NAGARHA 8 ( sambungan )
Penulis : Kamal Azzaynee Mustafa
Akhirnya mereka semua sampai jua ke tempat yang diberi nama AGARTHA itu. Terlalu indah seni binaannya. Halus serta memiliki IDENTITINYA sendiri. Pada Wulung sendiri tidak tahu menahu akan bentuk binaan ini. Bukan setakat Wulung, yang lain terpinga-pinga jadinya.Mereka ini telah disambut oleh Prabhu Garuda Briawan.
Siapakah gerangan Prabhu Garuda Briawan ini? Beliau ini adalah Penguasa di sebelah Matahari terbenam nun jauh disana. Kedatangan Beliau ini datang adalah memenuhi hasrat dan jua kehendak Sang Penguasa disini iaitu Sri Maharaja Sakra. Prabhu ini mendatangi pada mereka dengan sambutan yang gembira.
Barulah Si Wulung sedar akan kecil dirinya. Disangkakan dia lah yang hebat dalam bangsanya. Tapi telahan itu salah, kerana luar dari kampungnya terlalu besar jurangnya....perbezaan dan ketidaksamaan pelbagai hal. Lalu Sang Bakami berkata pada Prabhu itu, "Wahai Sang Prabhu, apakah tujuan keramaian ini diadakan?". " Adakah kehadiran kami ini mengganggu akan perjalanan pesta ini?"
Lalu berkata pula Prabhu Garuda Briawan ini," Wahai saudaraku, tidak pernah kami membezakan akan KEJADIAN-NYA, kamu dan aku adalah sama dan kedatangan kalian semua tidak mengganggu langsung malah kami semua berbesar hati menyambut kehadiran kalian ke tempat ini." "Saksikanlah ASPARA nanti dan kamu akan terjemahkan dan terapkan dalam kehidupan kamu nanti, dan juga pula kamu semua selewengkan apa yang tersurat serta tersirat dalam TARIAN itu nanti."
"Itulah bekalan kalian semua ke NAGARHA nanti, percayalah...." tambahnya lagi.
Sebelum upacara itu bermula, hadirlah 3 gerombolan yang besar dari pelbagai bentuk. Masing-masing dikepalai KETUA mereka sendiri. Bentuknya jauh berbeza dari para DEWA-DEWI itu... Malah kedatangan mereka semua disambut oleh Sri Maharaja Sakra sendiri.
Mereka inilah yang dikatakan bangsa JIN atau MAMBANG yang diketuai oleh RAJA JIN BETHARA TENGGALA. Satu puak pula dari bangsa PARI yang dipimpin oleh MAHARAJA SHAH SUKMA PARI dan lagi satu adalah puak DEWA juga yang berasal dari UTARA. Ketua mereka bergelar MAHARAJA SAWANGAYA ADITHYA.
Mereka ini berjabat tangan mesra antara sesama sendiri. Wulung hanya menjadi pemerhati sahaja. Malah para sahabatnya juga diam seribu bahasa. Jika dilihat dari sudut luaran, mereka yang baru hadir ini amat menakutkan wajah-wajah mereka. Tetapi mereka berkata dalam SATU BAHASA! Pelik tapi itulah kenyataannya.
Lalu dirapati oleh RAJA JIN BETHARA TENGGALA dan bertanya,"Siapakah kalian semua wahai saudaraku?" Lalu Sang Adi Goro menjawab," Maafkan kami, kami hanya memenuhi permintaan PARA DEWATA untuk hadir kesini." "Kami sebenarnya dalam perjalanan ke NAGARHA dan kami singgah sebentar disini, dan kami terserempak dengan SANG PANCAR TIRANA dan juga DEWA TIMBUL GUNUNG."
Lalu dipalingkan muka RAJA JIN ini pada DEWA GUNUNG TIMBUL dan beliau mengangguk kepalanya tanda mengiakan. "Bergembiralah kalian semua kerana bukan semua MAKHLUK CIPTAANNYA layak masuk ke NAGARHA itu...Ingatlah, apa yang kalian lihat, dengar, kata, sedar, tahu serta faham sekeliling kamu adalah pembelajaran kamu untuk mengadap SANG MAHARAJA NAGARHA itu."
Maka berlagulah dalam tarian ASPARA. Terlalu mengasyikkan mereka yang hadir. Para Sang Tari melenggokkan tubuh mereka penuh hayatan mengikut rentak dendang-dendangan itu. Seolah-olah ada penceritaan didalamnya. Mungkin kesusahan? Ataupun kegembiraan? Atau juga ketiadaan?
Wulung cuba menghayati TARIAN ASPARA ini dan beliau menangisi tanpa sedar air mata mencurah-curah keluar. Sang Karto menhampirinya dan berkata," wahai sahabatku, kenapa kamu mengalirkan airmata kamu?". Jawab Si Wulung," pada mulanya, aku tidak rasa apa-apa langsung tapi ada seketika hati aku terdengar dengkingan dan juga depakkan dalam hati ini". "Seolah-olah membayangkan diri ini TIADA GUNA, hanya KUNYAHAN BAJINGAN yang tidak layak untuk menjejakkan kaki ke NAGARHA itu".
Terkejut Sang Karto atas jawapan sahabatnya itu. "Kenapakah aku tidak rasa?" Hati kecil Sang Karto berkata. Sungguh hebat Wulung ini. Dalam diam mempunyai pelbagai RASA yang sukar untuk diterjemahkan. Lalu Sang Karto mengusap belakang badan Wulung. Tiba-tiba saja Putri Pandang Indrawati merapati dalam kumpulan TARIAN itu lalu dia menari mengikut rentak yang diperdendangkan.
Semua yang ada terdiam memerhati akan tindak-tanduk Sang Putri itu pula. Sang Adi Goro cuba mengambil Putri itu takut mengganggu akan perjalanan TARIAN INI, tetapi beliau telah dihalang oleh DEWI DESAK KARANG. "Biarkan."
Ulasan