsa mereka agar kita sentiasa dipandang mulia dan dianggap HAMBA yang taat pada TUANnya. Inilah kesungguhan yang dipertunjukkan oleh orang Melayu didalam kehidupan mereka seharian bersungguh-sungguh menjalankan perintah mereka dan beramal dengan doktrin dan ajaran mereka, bangsa penjajah.
Setiap manusia mempunyai naluri menginginkan kebahagian dan kesejahteraan diri dan keluarga mereka hinggalah kepada kesejahteraan bangsanya tetapi hanya segelintir sahaja yang mampu untuk menguak ruang dan melihat akan nasib bangsanya didalam perspektif yang jujur dan tulin. Ramai yang memperjuangkan nasib bangsa atas tiket kumpulan dan organisasi serta pertubuhan yang bertemakan “orang Melayu” tetapi ada pula caj yang dikenakan diatas perjuangan mereka dan menjadikan ia satu platform meraih keuntungan dan mencapai kehormatan diri diatas permerdagangan niat mereka menolong orang Melayu.
Ada yang cuba menyalurkan ideologi demi kepentingan diri dan meraih undi dikalangan orang Melayu agar menjadikan dia tunggak penegak keadilan untuk orang Melayu tetapi malangnya tahap ideologi yang dibentangkan hanya sekadar ulangan kata dan ideogram yang telah usang dan tiada relevan dimasa kini. Orang Melayu memerlukan platform yang baru, memerlukan sistem yang baru dan bukan sistem yang bersandarkan doktrin dan ajaran bangsa penjajah. Kita orang Melayu perlukan revolusi pemikiran dan ORDER yang baru demi mencapai kejatian Melayu yang asli dan mengembalikan orang Melayu kepada tahap pencapaian yang tinggi sebagaimana datok nenek dan moyang kita pada suatu masa dahulu.
Inilah diantara halangan yang menjadi punca kenapa urusan orang Melayu terencat dan hanya separuh jalan. Perjuangan mereka hanya diatas nafsu yang melonjak, ghairah dengan tema MELAYU tetapi hanya laungan mulut tidak dengan hati kerana hati mereka tetap bertuankan TUANnya bangsa penjajah serta membawa keperibadian bangsa penjajah didalam diri mereka. Selagi ini semua masih samar-samar pendekatannya dan usaha yang berniat kepentingan diri sendiri iaitu “berpolitik” dalam usahanya maka adalah amat sukar bagi orang Melayu mencapai penyelesaian apatah lagi jika isu utamanya adalah “SURVIVAL” bangsa Melayu itu.
Ini adalah lumrah perjuangan yang masih dibayangi dan di bondongi arca TUAN PENJAJAH dalam bentuk “CUT and PASTE” walaupun sekarang sudah berversi Melayu “hanya alih bahasa sahaja”, isinya tetap berintikan nilai perjuangan TUAN PENJAJAHnya yang berdasarkan doktrin dan ajaran mereka. Bangsa Melayu masih lagi tidak mampu untuk mendapatkan nilai kejatian dan kemurnian dirinya yang berdasarkan ketulinan diri mereka melalui budaya dan pemikiran Melayu. Masih kelihatan disana-sini rata-rata tetap menggunakan metodologi dan merujuk akan doktrin dan ajaran penjajah.
Tiada siapa yang boleh menafikan hakikat ini. Jika ditanya kepada semua orang Melayu akan apa yang dimaksudkan “jati diri”, hampir 90% akan merujuk kepada doktrin dan ajaran bangsa penjajah. Mahu tidak mahu orang Melayu terpaksa akur bahawa jati diri itu hakikatnya merujuk kepada sesuatu yang tulin tidak diwarnai dan dipengaruhi oleh nilai asing dan budaya orang lain. Hanya orang Melayu sahaja boleh menjawab apakah itu JATI DIRI sebagai orang Melayu. Tidak boleh memakai kata dan ajaran orang lain demi mentafsir dan mendefinasikan MELAYU itu. Hanya Melayu tahu Melayu, hanya Melayu rasa Melayu, hanya Melayu jadi Melayu.
Dimanakah gurindam, pantun dan peribahasa Melayu? Dimanakah petua kita orang-orang tua yang menjadi pedoman dan kata nasihat untuk anak-cucu? Kenapa perlu bersandarkan kata bangsa penjajah yang jauh nilai adat dan adabnya. Doktrin dan ajaran Melayu seharusnya menjadi dasar penghukuman dan tempat ambil nasihat dalam menyelasaikan kemelutan dan permasalahan orang Melayu. Bukan mengkaji pemikiran bangsa lain tetapi mengkaji pemikiran bangsanya sendiri. Sebagai contohnya “TAK KAN MELAYU HILANG DIDUNIA” dan “HANCUR BADAN DIKANDUNG TANAH, BUDI YANG BAIK DIKENANG JUA”
Ini adalah idiometrik yang paling terkenal serta beribu lagi bentuknya yang ditatarkan dalam kesusasteran kita yang kaya dengan nasihat dan sindiran serta kata semangat untuk digunapakai dalam kehidupan orang Melayu seharian. Malangnya dan amat malang sekali segalanya semakin pudar dan anak cucu yang ada sudah tidak lagi mengetahui kewujudannya dan apatah lagi untuk mempraktikkannya sebagai bahan pedoman dan nasihat didalam kehidupan mereka. BAPAK BOREK ANAK RINTIK. Sebagaimana tertera diatas idiom ini kita dapat melihat bagaimana cara dan gaya seseorang itu semuanya melalui orang tua yang menjadi tempat puncanya. Jika orang Melayu tidak menitik beratkan budayanya maka anak cucu akan jua mengikut rentak orang tuanya. Maka inilah tugas kita orang Melayu agar berusaha dan mencuba mengembalikan jati diri kita berdasarkan budaya Melayu itu sendiri.
Memang disengajakan oleh beberapa pihak apatah lagi bagi mereka yang masih ingin menjadi bayangan TUAN PENJAJAHnya agar semua orang Melayu dapat meninggalkan nilai budi dan budaya datok nenek dan moyang mereka dan menurut kehendak bangsa penjajah kerana segala “AUTHORITY” keatas dirinya dan bangsanya seharus mungkin tidak menyakiti hati mereka walau menyakiti bangsa sendiri. Semuanya tak apa asalkan bangsa penjajah iaitu TUANnya sentiasa mengenang jasa dirinya. Biarlah mati anak, biarlah mati adat asal TUAN kita tidak mati. Biarlah orang Melayu tersiksa dan merana asalkan jangan TUANnya tersiksa dan terhina. Inilah budi yang dikehendaki oleh sekelian orang Melayu yang ada menyembah TUANnya dan mengikuti kehendak TUANnya bangsa penjajah dengan mengekalkan doktrin dan ajaran mereka.Selain daripada itu hanya sindiran dan komentar yang negatif dilemparkan diatas segala yang berkait dengan budaya Melayu dan memuliakan segala yang berkait dengan budaya bangsa penjajah, TUANnya yang baik.
Haruslah kita orang Melayu kembalikan maruah dan memartabatkan diri orang Melayu didalam bentuknya yang ASLI dan TULIN sebagaimana orang Melayu disuatu ketika dahulu pernah menjadi “PIONEER” dalam pelbagai aspek ketamadunan. Bukan menjadi PAK TURUT dan menghambakan diri demi atas nama TUANnya bangsa penjajah. Terdapat banyak bukti yang menyokong kehebatan orang Melayu serta ketinggian ilmu mereka. Namun segala kebenaran ini diperlekehkan semata-mata ianya tidak menepati citarasa bangsa penjajah yang memang tidak mahu dan akan menekan jika bangsa yang dijajahnya itu bangkit menentang mereka tidak kira dalam apa jua bentuk sekalipun.
Bangsa penjajah wajib dipaparkan kehebatan dan kebaikan mereka agar bangsa yang dijajah akan memuliakan mereka dan takut untuk menentang. Ini adalah propaganda bangsa penjajah dan akan tetap mendapat sokongan dari anak cucu orang Melayu yang ingin mengikuti dan menjadi seperti TUANnya. Orang Melayu pada hari ini adalah hamba dan bangsa yang lemah, orang Melayu tidak boleh berfikir hanya mengikuti aliran pemikiran bangsa yang menjajahnya. Kenapa semua ini berlaku? Kenapa tiada yang bangkit menentang sekurang-kurangnya mendapatkan kejatian diri orang Melayu itu? Benarkah Melayu itu LAYU dan kenapa sebegitu mudah orang Melayu menerima tafsiran yang mengutuk dan menghinakan itu?
Jangan ada yang hanya berkata didalam hati dan hanya menjelingkan mata sahaja diatas isu-isu yang membabitkan maruah bangsanya. Sudah diperkatakan tadi hanya segelintir sahaja yang berkobar semangatnya inginkan bangsanya diadili sebagaimana martabatnya yang hakiki. Bukan atas penilaian bangsa lain yang tidak mengerti langsung adat dan budi kita orang Melayu. Lebih menyakitkan jika dikaitkan dengan orang Melayu, hanya perkataan-perkataan yang negatif sahaja di laungkan dan di ertikatakan seperti MEMPERCAYAI BENDA YANG KARUT lah, DONGENG lah, TAHYUL lah, PENIPU lah dan MALAS lah. Ada yang beranggapan segala literatur Melayu hanya satu mitos yang tidak ada kebenarannya. Jika dilihat akan doktrin dan ajaran bangsa penjajah ada jua terdapat “FOLKLORE” mereka yang berbentuk mitos iaitu hanya cerita mulut ke mulut tetapi mereka beranggapan itu adalah benar sedangkan kita punya khayalan semata-mata.
Orang Melayu harus ada satu manifesto dalam perjuangannya. Manifesto yang ikhlas dalam kebangkitan orang Melayu sebagai bangsa yang perkasa, manifesto yang berusaha untuk mengembalikan jatinya diri orang Melayu itu atau sekurang-kurangnya kembalikan Melayu itu kebentuknya yang asal sebelum adanya penjajah. Bukan satu kertas kerja yang berdasarkan metodologi bangsa penjajah tetapi mengikut citarasanya sendiri dan gaya pemikirannya sendiri. Adakah yang berkurangan dengan kita orang Melayu? Adakah kita orang Melayu terlalu miskin dengan pengetahuan dan akal yang sembab sehingga tidak mampu merenung jauh akan sesuatu perkara? Masihkah ada kekurangan pada bangsa Melayu atau kita tidak yakin pada diri kita sendiri kerana sudah terbiasa digendong oleh bangsa penjajah yang membesarkan kita sekian lama?
Orang Melayu sudah terjajah beratus-ratus tahun lamanya dan jika dikaji impaknya memang kita orang Melayu sudah menerimanya dan akibat penjajahan bukan sahaja dari segi fizikalnya pernah menghambakan dirinya demi TUANnya tetapi dijajah dan dimamah mindanya hingga hilang panduan dalam kehidupannya dan tidak akan membuat sesuatu jika tidak direstui oleh TUANnya bangsa penjajah itu. Berapa lama lagi perlu kita tunggu jika kita hendak memartabatkan kembali maruah bangsa dan kedudukan kita sebagai bangsa yang dihormati dan rasanya sudah sampai pula masa untuk kita mengambil alih kuasa dari bangsa penjajah dan mengeluarkan mereka dari sistem kehidupan kita dan pemikiran kita serta berpatah kembali menghidupkan semangat kebudayaan kita serta tradisi kita sebagai orang Melayu yang sejati.
Ya! kita semua harus dan wajib menyumbang tenaga dan usaha kearah itu. Kita sudah cukup ramai para cendiakawan dan bijak pandai yang mampu untuk bersama menegakkan kembali kegemilangan orang Melayu serta menaik taraf atau martabat orang Melayu agar tidak dilihat sebagai bangsa yang dijajah tetapi yang sudah dewasa dan matang serta mampu menandingi bangsa yang pernah menjajahnya disuatu ketika dahulu.
Kita tidak memerlukan mereka lagi hari ini dan kita tidak perlu tunduk pada TUAN kita yang tidak pernah prihatin terhadap bangsa kita hanya semata-mata diperhambakan demi kepentingan diri mereka. Kita sudah mampu mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk. Kita tidak perlu diberitahu apa yang baik dan apa yang buruk untuk diri kita. Kita orang Melayu sebenarnya sudah lama tahu akan kebenaran ini tetapi malangnya sudah dibunuh Melayu itu sehingga hanya pusaranya sahaja yang tinggal. Melayu yang ada hanya zombi penjajah menjalankan perintah mereka. Ini kata yang menyakitkan jika hendak diterima kebenarannya.
Kita perlu mengujudkan sistem pemikiran yang selari dengan nilai diri dan budaya Melayu. Kita mesti membuat sesuatu dan mengujudkan perjuangan yang berteraskan Kemelayuan yang Sejati, bukan isi Melayu kulit orang lain atau kulit Melayu isi orang lain, ZAHIR dan BATINNYA MELAYU. Harus faham akan kenyataan ini jika sesiapa yang ingin memperjuangkan maruah bangsanya dan harus mengambil kira akan maksud jati diri itu bukan sesuatu yang diterapkan dari nilai budaya bangsa asing. Dapatkah kita makan buah tembikai rasa betik dan makan betik rasa durian?
Maka bangunlah wahai Melayu dari selimut penjajahan dan bangunlah menuju kejayaan bangsamu. Bangun bukan bererti bangkit berdiri atas tubuh sahaja tetapi dengan pemikiranmu yang tetap setia dengan bangganya diatas kamu orang Melayu (ZAHIR dan BATIN). Oleh itu kita susuli dengan satu pendasaran bagaimana kita orang Melayu hendak bangkit dan keluar dari penjara penjajahan bangsa lain.
Adalah menjadi satu persoalan kepada diri kita jika ditanya apakah itu MELAYU dan apakah tafsiran yang membawa kepada wujudnya MELAYU itu? Jika dilihat dari fakta sejarah dan erti yang mendatangkan perkataan MELAYU itu terdapat banyak penulisan tentangnya. Semua itu sudah tidak relevan lagi kerana kita mesti mendapatkan idiom yang mampu merangkumi erti Melayu itu ZAHIR dan BATIN dan bukan sekadar teka-teki permainan bahasa yang tidak cukup mendewasakan erti MELAYU itu. Melayu mesti diiktirafkan sebagai idiom yang dewasa dan menjadi kata semangat dan menjadi pegangan semua orang jika hendak mengujudkan sistem Melayu baru yang membolehkan kita orang Melayu setanding dengan bangsa lain didunia ini.
Maka semestinya kita akan mengujudkan “NEW ORDER” dalam mendefinasikan Melayu itu dan mengklasifikasikannnya dalam kecanggihan budaya serta kewibaan orang Melayu. Dalam bentuk “NEW ORDER” mesti ada takrif yang menyesuaikan MELAYU itu ke satu transformasi dan transmutasi agar Melayu dapat mencapai kembali kegemilangannya dan martabatnya sebagai manusia yang hebat ZAHIR dan BATIN yang telah lama sengaja dipupuskan oleh bangsa penjajah.
