MENGENAL HAKIKAT DAN PERJALANAN ILMUNYA


Suatu Perkongsian & Perbincangan
Siri Ajaran Hakikat.

Nota Pembelajaran mengenai kesedaran mengenal Ketuhanan dalam kemanusian (Mukamus Keberadaan)

Kesedaran mengenal KETUHANAN dalam KEMANUSIAAN

Didalam ertikata pengertian ketuhanan dan kemanusiaan, hendaklah kita seharusnya memiliki akan daya olahan fikiran yang khusus ertinya tiada awam fikiran itu melainkan telah mempunyai kekuatan akal yang tajam yang boleh digunapakai untuk kajian hakikat ini. Disini kita membicarakan martabat hakikat itu yang terbahagi akan dia dua bahagian iaitu dua martabat didalam dirinya pertama martabat ketuhanannya dan martabat kemanusiaannya. Ianya keadaan yang mendua pada kesedaran kita dan dikesedaran inilah yaang harus manusia berusaha mencapaikan kesatuannya sehingga kesedaran manusia itu fana dikemanusiaannya dan ujud di ketuhanannya didalam lautan kesedaran yang tiada terbeza akan keadaan yang mendua ertinya memahami ia akan ertika TIADA KEBENARAN YANG MENDUA itu.

Maka disini perkenalan akan pemahaman ketuhanan itu bukanlah ianya satu ilmu yang dipelajari atau yang boleh dicari melainkan Ketuhanan itu adalah KESEDARANNYA SENDIRI. Seperti hadis nabi, barangsiapa yang kenal dirinya, kenallah dia akan Tuhannya jadi tahap kenal itu memang ada pada ilmuNya atau pengetahuanNya tetapi tanpa melalui kesedaran kita sebagai manusia tiada tahu Dia akan kebenaran ini. Kesedaranlah yang memainkan peranan penting dalam pembukaan hijab kesedaran ketuhanan ini, pada tafsiran yang lain boleh dikatakan barang siapa sedar akn dirinya maka sedarlah dia bahawa dirinya itu tiada, yang ada hanya Dia, Tuhan Yang Maha Esa semata-mata meliputi dirinya itu seperti kata “ AKU TIDAK ADA, YANG ADA HANYA DIA”.

Kesedaran itu teramat tinggi nilainya kerana ia menghadirkan satu rasa yang tidak berbelah bahagi atas siapa dirinya. Inilah jalan keimanan dan cara orang yang arif sufi mendapatkan rahmat dari Tuhannya, kesedaran bentuk inilah yang dimujadahkan pagi dan petang serta dalam tafakur agar dapat memberi paham kesedaran itu kerana inilah juga dikata hijab makhluk dengan tuhannya, yang tetap sedar adalah Tuhan akan diriNya, manusia tidak mungkin tetapi menjadi tempat terbitnya kesedaran ini, maka kehadiran kesedaran ini menjadi ia asal ketuhanan pada diri manusia didalam kesedaran kemanusiaannya, dikatakan jua manusia itu adalah tempat pantulan cahaya illahi yang paling sempurna kerana kesamaan bayang dan tuan bayang-bayang, walaupun dua keujudan namun hakikatnya satu jua, dan cermin kesedaran manusia itulah yang menerbitkan kehadiran DiriNya, dan kesamaan ini adalah hasil dari kejernihan kesedaran yang berubah akibat pembukaan hijab kemanusiaannya iaitu dari kesedaran dikemanusiaannya kepada kesedaran di ketuhanannya dan inilah yang diibaratkan sebagai Nur yang meliputi alam tanpa adanya sekatan kemanusiaannya dan bidang kuasa kebolehannya dalam menghadirkan ketuhanannya di kemanusiaannya.

Rangkaian kesedaran yang menjadi serpihan alam ini ada sejak makdumnya terserlah kehalusan dan seninya di kemanusiaan kita walaupun kita tiada namun kita tahu akan sifat Tuhan itu telah menjadi nyata dikemanusiaan kita melalui ketuhanan kita didalam bentuk kesedaran yang dinyatakan di kemanusiaan kita itu dan adalah kesedaran ini mensyariatkan ketuhanan kita pada kemanusiaan kita diatas berdirinya Tuhan pada paksi DiriNya sendiri tanpa menjadi manusia namun sempurna kilasnya pada kemanusiaannya seperti kata “DIA TIDAK BERBENTUK MENGAMBIL IA AKAN BENTUK” dan ada kata “ Seperti enaknya susu sapi, menjadi minuman para sang sufi, jauh dipandang dekat dipegang, bagai kilat guruh berdentum, tiadalah kita menjadi khalik, hanya sahaya yang amat akrib”.

Segala keterangan yang dibicarakan ini hendaklah dikaji dengan hati dan pemikiran yang terbuka, maka haruslah seseorang itu menghalusi dan menelaahnya sebelum sebarang ulasan dan tohmahan diberi dan sewajarnyalah juga difikirkan dan ditelaah pengetahuan ini bukan secara lahiriyah tetapi secara batiniahnya iaitu mendapatkan kefahaman ertikata yang hendak disampaikan didalam ayat itu agar menjadi pengetahuan yang sempurna sebagaimana para ahli sufi mengkajinya dan mendapatkan hakikat pengetahuan yang hebat hasil dari pekerjaannya itu.

Perbezaan mengenal dan mengetahui akan kesedaran yang wujud itu.

YANG MENGENAL ITU KENAL AKAN WUJUD DIRINYA TETAPI TIADA TAHU PENGETAHUAN TENTANG DIRINYA WALAUPUN IANYA DIDALAM PENGETAHUANNYA.

