KUPASAN AJARAN KETUHANAN DENGAN AJARAN KEMANUSIAAN. FIKIRKAN!

Baiklah. Untuk membuang masa anda, izinkan saya menulis sepatah dua kata untuk anda baca. Tak mahu baca tak apa, tak kena bayar. Tapi tol dan PTPTN tetap kena bayar.
Apa yang saya mahu tulis ialah tentang Ajaran Melayu berkaitan puasa yang dilakukan oleh penghuni Benua Sunda ribuan tahun dahulu.
Masyarakat Sunda telah lebih awal mendahului pengetahuan tentang hakikat Tuhan yang satu. Mereka tidak perlukan sebarang kitab, paderi, sami, ustat, nelayan, guru, pendita untuk mengajar. Mereka tidak perlukan pancingan berupa ganjaran pahala atau bidadari melentik menunggu dalam syurga. Mereka punyai cara dan kaedah tersendiri mengikut kefahaman masing-masing untuk meraih keTuhanan.
Seperti yang kita tahu pada hari ini bahawa setiap ciptaan Tuhan itu berpasang-pasangan (berlawanan). Secara zahirnya, jika lelaki tentulah pasangannya adalah wanita.
Dalam Ajaran Melayu, pasangan bagi jasad ialah nyawanya. Oleh itu, penting bagi sesorang yang membawa ajaran Melayu ini untuk mengetahui siapakah gerangan nyawanya.
Untuk mengetahui siapakah atau apakah nyawanya, perlu untuk kenal akan dirinya (jasad) terlebih dahulu. Maka, disinilah amalan berpuasa itu bermula.
Puasa itu adalah satu teknik pemindahan kesedaran dari alam kasar (jasad) kepada alam halus (nyawa/roh). Jasad kita ini telah dibelenggu oleh nafsu sejak ia diberikan nyawa atau roh. Jadi, dengan melakukan puasalah kita cuba sedaya upaya untuk menanggalkan keingginan atau kehendak (nafsu) yang melingkari jasad.
Baiklah 2. Perlu untuk saya terangkan lagi tentang Ajaran Melayu sebelum saya masuk kembali ke bab puasa, dalam bentuk tulisan yang tidak akademik.
Pembawa Ajaran Melayu ini tidak membawa konsep syurga neraka, dosa pahala, syaitan malaikat atau apa-apa jua bentuk kepercayaan beragama yang terwujud pada hari ini. Bagi mereka, perjalanan menuju kepada Tuhan, hanya bergantung kepada kefahaman dan kebijaksanaan mereka untuk mencongak sesuatu peristiwa sama ada yang belum, semasa atau akan berlaku.
Ringkasnya, konsep syurga neraka, dosa pahala segala apa tahi ini ialah tentang hal diri mereka sendiri sahaja. Syurga itu adalah tentang nyawanya. Neraka itu tentang jasadnya. Syaitan itu jasad, dewa (arab kata malaikat) itu nyawa.
Hari ini yang kita tahu syurga itu tentulah terisi dengan perkara berbentuk pahala manakala dosa untuk neraka.
Untuk meraih syurga (nyawa) pastilah perlu ditanggalkan neraka (jasad). Dekat atas tadi saya dah tulis, jasad itu dilingkari nafsu.
Perjalanan seorang Melayu itu tidaklah melibatkan pihak lain. Apa yang diterima semasa hayatnya, samaada hina atau puji, baik atau buruk, adalah diatas dirinya semata-mata. Jalannya, dialah yang rasa.
Dalam perjalanan untuk mencari Tuhan, puasa adalah satu bentuk hukuman yang patut diberikan kepada jasad supaya jasad sedar akan dirinya. Bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga, malah untuk mendidik mental dan jasmani supaya tegar kepada alam sekeliling.
Puasa ini dilakukan tidaklah berada dalam tempoh-tempoh tertentu, bila-bila masa saja boleh dilakukan. Yang ditekankan ialah nilai didalam puasa itu. Adakah jasad ini semakin membumi atau semakin melangit.
Seorang Melayu itu semasa melakukan adat berpuasa ia akan ke tempat-tempat yang mempunyai semangat alam yang kuat contohnya dia gua, pohon yang usianya lama, bongkahan batu besar. Semangat alam ini bukanlah suatu bentuk pemujaan tetapi ia lebih kepada menghormati unsur-unsur yang dimiliki oleh pohon, batu ataupun gua tersebut. Kerana benda-benda ini berada disitu, telah menyerap segala aura-aura disekeliling sejak ratusan tahun malah ribuan tahun lamanya. Aura-aura inilah yang diperlukan oleh tubuh atau jasad manusia untuk menguatkan mental dan jasmani bagi membantu untuk mencapai kesedaran bernyawa.