Maka apakah yang patut diusulkan tentang maksud Melayu itu? Disini kita cuba mengambil kira akan erti Melayu itu didalam bentuk ZAHIR dan BATIN. Melayu harus diertikan dan dimaksudkan ke arah ZAHIR dan BATINnya agar lengkap pengenalannya sebagai isi dan kulit, tersurat dan tersirat serta mampu menjadi perlambangan akan apa dan siapa Melayu itu ZAHIR dan BATIN. Dalam pencarian akan erti yang sesuai dan tafsir yang menghampiri akan kebenaran apa dan siapakah Melayu itu secara hakiki dalam konteks sejarah dan kehebatan Melayu didalam pengilmuannya maka dirumuskan MELAYU itu sebagai satu istilah atau idiometrik iaitu
“MELAYU ITU ALAM DUNIA PEMIKIRAN KETUHANAN, BUDAYA YANG MEMERINTAH”
Melayu yang diertikan sebagai MELAYU ITU ALAM DUNIA PEMIKIRAN KETUHANAN, BUDAYA YANG MEMERINTAH adalah satu tafsiran secara menyeluruh merangkumi ZAHIR dan BATINnya Melayu itu. Maka harus difahami akan falsafah MELAYU itu dalam konteks METAFIZIKA yang keluar dari fahaman biasa iaitu tidak dinilai hanya dari sudut fizikalnya orang Melayu itu serta penakrifan yang bersandarkan keilmuan alam yang nyata ini. Ianya merangkumi keruhanian Melayu itu iaitu merangkumi alam ghaib dan nyatanya Melayu itu.
Melayu itu pada hakikatnya bukanlah orang, bukan makan, bukan cakapnya dan pakaiannya serta apa jua yang terkait dengan alam yang nyata ini yang menunjukkan akan orang Melayu itu. Orangnya memang fizikal tetapi Melayu itu takrif yang berbeda kerana tiada menunjukkan fizikalitinya. Sebagai mana orang itu bermaksud “CARRIER” nya dan Melayu itu adalah “VALUE”nya. Maka orang Melayu adalah ZAHIR dan BATINnya Melayu itu secara keseluruhan.
Disini harus difahami akan perbezaan yang menyatu sebagai satu entiti yang menjadi lembaga Melayu iaitu “Orang dan Melayu”. Dimanakah dapat dinyatakan Melayu itu jika tidak melalui pembawanya iaitu orangnya. Dimanakah orang Melayu jika dia tidak membawa nilai Melayu itu. Disinilah ternampak oleh kita akan perbedaan yang ketara dalam mengenal Melayu itu sebagaimana yang telah kita kenal atas kefahaman biasa dan satu perkenalan baru dalam “NEW ORDER” sepertimana yang telah diperkatakan.
Melayu itu sebenarnya terlalu luas akan alamnya dan terlalu mendalam falsafah kehidupannya bukan sekadar menyara kehidupan dan menikmati kehidupan didunia sahaja. Melayu itu adalah nilai dan bukan orangnya. Sesiapa orang Melayu sewajarnya membawa nilai Melayu didalam jiwanya dan bukan nilai budi bangsa lain yang tidak sinonim dengan bangsa kita. Kita harus sedar akan fakta ini yang sememangnya amat berat untuk diterima kerana sekian lama kita terbiasa dengan budaya dan pemikiran bangsa yang menjajah kita.
Maka “MELAYU ITU ALAM DUNIA PEMIKIRAN KETUHANAN, BUDAYA YANG MEMERINTAH” mendefinasikan kembali kita kearah manifesto Melayu Baru yang akan membangunkan sistem Melayu berdasarkan formulasisasi ini. Wajib diperkenankan oleh sesiapa sahaja yang menginginkan MELAYU dijadikan dasar dirinya yang sememangnya orang Melayu dan menerima hakikatnya sebagai orang Melayu. Bukakanlah pintu hatimu kearah penerimaan yang berbentuk penyerahan dan bukan penentangan kebenaran akan hakikat siapa kamu sebagai Melayu. Jika tiada yang menginginkannya pergilah jauh-jauh dan jangan sesekali pula menghina akan kata-kata ini.
Setelah memperkenalkan Melayu ke satu horizon yang lebih meluas ertikatanya dan lebih dalam siratkatanya maka barulah dapat disusunkan satu agenda yang akan menjulangkan nama Melayu dipesada dunia, barulah orang Melayu dapat bermain dengan kuasa-kuasa besar, barulah orang Melayu dapat memulakan ORDER BARUnya demi mencapai matlamat untuk memerdekakan orang Melayu ZAHIR dan BATINnya bukan hanya kulit Melayu isinya bukan atau isinya Melayu kulitnya bukan. Melayu keseluruhannya ZAHIR dan BATIN.
Maka disini diperturunkan sinopsis Melayu sebagaimana yang patut kita ketahui dan dihayati bukan seperti yang mana telah sedia maklum akan maklumat dan pengetahuan akannya apabila diperkatakan tentang Melayu. Harus mengerti akan apa yang akan diperkatakan nanti tentang Melayu sebagaimana telah dijuruskan kearah HAKIKAT Melayu sebagaimana yang belum pernah diketengahkan oleh sesiapa atau dikenali setakat ini.
Hendaklah sesiapa yang benar Melayunya ZAHIR dan BATIN tampil kehadapan bersama berjuang demi “SURVIVAL” bangsa Melayu dialaf akan datang. HIDUP MELAYU!
PENGENALAN AKAN MELAYU
Melayu itu bukan rupa, bukan kulit, bukan bahasa dan bukan orang, Melayu itu Alam, Melayu itu Dunia, Melayu itu Pemikiran Ketuhanan, Melayu itu budaya yang memerintah.
MELAYU ITU ALAM DUNIA PEMIKIRAN KETUHANAN, BUDAYA YANG MEMERINTAH
Melayu itu bukan ertinya LAYU dan bukan pula seperti tafsiran yang sedia ada dalam kamus atau kenyataan yang difahamkan oleh pengkaji yang memaparkan pendapat mereka. Melayu itu adalah satu nilai yang memberi kita akan kefahaman sejati tentang apa dan siapa Melayu itu. Maka jika memahami Melayu dengan tafsiran yang sebegitu rupa “MELAYU ITU ALAM DUNIA PEMIKIRAN KETUHANAN, BUDAYA YANG MEMERINTAH”, kita telah membuka satu penampilan baru dan satu nafas baru yang lebih segar dimana pengertiannya amat bersesuaian jika berganding dengan ORDER BARU orang Melayu di alaf ini demi mencapai kejatian dirinya dan kejayaan bangsanya untuk setanding dengan bangsa lain didunia ini.
Melayu dikaitkan dengan rumpun manusia yang merangkumi pelbagai kaum diseluruh dunia dan nama Melayu dikaitkan jua dengan ketamadunan awal manusia seperti ketamadunan yang pernah ada didataran Sunda yang dikenali sebagai Atlantis, Mu, Lemuria dan Kumari Kandam seperti mana pernah tercatiit di dalam literatur orang Tamil. Melayu jua adalah satu julukan dan gelaran kepada satu entiti yang memiliki nilai yang menjadi idola atau yang diagungkan oleh manusia kini diatas kehebatan mereka yang menjadi pencetus ketamadunan dan pendidik dalam kehidupan manusia di muka bumi ini walau tidak disedari ramai orang akan kedudukan dan fakta ini.
Mereka yang dikatakan Melayu bukanlah manusia, ianya lebih kepada bentuk satu entiti, satu identiti “INTELLIGENT” yang mempengaruhi arus evolusi manusia serta halatuju manusia dari mula hingga kini sehingga ke suatu masa apabila manusia sudah jauh dalam evolusinya sehingga membolehkan mereka memilih dan membentuk kehidupan mereka selari dengan fitrah diri mereka dan kaitannya dengan alam ini. Maka entiti yang “INTELLIGENT” ini menjadi PERIBADInya orang Melayu atau merupakan kepribadian yang memiliki kebijaksanaan berkat sikap batinnya dan bukan karena sikap zahirnya serta memiliki kesaktian dan kekuatan guna sebagai pendidik manusia dan menjaga kesejahteraan alam sejagad.
Inilah Melayu dalam ertikata yang sebenarnya iaitu keperibadian dari batinnya yang patut kita warisi bukan hanya bersandar akan tubuh fizikalnya sahaja yang menjadi takrif akan erti Melayu itu. Inilah fitrah kita orang Melayu mewarisi akan nilainya sebagai Melayu dari mereka keturunan kita yang hebat pada suatu ketika dahulu.
Kefahaman akan erti fitrah manusia itu adalah kefahaman diatas kenapa manusia dijadikan dalam ertikata tahu sebab spesis mereka diujudkan dibumi ini. Ianya mestilah diatas pembentukan minda yang telah menjadi “SUPERB” atau sempurna fungsinya sebagai “INTELLIGENT” yang menyempurnakan ilmu pengetahuanya diatas sinaran kesedaran yang terpancar dari kejernihan hatinya serta sebagai alat penyahan kekotoran dirinya sehingga terserlah ketuhanannya di kemanusiannya. Sememangnya sudah termaktub dalam fitrah manusia itu agar menuju kepada fitrah yang suci dan mencapai tahap yang lebih tinggi dari alamnya yang materialistik.
Maka fitrah itu setentunya berfungsi untuk mengenali dirinya dan perkaitannya dengan alam ini. Itulah tugas semua manusia dan tidak lari juga orang Melayu. Sebagai orang Melayu yang memiliki fitrahnya tersendiri, dia memperhambakan dirinya semata-mata diatas tugasan penyempurnaan evolusinya dari awal kejadiannya ZAHIR dan BATIN agar selari dengan penciptaannya sebagai manusia dibumi ini dan diatas sebab kenapa dia dijadikan. Orang Melayu memiliki nilai Melayu yang menjadi inti akan dirinya dan kebanyakan orang Melayu hanya mengenal Melayu diperingkat fizikalnya sahaja walau ada segolongan orang Melayu telah mencapai tahap kesempurnaan yang lebih tinggi dan telah jauh evolusinya. Semuanya terpapar di pemikirannya, terpampang dalam sejarahnya dan tersisa didalam perbendaharaan keilmuan dan peradaban yang telah lalu.
Mengenal Melayu dari perkataan dan tulisan atau melalui kefahaman akademik masih belum begitu jitu. Ianya masih jauh lagi kesempurnaan pengenalannya terhadap Melayu itu. Sejarah yang ada mengenai Melayu serta asal usulnya adalah kebanyakannya hasil kajian mereka yang bukan Melayu. Mereka mengkaji dan menyimpulkan segala data yang dijumpai namun tiada sepenuhnya memahami akan fakta itu. Mereka cuba menjadi “AUTHORITY” Melayu dengan andaian mereka serta menetapkan kebenaran diatas andaian mereka. Itulah sejarah dan pengenalan diaats bangsa Melayu yang berlandaskan pemikiran mereka bukan orang Melayu. Hanya Melayu kenal Melayu.
Orang Melayu adalah “EXTENSION” Melayu. Melayu adalah nilainya “VALUE” dan orang itu pembawanya “CARRIER” sahaja.
Disinilah kesalahfahaman berlaku kerana ketiadaupayaan mereka yang cuba memperkenalkan Melyu mengikut pemikiran mereka sendiri. Orang Melayu adalah dwi-hakikat ataupun dwi-kenyataan iaitu satu berlandaskan ORANGNYA dan kedua NILAINYA dimana orang itu merujuk kepada fizikalnya dan Melayu itu adalah nilainya. inilah perbezaan erti Melayu dan orang Melayu. Orang Melayu adalah mereka yang bersifat jasmani dan tidak semestinya Melayu kerana Melayu itu lebih cenderung kepada sifat ruhani atau setidak-tidaknya minda orang itu tempat terbukti zahir kemelayuannya. Sifat atau nilai Melayu adalah sifat yang bercirikan ketuhanan samaada mindanya atau ilmunya. Orangnya pula adalah budaya dirinya serta kesaktiannya yang tiada dapat ditandingi oleh sesiapa walaupun nyata ataupun ghaib. Melayu adalah entiti yang telah jauh evolusinya dan orangnya sudah lama didunia ini jika dibandingkan dengan manusia yang lain.
PENCETUS KETAMADUNAN
Suatu ketika dahulu orang Melayu sudah mendahului bangsa lain dimuka bumi ini dalam ketamadunannya. Mereka bahkan menjadi pelopor kepada teknoloji awal yang kini hanya tinggal sebagai peninggalan purba yang bertebaran dimuka bumi. Orang Melayu dahulu adalah Melayu dalam semua segi, mereka adalah pemerintah yang berkuasa, pengembara maritim yang cekap dan telah lama mendominasi manusia lain sebagai orang bawahannya. Orang Melayu telah meninggalkan “LEGACY” keilmuan dan teknoloji kepada manusia lain sehingga mereka dikenali sebagai BAPA KETAMADUNAN dan menjadi sumber inspirasi kepada manusia dimuka bumi ini.
Terbukti dalam banyak perkara Melayu disalahertikan dan sengaja dihilangkan sejarahnya akibat anak cucu tiada kefahaman tulin akan sejarah Melayu itu sendiri. Selain daripada itu ada manusia lain yang berkomplot menjatuhkan Melayu kerana sifat penjajahan yang ingin menakluki Melayu secara biadab dan sanggup melakukan pemupusan secara global agar Melayu tiada lagi boleh menghukum mereka dan menghancurkan mereka. Orang Melayu adalah orang yang tinggi hemah dan budi pekertinya serta beradap sopan. Oleh kerana kebaikan dan ketulinan hati mereka untuk membantu manusia, kebanyakan dari mereka akhirnya tertipu dan dianiaya sehingga ketamadunan mereka runtuh akibat angkara manusia yang cemburu dan ingin memiliki apa yang ada pada Melayu.
Segala manuskrip dan koleksi arkib mengenai Melayu kini disorok dan diubah akan faktanya sehingga tiada lagi yang dapat mengesan akan sejarahnya yang sebenar. Ini semua sudah berlanjutan beratus bahkan mencecah ribuan tahun sehingga kini tiada lagi cerita mengenai Melayu, yang ada hanya serpihan-serpihan manuskrip yang telah pudar dan sukar dibaca serta difahami kerana orang Melayu kini telah hilang kunci serta kod-kod bahasa asal yang membolehkan mereka mencungkil kembali kegemilangan ketamadunan Melayu.
Selain daripada itu, telah banyak doktrin dan ajaran bangsa lain menerapi pemikiran orang Melayu sehingga orang Melayu berubah sifatnya dan menjadi bangsa yang hanya tinggal sarung sahaja isinya tiada. Ini adalah fakta yang nyata jika kita lihat sekeliling kita, lihat akan perubahan yang berlaku diatas kehidupan orang Melayu sekarang yang telah hilang kemelayuannya akibat ratusan tahun dituba dengan doktrin dan ajaran yang menghilangkan identiti Melayu dan menjadikan mereka bangasa yang lemah dan tiada harga diri. Jika dibandingkan dengan nenek moyang orang Melayu disuatu ketika dahulu, mereka adalah penakluk yang hebat, pemilik ilmu dan kesaktian yang hebat.
