BERTAUBAT LAH MELAYU

Mother Teresa Akhirnya Ke Syurga, Motherfucker Pastinya Ke Neraka
By Dean Kadeer

Senangnya jadi Melayu.
Lahir di negara Melayu,otomatik berugama Islam,orang disekeliling majoritinya Melayu,pemimpin mereka orang Melayu,olamak dan ostad pun orang Melayu,masuk sekolah cikgu pun Melayu,ada subjek agama,nak sembahyang seribu kali sehari pun boleh.Masjid banyak,surau banyak,azan 5 x sehari,ada pulak yg tolong kategorikan makanan halal atau haram,ceramah atau tazkirah agama menimbun di tv,radio,suratkhabar.Bila nak pergi Haji ada pihak yg uruskan.Tup-tup bila mati confirm masuk syurga.Macam tu je..semudah A,B,C..

Baguslah masuk syurga.Ana pun tak mahu family ana masuk neraka.Tapi apakah nasib manusia lain yg hidup dari zaman dan lokasi yg berlainan.Ambik contoh dibawah;

SENARIO 1
Seorang remaja lelaki,berumur 17 tahun.Lahir di dalam keluarga miskin berugama Buddha di sebuah kampung terpencil di Vietnam pada tahun 60an. Kemudian Amerika dtg menyerang.Mereka semua wajib berperang mempertahankan negara dan keluarga,akhirnya kojol ditengah sawah padi.Kemudian tuhan campakkan beliau ke neraka kerana tidak Islam.Adilkah tuhan?

Walhal di kampungnya tiada orang Islam,tiada TV atau radio,tiada mubaligh Islam,dan beliau mati dlm keadaan tidak tahu apa-apa tentang agama selain ritual mak dan ayahnya yg beragama Buddha.Malahan matinya adalah mulia kerana mempertahankan keluarga dan tanah air.

SENARIO 2
Seorang ketua agama di sebuah kuil Hindu di sebuah kampung kecil di  India.Beliau hidup di perkampungannya bersama dengan anak-anak yatim yg dipeliharanya dengan bantuan ehsan orang-orang kampung.Beliau tidak pernah tahu tentang Islam.Apa yg beliau tahu,kerja yg dilakukannya adalah baik dan selari dgn kehendak naluri hatinya yg penuh dgn sifat kasih sayang.Akhirnya beliau mati di dalam kuil sebelum mengenal tuhan orang Islam iaitu Allah,adakah orang ini layak dicampakkan ke neraka?Adakah beliau dikira menduakan tuhan(syirik)?

Soalan : Bila di Padang Mahsyar,apa alasan tuhan utk campakkan kedua-dua manusia ini ke neraka?Adakah mereka ini dikira mati sbg orang yg menduakan tuhan(syirik)?Atau dikira kafir yg layak ke neraka hanya kerana tidak mengucap?

Jika kedua-dua manusia ini dicampakkan ke neraka,beliau akan bertanya kpd tuhan,kenapa tidak lahirkan aku melalui keluarga Islam di tanah suci Melayu?sudah tentu aku telahpun berada di syurga.

Adakah tuhan akan tersipu-sipu malu kerana salah membuat keputusan?

Untuk pengetahuan anda,wujud berbilion-billion lagi manusia yg kesnya sama spt diatas.Adakah tuhan mewujudkan manusia-manusia ini hanya utk memasukkan mereka ke neraka?Dan tuhan melahirkan Melayu(yg hidup segan mati tak mahu) semata-mata utk mengecap nikmat syurga hanya kerana mampu "mengucap"?

Jika soalan sebegini ditanya kpd para olamak dan ostad Melayu,mereka akan menjawap,itu semua kerja tuhan samada tuhan mahu masukkan mereka ke neraka atau syurga.Mereka melarang kita terlalu banyak berfikir.

