MASALAH TENTANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN TEKUN Nasional

Salam Semua,

1. Lama sungguh rasanya saya tidak menulis di dalam blog PARIMBUNIS ini. Masa ada tapi masih belum berkesempatan sahaja.

2. Sudah pasti ramai tertanya-tanya kenapa saya baru hari ini merespon/memberikan maklumbalas tentang permohonan pembiayaan TEKUN.

3. Untuk makluman semua pihak, dengan adanya Penjenamaan dan Pemantapan Pelaksanaan Operasi TEKUN Nasional pada awal tahun 2008 ( waktu tu saya belum menyertai TEKUN Nasional kerana masih berkhidmat di Yayasan Pelajaran MARA-YPM - tetapi semasa Majlis Perasmiannya Oleh YB Menteri MECD, Dato' Seri Mohamad Khaled Nordin dulu saya menghadiri majlis tersebut ) piagam pelanggan kami ( mewakili TEKUN Nasional ) telah banyak berubah dan diperbaiki serta dimantapkan.

4. Salah satunya adalah dalam proses pembiayaan TEKUN. Kami telah berani untuk memberikan yang amat-amat terbaik kepada pelanggan kami seperti bakal usahawan, peminjam sedia ada dan orang ramai yang ingin mengenali kami dengan lebih dekat. Tempoh kelulusan adalah 14 hari dan penyerahan cek dalam masa 14 setelah kelulusan serta untuk autodebit hanya mengambil masa dalam 3 hari setelah menandatangani perjanjian.

5. Dan dalam waktu yang amat singkat ( kurang daripada setahun kehadiran Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baru ) setelah pelbagai pemantapan operasi telah dilakukan dan pasti serta tidak dinafikan masih terdapat sedikit kekurangan ini yang kadang kala ianya sedikit sebanyak mengganggu urusan dan proses kelulusan pembiayaan TEKUN.

6. Kami sentiasa berusaha untuk memantapkan operasi sedia ada dengan kakitangan sedia ada dan dengan permohonan yang amat-amat luarbiasa.

7. Hal ini kerana, kami melihat setelah pelbagai usaha dan strategi yang dilakukan ini ianya telah memberikan satu respon yang amat-amat baik daripada pelanggan kami terhadap apa yang kami sedang dan akan lakukan.

8. Dan oleh yang demikianlah, pelbagai ragam dan rencam; komen, pandangan, ulasan, kata-kata pujian dan kejian serta apa sahaja sering berkumandangan diseluruh pelusuk negara ini tentang TEKUN Nasional.

9. Kami beiltizam dan bersungguh-sungguh sentiasa berusaha memantapkan dan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang dihadapi ini agar bangsa kami dapat mengamalkan budaya keusahawanan kepada masyarakatnya dan anak bangsanya sendiri di bumi bertuah ini.

10. Kami memohon segala kekurangan dan kesulitan pelanggan yang berurusan dengan pihak kami.

Salam takzim & ikhlas daripada

MOHD FUAD YAHAYA
mewakili TEKUN Nasional

Ulasan

Catatan Popular