Tiada perlu kita mengungkit akan fakta ini atau memperdebatkannya kerana banyak bukti yang ada cukup untuk menunjukkan kebenarannya walaupun hanya serpihan atau koleksi yang tidak lengkap namun hakikatnya Melayu tetap Melayu dan jika anak cucu yang ada berketurunan Melayu dan darah Melayu mengalir ditubuhnya maka mereka akan tahu dan merasai kehebatan Melayu pada dirinya. Hanya Melayu merasai dirinya Melayu.
TIDAK MELAYU HILANG DIDUNIA
Kata sakti yang menjadi kekebalan orang Melayu ini adalah idiom yang melambangkan pemikiran Melayu. Melayu sebagai Alam Dunia Pemikiran, “THE WORLD OF MALAY MIND”, bukan Melayu pada kulit, pada makan, pada kebudayaan dan bukan pada bahasanya. Semuanya ini adalah pakaiannya sahaja. Orang Melayu sudah melepasi ketamadunan dunia yang serba terbatas dan sempit ini. Inilah kebenaran yang tidak pernah diketahui oleh anak cucu yang ada. Mereka menyangka bahawa orang Melayu adalah penghuni gua dan mendiami pokok bukan pembina kota-kota yang dasyat-dasyat, memiliki armada laut yang cukup besar, pakar pembuatan besi, dan yang terulung memiliki ilmu yang tiada tandingannya.
Semua itu adalah ketamadunan dunia sahaja namun apabila dilihat akanpemikiran orang Melayu didalam bentuk ketuhanan, kita orang Melayu telah lama mengenal Tuhan kerana MELAYU HIDUP BERTUHAN BUKAN HIDUP BERAGAMA seperti bangsa lain yang baru hendak mengenal. Orang Melayu berbudayakan hidup bertuhan dan inilah puncak kehidupan seseorang yang dinamakan orang Melayu iaitu penghujung hidupnya mesti berjaya melepasi nafsunya dan mengembalikan diirinya sebersih mungkin tanpa ada sisa dunia pada dirinya.
Inilah pati atau inti Melayu yang menjadi perisai dirinya. Melayu dalam ertika orang adalah tubuhnya sahaja atau pakaiannya diatas dunia. Melayu bukan berdiri diatas orang, bukan diatas budaya yang bersandarkan tubuhnya, itu hanya “EXTENSION” kepada naluri Melayu yang menyalurkan dirinya pada kemanusiaannya. Melayu bukan dilihat pada bahasanya, pada makannya, pada gerak sehariannya.
Melayu itu alam dunia pemikiran yang menembusi alam fizikal yang tertera ini. Melayu tiada boleh diertikan sebagai orang kerana orang itu sarunganya dan sarung tiada semestinya berupa seperti yang dilihat oleh mata kita, ianya boleh disarungkan kepada bangsa lain walaupun fizikalnya bukan seperti orang Melayu. Inilah kekeliruan orang Melayu dan bangsa lain yang cuba memberi identiti Melayu itu diatas takrif pemikiran mereka yang lemah dan tiada berasas.
Memahami Melayu dalam hakikatnya adalah suatu yang tiada mungkin terbongkar rahsianya kerana untuk mengenali Melayu lebih “intim” ianya bukan setakat mengenal Melayu pada zahir atau sarungnya tetapi menyelami alam dunia pemikiran Melayu itu sendiri yang mana kesan penzahiran pemikiran Melayu terbukti kepada kebudayaannya serta keilmuannya yang melangkaui akan pemikiran manusia yang ada dimuka bumi ini. Melayu itu sungguh ajaib dan dunia Melayu merangkumi apa yang nyata dan termasuk yang ghaib. Jajahan Melayu tiada terhad kepada geografi dunia nyata sahaja, ianya merangkumi keseluruhan alam iaitu nyata dan ghaib.
Ramai yang tiada mengetahui akan keajaiban dunia Melayu. Rata-rata bagi kebanyakan dari kita hanya mengenal Melayu sebagai penduduk bumi yang memiliki persamaan ciri yang dikatakan Melayu samaada budaya atau bahasanya sahaja. Ini masih kecil dan masih belum kuat kenyataan atas Melayu itu. Melayu merangkumi sekelian penduduk dialam nyata dan juga penduduk alam ghaib. Kesinambungan alam Melayu itu dari nyata hingga ke ghaib adalah kenyataan yang ramai diantara kita tiada boleh terima kerana disangkanya Melayu hanya sebilangan manusia yang mendiami satu lokasi geografi sahaja tetapi tiada pernah terlintas bahawa jajahan Melayu itu teramat luas serta melepasi kepada alam ghaib.
Tiada perlu bukti diturunkan disini untuk mengukuhkan kenyataan ini kerana kita tahu dan ramai orang Melayu tahu bahawa diantara manusia nyata dan ghaib sudah lama ada perhubungan dan telah ada kerjasama ataupun bantuan dihulurkan oleh Melayu yang ghaib kepada Melayu yang nyata sejak dahulu lagi. Inilah yang hendak dipertengahkan kepada orang Melayu yang ada agar sedar bahawa Alam Melayu bukan hanya sekadar yang nyata ini sahaja bahkan meliputi yang ghaib juga.
Mengenal Melayu mengenal akan nilainya orang Melayu itu dan nilai orang Melayu itu ternyata pada orangnya. Maka orang Melayu adalah Melayu ZAHIR dan BATIN. Zahir itu orangnya dan BATIN itu nilainya iaitu Melayu. Orang Melayu mesti membawa nilai Melayu yang bersifat kepada budaya dan adat resamnya. Jika seseorang mengatakan dirinya orang Melayu tetapi tidak membawa nilai Melayu itu maka dia tidak sah Melayunya. Inilah dikatakan MELAYU LARI atau Melayu yang telah lari dari paksi dan terasnya sebagai orang Melayu. Orang Melayu yang berbudayakan budaya orang lain bukanlah Melayu Tulin atau sejati. Inilah pertikaian akan JATINYA orang Melayu itu iaitu dirinya ZAHIR dan BATIN atau dirumuskan sebagai jasmaninya Melayu dan ruhaninya Melayu.
Melayu itulah nilai yang mesti dibawa oleh orang Melayu, tidak boleh kita berkata bahawa kita orang Melayu yang sejati jika kita masih membawa budaya bangsa lain didalam kehidupan kita seharian. Jika kita tetap dan masih membawa budaya banngsa lain didalam kehidupan kita maka tidak boleh kita kata bahawa kita ini orang Melayu hanya Melayu lari iaitu lari dari menjadi Melayu Tulin iaitu Melayu luar dan dalam, zahir dan batin, dunia dan bunia. Inilah kesempurnaan idiometrik TAK KAN HILANG MELAYU DIDUNIA iaitu
SELAGI HIDUP DIKANDUNG BUNIA, TAK KAN MELAYU HILANG DIDUNIA
ARAHTUJU MELAYU
Kemanakah arahtuju orang Melayu kalau tidak kepada anak cucunya. Kita orang Melayu bangsa yang tidak mementingkan diri sendiri tetapi menilik jauh akan nasib keturunan kita. Melayu berharta untuk anak cucunya, mencari rezeki untuk anak cucunya bukan untuk kepentingan dirinya sendiri. Disinilah keperkasaan orang Melayu dalam “SURVIVAL” kehidupannya berteraskan anak cucunya. Tiada orang Melayu hidup atas dasar dirinya tetapi diatas keluarganya dan anak cucunya. Orang Melayu sesekali tidak akan menyakiti anak cucunya sejahat mana sekalipun dan tidak akan menghina anak cucunya semata-mata atas ajaran bangsa asing. Kita menghukum anak cucu kita dengan cara kita orang Melayu.
Jangan kita lari dari teras ini kerana ianya satu perjuangan kesinambungan keturunan Melayu dan ertikata Melayu itu sendiri “TIDAK MELAYU HILANG DIDUNIA. Jangan ada Melayu yang beralih kepada fahaman bangsa asing yang tak sama pendiriannnya. Inilah identiti yang membentuk teras Melayu dalam kemanusiaannya. Orang Melayu adalah orang yang prihatin diatas tanggungjawabnya sebagai pemimpin dan penentu nasib keluarganya seterusnya atas bangsa Melayu.
Orang Melayu mesti memahami dan memegang akan fahaman ini kerana ianya adalah teras Melayu itu sendiri. Ianya adalah wajib bagi Melayu. Tiada Melayu akan lari dari teras dirinya yang dikatakan “tiada kepentingan dirinya sendiri” hanya ingin melihat anak cucunya terjamin akan masa depan dan memiliki kehidupan yang jauh lebih baik dari apa yang ada pada dirinya sekarang.
Ideologi ini adalah teras kita dan menjadi tata acara kehidupan dan tanggungjawab kita dan mestilah dihormati serta dijadikan piagam dan bendera perjuangan kehidupan kita. Hendaklah ditanam sedalam-dalamnya dihati kita. Dimana kita berada hendaklah kita perjuangkan dan kekalkan teras ini agar sebati didalam diri kita serta menjadi contoh kepada generasi baru agar kesinambungan piagam ini tetap berkekalan sehingga Melayu kiamat dari dunia ini.
Maka inilah yang dikatakan perjuangan kita sebagai orang Melayu yang berlandaskan teras ini. Maka hendak semua yang ada, sekelian anak cucu berketurunan Melayu berjuang diatas landasan ini didalam kehidupan seharian mereka. Jangan hanya ianya menjadi logo pertempuran sosial atau perebutan kuasa sahaja.
TERAS MELAYU
Memahami akan erti teras ini sebenarnya adalah pegangan suci dan perjuangan yang abadi kerana ianya bersangkut paut akan etika Melayu yang menjadi hidup akan orang Melayu itu diatas bumi ini dan menjadikan ia satu haluan dan arah panduan kepada orang Melayu agar tiada sekali-kali alpa akan dirinya selagi bernyawa dimuka bumi ini. Kita orang Melayu hendaklah dan wajib berpegang kepada pepatah ini “HIDUP BIAR BERGUNA, MATI BIAR BERJASA”. Maka hendaklah pertama-tama difahamkan bahawa berguna Melayu itu diatas anak cucunya termasuk sekelian warga Melayu dan keduanya berjasa pada anak cucunya jua dan sekelian warga Melayu.
Selagi hidup orang Melayu dilayar kehidupan bumi ini hanya bekerja untuk mengaut keuntungan diri sendiri tanpa prihatin keatas warga Melayu yang lain dan sanggup hidup dalam kemewahan sementara warga Melayu yang lain ditimpa kemiskinan. Selagi tiada kesedaran diatas teras Melayu tadi maka orang Melayu sudah tergelincir dari terasnya sendiri.
Begitu juga dalam fahaman kehidupan yang berlandaskan agama, selagi masih berkira-kira akan fahaman tadi maka orang Melayu masih lagi jahil akan ketuhanannya dan masih lagi primitif dalam ideologi atau falsafah kehidupannya walaupun dirinya fizikalnya orang Melayu beragama. Melayu itulah nilai yang dimiliki kerana mnemahami Melayu itu memahami bahawa ianya membawa orangnya kearah kehidupan bertuhan dan setiap orang Melayu wajib mengenal dan menyintai Tuhannya. Tuhan itulah tunggak akan segala erti kehidupan pada orang Melayu. Agama hanya pakaia yang dipakai. Guna mendapatkan perjalanan kepada pengenalannya dan ianya bersandarkan budaya dan setiap agama adalah jalan kehidupan bertuhan mengikut bentu budaya dan adat satu-satu bangsa.
Maka Melayu itu nilai ketuhanan bagi orang Melayu dan tanpa mengenali Melayu dan tidak membawa nilai Melayu bererti kita bukan orang Melayu sejati tetapi menggunakan budaya asing sebagai jalan untuk kearah Tuhan kita. Kita tidak akan mendapatkan rasa mangga dalam betik dan takkan dapat tahu dan kenal Tuhan melalui budaya bangsa lain, tetap dalam citarasa dan naluri kita sendiri sebagai orang Melayu. Dia Tuhan kita Esa dan dimana sahaja hanya Dia Tuhan, tiada yang lain-lain hanya Dia. Maka dengan cara apa jua sekalipun Dia tetap penghujung akan segala cerita dan jawapan kepada segala jawapan.
Harus kita orang Melayu mengambil berat akan teras kita sebagai Melayu kerana inilah pegangan kita dan jalan kehidupan kita sebagai orang Melayu diatas bumi ini. Jika kita alpa dan sudah lupa siapa diri kita alamat orang Melayu sudah hampir pupus dan kelak hilang Melayunya hanya yang tinggal sarungnya jua yang tiada memberi apa makna pada dirinya sebagai orang Melayu.
Jika benar kita menegakkan nasib bangsa Melayu maka marilah kita duduk sejenak dan tilik diri sendiri, benarkah kita Melayu atau sarung sahaja Melayu?. Fikirlah dan selidiklah akan diri sendiri. Lihatlah diri dicermin. Pastikan kita Melayu ZAHIR dan BATIN.
PERJUANGAN MELAYU
Perjuangan Melayu tidaklah hanya semestinya berlandaskan kepada satu parti atau satu pihak sahaja. Ianya adalah hak orang Melayu itu sendiri samaada ianya secara perseorangan atau sebagai satu kumpulan. Apa yang penting adalah manifesto perjuangan itu tidak lari dari teras bangsa Melayu dan peradabannya yang telah terserlah kehebatannya sejak berkurun di rantau ini.
Orang Melayu sudah lama mendominasi dunia ini dengan ketamadunannya walaupun segilintir yang akur akan fakta ini. Beribu tahun dahulu kita orang Melayu adalah pencetus tamadun dan peradaban kemanusiaan. Orang Melayu telah membina empayarnya diatas dunia ini jauh lebih lama sebelum bangsa lain mengenali apa itu ketamadunan. Tidak perlu mengidentitikan Melayu sebagai bangsa yang baru atau yang masih perlu belajar. Kita orang Melayu sudah lama diatas bumi ini.
Inilah perjuangan kita sebagai anak cucu berketurunan Melayu ingin mengembalikan zaman kegemilangan nenek moyang orang Melayu sebelum ini yang telah terbukti kehebatannya sebagai penguasa alam maya ini dan menjadi pahlawan yang gagah berani, penegak dharma suci kebenaran sejati. Kita juga telah mereka cipta pelbagai ciptaan dari segala sudut tamadun yang menjadi kegunaan manusia dalam kehidupan mereka. Orang Melayu juga adalah pemegang ilmu ketuhanan dan pelapis kepada ujudnya agama didunia ini dan merupakan pendita yang hebat dan termasyur diseluruh pelusuk dunia.
Inilah perjuangan kita mengembalikan kegemilangan keturunan kita dan wajib kita memartabatkan kembali status kita sebagai anak cucu Melayu yang masih belum lagi pupus dan masih lagi dapat bangkit dan memakmurkan dunia ini dengan sifat kemelayuan kita. Inilah harapan perjuangan dan sebab kenapa Melayu harus sedar dan bangun dari ilusi penjajahan yang selama ini mendominasi dan meracunkan pemikiran orang Melayu sedangkan adat resam Melayu jauh lebih halus dan lebih sopan dari mereka yang ada didunia ini.
