PUSAKA MELAYU


(untuk anak cucu Melayu sahaja)

UNJUR KALAM MALAYALAM
KALAM KASTURI MUTIARAM
ERTI MELAYU SALOKAM     
MANUTARAM      LOKATARAM      YUGATARAM

TEMPAT BERSATU MANUSIA SEALAM
 ITULAH TAFSIR MANUSHAM
 PADUKA EMPUNYA BIJA MANTRAM
 JADI KOSA SANDRI DIANDAM
 JADI MAHLIGAI HATI SWARGAM
 NYATA PADUKA PUJINYA SALAM
 AGAR MELAYU TIADA PADAM
 SELAGI DUNIA BELUM KHATAM

MELAYU ITU ALAM, DUNIA PEMIKIRAN KETUHANAN, BUDAYA YANG MEMERINTAH

INI PUSAKA WARISAN AGAMA,
WARIS WIRA WARGA YANG KASA,
ASAL DEWA KAHYANGAN KELIMA,
JADI MELAYU TURUN KEDUNIA,
MENJADI BENIH MANUSIA YANG ADA,
BUKAN BAKA YANG TELAH DERHAKA,
DISUMPAH ATAS KEJI DIRINYA,
KERANA AKUR IBLIS YANG ADA,
KONON BOLEH MENGINGKARI RAJA,
INGIN KUASA SERUPA DIA,
AKHIRNYA MERANA DAN MENJADI HINA
INILAH ASAL MULA YANG JAHAT JUA,
BAKA SYAITAN IBLIS DATUKNYA,
BUKAN MELAYU YANG JATI DIRINYA
TAAT SETIA HANYA PADA RAJANYA
BERJASA ITULAH HENDAKNYA JUA,
MEMOHON RESTU HIDUP DIDUNIA,
MEMOHON RAHMAT TUNJUK AJARNYA,
AGAR TIADA SESAT DIDUNIA,
AGAR PULIH SEDIAKALA,
KELAK PULANG KEPANGKUAN AYAHANDA BONDA.

PANTANG MELAYU

MELAYU ITU TIADA BOLEH DERHAKA ATAS TIGA PERKARA
  • TIADA BERDOLAK DALIH
  • TIADA MUNGKIR JANJI
  • TIADA HASAD DENGKI
INILAH PANJI DHARMA SUCI
AGAMA MELAYU AGAMA TERTINGGI
TITAH PADUKA RAJA BISTARI
UNTUK MELAYU YANG MULIA DIRI
MENGABDIKAN DIRI MENDAPAT PUJI
AGAR BAHAGIA DIKEMUDIAN HARI
PULANG MELAYU MENJADI SUCHI
ATAS DIRI ATAS SEGALA BAKTI
PADUKA JUALAH TEMPAT KEMBALI

PANCASILA MELAYU
  • KENAL DAN CHINTA TUHAN
  • TAAT SETIA KEPADA RAJA
  • BERKORBAN DEMI BANGSA
  • BERBAKTI KEPADA PERTHIVI
  • BERGUNA KEPADA NEGARA
MAKA INI SUSILA KITA, SEMUA MELAYU DIATAS DUNIA,
WALAU DIMANA JUA BERADA, TETAP TIADA BOLEH DERHAKA,
ATAS JANJI SEBAGAI MANUSIA, AKUR SEKELIAN JIWA DAN RAGA,
PADA SUSILA PERLEMBAGAAN KITA

FITRAH MELAYU

FITRAH MELAYU FITRAH BERAJA
ADAT MELAYU ADAT BERAJA
TUGAS MELAYU PENEGAK KEBENARAN (DHARMA SUCI KEBENARAN SEJATI)

TERAS MELAYU

ORANG MELAYU BANGSA YANG TIDAK MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI,
TETAPI MENILIK JAUH AKAN NASIB KETURUNANNYA.

MELAYU BERHARTA UNTUK ANAK CUCUNYA, MENCARI REZEKI UNTUK ANAK CUCUNYA,
BERJUANG DEMI ANAK CUCUNYA, BUKAN UNTUK DIRINYA SENDIRI


MULA CIPTA RUPA NYATA

INILAH PUSAKA KATA PADUKA, ASALNYA KALAM ALAM TERBUKA,
KALAM ASAL KUN-NYA JUA, JADI PERISAI INGATAN MANUSIA,
JIKA BENAR MELAYU DIRINYA, BERNAUNGLAH PADA PANJI PADUKA,
KATA SAKTI UNTUK ANAK CUCUNYA, MENJADI HIKMAH PERLEMBAGAAN NAGARA,
INILAH PUSAKA DITUNTUN SEMUA, PUSAKA ADAT MELAYU BERAJA.

