TEKUN Nasional = ALONG MODEN

  1. Itulah tajuk pilihan kali ini! yang diutarakan oleh Saudara Mat Sabu semasa berkempen di dalam kampung-kampung Parlimen Bukit Gantang.
  2. Pada pandangan aku, apa yang diutarakan beliau itu adalah amat-amat jauh menyimpang daripada asas kewujudan parti PAS itu sendiri. Walaupun kononnya orang kampung yang kurang pendedahan dan ilmu pengetahuan akan terpengaruh dengan dakyah kosong ini, aku yakin masih ada masyarakat di kampung-kampung ini mempunyai jatidiri yang utuh untuk terus menyokong parti yang dapat memastikan kestabilan ekonomi, sosial dan politik tanah air. Parti politik apa lagi kalau bukan BARISAN NASIONAL lah sahaja yang mampu meneruskan perjuangan agama, bangsa dan negara.
  3. Untuk itulah, sebagai seorang pemimpin PAS yang kononnya memperjuangkan ISLAM sebagai cara hidup mereka, disini aku melihat Saudara Mat Sabu bukan hanya menunjukkan kelemahan akal fikiran beliau dalam ilmu agamatetapi jugak mempunyai sedikit ilmu tentang perakaunan dan kira-kira.
  4. Sudah lah menuduh dengan meminjam duit TEKUN Nasional sebanyak RM15000, peminjam dikehendaki membuat pembayaran semula sebanyak RM30000. Beliau juga berkata TEKUN Nasional adalah ALONG MODEN. Ini adalah satu PEMBOHONGAN BESAR DAN DUSTA YANG AMAT BESAR dilakukan oleh pemimpin PAS ini. Tuan-Tuan para pengunjung blog ini yang bijak sana sila kira maklumat seperti ini; CAJ PERKHIDMATAN : 4% dan SIMPANAN : 5% ( setelah pembayaran balik telah sempurna simpanan ini akan dikembalikan kepada peminjam TEKUN )
  5. TEKUN Nasional ditubuhkan untuk membantu para usahawan kecil dan sederhana untuk melakukan usahaniaga secara kecil-kecilan. Selain itu, TEKUN juga memberikan peluang perniagaan dengan mewujudkan satu program yang dikenali sebagai RAKAN NIAGA yang mana syarikat-syarikat / perniagaan-perniagaan yang telah maju dan bersedia menjadi mentor kepada usahawa TEKUN yang berminat menjalani perniagaan melalui syarikat tersebut.
  6. Pesanan kepada masyarakat kita, jangan mudah terpedaya dengan maklumat yang disampaikan oleh pemimpin PAS / PKR / DAP kerana mereka ini selalu beromongan kosong sahaja dan tidak tahu berpolitik secara matang.

Ikhlas,

MOHD FUAD YAHAYA

Ulasan

Catatan Popular