DONGENG? REALITI?


"....dan KAMI ajarkan kepada Adam akan asma-asma....."
"....AKU lebih mengetahui akan perkara-perkara yang kamu tidak tahu...."

Selagi manusia - manusia hanya mengetahui apa yang telah di ajarkan sahaja dalam pelbagai bentuk pembelajaran (yang mendatangkan kefahaman) dan ajaran (yang menimbulkan kesedaran). 

Oleh yang demikian, apakah ada kemungkinan manusia ini boleh memikirkan tentang sesuatu yang tidak pernah ada atau di namakan sebagai dongengan, kalau tidak di beritahu?

Sampaikah akal di kemanusiaan ini untuk memikirkan sesuatu yang tak pernah ada? 

Contoh 1: NAGA seperti pada cerita orang-orang lama di Tasik Cini, cerita (K)ing (A)rthur, cerita kedewaan Cina : apakah ada kemungkinannya manusia yang memulakan cerita itu mengetahui tentang Naga, bentuknya, sifatnya, kalau ianya tidak pernah ada? dan tidak di ajarkan?

Contoh 2 : Filem2 Fiksyen seperti AVATAR, Lord of The Rings, Star Wars....bagaimana pula boleh sang pengarah hebat mendapat idea sebegitu unik dan di transferkan ke layar perak yang mengkhayalkan kita? Apakah yang hendak di sampaikan?

Contoh 3: Cerita-cerita Leluhur seperti Laksamana-laksamana, Pendekar, Kesultanan-Kesultanan, Istana, Ratu2, Puteri dan Dewi......

Dalam ke tiga-tiga contoh di atas, adakah kehebatan yang kita cari? adakah kekuasaan? Harta material?........atau hikmah dan isi kepada rahsia dari cerita-cerita berkenaan? atau sekadar hiburan semata-mata?

"......tuntutlah ILMU.....tuntutlah ILMU.......walau ke negeri Cina....... hingga ke liang lahad...."

"...tiada apa yang bergerak, mahupun sezarah...tanpa IZIN KU...."

IZIN - dengan pengeTAHUan yang memberi izin.
Tanpa IZIN - tanpa pengeTAHUan yang memberi izin...

Hanya DIA yang Maha Mengetahui segala sesuatu.....dan hanya atas kehendak DIA untuk memberitahu apa-apa yang tidak kita tahu

bila DIA hendak TAHU, DIA sudahpun mengetahui.....kita? tidak pernah tahu, hanya mengetahui bila di beritahu....

Persoalannya : REALITI atau DONGENGAN?...... kawan-kawan tafsirkan lah sendiri dengan penuh kebijaksanaan dan hemah yang tinggi.

Bagi ku....cerita itu boleh jadi dongengan kerana aku tidak ada semasa cerita itu berlaku.....tetapi ILMU dan HIKMAH dari cerita itu adalah realiti yang perlu aku raih.

Sumber : Malenka Sri El
Malenka Sri Elang Agastyar

Ulasan

Catatan Popular