PERJUANGAN MELAYU! PERJUANGAN KEBENARAN! JIKA DIRI SUDAH MELAYU? ADAKAH AKU MELAYU?

PENULISAN OLEH : 
RADEN MAS PRABHU GUSTI AGUNG KI ASMORO WIJOYO 
(RMPGAKAW) 
31 OKTOBER 2018


Mengenal Melayu itu hakikatnya terlalu susah untuk dicapai oleh sesiapapun, Melayu itu ALAM DUNIA PEMIMIRAN KETUHANAN, BUDAYA YANG MEMERINTAH, sesiapa yang sudah memahaminya pastilah orang yang bijak dan sudah dewasa dalam pemikirannya, bukan budak-budak yang baru nak mengenali apatah lagi masih mentah pada umurnya dan tidak mengerti hidupnya sebagai manusia di bumi ini. Untuk mencapai tahap kefahaman yang benar-benar tulin sepatutnya menjadi buruan semua orang. Janganlah ingat mengenal Melayu itu sebagai satu perkara yang dongeng dan karut marut hanya kerana akal manusia tidak mampu menggapainya.


Ramai di antara sandri yang ada, masih lagi rendah tahap pemikirannya dan terlalu dengkel pengalaman hidup, janganlah mudah hendak memperlekeh segala apa yang dipelajari di sini. Mempercayai sesuatu itu bukan hanya sekadar percaya tetapi sudah terbukti, ramai yang baru hanya ikut-ikut sahaja dan tidak sesungguhnya dengan akal yang ada melihat sesuatu yang luarbiasa kerana seekor ayam hanya akan terpaku pada lampu kelip-kelip tetapi tidak memahami apa itu lampu kelip-kelip. Sebegitulah sandri yang hanya ikut-ikut tapi di hati masih banyak keraguannya. Mengenal Melayu hanya untuk orang yang sudah banyak mempelajari hikmah Tuhan dan seorang yang sudah memahami akan kepalsuan yang di buat oleh manusia. Orang biasa akan mempercayainya kerana itulah ikutan mereka sedangkan Melayu mengkaji kebenarannya dan mencungkil rahsia itu. Ini bukanlah perbuatan manusia biasa tetapi yang kasa jiwanya dan berani dalam hidupnya. Malangnya yang ada hanya berbunyi sahaja tapi tak berani ke depan dengan pegangan hidup sebagai Melayu yang tak gentar apapun demi mendapatkan kebenaran hidup.


Menjadi Melayu bukanlah cita-cita sandri yang ada kerana menjadi Melayu itu adalah seperti memecahkan ruyung, bukan di hidang di depan mata, apa yang di pelajari hanya kulit sahaja, isinya adalah sesuatu yang berupa kerahsiaan yang tidak semudah itu boleh di raih, ianya memerlukan akal yang tajam, usaha yang gigih dan sikap terbuka, bukan soal-jawab tentang betul ke?, salah ke?, boleh pakai ke? boleh percaya ke? Ini adalah sesuatu yang mengecewakan kerana sandri sendiri bertanya hendak mengenal Melayu, kenapa pulak perlu ada soalan? Sebegitu rupa, kalau berani ikutlah sahaja, kalau tidak tinggalkanlah jalan ini kerana berpendirian seperti itu tidak akan membawa apa-apa kemajuan dan perolehan dalam pembelajaran mengenal Melayu.


Janganlah tiba-tiba pulak banyak songeh, tiba-tiba rasa mengarut, tiba-tiba jiwa jadi lemah, Melayu hanya untuk orang yang cekal hatinya, yang berani mati demi kebenaran, yang tidak takut apa-apa selain Tuhannya. Jika sudah berasa akan perkara seperti ini, eloklah tinggalkan jalan Melayu ini, tak sajak lagi di ikuti, datang tidak di jemput, pergi tidak di halau. Kalau rasa diri itu Arab dan ikutlah cara Arab tapi jika rasa diri itu Melayu, hati-hatilah dalam perjalanan  Melayu ini, takut hanya luar sahaja dalam hati tidak sungguhnya. Jangan ingat dunia ilmu ini tiada dugaannya, jangan di rasa diri sudah suci dan mulia hatinya, selagi belum terbuka rahsia kehidupan ini, janganlah sombong dan rasa hebat dirinya.


Melayu itu bukan sesuatu yang dapat di raih dengan nafsu, ianya hanya di raih dengan akal yang tinggi. Melayu itu suatu nilai yang mengertikan kemelayuan seseorang melayu itu, jika dia rasa dirinya Melayu. Orang bodoh tidak akan memahami erti Melayu dan orang yang mengenal ku, itu Melayu sesekali tidak akan memahami isi Melayu. Isi Melayu itu adalah kasih sayang sesama insan, ianya bukan perisian berupa Agama tapi adalah pati kehidupan yang mencari kedekatan dirinya dengan kebenaran. Orang Melayu hidupnya diisi dengan kebenaran itu, bukan menjadi pengikut yang tidak pernah cuba melihat kecacatan kepercayaannya. Manusia terlalu sombong dan taksub dengan dirinya kerana sangkaannya Tuhan menyanyanginya. Apa jua pegangan kau di atas dunia ini ibarat sesuatu yang rapuh dan tak kukuh. Ini terbukti dengan pendirian diri masing-masing yang hakikatnya tak tahu asal usulnya hanya sekadar apa yang di beritahu oleh kitab, sejauh mana kebenarannya tak siapa yang tahu.


Jalan Melayu adalah jalan pahlawan, bukan yang kecut hatinya dan yang suka bercakap besar akan keilmuan Melayu ini bahkan menggunakannya untuk berhujah dengan orang lain yang tak memahaminya. Jalan Melayu adalah jalan orang Melayu, jadi bagaimana mungkin orang yang menggunakan jalan orang lain boleh memahami jalan Melayu? Mustahil. Harap semua yang ada bersikap dewasalah, jangan hanya sekadar ikut-ikut, diri sendiri yang hendak tahu jalan Melayu maka jangan di salahkan sesiapa yang ada, datang tidak di jemput, pergi tidak di halau.

Ulasan

Catatan Popular