YANG MENGETAHUI ITU TAHU AKAN PENGETAHUAN TENTANG DIRINYA TETAPI TIADA TAHU AKAN WUJUD DIRINYA WALAUPUN IA MENGENALINYA.

Adalah wujudnya itu akan Tuhan kita suatu keadaan yang tidak dapat diakali, tidak dapat dikenali dan di fahami sesiapapun dan inilah keadaan yang dibahasakan sebagai alam yang maha ghaib, alam yang tiada awalnya dan tiada akhirnya, tiada mulanya tiada hujungnya, ibarat lautan tiada berpantai dimana segalanya didalam keadaan yang tiada. Alam maha ghaib ini adalah alam KESATUAN YANG ESA dan tiada pecahan dan bahagian yang boleh membezakan antara satu dan yang lain, esanya itu tiada dua adanya.

Alam ketuhanan atau ilahiyah itu dimakam La Ta”yan bukanlah satu alam yang kosong dan tiada isinya bahkan memiliki akan Dia segala-galanyanya, dibahasakan sebagai RAHSIA kerana walaupun ada tetapi tiada nyata, inilah makam RAHSIA KETUHANAN dimana segala yang dinyatakan oleh Tuhan sekelian alam adalah apa yang terkandung didalam perbendaharaannya, tidak mungkin sesuatu yang tiada, dapat dinyatakan, KOSONG tetap KOSONG, dinyatakan juga akan kefahaman manusia diatas keajaibanNya ituu tahap kesedaran yang membezakan dalam kefahaman mengenal dan mengetahui iaitu tahapnya akan ilmuNya di kemanusiaanNya dan dan KetuhananNya maka harus kita akur akan jauh bezanya akan fikiran kita dengan Al-Haq seperti perbezaan mengetahui dan mengenali itu.

Disini kita perhatikan akan satu diri dua muka yang berwajahkan kemanusiaanNya dan ketuhananNya yang mana dimana kita suakan wajah kita disitulah wajahNya maka melihat kita dari kesedaran manusia melihat kita pantulan cahayaNya dan melihat Dia dikemanusian kita melihat Dia akan segalanya maka kita akan hanya mendapatkan imbasan akan ilmu di kesedaran kita walaupun wujudnya itu dikesedaran ketuhanan kita yang memancarkan imbasan itu.

DIRI itu adalah wujudnya diatas satu kesedaran yang hadir dialam ALAM AL-HAQ dan adalah dikenali juga dengan nama ZAT, ianya maha ghaib lagi maha kuasa tersembunyi di alam ini dan dia maha mengetahui dan maha kaya dengan perbendaharaannya, dia juga adalah hidup yang sejati, alam ini dikenali juga sebagai “KESEMPURNAAN DIRI YANG MENGENALI DIRINYA LENGKAP PENUH KEBAHAGIAAN ABADI, TUNGGAL SAMA RASA SAMA BAHAGIA SAMA KEKAL BERSAMA, KUN SAHAJA TIADA FAYAKUNNYA”.

Kita mengetahui akan setiap yang kekal lawannya itu tiada kekal, setiap yang bersama lawannya berpisah, setiap yang ghaib lawannya nyata, mengetahui akan kewujudan ini ramai yang tiada mengetahui akan duduknya ilmu ketuhanan yang sejati, didalam kesatuan abadi DIRI itu tunggal ertinya TIADA KEBENARAN YANG MENDUA, kesedaran akan keesaan diriNYA itu tetap diatas dua wujud tiada satu kerana tanpa dua erti kesatuan tiada maknanya dan pengetahuan yang dibina diatas keyakinan kesatuan ketuhanan itu akan hancur dan musnah kerena menjadi bathil, kebenaran mesti ada inti kebenarannya, kesamaan didalam perbezaan adalah milik kesedaran ZAT yang maha esa, dia DIRI yang menunggalkan dirinya dengan keesaan diatas kuasa kesempurnaannya. Inilah makam kesempurnaan kesedaran DIRI itu tadi, maka dalam ertikata yang lain RAHSIA Tuhan itu tidak mungkin terlerai dan menjadi kenyataan kepada kita kerana berpisahnya DIA dan kita menerbitkan kehadiran kerasaan dan kefahaman AKU dan DIA kerana kita manusia tiada duduk dialam kesedaran kesatuannya kerana kita telah jatuh dari makam kesedaran akan kesatuan itu.

"Dan Ia (Allah) tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada." ( Ayat 4 : Surah al-Hadiid)

Terlerainya makam yang esa tadi kepada makam perbezaannya maka disinilah tugas kita sebagai manusia untuk berusaha untuk mengembalikan kesedaran akan kesatuannya kepadaNya dan menyatakan shuhadah tauhid yang merupakan kalimah rabbaniyah iaitu dalam ertikata yang lain menafikan diri kita dan menyatakan kewujudannya yang mana hanya dengan kalimah ini sahaja yang dapat menjaminkan kesempurnaan kita kerana kita asalnya yang tiada itu dan hanya Dia yang ada, maka ertinya mendapatkan kesempurnaan akan kesedaran yang dua itu diatas yang satu itu jua. TIADA KEBENARAN YANG MENDUA, maka alam yang maha ghaib tadi merupakan mulanya segala yang dapat dimulakan, kenyataan awal pada manusia walau pada hakikinya alam itu tiada awal dan tiada akirnya. Ia adalah kesinambungan yang tiada ertinya pada kefahaman manusia, dan alam itu juga dikenali sebagai ALAM RAHASIA iaitu alam kesedaranNya sahaja yang memahaminya.

Petikan keterangan adalah daripada Siri Ajaran Hakikat oleh Raden Mas Prabhu Gusti Agong Ki Asmoro Widjoyo.

Ulasan

Catatan Popular