RAJA MELAYU PEMILIK HAKIKI TANAH MELAYU

Ditulis oleh - RADEN MAS PRABHU GUSTI AGUNG KI ASMORO WIJOYO


Bangsa Melayu bangsa berdaulat kerana Rajanya yang berdaulat dan Ketuanan Melayu itu adalah Rajanya.

Berdaulat bangsa Melayu kerana Rajanya dan Ketuanan Melayu itu adalah Ketuanan Rajanya. Semua itu kedudukan Raja Melayu di atas bangsa yang duduk di bawah payung kedaulatan Raja Melayu. Orang Melayu hanya bangsa rakyat sahaja yang tiada ada apa-apa yang hendak dibanggakan, asalnya ada yang berbangsa sakai, orang laut, orang hutan, petani dan peniaga sahaja. Mereka tiada ada berilmu dan kekuatan ketenteraan serta harta benda yang melimpah ruah untuk memajukan kehidupan mereka melainkan hanya bertaut pada pendapatan bertani, berdagang serta merompak dan mencuri harta benda orang lain di samping menjalankan aktiviti peras ugut, mengkambing hitamkan orang lain, berlagak sombong dan merasa diri mereka mulia dari sesamanya kerana sudah beragama, berjawatan besar dan suka berlagak-lagak, itulah orang bangsa Melayu pada tafsir umumnya.

Membicarakan perihal kedaulatan setiap bangsa itu adalah kerana ada Rajanya yang mampu menundukkan bangsa lain dan memerintah bangsanya dan bangsa lain. Raja yang berdaulat melindungi rakyatnya serta memakmurkan tanah pemerintahannya. Orang Melayu tiada ada apa-apa yang hendak dibanggakan melainkan ada Rajanya yang memartabatkan bangsanya serta mendaulatkan bangsanya. Orang Melayu sama sahaja dengan orang lain, tidak ada apa kelebihan hanya kerana Raja Melayu yang membezakan rakyatnya atas bangsanya dan rakyat lain yang bukan bangsanya.

Ketuanan Melayu bukan kuasa orang Melayu ke atas bangsa orang lain, ianya adalah Ketuanan Raja Melayu ke atas bangsanya dan bangsa orang lain yang di bawah naungan kasih sayangnya. Ketidakpuasan orang Melayu yang cuba provokasikan isu ini adalah melampau dan tidak berhemah kerana Ketuanan hanya milik Raja Melayu dan tiada rakyat yang boleh melaungkan isu Ketuanan ini, mereka hanya pak suruh, pak sanggup, pak ikut dan pak pandai yang tiada ilmu akan bangsanya Melayu jika dia benar jati Melayu dirinya.

Raja Melayu adalah Tuan Tanah Melayu ini dan bukan rakyat yang mendiami Tanah ini, mereka hanya menumpang tanah-Nya dan tak ada sesiapa yang boleh menjadi kononnya Orang Melayu adalah Tuan Tanah ini. Ini semua hanyalah kebodohan orang Melayu dan kesombongan yang tidak beretika dan cuba pula mengajar bangsa cina dan india bahawa merekalah Tuan Tanah ini. Semua ini karut marut dan bidaah yang kurang ajar. Siapakah Tuan Tanah ini? Jawapanntya Raja Melayu yang memiliki geran Tanah Melayu ini dan pemilik tunggal, tak ada siapa yang boleh menolak fakta ini, ada tersimpan di Windsor Palace di London.

Kenapa pulak orang Melayu secara kurang ajar melaungkan isu Kedaulatan dan Ketuanan pula?

Ulasan

Catatan Popular