Adat dan ibadat. Adat ialah ritual tanpa melibatkan pergerakan tubuh, ini yang dinamakan sebagai Tapa atau Bertapa. Manakala ibadat ialah ritual yang melibatkan pergerakan tubuh seperti bersembahyang dimana ada pergerakan oleh tulang empat kerat. Jadi, puasa itu dilakukan seiring dengan ritual pertapaan, hanya duduk bersila berdiam diri dan fokus kepada minda supaya ia dapat menembusi alam nyawa. Ini dinamakan meraga sukma. Untuk mencapai tahap meraga sukma bukanlah perkara mudah. Kerana itulah saya katakan berpuasa itu tiada tempoh tertentu, selagi tidak tercapai, selagi mampu berpuasa, puasalah.
Bercakap atau menulis tentang Melayu ini, tidak sesekali akan terlepas dari cerita-cerita alam Kahyangan.
Semasa Bonda Melayu mahu meninggalkan alam kasar dan balik ke alam Kahyangan, Bonda Melayu telah meninggalkan dua helai kain iaitu sehelai kain cindai dan sehelai kain tanjak kepada mahkluk manusia. Kain ini akan menjadi perantara untuk berhubung antara seorang Melayu dan Bondanya selepas seseorang itu mencapai tahap kesedaran nyawa.
*Bonda dan Dewa Dewi ini adalah cerita tentang bagaimana mahkluk dewa turun ke bumi untuk mengajar manusia tentang hakikat kehidupan.
Baiklah 3. Tinggalkan cerita dewa dewi ini. Alergik.
Jadi, seorang Melayu itu semasa mahu pergi melakukan adat bertapa, dia hanya membawa hanya dua helai kain sebagai simbolik kepada cindai dan tanjak. Makannya hanya segenggam nasi putih dan seteguk air. Ini bermaksud pemutihan diri, untuk mendidik nafsu supaya tunduk akan kepada kehendak sifat nyawa yang tidak memiliki kepada sebarang kehendak. Makan hanya memenuhi keperluan jasad untuk terus hidup.
Apabila sudah mencapai tahap kesedaran bernyawa, maka beralihlah antara jasad dan nyawa, iaitu nyawa telah mengambil alih tempat jasad, gerakan-gerakan anggota tubuh tidak lagi dikawal oleh jasad sebaliknya dikawal oleh nyawa. Semasa tempoh peralihan ini, nyawa itu masih sedar akan bahawa dialah nyawa dan dia jugalah jasad. Semasa tempoh peralihan ini juga, untuk menjelajah ke alam lain bukanlah bergantung kepada jasad dan nyawa, tetapi kepada kawalan mindanya. Tetapi, bukan lah ini tujuan berpuasa itu dilaksanakan. Hakikat puasa ini hanyalah untuk kenal akan nyawanya maka kenallah akan pemilik bagi jasad dan nyawa itu. Apabila kenal akan semua ini, menunduklah Melayu itu sesuai dengan sifat dia hanyalah mahkluk bertaraf hamba yang hina lagi keji.
Apabila sempurna kesedarannya, maka pakailah ia melilit kain cindai menyimpul di pusat sebagai simbolik dapat menundukan nafsu dan melilit tanjak di ubun-ubun simbolik kepada menutup batu jemala (kesedaran sempurna) supaya sentiasa terlindung dari rasa riak.
**Chorus
Ok. Apa tahi yang kamu berpuasa hari ini? Untuk apa? Yang dikatakan puasa itu hak Tuhan, hak yang bagaimana? Atau hak untuk perut kamu. Perut yang menebal nafsu itu ini, mahu itu ini. Kamu bilang puasa itu adalah untuk menghayati perasaan orang-orang yang tidak berkemampuan, orang-orang miskin merasai lapar dan dahaga. Kamu bilang lagi puasa itu dapat meningkatkan lagi ketakwaan kamu kepada Tuhan, merendahkan lagi sifat diri kamu, mendekatkan lagi diri kamu kepada Tuhan. Dengan puasa kamu impikan beroleh syurga seperti yang dijanjikan.
Jelik.
