IMG – THE INTERNATIONAL MALAY GROUP

sumber : http://theinternationalmalaygroup.blogspot.my/


PENGENALAN

IMG adalah satu badan pengurusan dana KAMAL ASHNAWI dimana dana tersebut akan digunapakai mengikut program-program demi menjayakan visi KAMAL ASHNAWI untuk kesejahteraan orang Melayu tanpa ada perbezaan identiti agama atau negara diseluruh dunia. Program-progam yang ditetapkan dalam penggunaan dana tersebut adalah bersifat NON-MILITANT, NON RELIGIOUS dan NON-POLITICAL ACTIVITIES. Ianya hanya menjurus kepada bentuk KEMANUSIAAN (HUMANITARIAN) sahaja.

Pada dasarnya kegunaan dana tersebut menjurus kepada 4 matlamat iaitu

1. MEMBASMI KEMISKINAN

2. MEMPERBAIKI KUALITI KESIHATAN

3. MENINGKATKAN TAHAP PENDIDIKAN

4. MENAIKKAN TARAF KEHIDUPAN


sebagai agenda utama dalam menjayakan visi KAMAL ASHNAWI demi kesejahteraan orang Melayu diseluruh dunia.

IMG memainkan peranan sebagai badan administrasi, regulasi dan fasilitasi dalam penyaluran dan penyelenggaraan dana KAMAL ASHNAWI mengikut program-program yang disediakan. Untuk itu IMG dipecahkan kepada 2 kategori iaitu IMG ORGANISATION dan IMG CORPORATION disamping IMG BOARD sebagai badan kelulusan penggunaan dana dan IMG COUNCIL yang memastikan agar setiap aktiviti program tidak lari dari teras IMG dalam menjayakan visi KAMAL ASHNAWI.


IMG ORGANISATION

IMG ORGANISATION berfungsi sebagai badan yang berorientasi kepada bentuk NON-PROFITABLE iaitu contohnya BANTUAN KEMANUSIAAN DAN MEMBANTU PERSATUAN-PERSATUAN YANG BERTERASKAN MELAYU dalam semua aspek dan sudut dan PERJUANGAN DEMI SURVIVAL BANGSA MELAYU didalam program-program mereka sedangkan IMG CORPORATION pula adalah badan yang merupakan BUSINESS ARM kepada IMG atau menjurus dalam bidang perekonomian dan perniagaan orang Melayu didalam program-program mereka.

Dibawah IMG ORGANISATION terdapat program-program seperti dibawah

A. PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI MELAYU

a. MEMBASMI KEMISKINAN
b. MEMPERBAIKI KUALITI KESIHATAN
c. MENINGKATKAN TAHAP PENDIDIKAN
d. MENAIKKAN TARAF KEHIDUPAN


B. PROGRAM WARISAN MELAYU

a. WARISAN ADAT DAN SENI MELAYU
- AKADEMI ADAT DAN SENI MELAYU – SENI TARI,TENUN, ADAT KRAFT TANGAN,
DANDAN, UKIRAN DLL

b. PEMBELAJARAN DAN KEILMUAN MELAYU - INSTITUT KEILMUAN MELAYU – MENGENALPASTI
ILMU MELAYU DISEMUA BIDANG SEPERTI PELAYARAN, PERUBATAN, R&D, KETAMADUNAN
MELAYU, DLL

c. PERTUBUHAN2 DAN PERSATUAN2 MELAYU - SECRETARIAT PERTUBUHAN DAN PERSATUAN
MELAYU – BANTUAN KEEWANGAN UNTUK PERSATUAN MELAYU

d. DUNIA PERSILATAN MELAYU - GABUNGAN PERTUBUHAN PERSILATAN MELAYU SE NUSANTARA
- MENGUMPULKAN KUMPULAN PERSILATAN, MEMBANTU MENGEKALKAN PERSILATAN YG ADA,
MENGHIDUPKAN PERSILATAN YG HILANG ATAU TELAH PUDAR, MEMBUAT AKTIVITI YG
BERKAITAN DENGAN PERSILATAN SEPERTI PERTANDINGAN SEDUNIA ATAU DI NUSANTARA,
MENYALURKAN KEWANGAN, MEMPERKENALKAN PERSILATAN MELAYU KESELURUH DUNIA,
MEMBUAT PERKAMPUNGAN PERSILATAN. ALA SUMMER CAMP.