Nah..terbukti olamak dan ostad akhirnya mengalah.Jika tuhan boleh masukkan seseorang ke dalam syurga dgn "rahmatnya",kenapa ostad dan olamak tidak pernah letih memainkan sentimen neraka dan syurga kpd orang yg tidak "se agama" dan kononnya tidak berkongsi tuhan yg sama?

Jika memasukkan seseorang ke dalam syurga itu "kerja tuhan",apakah sukar utk tuhan memasukkan Mother Teresa atau Mandela yg mati sbg "Kristian" ke dalam syurga?Susah sangatkah bagi tuhan utk memasukkan sami Hindu yg memelihara anak-anak yatim spt senario 2 diatas ke dalam syurga(Yang peliknya,kenapa wujud suatu kesukaran dikalangan umat Melayu dan Islam utk menerima orang yg diketahui baik semasa hidupnya layak ke syurga walaupun berlainan agama?Seolah-olah wujud hasad dengki kpd mereka yg bukan ber label "Islam"menyertai mereka disyurga).

Dibawah adalah secebis ayat Quran utk renungan kita bersama;

“Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabi’in(orang yg tidak sampai seruan tuhan kpdnya), siapa saja di antara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah dan hari Kemudian serta beramal soleh, maka untuk mereka adalah ganjaran dari sisi Tuhan mereka, tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak pula mereka bersedih hati” (QS. Al Baqarah: 62)

Shabi'in pada hari ini adalah orang yg kita gelarkan non muslim yg wujud diserata dunia.Begitu mudah tuhan menerangkan perspektifnya kpd manusia.Cukup hanya dengan sepotong ayat,tidak perlu menganut mana mana mazhab atau mendengar mana-mana ceramah,semua manusia(dengan menggunakan akal) akan faham betapa mudahnya tuhan menjelaskan pandanganNya kpd manusia.Tapi adakah sebegini anutan umat Islam skrg?Hanya kerana kita tahu mereka hidup dengan label Kristian,Hindu atau Buddha,kita terus mahu meletakkan label ahli neraka kpd mereka secara pasti tanpa melihat "amal soleh"(kebaikan/bakti) mereka kpd manusia?

Ostad dan olamak Melayu hanya tahu memfokuskan label "kafir" atau ahli neraka hanya kerana mereka-mereka ini tidak bertauhidkan tuhan yg "satu" spt yg dipromosikan oleh Islam.Bukankah ayat diatas jelas menerangkan "ganjaran" dari tuhan kpd mereka yg berbuat baik tanpa mengira agama?Ayat diatas jelas membuktikan keadilan dan rahmat tuhan kpd seluruh manusia.

Bagi umat Melayu,semua orang "kafir" akan ke neraka.Tidak kiralah sebesar mana pun bakti dan kebaikan mereka kpd manusia.Selagi anda tidak "mengucap",ke nerakalah anda.Jika ditanya,mereka akan membawa segala hujah dari Quran dan Hadis.Tapi mereka lupa bagaimana utk mengolah nilai-nilai "KAFIR" secara intelektual dan spiritual.Mereka lupa mengolah nilai-nilai "kafir" dlm konteks dunia pada hari ini.Bagi umat Islam dan Melayu,kafir hanya dipisahkan oleh sebaris ayat;

"AKU NAIK SAKSI BAHAWA TIDAK ADA TUHAN YG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH,DAN MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH"

Jika anda mengucapkan sebaris ayat ini,maka "Islam" lah anda.Dan anda tidak akan dibakar di dlm neraka buat selama-lamanya.Mudah bukan?Jika tidak menyebut sebaris ayat diatas,maka neraka lah anda selama-lamanya.Lalu sebaik mana dan se pemurah mana pun anda sewaktu hidup didunia,jika tidak pernah sekalipun mengucapkan sebaris ayat diatas,maka dineraka lah tempat anda buat selama-lamanya.Sounds interesting to you?