Melayu harus tahu, Melayu harus alihkan kefahaman mereka kepada sesuatu yang lebih “SUBTLE” iaitu sesuatu yang boleh membawa mereka kepada asal kejadian dan sebab kenapa Melayu ujud dimuka bumi ini, bukan seperti yang diajarkan dan didoktrinkan oleh bangsa penjajah tetapi atas rasa dan kesedaran tulin yang selama ini terpendam dalam hati dan naluri orang Melayu itu sendiri yang sekian lama terbenam ditelan zaman.
Mengenal Melayu di prasana dunia adalah suatu manifesto bagi orang Melayu kerana sayang kita sudah jadi orang Melayu tetapi masih belum dapat jadi Melayu. Inilah fakta dan hakikat Melayu yang harus ditimbulkan dan diapungkan di ruang minda orang Melayu sekarang ini agar kita tiada menjadi hamba kepada sesiapa di dunia melainkan kembali menjadi rakyat Melayu dan kembali mengenal siapa Raja kita kerana orang Melayu tiada pernah menjadi hamba hanya rakyat yang taat setia. Inilah sumpah Melayu yang sebenarnya “Selagi hayat dikandung Bunia, takkan Melayu hilang diDunia”. Kembalilah wahai warga Melayu kepada sumpah setia taat kepada Raja. Melayu beraja maka wajiblah kekalkan identiti ini selagi kita bernama orang Melayu, tetap berkehendakkan Rajanya dan berbakti pada Rajanya. Inilah jua adat kita adat Melayu iaitu ADAT BERAJA dan inilah jua fitrah orang Melayu HIDUP BERAJA. Tanpa Raja tiadalah rakyat dan tanpa rakyat tiadalah Raja.
MELAYU BERAJA
Inilah susur galur Melayu yang menurunkan bangsanya sebagai bangsa yang pertama dibumi ini sebagai kuasa pemerintah yang menguasai dunia. Menjadi adat kita orang Melayu beraja kerana hirarki ini adalah hirarki yang menjadi tunjang peradaban Melayu dan menjadi cara hidup orang Melayu yang sejati. Ada Raja ada rakyat, ada rakyat adalah Raja. Melayu mesti beraja dan Raja mesti mempunyai rakyat kerana jika tiada salah satu daripada ini maka sumbanglah Melayu itu. Fakta ini tertera dalam sejarah Melayu sepertimana di perkatakan dalam bicara Sang Nila Atama dan Demang Lebar Daun. Sebagai ungkapan lebihkurang begini
SEJAHAT MANAPUN RAJA TIADA BOLEH DIBUNUH DAN SEJAHAT MANAPUN HAMBA RAKYAT TIADA BOLEH DIHINA.
Setiap Raja yang gagal menjalankan tanggungjawabnya tiada boleh dibunuh kerana keturunan Raja akan pupus maka hukumannya adalah dibuang dirinya dari Kerajaannya atau dipenjara diatas kesalahannya itu dan diganti dengan Raja yang lain. Bagi hamba rakyat pula tiada boleh dihina lebih-lebih lagi dikhayalak ramai dan dibukakan aibnya dimata orang kerana akibatnya hamba rakyat akan dihina dan dipulau oleh masyarakat dan ini lebih teruk dari dihukum mati kerana terpaksa menanggung malu seumur hidup dan terpaksa berdepan setiap hari dengan cemuhan dan ejekan masyarakat terhadap dirinya. Kerana itu lebih baik saja dibunuh daripada dibiarkan hidup merana kerana masyarakat tidak akan boleh menerima mereka hamba rakyat sebagai ahli anggota masyarakat kerana begitulah sifatnya manusia dan lebih-lebih lagi orang Melayu.
Kita orang Melayu harus menyedari akan hakikat kemelayuan kita kerana tanpa mengetahui hakikat ini orang Melayu akan mudah terpengaruh akan dogma dan doktrin yang berlandaskan ketuanan dan kehambaan yang menjatuhkan martabat kita sebagai orang Melayu. Melayu tiada pernah menjadi hamba dan jangan sesekali jatuh martabat kita sehingga menjadi hina sebagai hamba. Melayu beraja maka Melayu adalah rakyat dan bukan hamba.
Setiap dogma atau doktrin yang ada hanya semata-mata untuk melarikan akidah kemelayuan kepada suatu teras peradaban yang barbar dan kasar dan tiada mempunyai asas kemuliaan pada sifatnya iaitu tiada adat yang tinggi nilainya dan sopan santun yang menjadi penghormatan dirinya diatas dunia ini. Orang Melayu begitu mudah menjual adatnya dan sanggup mengikut adat orang barbar dan sanggup menjual anaknya kepada budaya yang tiada nilai peri kemanusiaannya.
Ini adalah sesuatu yang patut kita fikirkan jika kita benar Melayu. Orang lain boleh mengambil hak kita sebagai Melayu dan kita tanpa berfikir panjang tunduk pada mereka tanpa melihat lebih jauh akan kesannya pada keturunan kita sebagai orang Melayu.
Oleh itu kita wajib merasai diri kita samaada kita benar faham erti Melayu beraja, samaada ianya hanya satu tanggapan atau satu rukun yang hanya wajib dipercayai atas pembentukan sosial sahaja atau benar kita Melayu hakikatnya beraja. Mengapa begitu penting untuk kita menyedari hakikat ini? Selagi Melayu wajib beraja. Ini fakta, dan fakta ini adalah hakikat Melayu. Melayu tiada boleh lari dari pati kejadiannya, tiada boleh mengubah sesuatu yang telah ada ketetapannya sejak azali. Ini adalah sumpah bukan kata lidah yang menjadi ucapan suci sahaja bahkan ianya adalah perjanjian dalam pengujudan Melayu di alam maya ini.
Ramai orang Melayu tiada pernah didedahkan pada fakta sebegini rupa kerana ramai yang tiada mengetahui akan hakikat ini. Orang Melayu yang ada hanya berpandukan rujukan doktrin dan ajaran bangsa penjajah dan bacaan yang dikarang oleh mereka yang bukan Melayu. Melayu itu melebihi diatas segala apa yang disangkakan. Bangsa lain telah lama mengenali melayu dan adalah menjadi hasrat mereka agar Melayu ini dihapuskan identitinya supaya mereka dapat bermaharalela dimuka bumi ini tanpa mengikut dharma suci kebenaran sejati.
Mereka mengenalkan konsep dan meniupkan dogma yang menjadikan Melayu lumpuh akalnya dan hilang pendiriannya serta buta pada hakikat dirinya melainkan apa yang disuruh pelajari dan dikenali sahaja. Segalanya disusun oleh bangsa penjajah yang ingin melihat Melayu pupus dari muka bumi ini untuk selama-lamanya. Inilah kebenaran Melayu yang kini semakin nipis pada anak cucu yang ada sekarang ini.
Orang Melayu tiada diberi peluang untuk menyingkap sejarah mereka kerana banyak fatwa dikeluarkan semata-mata untuk mengalih pandangan orang Melayu kepada doktrin dan ajaran bangsa penjajah yang tiada memahami akan erti Melayu. Bangsa penjajah adalah asalnya jahil sedangkan Melayu asalnya penuh kegemilangan dan penuh dengan episod-episod kemasyuran dan sejarah peninggalan yang menakjubkan.
Kenapa Melayu begitu dengki dan berdendam dengan bangsanya sendiri? Ini adalah hasutan dan bisikan bangsa penjajah yang melumpuhkan nilai murni Melayu dan digantikan dengan nilai mereka yang jauh rendah mutu nilai kebudayaannya. Selagi kita Melayu tiada sedar akan jarum peniti berbisa yang dimasukkan kedalam nilai kemelayuan kita nescaya kita sebagai orang Melayu hanya akan rugi dan akhirnya menjadi hamba kepada bangsa yang jahil dimuka bumi ini.
Dimana Raja kita? Sebagai Melayu kita mesti beraja dan Raja Melayu hanya satu sahaja. Hanya Dialah Raja yang menjadi payung naungan rakyat Melayu. Memahami akan ertikata Melayu dan memahami akan ertikata Raja Melayu membawa kita kepada pendaulatan dan pemasyuran akan kembalinya Melayu sebagai bangsa berdaulat diatas tanah Melayu sendiri. Ini perjanjian purba yang menjadi sebab kenapa ujudnya Melayu dibumi ini dan bukanlah satu kejadian yang rawak atau sesuatu yang tiada mempunyai halatuju dan sebab yang konkrit. Sebagaimana yang dilaungkan oleh orang Melayu di Filipina,
“RAJA KAMI YANG JAGA KAMI DAN RAJA KAMI AKAN KEMBALI”
Setiap apa yang dijadikan dialam ini mempunyai fungsi masing-masing samaada ianya datang dari mula yang baik atau mula yang jahat. Raja Melayu adalah simbol kehadiran dan kewujudan Melayu itu sendiri diatas muka bumi ini. Hanya segelintir sahaja yang benar-benar berajakan Raja Melayu, yang lain hanya ikut-ikut sahaja tanpa mengetahui siapakah Raja Melayu yang sebenarnya dan apakah tugasnya menjadi tunggak orang Melayu. Raja Melayu adalah satu-satunya Raja yang ada dialam ini. Dialah penegak dharma suci kebenaran sejati.
Dialah sebab turunnya orang Melayu kemuka bumi ini sebagai rakyatnya, sebagai ganti dirinya menjadi pembela dharma, penegak kebenaran, menghukum kejahilan dan mereka yang merosakkan bumi ini dan memperhambakan manusia lain untuk kepentingan bangsanya atau dirinya. Inilah sebab kita Melayu beraja dan sebab kita orang Melayu ada.
Memahami Melayu tanpa mengenal Rajanya adalah mengenal malam tanpa mengenal siang. Mengenal Raja Melayu mengenal akan hakikatnya kita sebagai orang Melayu. Raja itulah kuasa pemerintahan dan penaung akan seluruh warga Melayu Dunia dan Bunia. Mereka yang tiada pernah mengenali akan dirinya sebagai orang Melayu sudah tentu tiada akan memahami akan apa yang tertulis disini.
Oleh itu wajiblah kita orang Melayu mengenal diri kita sendiri dan memahami hakikat Melayu itu apa. Barulah sempurna pengenalan kita akan ertikata Melayu dan kenal asal usul kita dan kenal sejarah kita dan akhirnya kenal akan fitrah kita sebagai orang Melayu.
FITRAH MELAYU
Fitrah Melayu adalah termaktub dalam kanon “ENACTMENT” perlembagaan pembentukan zuriat Melayu dan kesinambungannya kepada tubuhnya orang Melayu. Ini adalah manifesto perlembagaan Melayu serta adat susilanya dan modus operandinya sebagai “INTELLIGENT” yang mewarisi titah Raja Melayu dizaman pembukaan kehidupan Melayu sebagai manusia di muka bumi ini. Fitrah Melayu adalah sesuatu yang sudah termaktub dan tiada boleh diubah. Ianya adalah “DE FACTO” Melayu itu sendiri.
Inilah manifesto Melayu itu sendiri dan tiada sesiapa dari warga Melayu samaada ghaib ataupun nyata boleh engkar dan derhaka diatas “ENACTMENT” ini kerana sesiapa warga Melayu yang melanggar etika ini akan mengalami kehancuran diri sendiri. Melanggar Melayu melanggar fitrah dirinya sendiri. Orang Melayu tiada kira siapa akan pasti dihukum dan menerima laknat diatas sumpah dan perjanjian ini walau tiada siapa yang mempercayainya.
Maka sesiapa yang memahami akan kebenaran ini, tahu tiada sesiapa yang dapat mengubah fitrahnya dan selagi dia orang Melayu maka tetap dia terikat dengan sumpah taat setia dan perjanjian dengan Raja Melayu yang menurunkan keturunannya dimuka bumi ini. Mereka yang merendahkan dirinya dan berusaha kearah fitrahnya maka dia akan mendapat bukti yang kukuh akan kepercayaannya sebagai orang Melayu yang dimuliakan dan diiktirafkan sebagai kuasa pemerintahan dialam maya ini.
Semoga orang Melayu yang ada segera kembali menjadi Melayu agar fitrahnya dapat dipulihkan dan dapat memulangkan amanahnya dan menjalankan tugasnya sebagai penegak dharma suci kebenaran sejati.
BANGSA MELAYU
Definasi bangsa dalam bentuk bahasa lebih menitikberatkan kepada fizikal dan jalur kebudayaan yang berasakan kepada ras fizikal atau etniknya sahaja, sedangkan pengertian bangsa yang kita kehendaki itu lebih meluas kepada keturunan yang mengikut jalur ras “INTELLIGENT” atau spesis yang mendiami bumi ini sebagai contohnya bangsa Jin dan bangsa Manusia yang merupakan dua bangsa yang berlainan spesisnya. Jika dibangsakan Melayu dalam ertinya Melayu sebagai spesis ras dan etnik manusia dan tidak berbangsa Jin, maka takrif ini terlalu sempit jika hendak kita beri tanggapan bangsa keatas bangsa Melayu disini.
Jika dibandingkan dengan ras etnik yang lain, kita boleh tetapkan definasi ini sebagai ketetapannya, tetapi tidak boleh di katalogkan bangsa Melayu serupa dengan ras dan etnik manusia yang lain. Maka haruslah kita beri kelonggaran kepada pembahasaan dan perkataan “bangsa” itu agar ianya dapat meliputi erti “bangsa Melayu” yang luas termasuk kepelbagaian spesis dalam ertikata yang lain, bangsa melayu itu adalah termasuk Jin dan Manusia serta spesis yang lain seperti bunian, peri, dewa atau orang kahyangan.
Ada beberapa tanggapan yang mengatakan orang Melayu itu bukan bangsa kerana bangsa bukan ditakrifkan sebagai ras tetapi ianya lebih sinonim dengan perkataan “commonwealth” dan Melayu adalah ahli kesatuan “COMMONWEALTH”. Inilah yang dikatakan erti bangsa Melayu disini yang mana ianya tidak dapat dirumuskan dalam kepustakaan bahasa atau pola strata bahasa yang dikamuskan. Bangsa Melayu adalah satu “COMMONWEALTH” yang meliputi kepelbagaian spesis bangsa iaitu manusia, jin dan dewa.
Maka kita sebagai orang Melayu harus memahami akan pendekatan ini, dimana ianya membawa kita kepada persaudaraan yang terjalin secara semulajadi diantara spesis-spesis yang menjadikan bangsa Melayu satu “COMMONWEALTH”. Inilah takrif bangsa Melayu dan inlah juga ketetapan didalam mengertikan Melayu sebagai satu bangsa. Setiap bangsa Melayu didalam kepelbagaian spesis itu sebenarnya adalah satu keturunan jua yang hadir dimuka bumi ini mengikut zamannya masing-masing. Mereka yang berbangsa selain daripada manusia adalah ras Melayu yang lebih tua dan yang telah mendirikan peradaban mereka sebelum adanya manusia.