Kamu semua berdusta atas nama Tuhan. Kamu berdusta atas nyawa yang dikandung selama hayat kamu. Lihat apa yang kamu raih dalam amalan puasa kamu. Makan makan makan makan makan segalanya makan. Makan itu apa jika ia tidak bersangkutan dengan nafsu kamu? Makan itu bisa meningkatkan pahala kamu? Makan itu bisa mendorong kamu kepada syurga? Binatang juga hari-harinya makan aja. Bangkit dari tiduran terus aja mencari makan. Apa kamu bertaraf hewan?
Awalnya subuh kamu makan. Sepanjang hari menahan lapar dahaga hingga lewat Maghrib kamu makan. Jam 4.30 petang sehabis urusan kantor buru-buruan di jalanraya, enggak peduli apa terjadi kepada orang lain. Jalan macet ahh hon hon hon hon saja, nyelinap kiri kanan gak usah peduli sama orang lain kerna keroncong kamu udah bunyian, mikir apa perlu diisi. Kamu lewati jualan makanan, dilihat apa ya harus dibeli. 1 gak bisa cukup. Isteri sama anaknya lagi, harus dibeli delapan kayak begini. Hari biasa belanjanya RM15 satu hari, dibulan puasa belanjanya RM40 satu hari. Gak apalah, yang penting perutnya terisi makanan lazat. Ohh ya, terasa mahu makan sotong atau ketam, meronta-ronta perutnya. Itu belum lagi dihitung sebelum habisnya bulan puasa. Baju apa mahu dibeli, celana apa dipakai. Sepatunya lagi. Dari atas rambut hingga hujung kaki mau kelihatan mewah dan anggun, lainnya dari temen-temen pasti keren.
Pulangnya kerumah dibuka tv sementara nungguin ajan Maghrib. Nah di tv juga dihidangkan makanan lazat-lazat. Iklannya 40 menit semua hal makanan. Lagi ditunjuki buffet hotel harganya RM70 satu orang. Di putar ke saluran lain, nah masak-masak rancangannya dengan resep-resep terkini. Duchh ..kok bisa terngiur lorhh.. Airnya buah-buahan dicampur-campur..pingin sekali mahu rasain..Esok aja dilewat sekali lagi pasar juadah.
Oi..
Puasa jadah apa ni? Puasa tu adalah latihan untuk tanggalkan nafsu kamu dan beralih kepada nyawa (roh) kamu. Nyawa itu suci, tiada setitik noda sekotor jasad. Didik diri sendiri untuk rendahkan martabat nafsu. Jika mampu, didik anak bini sekali.
Pindahkan kesedaran bertubuh kepada kesedaran bernyawa. Mati esok, jasad lebur. Tinggal nyawa saja yang merewang entah kemana selagi nyawa tu tak bertemu titik mula. Titik mula tu kamu kena cari didalam kesedaran bernyawa. Sebab itulah penting untuk kenal diri. Kenal diri maka kenallah Tuhan. Tuhan yang macam mana kamu kenal? Tuhan makanan?
Kenal Tuhan maksudnya kenal akan nyawa kamu. Kamu tu tak ada apa-apa. Nyawa tak perlukan kamu, tapi dia sentiasa ada, ready stock. Dia tunggu turn saja nak di install dekat mana-mana jasad. Tapi kamu sebagai jasad perlukan nyawa. Takkanlah berjimak, lepas 9 bulan keluar anak tapi tak bernyawa. Sampai ke umur 94 tahun anak tu membesar tanpa nyawa, imposible.
Diibaratkan ambil sebiji belon berbentuk mengkarung atau apa saja bentuk. Isikan angin dan angin akan memenuhi disetiap ruang ataupun rongga yang terdapat di dalam belon tersebut, maka terbentuklah belon mengkarung. Maksudnya, angin itulah nyawa (roh) dan belon mengkarung itu jasad (tubuh). Tubuh berbentuk manakala nyawa tidak berbentuk tetapi nyawa mengambil bentuk. Mustahil isi angin ke dalam belon mengkarung tapi yang terhasil berbentuk pisang. Begitu juga dengan nyawa. Dia masuk ke jasad, maka nyawa itu akan mengambil disetiap ruang yang ada di dalam jasad. Kalau jasad tu perangai serupa binatang, maka nyawa yang tak bersalah tu pun terikut sekalilah menjadi binatang. Yang celakanya siapa? Jasadlah celaka. Sebab jasad itu bernafsu. Jadi, mana datangnya jin syaitan yang dikatakan akan menggoda manusia hingga kiamat? Kamu yang berjasad inilah jin syaitan yang sebenar, yang selalu menyesatkan nyawa kamu. Kamu sendiri yang kandungkan hayat kamu, ke hulu ke hilir kamu bawa, tiba-tiba kamu salahkan entiti lain yang kamu namakan syaitan dan iblis.