Apakah definisi KAFIR?Kafir ialah "enggan"atau "ingkar".Enggan kpd apa?Enggan menuruti perintah dan nilai-nilai tuhan yg selari dengan jiwa dan naluri manusia.Soalan ; Apakah perintah tuhan yg paling atas dlm hierarki tatasusila kemanusiaan?TIDAK BERLAKU ZALIM,TIDAK MENINDAS,MENEGAKKAN YANG HAQ DAN TIDAK MENGANIAYA SESAMA MAKHLUK.Ini subjek utama dalam hidup bagi memastikan kedamaian sesama manusia.

Manusia,secara fitrahnya telah lahir dengan suatu "petunjuk" tuhan secara semulajadi(natural instinct).Kasih sayang atau belas ihsan wujud tanpa perlu dirujuk kpd mana-mana risalah agama.Tanpa adanya nabi atau polis moral sekalipun,sbg manusia secara umumnya kita akan faham sesuatu perkara itu baik atau jahat.Kebaikan atau kejahatan yg dibuat akan dirasai oleh pelakunya secara semulajadi.Semua manusia tahu,mencuri,membunuh,menzalimi manusia dan lain-lain jenayah adalah salah.Ini tidak perlu dijelaskan dlm mana-mana sekolah atau mazhab agama.Ini adalah anugerah tuhan melalui akal.

Umat Melayu dan Islam mengakui,mereka adalah manusia yg "mendapat petunjuk tuhan",walhal mereka cuma kebetulan lahir sbg orang Islam(beriktiqad dgn tuhan yg satu).Mereka sewenang-wenangnya menggelarkan manusia spt Kristian,Yahudi dan Shabi'in(non muslim-Buddha,Hindu etc) sebagai golongan yg tidak mendapat petunjuk.Persoalannya,"petunjuk" apakah sebenarnya yg dianuti oleh umat Melayu dan Islam?Diwaktu tuhan menerima kebaikan golongan Yahudi,Kristian dan Shabi'in(spt didalam ayat Quran  diatas),umat Melayu dan Islam pula bersikap takabur dengan memomokkan kebaikan mereka sbg perkara yg sia-sia.

Umat Melayu dan Islam berhujjah,pada zaman ini,semua manusia tahu tentang "petunjuk" Islam,tetapi mereka(golongan kafir) tetap ingkar dan memilih utk tidak beriman kpd Allah.Mereka layak di gelar "kafir" dan dicampakkan ke neraka kerana tidak mahu menerima "Islam".Soalnya,apakah nilainya "petunjuk" yg anda bawa kpd mereka itu benar-benar suatu petunjuk buat mereka?Bagaimana anda umat Melayu Islam yg mundur,berakhlak buruk,suka bermusuh,gagal ekonominya,pekat dengan sikap  perkauman, tanpa malu dan segan mengakui bahawa anda adalah manusia yg mendapat "petunjuk" dari tuhan yg satu?Siapa yg mahu menerima "petunjuk" yg anda bawa jika anda sendiri gagal menganut "petunjuk" yg anda punyai.

Manusia yg kafir dan tidak pernah mendapat "petunjuk" kebanyakannya lebih maju dan berakhlak dari umat yg mendapat "petunjuk".It isn't sounds right at all.Kenapa kaum yg mengaku mendapat "petunjuk" mundur dan jelik sementara yg "kafir" dan tidak mendapat "petunjuk",jauh lebih banyak menyumbang bakti kpd dunia.Jadi,apakah makna sebenar "petunjuk" tuhan itu?Adakah "petunjuk" tuhan itu cuma "mengaku Islam"dan berjaya beribadat mengikut petunjuk "Islam"?Jika benarlah manusia yg tidak mendapat petunjuk itu porak peranda hidupnya(seperti kes Arab jahiliah dizaman Nabi),kenapa ada 3 billion manusia didunia ini yg jauh lebih maju teknologi dan akhlaknya dari 1 billion manusia yg mendapat "petunjuk"?