e. BAHASA DAN KEPERPUSTAKAAN MELAYU - INSTITUT PENDITA ZAABA - MENJADI TERAJU
UTAMA DIDALAM KESUSASTERAAN DAN BAHAS MELAYU SELURUH DUNIA DISAMPING AKTIVITI
SEPERTI MENGUMPUL, MENYUSUN, TERJEMAHAN, ARKIB, BAIK PULIH NASKAH LAMA,
PENERBITAN, KAJIAN, MEMPERKENALKAN SASTRA MELAYU.

f. WARISAN KHAZANAH DAN ANTIK MELAYU - GALERI MELAYU NUSANTARA & MUZIUM MELAYU
- MENGUMPULKAN BARANG2 MELAYU LAMA, ARTIFAK TAMADUN MELAYU, MENGENAL PASTI
TEMPAT SEJARAH, TAMADUN LAMA, SUSUR GALUR MELAYU DAN RAJA MELAYU, AMBIL ALIH
TUGAS MUZIUM ATAU BEKERJASAMA MEMELIHARA KAWASAN BERSEJARAH TERMASUK MAKAM2
RAJA DAN ISTANA SERTA RUMAH PEMBESAR MELAYU.

C. PROGRAM BANTUAN KEMANUSIAAN

IMG ORGANISATION juga bertanggungjawab menguruskan dana KAMAL ASHNAWI dalam PROGRAM BANTUAN KEMANUSIAAN dimana ianya berupa TABUNG SUMBANGAN (DONATION) untuk membantu menyelesaikan permasaalahan sosial orang Melayu yang dikategorikan seperti dibawah

a. TABUNG KEBAJIKAN KELUARGA
b. TABUNG PELAJARAN
c. TABUNG KESIHATAN
d. TABUNG PERUMAHAN
e. TABUNG BENCANA ALAM
f. TABUNG USAHAWAN
g. TABUNG HUTANG
h. TABUNG KANAK-KANAK
i. TABUNG ORANG CACAT
j. TABUNG ORANG TUA


IMG CORPORATION

IMG CORPORATION yang merupakan BUSINESS ARM kepada IMG menjalankan program mereka di dalam bentuk perekonomian dan perniagaan seperti yang telah dijelaskan. Setiap program adalah berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti yang berkait dengan 10 sektor industri seperti dibawah

a. OIL & GAS
b. FINANCING
c. ICT
d. HEAVY INDUSTRIES
e. INFRASTRUCTURE
f. MINING
g. LOGISTIC & TRANSPORTATION
h. AEROSPACE
i. PROPERTY & LAND DEVELOPMENT
j. AGRICULTURE



Dalam pengurusan IMG menyalurkan dana demi kesejahteraan orang Melayu seluruh dunia melalui program-program yang ditentukan, IMG telah menyusuan pengurusan tersebut mengikut pembahagian geografi seperti dibawah

a. FAR EAST MALAY COMMUNITY – Micronesia Island, Polynesia, Australia, Papua, China dll.
b. SOUTH EAST MALAY COMMUNITY – Cambodia, Malaysia, Indonesia, Philippines dll.
c. MIDDLE EAST MALAY COMMUNITY – Sri Lanka, Mauritius, India, Africa, Europe,Yemen dll.
d. WEST MALAY COMMUNITY – North & South America dll


Disetiap lokasi tersebut akan diujudkan pejabat-pejabat IMG yang akan menguruskan program-program IMG. Setiap pejabat IMG akan di teraju oleh DUTA-DUTA IMG yang dilantik mewakili IMG COUNCIL dan IMG BOARD seterusnya kumpulan profesional yang menjalankan urusan IMG ORGANISATION dan IMG CORPORATION.