Cerita Iblis tu bukan cerita pasal kamu dengan dia la. Ranking kamu dengan iblis jauh kena tinggal.
Ni mesti nak kata saya geng hakikat makrifat. Takde mendenya. Ni Hakikat Melayu, bukan hakikat bawaan arab yang Bani Melayu ikut meratib. Bila dah makrifat, hancur lebur maka bersatulah dengan Tuhan. Tahi. Dasar hamba tak sedar diri. Nak bersatu dengan pencipta yang tidak diciptakan. Meminta-minta merayu-rayu siang malam. Kalau dah jawatan sebagai amah, buat la kerja-kerja amah. Takkan nak meminta-minta dengan majikan, minta itu ini, minta wifi, minta tv wide screen, bilik ada aircond. Minta tidur master bedroom. Lainlah kalau majikan dah naikkan pangkat jadikan sebagai isteri kedua, boleh la master bedroom bersama. Hmm...kawin dua, nafsu lagi.
Begitulah juga halnya nyawa dan jasad kamu. Sekarang siapa tuan kepada siapa? Kamu tuan kepada nyawa atau nyawa tuan kepada kamu (jasad).
Baliklah kepada nyawa. Nyawa itu yang kekal selamanya. Nyawa tidak bernafsu, tidak berkehendak kepada respon yang diberikan oleh pancaindera kamu. Apabila telah mencapai kesedaran bernyawa, maka pimpinlah jasad kamu ke jalan yang benar. Jalan yang benar inilah maksud bijaksana, bijak mencatur, mencongak perkara yang lepas, semasa atau sebelum berlaku bagi tujuan mendapatkan keputusan yang jitu semasa hayat dikandung badan. Mencatur, bukan mencautut. Jawabnya, nyawa itulah tuan kepada jasad kamu. Inilah konsep Nyawa dan jasad, Raja dan rakyat.
Mati esok, jasad ni dah jadi bangkai. Hancur terurai balik kepada unsur-unsur kejadiannya. Nyawa tak hancur. Kalau jasad tu kenal akan nyawanya, maka baliklah nyawa tu ke tempat asalnya, tidak lagi bersarung kepada mana-mana jasad yang akan lahir di dunia ini. Nyawa tu balik ke tempat asalnya tu pun dia tak minta apa-apa dari Tuhan, letaklah dekat mana pun dia tetap terima. Yang penting dia dah bebas dari bersarung kepada jasad kamu yang kotor penuh bernafsu ni.
Haa.. kalau dah kenal diri kenal nyawa, habis tu kamu tu siapa pulak? Kalau saya tulis lagi ni, panjang umur sampai 60000 tahun pun tak habis nak tulis lagi.
Beginilah, kamu tahu cerita Loh Mahfuz kan? Loh Mahfuz tu kan cerita pasal rahsia Tuhan. Arab kata qada dan qadar semua dah tertulis. Kalau dah tertulis, tak rahsialah namanya.
Loh Mahfuz tu ialah, Kamu tu tak ada apa-apa, yang ada hanyalah Dia. "Kamu" tu bukan bermaksud kamu sorang saja. Ia merujuk kepada segala-gala ciptaanNya, sekecil atom pun tak ada apa-apa, yang ada hanyalah Dia.
**Tulisan merapu ini untuk diri saya. Saya pun tak ada apa-apa. Saya tulis sekadar untuk beritahu, bukan untuk mengajar. Kalau mengajar, kelak saya akan dipertanggungjawabkan. Kefahaman ikut masing-masing punya kefahaman. Kalau semua faham, kefahaman yang sama tentulah kamu dan rakan sekelas kamu masa cikgu ajar dahulu, sekarang dah bergelar doktor, jurutera, menteri dan segala yang hebat mengikut kehendak cikgu kamu. Tahu, semua orang boleh tahu. Tetapi tingkat kefahaman berbeda. Sebab itulah hidup ini ada pelbagai variasi, saling memerlukan, saling melengkapi. Ada bergelar guru, ada doktor, ada penulis, ada pemandu, ada petani, ada penghantar buku, ada ahli bomba dan sebagainya.
Ingat. Aku tak ada apa-apa, yang ada hanyalah DIA. Tepuk dada tanya selera, jangan dipandai-pandai ubah jadi "tepuk dada tanya iman".
SELAMAT BERPUASA

LINK C&P : https://www.facebook.com/rabbai.heimienii/posts/280658556146867

Ulasan

Catatan Popular