Resolusi 4 / 2009 Tajuk : Kalimah Allah perlu dibenarkan kepada Umar Islam Sahaja di Malaysia
1.BPN mendesak pengharaman kalimah ALLAH yang ditarik balik oleh Kerajaan
2.BPN mencadangkan penerangan isu ini perlu dibuat secara meluas di media
3.BPN merasakan sudah tiba masanya isu agama ini perlu diselangi dengan tindakan tegas sebelum ramai lagi akan bangkit menyentuh isu tersebut demi kepentingan mereka meskipun ia jelas melanggar perlembagaan negara kita.
4. BPN memohon perhatian DYMM Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agong untuk menggunakan kuasa mutlak baginda dalam hal agama ini bagi menghalang serta merta tindakan Kerajaan
5. BPN juga akan memastikan kalimah ALLAH hanya dibenar dan diberi kepada penganut Islam sahaja samada menerusi tulisan atau percakapan dan sebarang tindakan bertentangan dengan hasrat tersebut akan ditentang habis habisan oleh para blogger BPN demi mengelakkan perasaan tidak puas hati dan marah dari merebak dalam hati sanubari rakyat
Yang benar,
Blogger Pembela Negara
Disedia oleh :
Panglima Perang Cyber
YDP BPN
Tarikh : Ahad 28 Feb 2009 Jan 6.30 pm
Ulasan