MENJADI CIRI PADUKA RAJA, AYAT PEMBUKA NAGARA KITA,
KATA SUCHI SABDA PADUKA, MEMULIAKAN MELAYU SELURUH DUNIA,
SEKELIAN YANG GHAIB MAUPUN NYATA.

MULA KATA KALAM PADUKA, IA KUN SAKTI DIRINYA,
ATAS TITAH TUNDUK SEGALA, SELURUH SEMESTA AKUR AKANNYA,
INILAH PUSAKA PADUKA RAJA, MENJADIKAN SEGALA SEKELIP MATA,
MENJADI ADA CERITA DIRINYA, PADUKA JUALAH SEBAB ADANYA,
SEGALA CIPTA SEGALA BENDA, SEJAK DIKALA PURBA MASANYA,
KINI MENJADI PUSAKA KITA, SEPERTI ADANYA DIKALA MULA.


MULA CIPTA RUPA NYATA, AYAT DISUSUN MENJADI KATA,
JANTUNG BERGETAR MENCIPTA BENTA, TURUN DAN NAIK SEKATA NYAWA,
DARI WUJUD MENJADI NYATA, INILAH ISYARAT PEMBUKA CERITA,
HIKAYAT GURINDAM PENUH SELOKA, MENJADI WARTA SEKELIAN WARGA,
MENJADI MARGA SEKELIAN MANUSIA.

INI SERAT CIPTA YANG KASA, OLAHKAN IA MENJADI KERSA,
AGAR SIFAT ARYA MULIA, MELIMPAH SEKELIAN ANGGOTA KITA,
BARULAH GERAK KITA BERMAKNA.

SELAGI MELAYU NAMANYA KITA, 
BIAR HIDUP ADA BERGUNA,
BARU MATI PENUH BERJASA


INI PUSAKA WARISAN BANGSA, PUSAKA MELAYU GEDUNG PADUKA,
UNTUK SANDRI YANG MENGENAL DIRINYA, SEBAGAI MELAYU ADAT HIDUPNYA,

INILAH AGAMA MELAYU ADANYA, PUSAKA PADUKA DIKALA MULA,
MENJADI BENIH SEKELIAN KITABNYA, BUKAN BARU ADA DIDUNIA,

SUDAH UJUD SEBELUM ALAM INI ADA, MENJADI SULUHAN HIDUP MANUSIA,
MENJADI IKUTAN UMAT DUNIA, JANGAN LUPA SETIAP MASA,

RAKYAT MELAYU UMAT PADUKA, DIALAH RAJA TIADA TARANYA,
PUSAKA MILIKNYA BUKAN RAKYATNYA,

SEKELIAN MAKHLUK DIALAM MAYA, TUNDUK AKUR AKAN TITAHNYA,
INILAH SUMPAH DIALAM TAJJALINYA, JIKA HENDAK SENTOSA BAHAGIA,

SELAGI DIRI MELAYU DARAHNYA, TIADA MAHU HANYA BERJASA,
OLEH ITU SEKELIAN YANG ADA, PUSAKA MELAYU PUSAKA PADUKA,
JANGAN DISURIH IKUT NAFSUNYA, KELAK CELAKA HIDUP YANG ADA,
SELAGI TAAT AKAN PADUKA, SELAGI SETIA TITAHNYA RAJA,
NESCAYA MUNFAAT AKAN DIRINYA,

ATAS PUSAKA DARAH MELAYUNYA, SEMBILAN SAKTI CANTUMAN RAHSIANYA,
INILAH PUSAKA SAKTINYA JUA, AKAN PADUKA RAJANYA KITA.

INI NUKILAN LOH PADUKA, MENGENAL MELAYU DIALAM SURINYA,
CATUR ARIA WARANA ISINYA, ATAS JALAN MULA AGAMA,
HENDAKLAH MELAYU TAHU AKANNYA, SEBAGAI CARA DIKSA PADUKA,
AGAR DAPAT RAHMAT DARINYA, KEMBALI PULIH SEDIAKALA.

TAHU SELOKA PRINGKAT PERTAMA
KENAL PUSAKA PERINGKAT KEDUA
AKAN SAKTI TAHAP KETIGA
BARU ADI AKHIR JALANNYA

SIAPA TAHU EMPAT YANG ADA,
BARU LIMA DATANG MENJELMA,
ATAS MENUNGGAL YANG ESA ITU JUA,
SEMPURNA MELAYU SUDAH DIRINYA.



(RADEN MAS PRABHU GUSTI AGUNG KI ASMORO WIJOYO)

Ulasan

Catatan Popular