Kisah MELAYU

Kasih sayang itulah hartanya,
Pada anak cucu di taroh akannya,
Bukan dunia jadi kejarannya,
Tapi makan minum anak cucunya jua,
Melayu bekerja demi mereka,
Melayu berharta untuk mereka,
Selagi kudrat masihlah ada,
Anak cucu tetap di belanya,

Di mana tumpah kuah yang ada,
Pada nasi jua tempatnya,
Manalah intan permata dunia,
Hanya darah dagingnya sahaja,
Nilai kasih sayang adik beradiknya,
Nilai bangsa yang di ikat akannya,
Biarlah mati anak asal jangan adatnya,
Bukan makna bunuhlah pula, 
Hanya bidalan Melayu umpamakannya,
Kerana anak itu tiada gunanya,
Jika kasih sayang tiada di hatinya,
Kerana anak pasti derhaka ibubapanya,
Jika adat Melayu tak di kenalinya,
Anak bakal menjadi penyambung zuriatnya,
Hanya melalui adat sempurna dirinya,

Jadi Melayu bukan ikutan sahaja,
Bukan lahir dalam keluarganya,
Jadi Melayu itu berat hukumnya,
Takut nafsu bermaharajalela,
Bukan kasih sayang di bawa olehnya,
Tapi sombong dengan agamanya,
Itulah Melayu berbudi orangnya,
Sentiasa mengalah dalam hidupnya,
Bukan alah pada musuh yang ada,
Tapi alah kasih sayang Tuhan dalam dirinya,

Lihat kanan lihat kirinya,
Bangsa Melayu hanya bangkai sahaja,
Kerana tegar hidup jasadnya,
Mengejar kepuasan hawa nafsunya,
Suka mengeji adat bangsanya,
Suka merendahkan hukum bangsanya,
Suka mengkafirkan sesama bangsanya,
Bukan ini ajaran Melayu yang ada,
Budi tunas harapan masa depannya,
Selagi Melayu tak tahu dirinya,
Kelak binasalah akan bangsanya,
Keturunannya hanya pak sanggup sahaja,
Tidak hebat seperti datoknya,
Ada harga diri ada pendiriannya,
Akur hanya yang ada benarnya,
Bukan jadi lembu di tarik hidungnya,

Malukah kalian jadi Melayu yang ada,
Kerana Melayu tak ada maruahnya,
Sejak dahulu tak kenal Tuhan ke agaknya,
Atau pandangan anak cucu yang ada,
Sudah derhaka bagai si tanggang dengan ibunya,
Tidak mengaku walau ibunya,
Kerana diri di muliakan manusia,
Atas ukuran apa kita derhaka,
Atau tak takut sumpah akan ibundanya,
Kerana ajaran bangsa mengajar kita pula,
Alangkah malunya putra putri Melayu semua,
Memandang hina akan bangsanya,
Bangga dengan tuannya yang ada,
Bukan Melayu pun bukan pun mulianya,
Hanya kerana ajaran mereka kita bersombong pula, 
Sesama kita wahai Melayu yang ada,

Di mana letak budi bicaranya,
Pada hati kejam nak menghukum sahaja,
Melayu dah hilang akan adatnya,
Menghormati yang tua tak kisah siapa,
Menyayangi yang muda semua yang ada,
Bukan pilih bulu warna sahaja,
Harus ada kasih dalam hatinya,
Sayang akan bangsanya,
Sayang akan orang tuanya,
Sayang akan bahasanya,
Sayang akan adat resamnya,
Sayang akan Rajanya,
Sayang akan dirinya, 
Sayang dan sayang akan Melayunya.

(Nukilan - RMPGAKAW @ LKA)

Ulasan

Catatan Popular