KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG



Apabila keputusan PRU (yang lepas-lepas) kerusi Parlimen diputuskan makanya terbentuklah satu pasukan orang Politik yang kemudiannya dikenali sebagai Pembesar DiRaja (mewakili KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG) yang memerintah dan berkuasa bagi Negara Malaysia (Persekutuan Tanah Melayu).

Disinilah kekeliruan berlaku apabila seringkali penulisan dan ucapan sesetengah pihak yang kurang arif tentang istilah Bahasa Melayu tertipu maksud dan makna perumpamaan KERAJAAN PUSAT / KERAJAAN BARISAN NASIONAL yang sebenar-benarnya tiada istilah sebegitu kerana yang ada hanyalah KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG Pemerintah dan Penguasa Negara Malaysia (Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu).

Yang sebetulnya ayat sebegini perlu ditekankan iaitu Kerajaan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dipimpin oleh Pembesar DiRaja (setelah diperkenan YDPA) melantik YAB Perdana Menteri (Chief of Government - Kuasa Eksekutif dalam Pentadbiran Kerajaan) dan YB Menteri-Menteri Kabinet untuk mentadbir KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG (bukannya Kerajaan bertukar tangan pon kepada Kerajaan Barisan Nasional) yang bertukar hanya pentadbir dan pengurus Kerajaan itu. Pemilikan Kerajaan itu masih kekal milik Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Tetapi hari ni ramai rakyat keliru dan tertipu dengan helah orang politik dengan sibuk berkempen mengatakan jangan tukar Kerajaan?Kerajaan mana yang ditukar?sedangkan orang yang makan gaji dan sedang berkhidmat (Ketua Hakim, Ketua Setiausaha Negara, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Peguam Negara, Polis DiRaja Malaysia, Suruhanjaya PilihanRaya, Kastam DiRaja Malaysia, Jabatan Imegresen, Ketua-Ketua Jabatan & Agensi & Suruhanjaya dan seluruh kakitangan Kerajaan) adalah termaktub di bawah kekuasaan dan pemerintahan dengan Kerajaan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang sebenarnya mempunyai KUASA sebagai pemerintah Negara (Chief Of State) dan Chief of Government (PM) hanya bertanggungjawab mentadbir dan menguruskan Kerajaan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong (tiada Kerajaan Barisan Nasional pon).

Mungkin dah sampai masa rakyat sedar siapa yang lebih berkuasa tanpa menidakkan kehendak dan suara rakyat melalui PRU.

Demi politik matang, gunakan akal untuk mentafsir istilah umum hari ni yang tiada membawa erti dan maksud yang sebenar-benarnya.

#DAULATTUANKU
#KERAJAANSERIPADUKABAGINDA
#PERSEKUTUANTANAHMELAYU
#KEPENTINGANRAJAADALAHRAKYATNYA
#KESEDARANDIRIMEMBANGKITKUASA

Ulasan

Catatan Popular