Mereka sebenarnya adalah nenek moyang orang Melayu berbangsa manusia yang ada sekarang ini sebagai kesinambungan ras orang Melayu itu sendiri. Ramai anak cucu tiada memiliki fakta ini atau tidak pernah hendak ambil tahu akan perkaiatan mereka sebagai manusia dialam kasar ini dan ras Melayu yang lebih halus kejadiannya. Kita semua satu keluarga dan keluarga bangsa Melayu adalah yang paling meluas meliputi zaman dan masa serta alam dimensi yang lain.
Ramai orang Melayu pada hari ini sentiasa memandang serong terhadap spesis Melayu yang berlainan jenis kejadiannya kerana mengikut doktrin dan ajaran bangsa penjajah dan budaya mereka. Kita orang Melayu begitu mudah menganggap dirinya sudah mulia dan tiada menghormati nenek moyangnya serta sekelian ahli keluarga walaupun hina akan kejadiannnya. Anak cucu kini terasa diri sudah mulia dan sombong sehingga malu mengaku keturunannya seperti SITANGGANG YANG MALU MENGAKU IBUNYA SAKAI.
Oleh sebab kefahaman dan ketulinan diri orang Melayu sudah tercemar dengan budaya dan pemikiran bangsa asing dan integriti orang Melayu kini semakin tercabar akibat kesombongan dan keangkuhan dirinya seperti TUANnya bangsa penjajah, maka kita orang Melayu yang masih berkeyakinan dan berpegang dengan ketulinan dan kejatian diri sebagai orang Melayu yang asli dan jujur pada dirinya membuat satu manifesto demi “SURVIVAL” bangsa Melayu dan demi anak cucu orang Melayu agar tetap dalam Melayunya. Inilah ertikata yang sebenarnya “TAK KAN HIILANG MELAYU DIDUNIA”. Jika tidak Melayu akan hilang dan pupus bangsanya dipesada dunia manusia. Melayu hanya tinggal nama, orangnya, bangsanya dan dirinya telah tiada. Inilah manifesto Melayu.
MANIFESTO MELAYU
Apakah manifesto itu dan kemanakah halatuju manifesto yang hendak didirikan demi “SURVIVAL” orang Melayu. Manifesto hendaklah merupakan satu strategi ataupun pendasaran yang dikemukakan dari krisis dan permasaalahan orang Melayu dan dilema bangsa Melayu yang meruncing di alaf ini agar bangsa Melayu tidak pupus dalam ertika nilainya tidak hilang dari orangnya. Kita masih lihat orang Melayu itu ada dan kelihatan dibumipada ini tapi nilai dirinya Melayu itu sudah hilang dan akibat kehilangan jati dirinya Melayu itu sebagai nilainya ditakuti membahayakan spesisnya, bangsanya kerana tidak dapat lagi berfungsi sebagaimana fitrahnya yang dijadikan dan akibatnya bangsa atau orang Melayu itu juga dikhuatiri akan ikut dipupuskan kerana sebab dan mengapa adanya orang Melayu itu sudah tidak lagi relevan dalam manifestasi alam ini.
Diatas kesedaran inilah ujudnya hasrat untuk menyelamatkan orang Melayu dari hilang selama-lamanya dari pesada dunia ini. Hasrat ini menjadi satu semangat ingin melihat kesinambungan orang Melayu tetap ada dan berpegang kepada idiom “TAK KAN HILANG MELAYU DIDUNIA”. Inilah manifestonya dan apakah halatuju manifesto itu jika tidak lain tidak bukan adalah untuk memanifestasikan Melayu itu dalam bentuk yang asli dan tulin sebagai satu “NEW ORDER” yang akan mengganti sistem atau order lama yang tidak relevan lagi dan terbukti gagal untuk mengekalkan identiti Melayu ZAHIR dan BATIN. Sistem yang sedia ada adalah sistem yang dibina berdasarkan penjajahan iaitu doktrin dan ajaran bangsa penjajah. Sistem ini perlu disisihkan dan dibuang dari kehidupan orang Melayu jika orang Melayu bekehendakkan kejatian dirinya.
Jangan ada orang Melayu secara perseorangan atau secara berkumpulan melaungkan kata “JATI DIRI”nya sebagai orang Melayu tetapi masih berpegang erat akan doktrin dan ajaran bangsa penjajah dan budaya asing didalam kehidupannya. Mereka ini tidak layak untuk memperkatakan apa jua tentang orang Melayu dan tiada “AUTHORITY” atas Melayu kerana mereka yang masih dikongkong mindanya dengan sistem penjajah dan budaya asing itu hanya perosak akidah Melayu dan menyelewengkan ertikata Melayu disamping mengotori kemurnian hati dan naluri Melayu serta pemikiran Melayu yang suchi dengan anasir-anasir budaya dan adat bangsa asing yang tidak sinonim dengan budaya dan adat orang Melayu.
Jangan ada yang cuba berlagak pandai dan merasai dirinya sudah Melayu selagi dikehidupannya masih beramal dengan doktrin dan ajaran bangsa penjajah dan mengikuti jejak langkah budaya dan adat bangsa asing itu. Kenapa mesti ada orang Melayu mewarnai pemikirannya, hatinya dan cara hidupnya dengan budaya bangsa asing dan sekaligus mengaku dirinya orang Melayu? Tidakkah pelik lembu mengembek, makan cempedak rasa nangka? Orang Melayu apa? Orang Melayu yang tidak ada pendirian dirinya hanya menjadi hamba penjajah? Siapakah yang berani tampil kehadapan dan berkata “AKU MELAYU, ZAHIR BATINKU MELAYU” Siapakah? Siapakah diantara orang Melayu yang sanggup menegakkan kembali nilai Melayu yang sejati dan tulin?
Inilah dilema orang Melayu yang hanya berani berkata diatas bayangan TUANnya penjajah tetapi takut bersuara, takut berjuang menegakkan kembali nilai Melayu. Dimana bijak pandai Melayu yang mengaku memahami Melayu dan mengenali Melayu? Hampir tiada, kerana orang Melayu yang ada bukanlah orang Melayu yang asli kerana jika dia orang Melayu yang asli mestilah dia membawa akan nilai Melayu itu pada dirinya dan bukan nilai bangsa asing yang tiada kaitan dengan bangsanya. Sampai bilakah orang Melayu hendak sedar dan berfikir sejenak akan apa dirinya samaada dia masih Melayu atau sedah terkeluar dari kemelayuannya.
Selagi sumpah “SELAGI HAYAT DIKANDUNG BUNIA, TAK KAN MELAYU HILANG DIDUNIA”masih terpatri dalam nyawa kita orang Melayu, hati-hatilah bahawa orang Melayu akan mengalami kemusnahan nilainya dan akan hancur bangsanya, bukan diatas tangan bangsa penjajah tetapi di atas tangan orang Melayu itu sendiri. Orang Melayu sekarang sebenarnya sudah lama memiliki permasaalahan ini dan ianya menjadi dilema orang Melayu, krisis identitinya yang telah hilang akibat ditekan oleh doktrin dan ajaran bangsa penjajah. Selagi orang Melayu tidak mahu akur akan fakta ini dan masih ingin menegakkan benang penjajah yang basah, selagi itulah kita akan lihat sedikit demi sedikit maruah bangsa hilang dan anak cucu tiada lagi pegangan atas nilai jatinya sebagai orang Melayu.
Mengapa tidak hendak menerima segala apa yang dinyatakan disini? Masihkah lagi hendak menegakkan nilai dan budi bangsa asing yang tiada sama dengan sopan dan santun kita sebagai orang Melayu. Kenapa masih degil dan tidak percaya pada bangsa sendiri? Hendak juga memuliakan bangsa lain dan mengagungkan budaya bangsa asing? Kenapa? Kenapa tak mahu melihat kebenaran ini? Kenapa nak tutup mata pula? Kenapa tutup telinga pula? Kenapa masih tiada boleh menerima kenyataan ini? Adakah dikalangan kita orang Melayu yang sudah tahu semua ini dan mendiamkan diri? Takutkah? Takut pada bayangan bangsa penjajah?
Jika benar Melayu apa tandanya? Cukupkah hanya dengan berkata “AKU ORANG MELAYU” atau “AKU MELAYU”, cukupkah hanya dengan kata? Mana geraknya kita orang Melayu? Dimanakah perjuangan kita orang Melayu yang bercirikan nilai Melayu? Oleh itu, sebagai permulaan dan cara hendak mencapai kembali akan erti orang Melayu yang sejati haruslah ada manifesto yang perlu di ketahui dan menjadi bahan pembakar semangat serta agenda dikehidupan kita orang Melayu.
Manifesto ini adalah wawasan untuk orang Melayu dialaf akan datang. Manifesto mempamerkan agenda pemulihan orang Melayu dan mengujudkan ORDER BARU sebagai pendasarannya yang berlatarbelakangkan atau bercirikan Melayu Sejati bukan Melayu yang masih dikongkong oleh sistem bangsa penjajah. Memahami betapa pentingnya manifestasi manifesto ini, setiap orang Melayu yang ingin memperjuangkan kejatian dirinya harus menerima manifesto ini. Bukan seseorang sahaja bahkan mana-mana kumpulan yang memperjuangkan nasib orang Melayu atau memperjuangkan hak orang Melayu itu harus sudah memahami erti Melayu dan apa maksudnya kejatian diri sebelum mnelangkah lebih jauh didalam perjuangan mereka.
Lebih tegas lagi diberi amaran kepada mana-mana pihak jangan lagi melaungkan sepanduk perjuangan Melayu tetapi masih lagi bersandarkan doktrin dan ajaran bangsa penjajah. Orang Melayu harus bersih dan berdiri diatas nilai adat dan budayanya sendiri. Melayu harus diterima sebagai nilai dirinya dan bukan nilai adat dan budaya bangsa asing. Jika sungguh menegakkan Melayu ertinya menegakkannya dalam kesempurnaan diri dan nilai dirinya orang Melayu. Kita tidak mahu lagi setelah ujudnya manifesto ini ada orang Melayu yang sengaja tidak mahu akur, jika ya maka jangan gunakan nama Melayu kerana apa gunanya berkata cintakan bangsa tetapi takut menerima hakikat Melayu.
ORDER BARU harus dijadikan sebagai sistem orang Melayu samaada didalam kehidupannya, dirinya bahkan pemikirannya harus tiada lagi penggunaan pemikiran bangsa asing, hanya sejatinya Melayu. Harus ada pemindahan dan pemulihan berlaku didalam dirinya jika hendakkan Melayu itu didalam bentuknya yang sejati. Tiada guna hebat memperjuangkan bangsa Melayu, ideologinya dan adat resam namun masih menggunakan nilai dan budaya bangsa asing, masih takluk pada pemikiran bangsa asing, masih tidak boleh tanggal dari pakaian kehidupan bagsa asing dan masih belum mendapatkan nilai Melayu itu sebagai asas dirinya.
Manifesto atau agenda Melayu disini merupakan kerangka dalam mengujudkan kejatian dirinya orang Melayu dan bangsanya. Ianya merangkumi 3 perkara sebagai dasar pelaksanaan atau tatacara agenda manifesto itu seperti dibawah:
1. Reinstate Malay Status – memartabatkan kembali orang Melayu
2. Revive past Glory – mengembalikan kegemilangan orang Melayu seperti dimasa lalu
3. Reunite as one Nation – bersatu dibawah satu payung kebangsaan
Sebagaimana yang tertera diatas kita lihat 3 perkara yang menjadi perlembagaan akan manifesto Melayu. Pertama adalah pemartabatan orang Melayu sebagaimana yang kita telah bincangkan dengan panjang lebar sebelum ini dimana untuk mencapai kemartabatan orang Melayu itu hendaklah diserapkan kembali nilai Melayu itu atau dipulihkan kembali nilai diri orang Melayu itu kepada kejatian dan asal-usul dirinya sebagai orang Melayu yang asli tanpa ada percampuran nilai bangsa lain didalam falsafah kehidupannya. Tidak mungkin maksud JATI atau TULIN membawa kepada masih ada elemen-elemen atau anasir asing masih ada didalam nilai JATI itu sebagaimana ketulinan emas bergantung diatas ketiadaan anasir lain didalam unsur logam emas.
Maka mendapatkan jati diri orang Melayu itu adalah memartabatkan kembali dirinya kepada Melayu Sejati dan tidak mungkin pemartabatan itu berlaku selagi orang Melayu masih membawa nilai dan budaya bangsa asing dalam bentuk apa jua sekalipun. Harus difahami akan kata-kata ini dengan sebenar kefahaman tanpa merasai kenegativian dalam pemikiran kita. Ini adalah fakta dan fakta ini mengatakan dan membuktikan bahawa jati itu bererti ia ujud dalam bentuknya yang asli dan berdiri diatas nilai dirinya sendiri tanpa ada percampuran anasir asing dan nilai yang selain dari nilai dirinya.
Jika perkara ini tidak boleh diterima maka jangan ada orang Melayu mengaku dirinya orang Melayu sejati dan jangan persoalkan kejatian dirinya dan sememangnya inilah yang dipertikaikan. Jika Melayu apa tandanya? Dimanakah kesempurnaan Melayu itu? Bukankah diatas orangnya iaitu orang Melayu. Maka kenapa bila diungkaikan permasaalahan ini ramai ingin menentangnya? Takrif atas orang Melayu yang sejati atau kejatian dirinya berdiri atas apa? Jika tidak atas nilainya tersendiri tanpa ada nilai asing didalam dirinya. Bukankah begitu?
Inilah dilema yang melanda orang Melayu yang ada. Ditelan tak boleh diluah tak dapat. Selagi orang Melayu masih berkira-kira dan masih kejap kiri kejap kanan, kejap ya kejap tidak, selagi itulah orang Melayu akan tetap dalam dilemanya. Hanya satu jalan sahaja jika inginkan penyelesaian iaitu kembali kepada persoalan jatinya diri orang Melayu itu atas apa? Adakah diatas nilai bangsa lain atau nilai dirinya Melayu itu?
Maka dalam manifesto Melayu, untyuk memartabatkan balik bangsanya atau orangnya seharusnya mengambil kira akan nilai orang Melayu itu diatas nilai adat dan budayanya dan bukan dari nialai adat dan budaya bangsa asing. Tiada siapa boleh mengatakan dirinya orang Melayu hanya sekadar atas tubuhnya sahaja tetapi termaktub adat dan budayanya serta pemikirannya jua. “TO REINSTATE” sudah tentu membawa kepada pemartabatan nilai Melayu itu pada orang Melayu. Orangnya yang hendak di “REINSTATE” dengan nilainya atau Melayunya. Inilah tujuan pertama manifesto yang hendak diujudkan ini.
