Kisah MELAYU
Kasih sayang itulah hartanya, Pada anak cucu di taroh akannya, Bukan dunia jadi kejarannya, Tapi makan minum anak cucunya jua, Melayu bekerja demi mereka, Melayu berharta untuk mereka, Selagi kudrat masihlah ada, Anak cucu tetap di belanya, Di mana tumpah kuah yang ada, Pada nasi jua tempatnya, Manalah intan permata dunia, Hanya darah dagingnya sahaja, Nilai kasih sayang adik beradiknya, Nilai bangsa yang di ikat akannya, Biarlah mati anak asal jangan adatnya, Bukan makna bunuhlah pula, Hanya bidalan Melayu umpamakannya, Kerana anak itu tiada gunanya, Jika kasih sayang tiada di hatinya, Kerana anak pasti derhaka ibubapanya, Jika adat Melayu tak di kenalinya, Anak bakal menjadi penyambung zuriatnya, Hanya melalui adat sempurna dirinya, Jadi Melayu bukan ikutan sahaja, Bukan lahir dalam keluarganya, Jadi Melayu itu berat hukumnya, Takut nafsu bermaharajalela, Bukan kasih sayang di bawa olehnya, Tapi sombong dengan agamanya, Itulah Melayu berbudi orangnya, Sentiasa mengalah dalam hidupny