IMG sebagai Peneraju Utama dalam pengendalian DANA KAMAL ASHNAWI bertanggungjawab dalam mencapai visi KAMAL ASHNAWI untuk membentuk satu COMMONWEALTH yang adil agar sekelian orang Melayu tiada kira apa jua agamanya dan dari mana negaranya bersama menikmati bantuan tiada kira bentuk apa jua sekalipun tanpa melanggar dasar IMG iaitu tidak digunakan untuk tujuan ketenteraan, politik atau agama hanya semata-mata demi SURVIVAL bangsa Melayu seluruh dunia di alaf akan datang.

Inilah impian KAMAL ASHNAWI ingin melihat keutuhan dan kedaulatan bangsa Melayu tetap ujud dan terus berbakti demi kesejahteraan manusia dan alam sejagad.





CARTA ORGANISASI IMG


TUGASAN DALAM ORGANISASI IMG

IMG COUNCIL

• Fulfill the Mission and Vision
• Regulate Policies and Procedures
• Execute and Monitoring


IMG BOARD
• Approval of Fund Utilization

IMG ORGANISATION
• Channeling of Funds towards associations and foundations PROGRAMS

IMG CORPORATION
• Channeling of Funds toward economic and businesses PROGRAMS



PROSES PENYALURAN DANA KAMAL ASHNAWI MELALUI ORGANISASI IMG





PENYALURAN DANA KAMAL ASHNAWI MELALUI IMG (INVESTMENT FLOW)

Dalam pelaksanaan memacu VISI KAMAL ASHNAWI kearah kesejahteraan orang Melayu seluruh dunia, IMG melaksanakan pengaliran dana KAMAL ASHNAWI mengikut sistem yang dikenali sebagai ‘INVESTMENT FLOW” seperti tertera diatas.

Pada peringkat “initial” segala pelaksanaan awal diurus sendiri oleh KAMAL ASHNAWI melalui syarikatnya SIERRA PETROLEUM INTERNATIONAL LIMITED yang berpengkalan di HONG KONG dan badan-badan pengurus kewangannya seperti consultant dan bankers disana.


INVESTMENT PORTFOLIO
Investment Portfolio adalah sejumlah dana yang ditentukan untuk digunapakai dalam bentuk INVESTMENT. Ianya bukanlah sebagai “cash” yang di guna terus dari sumber seperti penggunaan duit biasa kerana kedudukan kewangan ini perlu melalui pihak pentadbiran kewangan dunia seperti WORLD BANK, FEDERAL RESERVE dan EUROPEN CENTRAL BANK serta CENTRAL BANK NEGARA-NEGARA yang akan bekerjasama dan juga sama menikmatinya demi perjalanan perdagangan dunia agar tiada berlaku kepincangan didalam sistem kewangan dunia.

Pelaburan bersama juga berlaku dengn beberapa pihak agar dana ini tidak disalurkan kepada pihak tertentu sahaja tetapi dalam bentuk gabungan pengguna dana kerana dana yang disediakan adalah teramat besar dan tiada boleh lagi di muaturun kepada bank-bank komersil hanya melalui institusi kewangan yang bertaraf antarabangsa sahaja. Disini KAMAL ASHNAWI memainkan peranan agar terdapat memorandum persefahaman diujudkan dengan negara–negara besar demi mendapatkan kelulusan dari pihak kewangan dunia.


INVESTMENT IMMUNITY
Invetsment Immunity ini adalah langkah seterusnya dalam menentukan agar dana ini tidak disekat jika tiada mendapat imuniti dari pihak pentadbiran kewangan dunia. KAMAL ASHNAWI berjanji dengan pihak yang terbabit bahawa investment ini tidak digunapakai dalam bentuk ketenteraan, politik atau keagamaan yang boleh menjadi sumber merosakkan keamanan dunia. Diantara badan yang bertanggung jawab dalam imuniti adalah FEDERAL RESERVE dan WORLD BANK dan CENTRAL BANK negara-negara lain termasuk ECB (European Central Bank)


INVESTMENT COLLECTIBLE
Selepas persetujuan dicapai maka dana KAMAL ASHNAWI akan dijadikan “COLLATORAL” untuk menjalankan “PLACEMENT PROGRAM” dimana sebahagian dari jumlah dana tersebut di “BLOCK” kan. Jumlah yang di “BLOCK” kan itu akan diletakkan dalam satu PLATFORM untuk di TRADING kan. Hasil dari TRADING ini akan dibahagi-bahagikan kepada pihak yang terbabit.


