Asal Usul Keturunan PARIMBUNIS

Sejarah ringkas KETURUNAN PARIMBUNIS..

Pada akhir tahun 1875, 2 pemuda telah meninggalkan Pulau Penyengat di Riau dengan perahu layar menuju ke utara. mereka tiba di Sungai Balang dekat Batu Pahat pada waktu subuh. Seorang daripadanya telah turun ke darat untuk memulakan kehidupan baru di Sungai Balang. Pemuda tersebut menamakan dirinya Pajar, kerana ketika beliau tiba di Sungai Balang, Fajar sedang menyinsing. Yang seorang lagi telah meneruskan perjalanan dengan menyusur pantai. Apabila tiba di kawasan berhampiran dengan Merlimau, hari telah mula gelap. Maka beliau memutuskan untuk mendarat dan seterusnya memulakan 1 perkampungan yang sekarang dikenali sebagai Kampung Jerimbun. Beliau telah menamakan dirinya Rimbun kerana ketika beliau mendapat, beliau telah menggunakan sebagai panduan rimbunan pokok-pokok bakau yang beliau nampak di tebing sungai.

Beberapa tahun kemudian, Rimbun telah pergi mengambil adik-adik beliau yang masih kecil, Ismail dan Pipah di Riau untuk tinggal bersama beliau di Merlimau. Apabila Ismail dewasa, beliau telah pergi ke Padang untuk bekerja dan kemudiannya membuka kebun di Kampung Parit Sakai Laut, Muar. Pipah telah berkahwin dengan orang tempatan dan tinggal di Kampung Sempang Pantai, Merlimau.

Rimbun dan Pajar telah bersumpah tidak akan memberitahu sesiapa akan identiti beliau dan ibu bapa mereka tetapi dari cebisan cerita keluarga yang dipadankan dengan sejarah Riau sepertimana yang terdapat dalam buku Tuhfat Al-Nafis karangan Raja Ali Haji, adalah dipercayai bahawa Rimbun empat beradik ialah Raja Ali Bin Raja Jaafar Yamtuan Muda Riau Kelapan dan Raja Chik bin Daeng Abdulah Rahman..

Waallahhualam...

Ulasan

Catatan Popular