ILMU MELAYU
Penjelasan ILMU MELAYU. oleh Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo Mahasidda (RMPGAKAW)18 Ogos 2020
ILMU MELAYU dicernakan oleh Akal yang tinggi hasil pengamatan Akal Melayu dalam memahami setiap Kejadian dan mampu mengolahkan menjadi ILMU agar makhluk menggunakan ILMU itu untuk Kesejahteraan dirinya dan seluruh alam semesta.
(i) ILMU yang ditunjuk oleh sesuatu benda dalam bentuk dan rupa (zahir)
(ii) ILMU yang diraih hasil dari memahami isi kandungan sesuatu benda itu (batin)
(iii) ILMU yang didapatkan secara langsung sesuatu benda itu
Ilmu Melayu dalam bentuk ALAM.
Ilmu Melayu dalam bentuk Kejadian sesuatu benda termasuk makhluk seluruh Alam.
Penghasilan Melayu dalam keilmuannya bukanlah dari hasil pemikirannya atau berdasarkan mana-mana buku atau pembacaannya tetapi hasil pencernaan AKAL yang tinggi dan tidak menggunakan Logika atau Hati Manusia.
ILMU MELAYU adalah ilmu yang menceritakan asal usul sesuatu itu dan hakikat sesuatu dengan mengalaminya sendiri atau menyedarinya melalui AKAL yang Tinggi dan sesekali tidak diwarnai oleh NAFSU manusia.
Manusia yang ada hanya berfikir (akal yang rendah) untuk memahami sesuatu dan ianya diwarnai oleh NAFSU.
MELAYU tidak berfikir tetapi mengggunakan AKAL yang tinggi untuk menyelami (to penetrate) rahsia Alam.
Asal Ilmu Melayu itu adalah HAKIKAT AKAN SESUATU sedangkan Ilmu Manusia adalah KEFAHAMAN AKAN SESUATU maka manusia yang rendah akalnya dan kurang kefahaman sesekali tidak akan mampu menerima HAKIKAT segala sesuatu.
Melayu menggunakan AKAL bukan untuk berfikir tetapi sebagai alat untuk menembusi Hakikat segala sesuatu.
Alam Pemikiran Melayu adalah alam pemikiran ketuhanan (hakikat segala sesuatu) bukan kefahaman pemikiran yang bersendikan nafsu (hanya kulit sahaja).
AKAL adalah intelligensi yang mampu menembusi rahsia alam.
Manusia ada kebolehan untuk berfikir dengan adanya OTAK sebagai organ berfikir.
PESADA ILMU - dikategorikan kepada 3 iaitu
(i) Santapan Minda - Untuk manusia menambah pengetahuan dan keilmuan dirinya
(ii) Santapan Nafsu - Hanya melayan illusi dan delusi hati dan perasaan sahaja (human psychic)
(iii) Santapan Akal (Intelligen) - Untuk mengetahui hakikat segala sesuatu
Pencernaan ilmu yang paling tinggi adalah AKAL adalah dimiliki oleh makhluk bertaraf ROH yang tinggi.
Pencernaan ilmu yang rendah adalah NAFSU (PSYCHIC) adalah dimiliki oleh makhluk bertaraf ROH yang rendah.
Manusia adalah tergolong dari kejadian ROH yang rendah termasuklah binatang serta makhluk seperti Jin yang pemikirannya hanya bertumpu pada Nafsu (Psychic Nature).
Tahap Ilmu dalam sukatan Melayu adalah memakrifatkan diri dengan DIA. Maksudnya seseorang itu harus mampu untuk mengosongkan dirinya dari segala ingatan, perasaan dan kaitannya dengan sesiapan jua hingga tiada lagi ada apa-apa atau sesiapa hanya Dia (ibaratnya menjadi CERMIN yang kosong hanya memantulkan bayangan DIA sahaja) = cermin yang kosong - AKU TIDAK ADA, YANG ADA HANYA DIA = AKU KOSONG
Ulasan