INVESTMENT PROGRAM
Disini adalah bentuk dana yang di “TRADING” dalam program untuk menghasilkan “YIELD” yang lebih besar dimana KAMAL ASHNAWI mendapat 30% sahaja dari “YIELD” ini. “YIELD” inilah yang akan disalurkan kepada projek-projek KAMAL ASHNAWI serta aktivitinya dalam program kesejahteraan orang Melayu.


INVESTMENT ASSURANCE
Investment Assurance adalah “GUARANTEE” kepada penggunaan “YIELD” tadi hanya diluluskan diatas sekatan penggunaan hanya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. INVESTMENT ASSURANCE tadi diberi jaminan oleh KAMAL ASHNAWI sendiri.


INVESTMENT VEHICLE
Investment Vehicle adalah PLATFORM yang akan menjadi penata INVESTMENT diperingkat PENGGUNAAN dimana IMG adalah contoh VEHICLE dan juga SIERRA PETROLEUM SENDIRI.


INVESTMENT CHANNELING
Investment Channeling adalah mana-mana pihak yang terpilih untuk menerima dana untuk digunapakai.


MEMORANDUM IMG
Untuk menjayakan pengurusan dana KAMAL ASHNAWI dengan cara yang lebih tersusun maka diusulkan carta pengaliran itu mengikut MEMORANDUM-MEMORANDUM yang ditentukan seperti dibawah.




MEMORANDUM OF TRUSTEE
Memorandum of Trustee adalah digunakan sebagai memorandum perlantikan seseorang sebagai DUTA IMG yang menjadi penasihat dan pemantau dan bertidak pada tahap strategik dalam merangka dan merumuskan serta bertanggungjawab diatas penggunaan dana dan kejayaan program berdasarkan visi KAMAL ASHNAWI.

Mereka yang dilantik adalah dari pelbagai disiplin profesion dan kewibaan mereka dalam memperjuangkan bangsa Melayu serta memiliki nilai murni dan jati diri orang Melayu kerana tidak boleh dicampur adukkan dengan mana-mana niat dan hajat melainkan semata-mata demi SURVIVAL BANGSA MELAYU sahaja.


MEMORANDUM OF INVESTMENT
Memorandum of Investment digunakan sebagai penentu jumlah dan arah dana yang hendak digunapakai dalam program-program IMG. Memorandum ini mengenalpasti sebanyak mana dana yang hendak digunakan pada peringkat negara-negara yang memerlukan pelaburan. Duta-Duta IMG bertanggungjawab membuat analisa serta R&D disamping mengkaji proposal-proposal yang telah sedia ada agar dapat dibuat “ match-making” dengan dana yang diperuntukan.


MEMORANDUM OF TECHNICALITIES
Memorandum of Technicalities adalah memorandum yang digunakapakai sebagai satu kayu pengukur dan pemandu arah terhadap proposal dalam menentukan pembentukan program dibawah IMG. Setiap program yang hendak dijalankan akan di SWOT analisiskan serta harus ada piagam dan piawai yang selari dengan VISI dan TEKNOLOGI bersesuaian dengan kehendak IMG. Setiap teknikal program itu akan dikaji serta diberi galakan terhadap “cutting edge technology” agar setiap program dapat dilaksanakan dengan teknologi terbaru.


MEMORANDUM OF APPOINTMENTS
Memorandum of Appointments adalah memorandum yang akan digunakan sebagai “guideline” penyusunan dan perlantikan mana-mana pihak sebagai AHLI IMG yang bertindak sebagai badan berbentuk ORGANISATION atau CORPORATION yang menjayakan program-program IMG. Sebagai contohnya akan ada perlantikan perwakilan kepada program seperti PROGRAM WARISAN MELAYU dan melalui perlantikan itu pertubuhan yang memainkan peranan sebagai perwakilan akan membuat kerja urusetia dalam menggabungkan lebih ramai lagi persatuan atau yayasan yang sedia ada dalam menerima bantuan dana IMG demi menjayakan program yang mengarah kepada kesejahteraan orang Melayu.