Cuba berfikir sejenak,apakah setelah seseorang itu menyedari bahawa tuhan itu satu(mendapat petunjuk) dan mereka telah mengucapkan sebaris ayat diatas,maka terjamin sudah bahawa beliau tidak akan "ingkar"(kafir) dlm hidupnya.Berapa ramai pula kah pemimpin dan umat Melayu yg lahirnya sbg Islam(baca : mendapat petunjuk) tetapi hidup penuh dgn nilai-nilai "KEKAFIRAN"?(pecah amanah,penyelewengan,penindasan,rasuah dll walaupun masih bersolat dan berpuasa).Nampaknya seolah-olah iktikad bahawa tuhan itu satu,maha berkuasa dan sudah mendapat "petunjuk" tidak pernah membawa kesan kpd penganutnya.

Jika orang Islam sendiri yg lahir sbg Islam tidak mendapat kesan dari iktikad"sudah mendapat petunjuk dan telah mengenal tuhan yg sebenar",bagaimana orang bukan Islam mampu melihat idea sebegitu menarik utk mengubah hidup mereka?Bagaimanakah orang-orang yg digelar "kafir" atau "Shabi'in" spt yg disebutkan didalam ayat Quran diatas berminat utk mencari tuhan yg sebenar?Dan kenapa orang-orang yg digelar "kafir" dan tidak mendapat petunjuk ini mahu mencari tuhan yg sebenar jika penganut agama tuhan yg sebenar itu sendiri porak peranda masyarakatnya.

Di zaman Nabi Muhammad datang ke jazirah Arab,mereka bukanlah kaum yg tidak suka beribadat.Mereka adalah pengibadat tegar.Mereka menyusun berhala-berhala di sekeliling Kaabah.Mereka membuat korban didepan Kaabah,malahan mereka juga bertawaf di sekeliling Kaabah.Setelah Muhammad mengatakan bahawa Allah itu tuhan yg sebenar,mereka juga berani bersumpah dgn menggunakan nama Allah.Persoalannya,adakah Muhammad datang semata-mata utk memperkenalkan TUHAN yg baru sebagai ganti kpd tuhan-tuhan lain yg disembah oleh mereka?

Ambil contoh didalam masyarakat kita.Kaum Cina yg menganut agama Buddha dan kaum India yg menganut agama Hindu(kaum Shabi'in),mereka juga punya patung didalam kuil mereka,tetapi adakah mereka yg tidak bertuhankan Allah ini  mengganggu kestabilan masyarakat dengan amalan "neraka" dan bersikap "ingkar" kpd nilai-nilai tuhan?(kasih sayang,menghormati manusia dll).Adakah mereka semua ini tidak ada baktinya kpd manusia sekeliling?Lalu adakah penyembahan didalam kuil itu membawa bencana kpd masyarakat?

Umat Melayu dan Islam berfikir bahawa jika semua manusia menganut agama yg satu bersama tuhan yg satu,dunia akan aman damai.Lalu mereka bersungguh-sungguh mempromosikan keagungan "tuhan" mereka kpd orang-orang yg digelar "kafir".Mereka lupa,tuhan tidak perlukan manusia untuk menjadi "hebat" dan "agung" kerana semua manusia telah maklum tentang perkara tersebut.

Sejarah telah membuktikan teori satu dunia dan satu tuhan tidak mampu menyatukan manusia.Sejurus selepas nabi wafat,perang-perang besar telah tercetus diantara sahabat-sahabat nabi atas dasar kerakusan utk mendapatkan kuasa,bukan kerana berlainan tuhan.Dan kemudiannya perang berterusan sesama mereka sehingga tumbangnya beberapa empayar Islam spt Umayyah dan Abbasiyah.Kebanyakan pihak yg terlibat bukanlah dari agama yg berlainan,tetapi yg berkongsi satu tuhan,satu bangsa dan satu agama.

