Dulu Aktivis Mahasiswa Pembangkang, Kini Kerja Dengan Kerajaan
Sumber petikan blog ANGIN PERUBAHAN.
(Gambar: Sheikh Omar Baghrib bin Sheikh Ali, Pengerusi SMM dan Exco PMIUM, Bekas Pelajar Nilam Puri dan sekarang sudah bergraduan dari UM. Ketika masih menuntut di tahun 3, beliau merupakan mastermind mana-mana demonstrasi mahasiswa di Malaysia termasuk membawa mahasiswa berdemonstrasi pada 10 November 2007 yang dianjurkan oleh BERSIH. Kelihatan dalam gambar beliau, berdiri di tengah, sedang menjadi jurucakap demonstrasi yang dianjurkan oleh Parti Mahasiswa Negara bersama Azlan Zainal)
Pada 17 November 2008, Sheikh Omar Baghrib bin Sheikh Ali telah pun melapor diri menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di Jabatan Imigresen Putrajaya. Bertuah benar, seorang bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, SMM yang merupakan aktivis pelajar pembangkang sekarang ini sudah berkhidmat dalam sektor awam kerajaan. Sesudah puas mencaci maki dan mengherdik kerajaan BN, sekarang Sheikh Omar menjadi pekerja pula kepada kerajaan yang pernah dicacinya dahulu. Inilah contoh kerajaan yang prihatin, biarpun dahulunya orang tersebut pernah menentang kerajaan dan dianggap anti-establishment tetapi diambil juga bekerja sebagai PTD, satu jawatan tetap dalam sektor awam.
(Dulu bekas AJK Dewan Pemuda PAS, kini bertugas di JAKIM)
Bukan Sheikh Omar Baghrib bin Sheikh Ali seorang sahaja yang diambil bekerja dalam sektor awam. Ramai lagi yang dahulunya mengecam kerajaan sekarang ini sudah pun makan gaji bersama kerajaan. Ramai di antara mereka berada di JAKIM. Mohd Izwan Bin Md. Yusof yang merupakan bekas Setiausaha Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) 2005-2007, bekas AJK Dewan Pemuda PAS (DPP) Wilayah Persekutuan 2005-2007, Presiden PMIUM 2001/02 dan Presiden GAMIS 2001/02. Mohd Izwan kini bertugas di JAKIM menjaga Cawangan Islam Hadhari dan Penerapan Nilai-Nilai, Bahagian Dakwah, JAKIM, Putrajaya.
Muhammad Haniff Bin Baderun (Dulu, Presiden GAMIS. Kini kerja dengan JAKIM).
Seorang lagi Jurucakap Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang berkerja di JAKIM adalah Muhammad Haniff Bin Baderun. Beliau merupakan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (GAMIS) 2005/06. Kini bertugas sebagai pegawai JAKIM di Pusat Pemulihan Akidah, Jelebu.
Mohamad Zarifi Bin Mohamad Daud (Dulu Presiden MPP Pro Pembangkang di UIA. Kini bertugas di JAKIM).
Mohamad Zarifi Bin Mohamad Daud (Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2003/04) yang merupakan bekas aktivis pembangkang di UIA kini sudah bertugas di Cawangan Pembangunan Ekonomi Islam, Bahagian Penyelidikan JAKIM, Putrajaya. Seorang lagi aktivis mahasiswa pembangkang dari WUFI yang bertugas di JAKIM adalah Rosdam Hanabi Bin Mohamed (Exco Dakwah dan Tarbiyah MPPUIAM 2004/05) yang ditempatkan di Pusat Latihan Islam Kundasang, Sabah.
Rosdam Hanabi Bin Mohamed (bekas aktivis pro pembangkang di UIA, kini menjadi pegawai JAKIM).
Mereka yang bertugas di JAKIM ini yang menjadi pelaksana Islam Hadhari yang sering dicemuh oleh pemimpin-pemimpin PAS dan PKR. Mereka berkhidmat untuk sektor awam dan tidak pun diambil bekerja oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Oleh itu, apa guna lagi menjadi mahasiswa anti-establishment di universiti?. Tiada siapa yang membela kamu bila tamat pengajian. Akhirnya apa yang dicemuh, dimakan kembali. Mungkin selepas ini akan ramai lagi aktivis mahasiswa pro pembangkang akan jadi PTD, pensyarah dan guru-guru J-Qaf. Boleh kritis di kampus tetapi biarlah konstruktif dan praktikal. Selepas habis belajar, barulah hendak sedar siapa yang dipergunakan siapa.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
http://anginperubahan.blogspot.com
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
http://anginperubahan.blogspot.com
Ulasan