KONSORTIUM ASIA PETROHUB BAKAL LAKSANAKAN PROJEK LEBIH AS$ 20 BILLION
KUALA
LUMPUR 27 Nov. – Konsortium Asia Petrohub bakal melaksanakan projek penambakan
tanah dan pembinaan kemudahan penapisan minyak yang lebih mapan di Yan, Kedah
bernilai lebih AS$20 bilion (RM89.41 bilion).
Ketua
Pegawai Eksekutif Konsortium Asia Petrohub, Raja Chik Jaafar Raja Mokhtar
berkata, fasa pertama projek tersebut yang akan bermula dalam tempoh enam
sehingga sembilan bulan bakal menyaksikan kerja-kerja penambakan merangkumi
kawasan seluas 3,035.14 hektar bagi menempatkan kemudahan penapisan
hidrokarbon baharu dikenali sebagai Kompleks Kilang Penapisan Minyak Sultan
Abdul Halim.
Katanya,
di samping mewujudkan pelbagai bandar baharu dalam lingkungan hab berkenaan,
konsortium itu juga akan membina saluran paip merentasi sempadan dan laluan
kereta api kargo yang paling cepat.
“Kilang
yang dijangka beroperasi dalam tempoh tiga tahun ini, mempunyai kapasiti untuk
menapis 400,000 tan minyak mentah sehari untuk dijadikan pelbagai produk
seperti petrol dan diesel.
“Kami
mengimport minyak mentah dari negara Asia Barat, Afrika dan Venezuela yang
diproses di sini dan produk akhirnya akan dieksport ke negara-negara seperti
Jepun, China, Korea dan Taiwan,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis
menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) di sini hari ini.
Konsortium
itu ditubuhkan oleh IMC London, iaitu sekumpulan penaja dan bank yang
berpangkalan di Britain bersama dengan beberapa syarikat kejuruteraan,
pemerolehan, pembinaan dan pelaksanaan (EPCC) antarabangsa dari Arab Saudi,
Eropah, China, Japan, Korea dan Amerika Syarikat (AS).
Mengulas
lanjut, Raja Chik Jaafar berkata, projek pembangunan holistik itu turut
menjanjikan pertumbuhan ekonomi negara yang semakin berkembang bagi Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) selain mewujudkan peluang luas dalam pelbagai bidang
kepada rakyat Kedah dan ASEAN.
Oleh : C. SHEILA RANI
| 28 November 2016 12:30 AM
KUALA
LUMPUR 27 Nov. – Konsortium Asia Petrohub bakal melaksanakan projek
penambakan tanah dan pembinaan kemudahan penapisan minyak yang lebih
mapan di Yan, Kedah bernilai lebih AS$20 bilion (RM89.41 bilion). - See
more at:
http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/konsortium-asia-petrohub-bakal-laksana-projek-lebih-as-20-bilion-1.413224#sthash.X9U65zAY.dpuf
Konsortium Asia Petrohub bakal laksana projek lebih AS$20 bilion
28 November 2016 12:30 AM
|
KUALA
LUMPUR 27 Nov. – Konsortium Asia Petrohub bakal melaksanakan projek
penambakan tanah dan pembinaan kemudahan penapisan minyak yang lebih
mapan di Yan, Kedah bernilai lebih AS$20 bilion (RM89.41 bilion).
Ketua Pegawai Eksekutif Konsortium Asia
Petrohub, Raja Chik Jaafar Raja Mokhtar berkata, fasa pertama projek
tersebut yang akan bermula dalam tempoh enam sehingga sembilan bulan
bakal menyaksikan kerja-kerja penambakan merangkumi kawasan seluas
3,035.14 hektar bagi menempatkan kemudahan penapisan hidrokarbon baharu
dikenali sebagai Kompleks Kilang Penapisan Minyak Sultan Abdul Halim.
Katanya, di samping mewujudkan pelbagai bandar
baharu dalam lingkungan hab berkenaan, konsortium itu juga akan membina
saluran paip merentasi sempadan dan laluan kereta api kargo yang paling
cepat.
“Kilang yang dijangka beroperasi dalam tempoh
tiga tahun ini, mempunyai kapasiti untuk menapis 400,000 tan minyak
mentah sehari untuk dijadikan pelbagai produk seperti petrol dan diesel.
“Kami mengimport minyak mentah dari negara Asia
Barat, Afrika dan Venezuela yang diproses di sini dan produk akhirnya
akan dieksport ke negara-negara seperti Jepun, China, Korea dan Taiwan,”
katanya dalam sidang akhbar selepas majlis menandatangani perjanjian
persefahaman (MoU) di sini hari ini.
Konsortium itu ditubuhkan oleh IMC London, iaitu
sekumpulan penaja dan bank yang berpangkalan di Britain bersama dengan
beberapa syarikat kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pelaksanaan
(EPCC) antarabangsa dari Arab Saudi, Eropah, China, Japan, Korea dan
Amerika Syarikat (AS).
Mengulas lanjut, Raja Chik Jaafar berkata, projek
pembangunan holistik itu turut menjanjikan pertumbuhan ekonomi negara
yang semakin berkembang bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) selain
mewujudkan peluang luas dalam pelbagai bidang kepada rakyat Kedah dan
ASEAN.
“Malaysia merupakan tempat terbaik untuk pemain
industri terutama berkaitan sumber tenaga untuk berkembang atau melabur
dalam perniagaan. Kita bukan sahaja mempunyai akses kepada sumber asli
ASEAN malah mempunyai banyak modal insan berkemahiran di Asia.
“Rakyat Malaysia dan pelabur boleh mendapat
manfaat daripada pelbagai inisiatif seperti dwi mata wang, pertumbuhan
kuantum eko-hartanah, pertumbuhan pelbagai industri secara serentak,
akses segera kepada tenaga kerja ASEAN dan rantai bekalan di Asia,”
katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya
bercadang untuk membina empat lagi kilang penapisan minyak di Kedah,
Kelantan dan Thailand pada masa akan datang.
“Malah, kami juga bercadang untuk menapis dua
juta tan metrik minyak mentah dalam sehari daripada semua lima kilang
beroperasi, dengan jumlah nilai pembangunan sebanyak AS$180 bilion
(RM804.69 bilion),” katanya.
- See more at:
http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/konsortium-asia-petrohub-bakal-laksana-projek-lebih-as-20-bilion-1.413224#sthash.X9U65zAY.dpuf
Ulasan