Jadi,dimana bukti tuhan mahu semua manusia itu cukup sekadar mempunyai label "ISLAM" dan mengakui tuhan itu satu barulah mereka layak diberi ganjaran syurga?Atau mungkin kita yg tidak mampu melihat apakah definisi "kafir",amalan syurga(amal soleh-bakti) dan amalan neraka?

Murahnya nilai syurga,hanya dgn "mengucap",maka selamatlah kita.Lalu apa tujuan akal yg dikurniakan tuhan utk hidup dan menyumbang bakti kpd manusia sejagat jika hanya cukup dgn "mengucap" dan mengaku Islam?

Adakah manusia yg bergelar "sahabat nabi" yg membunuh "cucu nabi" iaitu Saidina Hussein di Karbala lebih tinggi darjatnya dari manusia kafir yg hidupnya mengabdikan diri utk maslahat seluruh umat manusia spt Mandela,Gandhi atau Bill Gates? Dimana justifikasi akal apabila manusia spt Mandela yg membebaskan rakyatnya dari penindasan,hidup didalam penjara selama 27 tahun,harus dicampak ke neraka hanya kerana "tidak mengucap"?

Dimanakah keadilan tuhan jika hanya kerana tidak "mengaku bahawa tuhan itu satu",maka mereka layak di cop tidak mendapat "petunjuk" dan layak dihumbankan ke neraka.Adakah ini sebenarnya definisi "kafir" yg tuhan mahu manusia fahami?Jika orang spt Mandela tidak mendapat "petunjuk" tuhan,dari mana datangnya usaha beliau utk membebaskan manusia dari kezaliman dan penindasan?Bukankah semua ilham dan daya fikir seseorang itu anugerah dari tuhan melalui akal yg mahu berfikir?

Mari kita bertanya kpd diri kita sendiri.Ambil contoh mudah,bandingkan kes seorang menteri Melayu Islam bertudung yg menyelewengkan duit rakyat sebanyak ratusan juta dengan seorang wanita spt Mother Teresa atau lelaki spt Gandhi yg hidup penuh zuhud dan berjuang utk rakyat.Antara mereka bertiga,siapa yg kita rasa layak untuk masuk ke neraka dan siapa pula yang layak masuk ke syurga?Cuba berfikir dgn pertimbangan akal kerana akal ini adalah aset yg diberi tuhan guna utk menilai sesuatu yg baik dan buruk.

Didalam kes 3 manusia diatas,siapakah manusia yang INGKAR(Kafir) menuruti perintah tuhan?Gandhi,Mother Teresa atau Menteri Melayu Bertudung?Tuhan mengajar manusia suatu "NILAI" iaitu jgn menzalimi manusia.Lalu Gandhi dan Mother Teresa hidup miskin dan berjuang utk manusia,tetapi seekor Menteri Melayu Islam bertudung,menzalimi manusia,menyelewengkan amanah rakyat,hidup mewah dan kemudian matinya dianggap mati yg baik hanya kerana label "ISLAM"dan imej bertudung,walhal sepanjang hidupnya dipenuhi dgn "KEINGKARAN" mentaati nilai-nilai tuhan.Adakah beliau layak ke syurga dan diwaktu yg sama Gandhi dan Mother Teresa dicampak ke neraka?

Dimana berkesannya "ketakutan" kpd ancaman neraka jika label "ISLAM" tidak mampu menakutkan penganutnya dari melakukan penindasan dan kezaliman?Apa bezanya nilai seorang Islam yg "takutkan tuhan yg satu dan mendapat petunjuk" dgn manusia kafir yg tidak mengakui "tuhan yg satu dan tidak mendapat petunjuk"?

