Melayu Sejati


Kasih sayang itulah hartanya
Pada anak cucu di taroh akannya
Bukan dunia jadi kejarannya
Tapi makan minum anak cucunya jua
Melayu bekerja demi mereka
Melayu berharta untuk mereka
Selagi kudrat masihlah ada
Anak cucu tetap di belanya.

Di mana tumpah kuah yang ada
Pada nasi jua tempatnya
Manalah intan permata dunia
Hanya darah dagingnya sahaja
Nilai kasih sayang adik beradiknya
Nilai bangsa yang di ikat akannya
Biarlah mati anak asal jangan adatnya
Bukan makna bunuhlah pula
Hanya bidalan Melayu umpamakannya
Kerana anak itu tiada gunanya
Jika kasih sayang tiada di hatinya
Kerana anak pasti derhaka ibubapanya
Jika adat Melayu tak di kenalinya
Anak bakal menjadi penyambung zuriatnya
Hanya melalui adat sempurna dirinya

Jadi Melayu bukan ikutan sahaja
Bukan lahir dalam keluarganya
Jadi Melayu itu berat hukumnya
Takut nafsu bermaharajalela
Bukan kasih sayang di bawa olehnya
Tapi sombong dengan agamanya
Itulah Melayu berbudi orangnya
Sentiasa mengalah dalam hidupnya
Bukan alah pada musuh yang ada
Tapi alah kasih sayang Tuhan dalam dirinya

Lihat kanan lihat kirinya
Bangsa Melayu hanya bangkai sahaja
Kerana tegar hidup jasadnya
Mengejar kepuasan hawa nafsunya
Suka mengeji adat bangsanya
Suka merendahkan hukum bangsanya
Suka mengkafirkan sesama bangsanya
Bukan ini ajaran Melayu yang ada
Budi tunas harapan masa depannya
Selagi Melayu tak tahu dirinya
Kelak binasalah akan bangsanya
Keturunannya hanya pak sanggup sahaja
Tidak hebat seperti datoknya
Ada harga diri ada pendiriannya
Akur hanya yang ada benarnya
Bukan jadi lembu di tarik hidungnya

Malukah kalian jadi Melayu yang ada
Kerana Melayu tak ada maruahnya
Sejak dahulu tak kenal Tuhan ke agaknya
Atau pandangan anak cucu yang ada
Sudah derhaka bagai si tanggang dengan ibunya
Tidak mengaku walau ibunya
Kerana diri di muliakan manusia
Atas ukuran apa kita derhaka
Atau tak takut sumpah akan ibundanya
Kerana ajaran bangsa mengajar kita pula
Alangkah malunya putra putri Melayu semua
Memandang hina akan bangsanya
Bangga dengan tuannya yang ada
Bukan Melayupun bukanpun mulianya
Hanya kerana ajaran mereka kita bersombong pula
Sesama kita wahai Melayu yang ada

Di mana letak budi bicaranya
Pada hati kejam nak menghukum sahaja
Melayu dah hilang akan adatnya
Menghormati yang tua tak kisah siapa
Menyanyangi yang muda semua yang ada
Bukan pilih bulu warna sahaja
Harus ada kasih dalam hatinya
Sayang akan bangsanya
Sayang akan orang tuanya
Sayang akan bahasanya
Sayang akan adat resamnya
Sayang akan Rajanya
Sayang akan dirinya
Sayang dan sayang akan Melayunya.

TKA


Ulasan

Catatan Popular