Pada peringkat kedua pula adalah bagaimana hendak dilihat nilai Melayu itu? Pada hari ini kita dapati bahawa nilai orang Melayu sudah luntur kejatiannya kerana ada percampuran budaya asing. Hanya dengan melihat kebelakang sahaja dapat kita jumpa nilai yang asli iaitu masa orang Melayu belum lagi dijajah. Melalui kehidupan orang Melayu dimasa yang lampau kita dapat bertemu jawapan akan nilai asli itu. Jika hendak memartabatkan orang Melayu itu kembali, hendaklah dimartabatkan diatas nilai orang Melayu lama yang masih belum dicemari dengan pengaruh budaya asing.
Maka peringkat kedua membawa kita kepada “REVIVE PAST GLORY”. Disini dimaksudkan adalah mengimbas kembali era silam orang Melayu yang pernah menjadi pencetus ketamadunan dan menjadi pemimpin dalam pelbagai disiplin tamadun itu. Terdapat banyak artikel yang membicarakan perihal peninggalan tamadun Melayu dimedia dunia serta penulisan sarjana barat yang membukukan kajian mereka. Ramai ahli sarjana membuktian akan kewujudan tamadun Melayu lama yang berselerakan dimuka bumi serta membuktikan jua akan asal manusia yang bermula dari kawasan yang didiami oleh orang Melayu. Seperti DR OPPENHEIMER yang mempeloporkan fakta “SUNDALAND” sebagai “THE CRADEL OF HUMAN CIVILATION” dengan mendatangkan bukti-bukti kukoh didalam buku “ EDEN IN THE EAST”.
Maka dalam manifesto seperti pada peringkat kedua adalah amat perlu semua orang Melayu mengkaji perkara-perkara seperti ini dan jangan menanggapnya sebagai mitos kerana fakta yang diketengahkan adalah hasil kajian saintifik dan bukannya tiada berasas. Kita tahu jika hendak mempercayai sesuatu tidak perlu menggunung bukti diperlukan tetapi sebaliknya cukup satu dua bukti sahaja. Kita takuti orang Melayu tidak mahu menerima fakta ini semata-mata ianya bertentangan dengan doktrin dan ajaran bangsa penjajah. Kenapa tidak mahu terima fakta jika terbukti kesahihannya dalam bentuk saintifik dan kenapa hendak menutup mata dan telinga kerana tidak amhu terima. Sampai bilakah hendak ditutup minda menerima akan kenyataan yang ada. Terlalu pentingkah untuk membuktikan bahawa apa yang dicakap oleh orang lain lebih benar dari bangsa sendiri.
Kenapa tetap jua keras hatinya dan tertutup minda orang Melayu semata-mata terasa diri tertipu atau tersangat ingin menjadi orang lain, terasa mulia dan hebatnya bangsa lain sedangkan bangsa diri hanya sakai dihutan, sampai malu mengaku dirinya orang Melayu berbahasa Melayu. Bangsa lain sekali-kali tidak akan mejulang bangsa lain selain daripada bangsa lain. Heran kita orang Melayu tidak mahu menyanjung bangsa diri hanya bangsa lain sahaja. Inikah perangai orang Melayu yang amat suka meniru bangsa lain, menyanjung bangsa lain sehingga bangsa sendiri tersungkur dan terbuang tanpa ada rasa pada dirinya bahawa menghina bangsanya adalah perbuatan yang biadap.
Bangsa lain sudah pasti tidak akan menghina bangsanya, hanya orang Melayu sahaja yang bodoh dan taksub kerana keinginan menjadi seperti TUANnya bangsa penjajah masih menebal pada dirinya. Menghina bangsa TUANnya adalah biadap dan akan dikenakan hukuman tetapi bila dia menghina bangsanya sendiri tiada siapa pula nak menghukum mereka. Bagi mereka tiada siapa akan berani menghukum diri mereka jika mereka menghina dan memperlekehkan bangsa Melayu.
Itu dahulu tapi sekarang tidak. Melalui order baru dari manifesto Melayu, setiap yang menghina dan menghukum bangsanya dengan hukuman bangsa lain tidak akan terlepas dari hukuman. Kenapa tidak boleh pula? Oh! Hanya jika ianya berkaitan dengan doktrin dan ajaran bangsa penjajah dia tidak perlu tunduk dengan hukuman Melayu? Kerana apa? Kerana TUANnya akan bangga dengan tugasnya menyambungkan ketuanan TUANnya dan akan diberi upah yang lumayan kelak matinya. Jadi tak perlu tunduk pada bangsanya sendiri bangsa Melayu kerana TUANnya akan menolongnya? Inilah metafor sitanggang disumpah oleh ibunya kerana apabila sudah berbudaya bangsa asing iaitu budaya TUANnya terasa dirinya mulia dikalangan bangsa TUANnya sehingga malu mengaku ibunya si Melayu kerana ibunya sakai dan tiada beradab seperti adab TUANnya. Malu sungguh memalukan! Hukuman pasti tiba.
Oleh itu melihat peringkat kedua akan manifesto ini kita tahu hanya dengan melihat kembali sejarah kehebatan orang Melayu dizaman silam dan merasai akan kehebatan itu masih mengalir didalam darah dan disetiap urat tubuh kita barulah orang Melayu dapat menghidupkan kembali semangat kemelayuannya dan dapat memartabatkan kembali dirinya sebagai Melayu Sejati, bukan sekadar orang Melayu seperti digambarkan sekarang tetapi adalah sebagai bangsa yang perkasa, berani dan sanggup berjuang demi bangsanya dan kemurnian nilai Melayunya. Inilah orang Melayu yang hendak dimanifestasikan didalam manifesto ini.
Amat diharapkan orang Melayu dapat sedar dan bangkit dari tidurnya dan keluar dari belenggu penjajahan bangsa asing yang telah memerintah kita orang Melayu sampai kini dan masih tetap terpenjara didalam ideologi mereka bangsa penjajah melalui doktrin dan ajaran mereka. Siapakah yang mengatakan doktrin mereka mulia dan ajaran mereka sahaja yang benar, tentu mereka sahaja tetapi belum tentu benar bagi kita orang Melayu kerana budaya mereka tidak sama dengan budaya kita. Kita kitalah, mereka merekalah. Tak kan mereka ada pula “AUTHORITY” diatas bangsa kita dan menghukum bangsa kita sewenangnya, menghukum dan menghina bangsa sendiri atas hukuman mereka! Tak mungkin. Mana logikanya?
Sebagaimana yang kita fahami iaitu untuk memartabatkan kembali orang Melayu itu hendaklah dipulangkan nilai aslinya orang Melayu itu kepada ketulinan dan kejatian dirinya tanpa diwarnai oleh pengaruh budaya asing. Jika masih ada, maka orang Melayu tetap ditahap sekarang iaitu hamba kepada TUANnya bangsa penjajah kerana memakai budaya mereka. Mengetahui akan hakikat ini, orang Melayu harus sepenuhnya membudayakan dirinya dengan adat dan adab Melayu sepertimana dibawa oleh datok nenek dan moyang mereka suatu ketika dahulu dan bukan lagi budaya asing yang dibawanya sekarang separoh tuan separoh hamba, separoh jati separoh asing.
Serupalah analoginya dengan pokok pisang daun kelapa. Sesuatu yang mustahil. Inilah keadaannya orang Melayu sekarang. Kerana itulah ujud permasaalahan dalam masyarakat Melayu kerana sumbang sudah nilai masyarakat kerana membawa doktrin dan ajaran bangsa asing dan menggunakan budaya asing sebagai kayu penghukum bangsa Melayu yang merupakan sesuatu yang tidak mungkin kerana budaya asing tidak sinonim langsung dengan budaya Melayu seperti orang yang tidak dikenali menghukum anak kita!
Orang Melayu tidak sedar dan tidak mahu bangkit dari penjajahan kerana sudah empok dan enak dikerusi dudukan TUANnya dan amat menghargai budaya bangsa penjajah, budaya TUANnya kerana terasa hebat akan doktrin dan ajaran TUANnya serasa tidak sanggup berpisah, takut TUANnya tidak sayangkan mereka lagi dan mereka akan menjadi kerbau tidak bertuan hidup tiada haluan. Tahukan akan kebenaran yang kita miliki sebagai orang Melayu, adakah ianya hak kita sendiri atau ianya hadiah bangsa penjajah ibarat gula-gula yang amat menagihkan dan akhirnya kita terperangkap dalam kemanisan janji bangsa penjajah yang menawarkan doktrin dan ajaran mereka yang asing budayanya untuk diguna pakai oleh bangsa yang dijajah mereka.
Tidak mungkin orang Melayu boleh berkata dirinya orang Melayu selagi belum lagi Melayu dirinya ZAHIR dan BATIN iaitu orang Melayu yang membawa nilai Melayu sepenuhnya. Sebagaimana yang ternyata dalam manifesto Melayu iaitu untuk memartabatkan orang Melayu itu harus dia memiliki nilai asli Melayu dan dimana hendak kita dapatkan nilai itu. Hanya dengan mengimbas kembali akan sejarah orang Melayu dimasa lampau dikala belum adanya bangsa yang menjajah bumi Melayu ini. Tidak ada kemungkinan lain untuk mendapatkan nilai keaslian Melayu itu hanya dengan mengujudkan nilai Melayu yang menjadi pegangan orang Melayu iaitu budaya datok nenek dan moyang kita disuatu ketika dahulu.
Peringkat seterusnya dalam manifesto ini ialah “REUNITE AS ONE NATION” dimana jika seluruh keturunan Melayu idak kira dimana sahaj didunia dapat dimartabatkan kembali akan nilai dirinya sebagai orang Melayu yang sejati maka kita akan ujud stu kesatuan orang Melayu tadi atas satu nilai sahaja. Nilai ini lah yang akan menyatukan seluruh orang Melayu diselurh dunia tanpa mengira apa jua agamanya dan apa jua negara asalnya semua akan bersatu dibawah satu payung bangsa Melayu iaitu “ONE NATION”. Inilah yang diperlukan agar bangsa Melayu akan bangkit menjadi satu bangsa yang besar dan menjadi setanding dengan mana-mana bangsa yang lain bahkan kalau boleh menjadi bangsa yang tiada tolok bandingnya seperti mana pernah dirasai kehebatannya dimasa yang lampau. “THE RISE OF MALAY NATION” inilah yang dinantikan sebagai hasil manifesto Melayu ini. Kedudukan orang Melayu ini dinyatakan seperti berikut :
“Orang Melayu akan kembali menjadi penakluk dunia di akhir zaman sama seperti keadaan mereka menjadi pengasas tamaddun dunia sejak kira-kira 50,000 tahun lampau” (The Cradle of Civilisation).
Maka dalam menyempurnakan manifesto ini kesemuanya membawa kepada satu misi iaitu untuk menyatukan seluruh orang Melayu diseluruh dunia menjadi “ONE NATION” dan penyatuan ini tidak akan berjaya tanpa mendapatkan satu titik ikatan yang membawa semua orang Melayu ke arah itu. Titik ikatan itu semestinya satu nilai yang diikuti dan dijadikan nilai diri orang Melayu itu tanpa kira agamanya dan negara kerakyatannya. Semua itu hanya pendaftaran undang-undang dunia sahaja. Ianya bukan satu “ULTIMATUM” akan penentu bangsa Melayu.
Bangsa Melayu adalah satu “NATION” dan tiada semesti dimiliki oleh mana-mana negara atau dibezakan diatas agamanya. Bagi orang Melayu itu semua pakainnya didunia dan dirinya, jika benar orang Melayu sudah pasti akan berpegang kepada nilai Melayu sahaja. Semua orang Melayu satu nilainya dan dengan satu nilai inilah semua orang Melayu akan bangkit menjadi bangsa yang akan dihormati dan disegani oleh dunia. Ramai yang menyangka bahawa kebangkitan Melayu itu bersandarkan kepada doktrin dan ajaran bangsa asing namun ternyata semuanya hanyalah kekeliruan ydan ketidakfahaman orang Melayu itu memahami akan erti jatinya sesuatu bangsa itu berkait dengan nilai bangsa itu seperti “ BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA”, ia ke?
Mengapa tidak akur juga akan KEBENARAN ini. Hakikat bangsa itu terletak pada nilai jati dirinya dan bagi orang Melayu wajiblah dia membawa nilai Melayu itu didalam jiwa dan raganya, sempurna Melayu dirinya ZAHIR dan BATIN. Inilah misi keseluruhan manifesto Melayu dalam mencapai kesempurnaan diri orang Melayu itu dengan membawa nilai Melayu didalam dirinya. Manifesto yang ada ini bukanlah hanya sebagai satu piagam dan perlembagaan yang hanya dikumat-kamitkan diatas bibir sahaja tetapi harus menjadi kenyataan bagi setiap orang Melayu. Ianya harus dijadikan pengantian kepada sistem kehidupan orang Melayu yang kini masih lagi menggunakan sistem penjajah.
Tanpa menjadi sistem pengganti, manifesto yang ada ini hanyalah perjuangan sepi dan tiada akan bererti kerana ianya satu perjuangan dan kebangkitan bangsa Melayu itu sendiri. Manifesto ini merupakan satu wadah perjuangan dan tatacara untuk membangunkan orang Melayu sebagai satu bangsa yang hebat. Inilah manifestonya, untuk memanifestasikan bangsa Melayu yang dimartabatkan kembali dan bersatu dalam satu bangsa ‘ONE NATION” demi “SURVIVAL” bangsa Melayu itu sendiri dan menjadi bangsa yang berdaulat serta mampu mengulangi sejarah kegemilangan bangsa Melayu seperi dimasa yang lampau.
Keutuhan dan kedaulatan bangsa Melayu adalah diatas nilai keperibadian orang-orangnya yang menyanjung nilai Melayu itu sendiri yang bersifatkan DHARMA SUCHI KEBENARAN SEJATI (DSKS). DSKS adalah nilai asal kepada tegaknya diri orang Melayu itu didalam kehidupannya didunia ini. Orang Melayu bersifatkan “ARYAN” iaitu tata bangsa yang menjadi penghukum ketidakadilan dan kekejaman yang dilakukan oleh manusia yang telah lari nilai kemanusiaannya dan perjanjian dengan Tuhannya agar menjaga kesejahteraan manusia dan alam sejagad. Seperti kata-kata dibawah :
When men appointed to be the sovereign ruler over the kingdom of the world, men forget the oath made with supreme ruler of the world to rule with kindness, just and wisdom to ensure the wellbeing of all mankind and all creatures.
Men became during the ages tyrant full with greed, hate and selfishness, destroyer of what is good and slayer of innocent life to fulfil their thirst of power and hunger of wealth that change the course of humanity into satanic society.
Maka dalam manifesto Melayu termaktub matlamat orang Melayu untuk menjadi penghukum, pembela dan pembawa keadilan kepada mana-mana manusia yang sudah tidak lagi mewarisi sifat-sifat kemanusian yang sepatutnya sebagaimana asalnya perjanjian yang terkandung sebagai FITRAHnya. Ramai orang Melayu tidak mahu akan kedudukan diri mereka diatas dunia ini. Ramai beranggapan bahawa hidup didunia hanya percuma dan tiada merasai bahawa kehadirannya adalah bersebab. Tiada sesuatu apa jua sekalipun dijadikan dengan sia-sia. Ada yang merasai bahawa mereka hidup hanya atas hidup dan merasai dirinya bertanggungjawab diatas dirinya dan pegangan hidupnya. Tapi itu semua masih isu yang kecil kerana ujud adalah bersebab dan sebab dijadikan manusia mestilah diatas nilai-nilai yang tertentu. Sama seperti binatang lain yang ujud dimukabumi ini masing-masing memainkan peranan diatas pembentukan kehidupan dimukabumi ini.