Mentaati nilai-nilai ketuhanan adalah universal.Sebab itulah,orang-orang "kafir" yg tidak mendapat "petunjuk" dan tidak  pernah mendengar nama Allah pun,masih mampu berbuat baik(malah lebih baik dari orang Islam),masih sanggup berjuang demi rakyat,masih sanggup menyumbang kebaikan kpd manusia sejagat,boleh menahan diri dari mengambil rasuah walaupun tidak pernah mendengar tentang umpan pahala dan bidadari.

Sewaktu Muhammad datang kpd kaum Jahiliah Arab,manusia berbondong-bondong tertarik kpd nilai akhlak Muhammad dan anjakan paradigma yg dibawanya,bukan kerana retorik agama dan tauhid.Bukan kerana tentang solat dan puasa,tetapi kerana nilai-nilai baru yg jauh berlawanan dgn nilai-nilai lama Arab jahiliah yg menzalimi manusia.Apakah intipati ajaran UTAMA Muhammad?SEMUA MANUSIA ADALAH SAMA DISISI TUHAN.Ini dibenci oleh Arab jahiliah yg memuja perhambaan.Adakah Melayu yg memanggil diri mereka sbg kaum yg mendapat "petunjuk" menganut prinsip sebegini skrg?

Kaum Arab jahiliah tidak pernah takut dgn konsep tuhan yg satu,mereka takut kerana Muhammad mengambil alih pengaruh sosial berdasarkan nilai-nilai baik yg dibawa dlm dirinya.Penduduk Arab sebelum datangnya Muhammad tahu tentang Musa,Isa dan Ibrahim serta kisah agama samawi yg lain.Mereka tahu tentang tuhan yg satu yg Maha Besar.Tapi mereka tetap melakukan penindasan dan kezaliman.Ini terbukti didepan mata kita sekarang.Semua penduduk negara Islam telah mendapat "petunjuk" dan tahu tentang tuhan yg satu yg Maha Besar,tetapi negara merekalah yg penuh dgn nilai-nilai "kafir"(ingkar kpd tuhan) spt pergaduhan,peperangan,rasuah dan kejelikan.Lalu,dimanakah relevennya nilai "petunjuk" dan pengetahuan tentang tuhan yg satu itu mampu merubah kualiti hidup manusia diatas muka bumi ini?

Cuba kita duduk berfikir sejenak sekali lagi.Jika tuhan mahu kita bersaksi bahawa tuhan itu satu(jika itulah semata-mata matlamat utama hidup umat Islam),sukarkah bagi tuhan utk menampakkan dirinya kpd manusia?Tuhan boleh saja memberikan schedule utk hadir dimuka bumi jika itu kemahuannya.3 hari tuhan akan muncul dan bersila diatas KLCC,manusia boleh merakamkan kehadiran tuhan dan viralkan keseluruh dunia.3 hari kemudiannya,tuhan akan muncul pula di atas Eifel Tower,kemudiannya di atas Piramid dan lain-lain tempat didunia.Sudah pasti satu dunia secara otomatik akan beriman dgn tuhan yg satu.Sukarkah bagi tuhan?

Kenapa pula tuhan harus berteka teki dgn manusia bahawa tuhan itu memang SATU dan melantik seorang manusia sbg pembawa mesejnya didalam bahasa Arab jika hanya elemen "mengakui tuhan itu satu"dan mengaku mendapat "petunjuk" begitu penting utk tamadun dan peradaban manusia?

Bukankah "instinct" manusia bahawa mmg wujudnya tuhan yg berkuasa adalah normal dan sangat semulajadi sifatnya.Bayangkan waktu kesedapan bersetubuh pun,kita melaungkan nama tuhan,apatah lagi dlm keadaan-keadaan lain.(LOL)

Apakah dengan memisahkan manusia(sambil membenci mereka secara budaya dan spiritual) hanya kerana mereka mempunyai tuhan yang lain dan kita mempunyai tuhan yg lain mampu membawa kebaikan dan kedamaian kpd bumi ini?Ini persoalannya.

