NEW MALAY WORLD ORDER
The Survival of the Malay Race
Selagi Hayat Dikandung Bunia, Takkan Melayu Hilang Di Dunia
Penulisan oleh:
Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo Mahasiddha
(Oktober 2023)
BAHAGIAN SATU
1. BUDAYA MELAYU
Mereka terbahagi kepada 3 peringkat dari segi kemelayuannya:
(i) Orang Melayu yang membudayakan adat Melayu
(ii) Orang Melayu yang menjunjung adat Melayu
(iii) Orang Melayu yang membawa adat bukan orang Melayu
Kalau dilihat dari segi jasmaninya, tidak mungkin kita dapat mentafsirkan siapa orang Melayu itu sebenarnya. Bagi orang Melayu yang ramai ini, kita akan dapati mereka ini terdiri dari berbagai etnik, rupa, warna kulit dan bahasa. Namun bila kita menyentuh tentang budaya (Adat) dan peradapan (Adap) mereka, kita dapati mereka teramat kaya dengan kedua dua ciri ini dan banyak pula kesamaannya di antara mereka. Adat orang Melayu adalah perbuatan tubuh yang dikatakan budaya tubuh dan Adap pula diertikan sebagai perbuatan hati, budaya ruhani. Pergabungan di antara kedua dua budaya inilah yang melahirkan Nilai Melayu yang sejati iaitu Nilai Estatik menjadi pegangan hidup orang Melayu. Nilai inilah yang seterusnya di bawa oleh orang Melayu dalam hatinya menjadi keperbadiannya, iaitu AKUnya orang Melayu itu. Orang Melayu adalah “extension“ Melayu. Melayu adalah nilai dan orang itu “carrier” sahaja. Orang Melayu adalah orang yang bersifat jasmani dan tidak semestinya Melayu kerana Melayu itu lebih cenderung bersifat ruhani atau setidak-tidaknya minda orang itu terbukti zahir kemelayuannya. Sifat Melayu adalah sifat yang bercirikan ketuhanan samada mindanya, ilmunya atau budaya dirinya serta kesaktian yang tiada dapat ditandingi oleh sesiapa walaupun nyata ataupun ghaib. Melayu pun bukanlah orang, bukan cakap, bukan kulit, bukan makan tetapi adalah ALAM, DUNIA PEMIKIRAN KETUHANAN, BUDAYA YANG MEMERINTAH. Inilah sebenarnya budaya orang Melayu itu, budaya rohani dan bukannya budaya jasmani.
2. JATI DIRI DAN ORDER BARU
Pegangan hidup yang berpusat dihati orang Melayu menjadi cara kehidupan yang dinamakan adat dan budaya Melayu. Maka untuk mendapatkan cara hidup Melayu yang baru, kita mesti dapatkan nilai estatik Melayu itu, yang ada dalam hati orang Melayu yang sejati. Budaya tubuh boleh berubah namun budaya hati tidak berubah. Jika baik perbuatan hati itu akan terbentuk budaya melalui penyataan atau penzahirannya ditubuh. Kelakuan tubuh yang membenihkan adat dan budaya itu terlahir dari perbuatan hati Melayu yang sejati. Inilah dia pembentukan order atau hidup baru, New Malay World Order - N.M.W.O. Pembentukan N.M.W.O ini yang berasaskan nilai estatik Melayu seterusnya dijadikan sebagai MANIFESTO N.M.W.O. Peng-isuan akar-umbi Melayu sebagai dasar manifesto ini adalah secara langsung melibatkan Adap dan Adat orang Melayu. Berikut adalah Manifesto N.M.W.O. tersebut:
(i) Reinstate the Malay Stature – mengembalikan balik martabat dan jati diri Melayu dengan Adap dan Adat
(ii) Revive the past Glory – mencungkil kembali sejarah silam tentang perjuangan Melayu oleh pejuang dan pahlawan Melayu disuatu ketika dahulu
(iii) Reunite as One Nation, One Creed – bersatu dalam pemikiran, bahasa, kepercayaan dan budaya Dalam sistem Adat dan Adap orang Melayu, kita tidak juga dapat memisahkan penglibatan institusi Raja dan Tuhan dengan orang Melayu.
Di dalam N.M.W.O, Raja akan memainkan peranan penting kerana Raja adalah dianggap sebagai Bayangan Tuhan di muka bumi. Sifat Melayu dianggap sifat Rajanya dan Tuhannya. Orang Melayu mesti hidup bertuhan. Bagi orang Melayu agama hanya prasarana orang Melayu mendekati Tuhannya. Orang Melayu menerima Tuhan sebagai Yang Maha Esa atau Tunggal, tiada dua tiada tiga.
(bersambung....)
Ulasan