Setiap unggas dan tumbuhan menjalankan tugas masing-masing dan begitu jua manusia yang duduk didalam ekosistem yang sama sudah pasti ada jalinan kerjasama dalam tugas didunia ini. Masing-masing dengan nilai dan tugasannya. Manusia juga bertugas dan tugasan manusia adalah sebagai spesis yang termaju didunia adalah menjaga kesejahteraan makhluk bukan sebagai pemusnah dan penghancur semata-mata hendak memuaskan nafsu dan meraih kekayaan tanpa mengambil kira hak makhluk yang lain. Berperang dan berbunuhan demi memperjuangkan doktrin dan ajaran kefahaman masing-masing. Inilah yang perlu diperbetulkan dan mereka yang menamakan diri mereka penegak keamanan atau pemimpin dunia adalah sebenarnya hanya bertopeng dan kegiatan mereka hanya merajai nafsu dan menjadi shaitan perusak dharma suchi.
Agenda Melayu bukanlah sekadar menyempurnakan manifestonya tetapi untuk bangkit sebagai penguasa yang boleh menghukum manusia durjana dan mengembalikan hak makhluk dan kebajikan manusia sejagad. Kita berupaya untuk menjadi bangsa yang berkuasa dan menjadi pemimpin dunia sebagaimana datok nenek dan moyang kita orang Melayu disuatu masa dahulu sebagai bangsa yang digeruni dan ditakuti kerana kewibaan orang Melayu dan kesaktian mereka mampu menundukkan mana-mana manusia dan menghukum mereka yang telah menyimpang dari dharma suchi kebenaran sejati.
Sayugialah diingatkan selagi kita orang Melayu hanya mampu melaungkan suara seperti burung punai dihutan janganlah bercita-cita tinggi dalam menyuarakan hak orang Melayu atau ingin menerajui Melayu itu sendiri tanpa berani memegang nilai-nilai murni Melayu itu dan tidak nilai yang bersandarkan atau nilai yang diambil dari bangsa asing yang amat jauh rendah mutu dan kasar segala perbuatannya zahir mahupun batin. Jika benar Melayunya kita, nyatakanlah nilai itu dan jangan nyatakan nilai budaya asing serta mengamalkan doktrin dan ajaran bangsa asing yang samasekali tiada kepentingan diatas bangsa kita hanya bertujuan untuk kepentingan diri mereka sebagai penjajah. Akurlah fakta ini dan cabarlah diri sendiri diatas integriti nilai Melayu yang sejati bukan nilai Melayu yang berhambakan nilai bangsa lain. Jika benar!
Kita mestilah mahu memajukan bangsa kita ketahap yang paling tinggi dikalangan manusia yang lain kerana kita yakin bangsa Melayu mampu menjuarai zaman ini dan menjadi kuasa yang terhebat. Tiada keraguan diatas kebolehan bangsa Melayu dan tiada kekurangan pada orang Melayu dan bangsanya jika hendak dijadikan penguasa bumi ini. Inilah hasrat kebangkitan Melayu bukanlah hanya sekadar diri orang Melayu itu secara perseorangan tetapi sebagi satu bangsa yang memiliki potensi pemerintah baru didunia ini.
Inilah gabungan yang kita hendak capai agar bersatunya orang Melayu bukanlah hanya sebagai mengembalikan nilai Melayu itu malah lebih dari itu iaitu harus cuba mencapai impian yang tertinggi dan meletakkan tanggungjawab atau tugasnya menegakkan kebenaran dan membela kebenaran itu dengan menghukum mereka-mereka yang telah menjadi kurang ajar dan tidak bermaruah lagi serta tanpa segan silu merampas hak manusia lain dan menguasai mereka dan memperbodoh-bodohkan manusia lain demi kepentingan kedudukan mereka sebagi penguasa dunia yang bertuankan iblis dan shaitan.
Banyak cara kita boleh lakukan untuk menuntut kembali hak manusia yang dizalimi tetapi sebelum kita boleh menerajui akan impian ini hendaklah kita orang Melayu pulihkan dirinya dan perkasakan dirinya dengan nilai Melayu barulah dapat kita jayakan cita-cita untuk menerajui pula dunia ini. Jika tidak segala yang diceritakan hanyalah angan-angan mat jenin sahaja. Jika benar dan yakin orang Melayu mampu menjadi penguasa dunia maka mulakanlah dengan manifesto kebangkitan Melayu ini dahulu. Kebangkitan bangsa Melayu adalah kebangkitan yang dinanti-nantikan bukan sekadar telah ada dalam prediksi-prediksi tetapiu adalah satu ketentuan. Hanya jika kita mahu berusaha dan berungguh-sungguh diatas usaha itu, tiada mustahil bagi kita selagi semuanya mengikut langkah-langkah dan susunan yang telah ada didalam manifesto Melayu. HIDUP MELAYU!
Bukanlah kata-kata ini membangkitkan semangat yang negatif dan jangan pula ada yang menggunakan sentimen ini sebagai bahan kegunaan kepentingan satu-satu persatuan atau perjuangan orang Melayu kerana disini bukan kita hendak bangkit sebagai regim pengganas yang tak ada otak atau kaki pembunuh yang tiada hati perut dan tiada peri kemanusiaan. Kita harus bangkit dengan kebijaksanaan dan kasih sayang bukan dengan nilai kekejaman dan mesin penghancur dharma. Harus difahami benar akan arahtuju penulisan ini. Ianya bukan penghibur lara dan ajaran sonsang yang mengelirukan tetapi keikhlasan untuk memperjuangkan “SURVIVAL” bangsa Melayu dan nasib anak cucu agar terbela dengan adil dan bukan terus menjadi hamba kepada nilai penjajah samaada tubuh maupun pemikiran mereka.
Inilah niat suchi dan satu cadangan kepada semua orang Melayu yang tahu akan erti Melayu dan tahu kenapa Melayu ujud didunia dan tahu agenda Melayu serta perjuangannya menjadi penegak dharma suchi kebenaran sejati. Bukan sebagai pengganas dan penyangak yang bodoh dan tiada nilai kemanusiaannya. Selagi masih ada sesiapa yang melaungkan nama MELAYU maka kita cabar mereka semua agar bersatu dibawah NILAI MELAYU dan kembali menjadi orang MELAYU ZAHIR dan BATIN.
SELAGI HAYAT DIKANDUNG BUNIA
TAK KAN MELAYU HILANG DIDUNIA
ORDER MELAYU BARU
Order Melayu Baru adalah penyempurnaan akan manifesto Melayu itu. Manifestasinya adalah satu Order Baru atau Sistem Baru untuk orang Melayu sebagai pengganti sistem yang sedia ada. Order Melayu Baru ini mengandungi misinya demi mencapai wawasan bangsa Melayu sebagai bangsa yang jati dirinya diatas adat dan budaya atau nilai Melayu tanpa ada lagi nilai bangsa asing dan tidak lagi bersandarkan doktrin dan ajaran bangsa asing melainkan doktrin dan ajaran Melayu itu sendiri. Ini lah repo yang harus dibina demi “SURVIVAL” bangsa Melayu dan mendapatkan kembali nilai asal orang Melayu itu. Jika orang Melayu memahami akan halatuju ini maka Order Melayu Baru harus dijadikan sistem kehidupannya dan berusaha untuk meninggalkan Order Lama yang sudah tidak relevan lagi demi mencapai wawasan pemulihan nilai bangsanya yang sejati.
Orang Melayu yang ada dimana sahaja harus sedar erti akan pengujudan Order Baru ini kerana sesudah ini tiada orang Melayu boleh sewenang-wenangnya mengaku dirinya orang Melayu kerana definasi orang Melayu didalam Order Melayu Baru bermaksudkan orang yang membawa nilai Melayu yang sejati, tidak diwarnai oleh budaya asing dan doktrin serta ajaran bangsa penjajah yang menjadi sistem Order Lama yang sedia ada. Memahami definasi ini maka pengertian orang Melayu adalah diatas bangsanya sendiri.
Bagi orang Melayu diMalaysia definasinya ialah ORANG atau RAKYAT MALAYSIA BERKETURUNAN MELAYU, tidak boleh lagi berkata dirinya Orang Melayu kerana telah dikatakan bahawa orang Melayu adalah yang membawa nilai Melayu sejati dan tidak boleh dihadkan atau dilimitkan sebagai beridentiti satu-satu negara atau mana-mana agama. Orang Melayu berdiri diatas nilai bangsanya sendiri diseluruh dunia. Bangsa Melayu adalah ras manusia yang menjadi sebahagian dari penduduk bumi ini dan ras Melayu ini bertebaran keturunannya diseluruh pelusuk dunia.
Inilah hasrat Order Melayu Baru untuk mengembalikan hak orang Melayu sebagai pergabungan “COMMONWEALTH” bangsanya dan ujud sebagai satu bangsa “ MALAY NATION”. Keturunan Melayu ada dimana-mana, dari penduduk di Archapelago, Pasifik hingga kebenua Afrika terdapat ramai penduduknya adalah berasal atau berketurunan orang Melayu. Ramai menyedari akan betapa luasnya jajahan Melayu pada suatu masa ketika dahulu. Orang Melayu telah lama mengembara mengelilingi dunia kerana orang Melayu adalah bangsa maritim yang hebat. Mereka telah menjelajah dunia dan menakluknya melalui perjalanan laut. Ini adalah fakta dan diakuri oleh ramai orang akan kebolehan bangsa Melayu sebagai bangsa maritim.
Mengujudkan bangsa Melayu diera ini adalah mengujudkan pergabungan yang boleh memangkin kembali era kegemilangan orang Melayu yang pernah ujud sebagai satu bangsa yang hebat, digeruni dan dihormati oleh bangsa-bangsa yang lain. Orang Melayu tidak yakin dan tidak percaya akan kata-kata ini tetapi sudah banyak bukti dan kajian yang dilakukan dimana semuanya menunjukkan akan kehebatan orang Melayu itu diera yang lalu. Maka perlu difahami bahawa menentukan definasi akan orang Melayu tidak bererti menafikan hak sesiapa sahaja yang berketurunan Melayu untuk mengatakan dirinya orang Melayu tetapi memahami konteks orang Melayu itu bukan disandarkan kepada tempat duduknya sahaja.
Sebagai contoh kita katakan di Indonesia ramai keturunan Melayu, sama jua dengan Malaysia, Filipina dan Kemboja. Maka dalam konteks definasi orang Melayu, kita mengatakan ianya sebagai Melayu Filipina, Melayu Indonesia atau Melayu Kemboja. Orang Melayu adalah dari rumpun bangsa Melayu dan mereka kini telah diklasifikasi mengikut pembahagian geo-politik. Rumpun Melayu adalah bangsa Melayu dan orangnya orang Melayu walau tidak dapat dilihat sebagai satu bangsa “ONE NATION” kerana sudah berpecah dari segi geo-politiknya namun orang Melayu masih boleh dikumpulkan diseluruh dunia diatas bangsanya. Bangsa Indonesia adalah serupa dengan rakyat Malaysia tetapi bangsa Indonesia atau rakyat Malaysia tidak semestinya berketurunan Melayu hanya Melayu Indonesia dan Melayu Malaysia sahaja berketurunan Melayu.
Berkata “aku orang Melayu” berkata diatas dirinya seseorang itu yang berketurunan Melayu, bukan “aku orang Melayu” sama ertinya “aku orang Malaysia @ aku rakyat Malaysia”. Aku orang Melayu bererti dalam konteks kewarganagaraan Malaysia ialah “aku orang@rakyat Malaysia berketurunan Melayu”. Jika berkata orang Melayu “aku bangsa Melayu” tidak sama jua dengan “aku bangsa Indonesia” tetapi ia tetap merujuk kepada satu kewarganagaraan atau bangsa yang mirip dengan Indonesia iaitu sebagai bangsanya tersendiri. Inilah yang dikatakan sebagai “MALAY NATION” walau tiada nyata dalam geo-politikalnya namun tetap ada kewujudannya dan kewujudan bangsa Melayu itu lebih mirip kepada satu bentuk “COMMONWEALTH” dan tidak sebagai satu negara.
Pergabungan orang Melayu adalah diatas satu nilai Melayu yang sama bagi semua bangsa Melayu. Inilah Order Melayu Baru untuk mengujudkan satu kesatuan orang Melayu dalam bentuk “COMMONWEALTH”. Sebagaimana setiap kewarganagaraan seseorang diwakili oleh identiti negara itu maka setiap orang Melayu adalah dikaitkan dengan nilai Melayu itu sebagai identitinya. Inilah yang hendak difahami oleh semua rakyat mana-mana negara yang berketurunan Melayu jika hendak mengaku dirinya hendaklah mereka itu memiliki nilai Melayu yang sejati.
Persoalan diatas kerakyatan seseorang Melayu itu tidak dipersoalkan kerana ianya hanya identiti geo-politikal sahaja dan tiada teras yang bersandarkan mana-mana keturunan bangsa. Ianya meliputi pelbagai keturunan dan salah satunya berketurunan Melayu walaupun sudah hilang pendaftaran kata Melayu di negara itu namun mereka tetap berbangsa Melayu seperti kita kata “Melayu Kemboja” tetapi tiada pendaftarannya.
Order Melayu Baru adalah sistem pengganti untuk semua orang Melayu yang ingin jati dirinya dikembalikan, untuk semua orang Melayu yang mencari “ROOT” dirinya, untuk semua yang orang Melayu yang mencari identitinya yang sama dengan datok nenek dan moyangnya, untuk semua orang Melayu yang mencari kepuasan sukmanya yang lebih memberikan erti batinnya sebagai orang Melayu, untuk semua orang Melayu yang memerlukan satu resolusi baru dan ingin keluar dari dilema kehidupannya yang bersandarkan kepada nilai bangsa asing dan adalah juga untuk semua orang Melayu yang inginkan kesempurnaan dirinya Melayu ZAHIR dan BATIN. Tidak ada paksaan kepada sesiapapun orang-orang Melayu untuk akur dan dipersetujui kerana;
“HANYA MELAYU TAHU MELAYU, HANYA MELAYU RASA MELAYU dan HANYA MELAYU JUA JADI MELAYU”
Sebagaimana yang telah ditegaskan bahawa tiada sesiapa yang boleh berkata “AKU MELAYU” dan mengaku dirinya orang Melayu tanpa membawa nilai Melayu itu. “Rakyat Malaysia berketurunan Melayu” boleh! atau “Bangsa Indonesia berketurunan Melayu” boleh!. Orang Melayu adalah satu bangsa dan bangsa ini sudah tentu memiliki pecahan etnik yang membezakan puak-puak atau jenisnya Melayu itu pula seperti Melayu Bugis, Melayu Kampar, Melayu Minang dan semua puak etnik Melayu. Walaupun ada pecahan puak etnik namun itu semua terkumpul dalam satu rumpun bangsa iaitu bangsa Melayu.