Dari segi CORPORATION pula akan dikenalpasti mana-mana syarikat atau individu yang mampu menjadi penata kepada program IMG dalam bentuk perekonomian dan perniagaan. Mereka atau syarikat tersebut akan dilantik untuk menjayakan program IMG disamping akan digalakan bergabung sebagai satu konsortium yang lebih besar.


MEMORANDUM OF CONTRACTS
Memorandum of Contracts adalah memorandum yang akan digunakan sebagai “agreement of funds usage” yang mana kepada pihak syarikat Melayu akan disalurkan “FINANCING” dengan “zero interest” serta “grace periode” yang berpatutan agar mereka ini dapat melunaskan pemulangan dana tersebut tanpa menggugat kedudukan kewangan syarikat. Bagi pihak Persatuan dan Yayasan pula akan dianugerahkan “GRANT” dalam menjayakan misi Persatuan dan Yayasan. Harus difahamkan bahawa syarat yang dikenakan semuanya menghala kepada penggunaan dana tersebut selaras dengan VISI IMG.


CADANGAN PROJEK IMG DI MALAYSIA
IMG MALAYSIA adalah merupakan Peneraju dan Induk kepada semua model IMG seluruh dunia. Oleh kerana KAMAL ASHNAWI dilahirkan di Malaysia maka untuk memberi penghormatan itu KAMAL ASHNAWI berhasrat agar biarlah segala aktiviti PROGRAM IMG menggunakan BLUE PRINT IMG MALAYSIA sebagai ROLE MODEL disamping melantik DUTA-DUTA IMG dari golongan orang Melayu di Malaysia sebagai wakil utama dalam menyempurnakan VISI KAMAL ASHNAWI demi kesejahteraan orang Melayu di seluruh dunia.

IMG MALAYSIA telah menyusun 3 PROGRAM utama sebagai pemangkin dalam memartabatkan orang Melayu dimata dunia dan menunjukkan kepada dunia bahawa bangsa Melayu setanding dengan bangsa lain dimuka bumi ini. Projek-projek yang dimaksudkan sekurang-kurangnya adalah sumbangan KAMAL ASHNAWI kepada orang Melayu di Malaysia agar disuatu hari nanti menjadi mercu suar ke arah pembangunan nilai jati diri orang Melayu dan agar anak cucu orang Melayu tiada lagi merasa tersisih dan terbiar hilang ditelan zaman.

PROGRAM PERTAMA : PROGRAM ANGKASAWAN MELAYU
IMG MALAYSIA akan mengujudkan PRORAM ANGKASAWAN MELAYU dimana program ini bertujuan untuk membuka peluang kepada sesiapa orang Melayu seluruh dunia untuk menjadi ANGKASAWAN. Program ini terbuka kepada sesiapa sahaja iaitu tiada diskriminasi dilakukan didalam pilihan. Tiada kira wanita atau lelaki, tiada kira latar belakangnya dan profesionnya hanya hendaklah berumur 18 tahun keatas dan memiliki minat serta azam yang tinggi. Semua kandidat untuk program angkasawan ini hanyalah pada peringkat awal sebagai ANGKASAWAN PELANCUNG iatu diberi peluang untuk mengembara ke angkasa tanpa sebarang misi khas.

Program ini akan membawa setiap tahun 10 orang angkasawan pelancung orang Melayu diseluruh dunia. Hanya dari Malaysia ditempatkan 3 angkasawan tetap setiap tahun dimana program ini akan berlangsung selama 10 tahun.

Pada dasarnya IMG lebih berminat untyuk membuka peluang kepada pelbagai lapisan iaitu contohnya dari lapisan PELAJAR, masyarakat kampung, GURU atau JURURAWAT dan kepada sesiapa sahaja tiada kira kedudukan dan pangkat. Ini adalah peluang untuk orang Melayu menikmati program ini agar apabila mereka ini kembali dari misi angkasawan itu, mereka dapat dikumpulkan dalam satu organisasi yang mana dapat menyumbang pengalaman mereka dan serba sedikit membantu dari segi keilmuan kepada generasi muda.

