KEBANGKITAN MELAYU

 KEBANGKITAN MELAYU
sebagaimana penerangan dan penjelasan oleh Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo Mahasiddha (RMPGAKAW)
18 Ogos 2020


Kebangkitan Melayu adalah untuk kali kedua dan kali terakhir sebagai penutup tirai akhir zaman.


Kali pertama sebagai pencetus ketamadunan manusia.

- Melayu sebagai pembawa nilai ketuhanan

- Melayu sebagai pencipta teknologi dan keilmuan yang tinggi

- Melayu sebagai pembawa keamanan dan kesejahteraan manusia


Kali kedua sebagai pemimpin manusia akhir zaman dan mencetus tamadun baru manusia yang bercirikan KESATUAN dan KEMANUSIAAN.


MELAYU adalah makhluk ROH bukan makhluk NAFS seperti manusia.


MELAYU hanya perjuangkan nilai Ketuhanan dan nilai bangsanya yang sejati.


MELAYU itu adalah NILAI makhluk yang mengaku dirinya Melayu bukanlah yang ditunjukkan oleh fizikalnya mahupun perasaan dan pemikirannya tetapi adalah nilai keperibadian yang unggul.


TAHU MELAYU - FAHAM MELAYU - RASA MELAYU + SEDAR MELAYU - JADI MELAYU


Konsep HUNLUN-TUHAN

Mengenal Melayu itu adalah mengenal Raja Melayu sebagai induk bangsanya dan yang memiliki pengetahuan serta tahu hakikat Melayu - tahu asal usul Melayu dan tahu kenapa ujud Melayu itu serta halatujunya.


MELAYU atas nama sahaja tidak mencerminkan nilai Melayu yang sejati.

MELAYU atas ilmu hanya tahu sejarahnya - budayanya dan adat resam sahaja tanpa mengetahui hakikat Melayu itu apa.


MELAYU atas diri adalah Melayu Sejati yang memiliki keperibadian yang unggul - membawa nilai-nilai Melayu dalam dirinya serta menyedari hakikat Melayu itu apa.


MELAYU ASLI = pure Malay adalah dinamakan MELAYU TAJJALI yang merupakan kelompok ROH (ISOLA) turun dari langit yang tinggi (ATMA) adalah bangsa NYAWA. Tidak memiliki Jasad seperti makhluk yang lain ianya adalah bangsa Tuhan.


ROH = Nyawa - Berjiwa (Ruhani) - Berjasad (Sarong)


Yang mana dikatakan Melayu? Melayu yang sebenarnya adalah Nyawa dan bukan Jasad. Kedua Melayu yang sebenarnya adalah MELAYU TAJJALI. Maka Melayu yang sebenarnya tahu asal-usulnya dari KAHYANGAN dan bukan asal bumi atau dari kejadian manusia.


Apakah misi Melayu dibumi? Menjayakan urusan Rajanya dan setelah selesai tugas kembali ke kahyangan tempat asal mulanya ada.


Pecahan MELAYU LARI, MELAYU SAKSI, MELAYU SEJATI dan MELAYU TEMBUNI

1. MELAYU LARI - adalah Melayu Tajjali yang sudah sesat dan lupa akan asal usulnya.

2. MELAYU SAKSI - adalah Melayu Tajjali yang dalam ingat-ingat lupa merasakan akan nilai Melayu sebenarnya dan cuba mencari dan ingin tahu keberadaan Melayu yang sebenar.

3. MELAYU SEJATI - adalah Melayu Tajjali yang sudah mendapat tahu dan mempelajari Adat Melayu yang sebenarnya. Sudah tidak mengikut resam manusia yang ada.

4. MELAYU TEMBUNI - adalah Melayu Tajjali yang sudah sempurna pengetahuannya tentang Melayu dan sudah merasakan kebenarannya sebagai Melayu.


Persoalan kita semua hari ini? Boleh atau tidak manusia jadi Melayu?

Melayu itu bukan orang, bukan kulit, bukan cakap, bukan pakaian, bukan makan tetapi adalah ALAM DUNIA PEMIKIRAN KETUHANAN BUDAYA YANG MEMERINTAH


HANYA MELAYU TAHU MELAYU

HANYA MELAYU RASA MELAYU

HANYA MELAYU JADI MELAYU

Demi Anak Cucu Melayu sahaja





Ulasan

Catatan Popular