Sudah tidak perlu lagi dipersoalkan orang Melayu dan Melayu itu. Semuanya sudah diperjelaskan sebelum ini. Apa yang penting sekarang ialah Order Melayu Baru yang perlu diberi perhatian untuk dijadikan sebagai sistem penggantian kepada Order Melayu Lama. Adakah relevan? Ya! Jika kita orang Melayu hendak keluar dari permasaalahan sosial dan psikologi yang menjadi dilema orang Melayu kini. Ya! Jika kita berkeyakinan bahawa bangsa Melayu boleh bangkit menjadi bangsa yang berkuasa dan menguasai bangsa lain dibumi ini. Inilah tema utama dan isu yang perlu ditangani jika kita orang Melayu hendakkan satu pencapaian dan kejayaan sebagai bangsa yang berdaulat sebagaimana bangsa Melayu suatu ketika dahulu diera zaman kegemilangannya.
Adakah anak cucu sudah bersedia untuk mengembalikan kegemilangan datok nenek dan moyang mereka? Adakah orang Melayu benar-benar bercita untuk menjadi bangsa yang hebat? Atau hanya laungan dan kata-kata sahaja sekadar menyeronokkan hati mengisi masa lapang, tak tahu nak buat apa. Jangan kita hanya menyuarakan hasrat tapi menelannya kembali bila berhadapan dengan isu yang sebenarnya. Takut ramai yang akan berundur dan lari dari perjuangan kerana hakikat mereka bukanlah diatas dasar Melayu tetapi mengambil kesempatan mengeksersais kepakarannya dan mempolitikkan isu orang Melayu dan perjuangannya semata-mata sebagai batu loncatannya. Kita akui perkara ini tidak dapat dielakkan apatah lagi bila isu politik terpaksa bersandarkan nilai perjuangan bangsa bukan nilai parti yang berdasarkan pada fahaman seperti fahaman komunis atau sosialis. Disini kepincangan berlaku dalam dasar parti yang menggunakan isu orang Melayu, terpaksa juga mematrikan “PERJUANGAN DEMI BANGSA MELAYU” sebagai TAJUK PERHIMPUNAN dan tajuk kempen.
Kita tidak marah kepada sesiapapun dalam hal ini kerana sudah termaktub dalam pensejarahan bahawa isu perjuangan orang Melayu diterajui oleh barisan ahli politik yang ingin melihat bangsanya bebas dari kongkongan penjajah dan kita bangga dan amat berterimakasih atas jasa yang tak ternilai itu kerana merekalah pejuang pertama yang membawa orang Melayu kepada era kemerdekaan dan bebas dari penjajahan serta membangunkan kemajuan didalam kehidupan orang Melayu. Kita sudah kekurangan orang yang sifatnya begitu.
Order Melayu Baru bukanlah hendak mengubah dasar perlembagaan mana-mana negara yang penduduknya adalah berketurunan Melayu tetapi kerana menyahut penggilan laungan “ perjuangan orang Melayu” dan pendefinasian “Melayu” yang masih berbau penjajah serta tiada perubahan dalam pemikiran orang Melayu, masih ditakuk yang sama sahaja. Tiada pembaharuan didalam kemerdekaan pemikiran orang Melayu dan tiada upaya yang ikhlas dalam mencari solusi permasaalahan sosial dan psikologi orang Melayu. Hanya menggunakan kaedah-kaedah penyelesaian bangsa asing sebagai antidotnya dan meniru nilai budaya asing untuk dipersembahkan sebagai penyelesaiannya.
Kita orang Melayu disini sudah jauh didalam arus kemodenan diera kemerdekaan ini, namun ternyata berasingan agenda pembangunan negara dan pembangunan bangsa. Pembangunan negara adalah demi seluruh kesejahteraan rakyat negara itu tetapi pembangunan bangsa tidak dapat diselesaikan secara rasional kerana terdapat kecacatan dalam mencari nilai budaya orang Melayu yang diwarisi turun temurun dan disabitkan dengan nilai bangsa asing yang diserupakan warisannya. Menggunakan nilai budaya asing sebagai kayu pengukur dalam pembangunan bangsa Melayu adalah satu perkara yang menyalahi kerana budaya asing tidak sinonim dengan budaya bangsa Melayu. Mereka melihat sesuatu itu dengan kaca mata mereka dan bagaimana pula kita menghukum bangsa kita memakai pandangan mereka. Serba tak kena lah!
Kita tidak takut mencabar sesiapa yang merasai akan apa yang tertulis ini tidak membawa kepada erti sebenarnya “perjuangan dan SURVIVAL“ orang Melayu. Terdapat banyak perbezaan diantara kenyataan yang mengambarkan tentang ketulinan atau jatinya orang Melayu itu dan arah perjuangan mana-mana pihak diatas nama Melayu. Lihat diatas nama perjuangan mereka kononnya memperjuangkan hak orang Melayu tetapi masih terbatas diatas geo-politik setempat sahaja tanpa mengambil kira orang Melayu lain yang ada didunia ini. Perjuangan orang Melayu di Malaysia adalah perjuangan mereka yang berketurunan Melayu rakyat Malaysia sahaja.
Order Melayu Baru mengajak orang Melayu agar berfikir diatas nama bangsa Melayu tanpa sempadan. Ini dimaksudkan orang Melayu seluruh dunia tanpa ada perbezaan kewarganegaraan maupun agama yang dianutinya. Jangan disalahertikan nama bangsa Melayu yang kita tahu disini kerana skop orang Melayu yang difahami disini terhad diatas lokalitinya sahaja. Kita mahu orang Melayu bersatu sebagai satu bangsa bukan dikelaskan mengikut negara dan agama kerana jika itu yang difamkan diatas orang Melayu maka teramat sengkek pengetahuan kita tentang orang Melayu. Masih jauh lagi perjalanan kepada perjuang orang Melayu sedunia.
Kita bangga dengan pencapaian setengah golongan yang memulakan agenda pembangunan dan perjuangan “SURVIVAL” bangsa Melayu dan kita berharap gerakan ke arah itu diteruskan kerana ini asaha yang kita ada disini namun skop perjuangan itu harus kearah golabilitinya kerana harus meyedari bahawa orang Melayu bukan sahaja ada disini malah seluruh dunia. Bagaimanakah hendak kita menyatu dalam ertikata Melayu sebagai bangsa kalau tidak kita berusaha dalam memahami ertikata orang Melayu yang lebih global nilainya. Untuk itu tidak boleh kita orang Melayu mengelaskan bangsa kita didalam bentuk apa jua sekalipun hanya nilai Melayu itu sahaja. Ini bererti orang Melayu adalah keseluruhannya dalam gabungan sejati. Ada orang Melayu Malaysia, orang Melayu Afrika, orang Melayu yang bermaustatin di Australia dan juga orang Melayu Islam, orang Melayu Hindu serta orang Melayu yang memiliki falsafah dan kefahaman hidup masing-masing.
Jika benar kita memperjuangkan Melayu sebagai bangsa harus kita terima kenyataan ini kerana jika hanya ditujukan kepada orang Melayu Malaysia dan beragama Islam sahaja maka pendekatan ini adalah masih terhad dan tidak meluas. Mengaku berketurunan Melayu bererti wajib menerima orang Melayu yang lain tanpa mengira warganegara dan agama sebagai saudara sejati orang Melayu dan menerima mereka dalam masyarakat Melayu. Kita orang Melayu harus ada soladiriti sesama kita dan intergriti sesama bangsa. Tidak boleh menganak-tirikan keturunan kita yang lain atau mengasingkan mereka sebagai orang luar. Kita wajib bersama mereka semua dan membantu memasukkan mereka didalam agenda perjuangan bangsa Melayu. Tidak sewajarnya mereka disisihkan.
Kewarganagaraan dan keagamaan tidak boleh dijadikan isu pemisah bangsa. Itu adalah ketentuan geo-politik dan pilihan hidup masing-masing. Apa yang penting kita orang Melayu akur diatas kewujudan bangsa Melayu dalam bentuk apa jua sekalipun tanpa ada diskriminasi. Selagi ada perbezaan antara satu orang Melayu dengan orang Melayu yang lain selagi itulah bangsa Melayu tidak dapat menyatakan nilai Melayu itu dan tidak mahu mengaku orang Melayu yang lain sebangsa dengannya. Orang Melayu harus membantu sesama bangsanya sebagaimana kifta lihat bangsa lain menolong sebangsa dengannya.
Dalam kewujudan Order Melayu Baru ini diharapkan ada perubahan didalam pemikiran orang Melayu yang mana selama ini hanya memilih atau mengkelaskan perjuangannya diatas satu kelompok sahaja tanpa mengambil kira akan kelompok yang lain. Jika kita masih melihat orang Melayu hanya dikelompokkan sebagaimana bentuk kewarganagaraan dan keagamaan sahaja maka tujuan dan hasrat perjuangan orang Melayu masih lagi serupa dengan sistem yang sedia ada serta tidak perlulah kita hendak mengatakan perjuangan kita orang Melayu untuk orang Melayu kerana tidak adil hanya berat sebelah. Andaikata masih tidak memahami erti persaudaraan dan talian kekeluargaan sesama kita orang Melayu seluruh dunia maka ditakuti bangsa Melayu akan pupus nilainya dan orang Melayu hanya tinggal namanya sahaja sedangkan identiti bangsa tiada lagi.
Serasa ramai yang tidak menyedari akan hakikat ini tidak merasai betapa beratnya tanggungjawab orang Melayu cuba mengekalkan identiti bangsanya diatas nilai Melayu yang murni dan sejati tanpa adanya nilai bangsa asing yang mewarnai kehidupannya. Ramai yang tidak mahu berfikir untuk memperjuangkan nilai Melayu yang sejati kerana orang Melayu telah dibiuskan dengan ideologi bangsa penjajah dan diindoktrinkan dengan doktrin dan ajaran bangsa penjajah. Ini benar jika hendak terima kenyataannya dan ramai akan tidak bersetuju dengan keterangan dan kenyataan ini. Kita sudah terbiasa dengan kehidupan kita beratus tahun lamanya mengamalkan budaya bangsa asing hingga tidak tahu dan tidak lagi dapat membezakan lagi yang mana budaya kita dan yang mana budaya bangsa asing. Semua sudah sama sahaja.
Semboyan kebangkitan bangsa Melayu telahpun dibunyikan. Inilah Order Melayu Baru sebagai satu sistem pemikiran yang membawa bangsa Melayu kepada gabungan yang lebih utuh dan berdaulat dan dapat mengembalikan budaya Melayu yang asal seperti dahulu. Jika hanya berpandukan kepada fakta yang ditinggalkan oleh penjajah atau akur sahaja akan definasi bangsa lain akan apa dan siapa itu Melayu alamatnya kita tidak akan kemana-mana. Tinggal sebagai bangsa yang dikesani keseluruhan kehidupannya oleh sistem penjajah dan tetap berpangkat hamba pada TUANnya sampai bila-bila.
Jangan ada lagi orang Melayu melaungkan perjuangan diatas nama Melayu dan jangan cuba menjadi “AUTHORITY” pula atas nama Melayu jika diri tidak mahu menerima hakikat Melayu diatas keturunan yang sama bangsa hanya semata-mata berlainan warganegara dan agamanya. Kedua-dua isu tidak boleh dijadikan landasan perjuangan kerana Melayu bukan berdiri diata warganegara atau agamanya tetapi diatas nilai Melayu yang sejati. Tapi ada juga yang pilih bulu!. Selagi kita tidak mampu berkalih kepada sistem yang baru selagi itulah bangsa Melayu tidak mampu mengolah dunia sebagaimana yang pernah dibuktikan oleh datok nenek dan moyang kita suatu masa dahulu.
Inilah impian dan hasrat Order Melayu Baru yang ingin mendaftarkan bangsanya sebagai bangsa besar dan berdaulat serta mampu bertanding dan bersaing dengan mana-mana kuasa besar didunia ini. Bangsa Melayu mampu dan kemampuan ini pernah ujud bukan sebagai satu kiasan atau dongengan sahaja. Kajilah sendiri dan carilah bukti tentang kehebatan Melayu melalui internet dan buku penulisan sarjana yang mengkajinya. Ada dan terbukti! Tapi hendakkah kita mempercayainya!
AGENDA ORDER MELAYU BARU
Pengujudan Order Melayu Baru berpaksi diatas tiga tata agendanya sebagai dasar reformasi yang akan menjadikan orang Melayu bangsa yang hebat setara dengan bangsa lain atau kalau boleh terbaik diatas dunia ini. Untuk menyempurnakan misi ini, agenda Order Melayu Baru perlu ada:
1. Agenda Fizikalitinya – Sosio-ekonomi
2. Agenda Mentalitinya - Pemikiran
3. Agenda Spiritualitinya – Adat Ibadat
Agenda Fizikaliti adalah agenda yang merangkumi aspek fizikal orang Melayu itu seperti ekonominya, kesihatannya, taraf kehidupannya serta akademiknya. Setiap yang membabitkan permasaalahan sosio-ekonomi orang Melayu adalah menjadi agenda utama Order Melayu Baru. Agenda Fizikaliti adalah masaalah dasar dalam manifesto Melayu itu sendiri kerana untuk mendapatkan kesejahteraan orang Melayu adalah amat penting bemula pada fizikalnya atau sosio-ekonomi orang Melayu sebab kesejahteraan itu adalah kesejahteraan kehidupan material. Tanpa ada perubahan didalam kehendak material mereka tidak mungkin ujudnya “COMMMONWEALTH” orang Melayu itu.
Agenda fizikaliti Order Melayu Baru adalah reformasi sosio-ekonomi orang Melayu dimana perlu ada dana demi tujuan itu. Dana yang berupa kewangan itu hendaklah disalurkan dan digunapakai demi agenda ini demi mencapai kesejahteraan fizikaliti orang Melayu sebagai contohnya membantu untuk menghapuskan kemiskinan yang masih mengulit kebanyakan kehidupan orang Melayu seluruh dunia, bantuan rawatan dan perubatan serta bantuan biasiswa demi pencapaian akademik yang amat diperlukan dalam menaik taraf kehidupan orang Melayu.
Apabila kesejahteraan fizikalitinya tercapai didalam bentuk sosio-ekonomi itu barulah orang Melayu berpotensi untuk menjadi bangsa yang produktif dan mampu menjayakan sebarang kerjaya didalam hidupnya dan apabila ini tercapai barulah orang Melayu dapat berganding bahu dan bersatu mengujudkan satu bangsa yang perkasa kerana sudah tiada ada lagi jurang perbezaan dan tiada lagi kekurangan dalam keperluan kehidupan pada asas fizikaliti kerana semua itu dapat ditangani dan ada fasiliti untuk tujuan tersebut.
(RMPGAKAW - Universiti Mahasiddha)
Ulasan