Nov 11, 2013

Apa Maksud Melayu? Melayu Itu Sama Keturunan Dengan Bani Israel?

As-Salam.
Ada belajar sejarah ketamadun Melayu tak masa di sekolah? Saya sebenarnya tak berapa nak ingat, sama ada dalam buku teks (ketika itu) ada diberitahu akan apa maksud Melayu.

Kalau mengikut beberapa pemahaman, Melayu juga disebut Mala atau juga Malai yang bermakna gunung. Makanya, Melayu bermaksud bangsa gunung, lagipun bukan ke bangsa Melayu/Malai/Mala dari keturunan Nabi Ibrahim a.s?

Dan apabila dikaitkan dengan keturunan Nabi Ibrahim a.s, jadi tidak mustahil bangsa Melayu ni berasal dari salah satu kaum Bani Israel yang hilang. Ada pula kajian yang mengatakan bahawa bangsa Melayu/Mala/Malai/Bangsa Gunung ini berasal dari ibunda Keturah, isteri nabi Ibrahim a.s.

Dalam Kitab Perjanjian Lama ada dibabkan perihal Keturah yakni wanita yang dinikahi oleh Ibrahim selepas kematian Sarah. Menerusi perkahwinan tersebut, Keturah melahirkan enam orang putera iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah.

Menurut riwayat Ibnu Athir dalam kitabnya, Al-Kamil fil Tarikh, umat Nusantara termasuk Melayu bersalasilah secara terus dengan Ibrahim melalui zuriatnya dengan Keturah ini.

Mengikut catatan Ibnu Yusof dalam kitab Permata Yang Hilang, ada kemungkinan juga bahawa nama Melayu itu berasal dari perkataan Malai-Ur sempena nama kerajaan Chaldea tempat asal Ibrahim. Ada juga pendapat menyatakan bahawa Melayu berasal dari perkataan Malai dan Yunan.
Orang Melayu dikenali sebagai Orang Malai oleh beberapa bangsa lain tapi orang Arab cenderung memanggil orang Melayu sebagai Bani Jawi. Orang Malai (orang bukit atau gunung) ini mungkin telah mendiami Kemboja sebelum kedatangan Ibrahim ke situ, dan hampir pasti Keturah adalah orang Malai. 


Daripada beberapa kenyataan di atas dan mungkin ada yang lain - ternyata ada bukti walaupun tidak berapa kukuh bahawa bangsa Melayu ini sebenarnya juga merupakan cebisan bangsa Bani Israel. 

InsyaAllah, akan ada lagi sambungan akan huraian ini yang akan saya berikan kepada anda semua.

Baca ini juga: Kaitan Melayu Dengan Puak Bani Israel

Rujukan: Halaqah.Net


Baca Selengkapnya - Apa Maksud Melayu? Melayu Itu Sama Keturunan Dengan Bani Israel? http://www.hasrulhassan.com/2011/11/apa-maksud-melayu-melayu-itu-sama.html#ixzz2kJL1CVWR
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook
Post a Comment