Dalam masa 10 tahun ini IMG ingin membangunkan PROGRAM ANGKASA LEPAS secara berperingkat sehingga melengkapkan program ini dengan sumber manusia yang lebih berperanan kepada teknoloji angkasa lepas. Akan berlaku rekrutmen dalam kerjaya angkasaan serta tenaga pelatih dan juru teknik serta engineer dalam bidang AEROSPACE. Akan ujud pusat-pusat latihan dimana dengan kerjasama dari pihak luar negara dalam membina fasiliti-fasiliti latihan dan simulator dan teknikal untuk melengkapkan PROGRAM ANGKASA LEPAS oleh IMG.

Sebagai contohnya dalam pilihan angkasawan, IMG akan mengambil 3 orang dari Malaysia, 1 dari Brunei, 2 dari Indonesia, 1 dari Thailand dan 2 dari Kemboja. Pada tahun yang lain akan berubah pula mengikut keperluan IMG dalam memberi peluang kepada orang Melayu seluruh dunia. Dijangkakan IMG akan membelanjakan lebih kurang USD 30-35 juta untuk seorang angkasawan.

Secara umumnya IMG MALAYSIA akan disalurkan EURO 5 Billion untuk membangunkan PROGRAM ANGKASAWAN MELAYU dalam tempuh 10 tahun.


PROGRAM KEDUA : PROGRAM KOMPLEKS IMG
Dalam program kedua ini IMG ingin mengujudkan satu kompleks yang mana didalamnya terdapat beberapa komponen seperti dibawah

a. PERPUSTAKAAN IMG (IMG PUBLIC LIBRARY) dimana IMG bercadang untuk menjadikan perpustakaan ini sebagai perpustakaan awam terbesar di rantau ASIA disamping untuk dijadikan tempat naskah dan buku Melayu serta tempt rujukan dan percetakan buku Melayu seluruh dunia.

b. GALERIA IMG (IMG MALAY GALERY) dimana IMG akan menempatkan barang dan hasil karya orang Melayu seluruh dunia untuk dipamirkan serta artifak sejarah dan apa sahaja yang berkait dengan tamadun Melayu.

c. TEATER IMG (IMG ART AND THEATER) dimana IMG akan cuba untuk mmemberi peluang kepada orang Melayu untuk mengadakan persembahan teater, pembacaan puisi serta drama tari dan pelbagai pertunjukan kebudayaan Melayu seluruh dunia samaada dari pihak profesional ataupun pelajar sekolah. Disamping itu IMG berhasrat untuk mengujudkan MALAY CONSERVATORIUM untuk memberi peluang anak-anak Melayu dalam bidang MUZIK yang bertahap profesional. Untuk program ini IMG akan memperuntukan dana sejumlah EURO 1 Billion.


PROGRAM KETIGA : PROGRAM PERFILEMAN MELAYU – P. RAMLEE INTERNATIONAL FILM STUDIO

IMG MALAYSIA akan merancang untuk membina sebuah studio perfileman beroperasi sepenuhnya dalam bentuk digital. Studio ini akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang mana adalah diharapkan dengan kemudahan yang ada dapat membantu syarikat perfileman Melayu kecil dari Malaysia mahupun dirantau Asia Tenggara untuk mengurangkan kos perfileman mereka.

IMG juga akan menyediakan dana berbentuk GRANT kepada mana-mana individu atau syarikat Melayu yang ingin membuat filem tetapi hanya filem yang berbentuk epic, dokumentari atau sejarah yang berkaitan dengan Melayu sahaja yang boleh mendapatkan GRANT ini. Filem yang berbentuk komersil atau yang tiada kaitan dengan Melayu tidak akan mendapat GRANT ini. Contohnya filem seperti PUTERI GUNUNG LEDANG atau HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA dan dokumentari mengenai SUNDALAND adalah contoh yang akan dibiyai oleh IMG.

IMG akan memperuntukan sejumlah EURO 2 Billion dimana EURO 1.5 Billion akan digunakan untuk membina studio dan EURO 500 Juta sebagai GRANT FILEM.

Ulasan

Catatan Popular