Jika Muhammad datang kpd kaum gasar jahiliah Arab hanya semata-mata utk memberitahu bahawa mereka wajib tunduk dan beribadat kpd tuhan yg satu,apa bezanya dgn beribadat kpd tuhan yg banyak?Aktivitinya masih sama.Arab Jahiliah menyembah berhala,mereka tunduk didepan patung-patung di sekitar Kaabah.Kemudian setelah memeluk Islam,mereka juga tunduk dan sujud didepan Kaabah.Dimana bezanya dari sudut "penyembahan" semata-mata?Adakah ini falsafah sebenar ajaran ketuhanan?Atau umat Islam yg tidak melihat sisi positif tentang "tuhan yg satu"dan falsafah yg dalam tentang nilai ketuhanan,kekafiran,syurga dan neraka?

Kenapa dlm dunia hari ini,kita melihat manusia tidak perlukan"petunjuk" tuhan yang "satu"utk berkembang maju?Apa yg sebaliknya berlaku,gesaan untuk manusia ber "SATU" diatas nilai-nilai sejagat menjadi keutamaan manusia hari ini.Manusia pada hari ini(terutamanya orang-orang kafir) menentang perkauman dan ketidakseimbangan jantina.Semuanya agar manusia dilihat bersatu dan sama.Lalu apa sumbangan beriktiqad dgn tuhan yg satu(spt yg di usulkan oleh umat Islam) kpd ketamadunan manusia?Kesatuan diantara manusia jauh lebih penting dari promosi tentang "petunjuk" dan tuhan yg satu.

Jika cadangan umat Islam utk bersatu dibawah satu "petunjuk" tuhan mampu menjadi penyelesai masalah didunia,kenapa negara yg paling bergolak ialah negara Islam yg semuanya sudah mendapat "petunjuk" untuk beriktiqad dgn tuhan yang satu?Jika datangnya nabi hanya utk menyuruh kita mengajak manusia beribadat kpd "tuhan yg satu" dan mengenepikan soal-soal membangunkan sahsiah dan akhlak masyarakat sesuai dengan konteks hidup pada zaman skrg,nabi tidak perlukan 23 tahun hidup dlm kesusahan,perjuangan dan penentangan.Cukuplah mengajar Arab Jahiliah tentang cara-cara solat yg betul,puasa dan bertawaf disekeliling Kaabah.

Dinegara yg penduduknya ramai atheist spt Sweden,mereka lebih damai berbanding Pakistan yg menggelarkan negara mereka Republik Islam.Penduduknya tegar beriktikad dgn tuhan yg satu,tetapi akhlak mereka masih spt tinggal di zaman batu.Udara mereka busuk dan berbau najis.

Di negara Jepun yg penduduknya beragama Buddha dan Shinto,keadaannya jauh lebih bersih,damai dan mesra rakyat.Jadi,adakah cukup dengan menyedari bahawa "tuhan itu satu" dan kita kononnya telah mendapat "petunjuk" mampu membawa kedamaian kpd manusia?Kenapa masyarakat Jepun yg punya pelbagai kuil,dewa dan pelbagai amalan animisme mampu menyumbangkan sebegitu banyak kebaikan kpd manusia?

Jika umat Melayu dan Islam terus-terusan tidak mampu melihat apakah nilai-nilai "kafir"dan erti "petunjuk" tuhan didalam masyarakat mereka sendiri,dan berterusan melihat manusia lain berbeza martabatnya dari mereka(hanya kerana tidak mengucap dan beriktiqad dgn tuhan yg sama spt mereka),maka percayalah,agama yg mereka anuti sekarang sedang berada di tepian jurang yg dalam.Hanya menunggu masa utk dimomokkan sbg parasit di dalam masyarakat dunia yg semakin maju kehadapan.

Marilah kita betulkan semula kefahaman masyarakat kita tentang nilai-nilai "kafir"(ingkar) dan erti "petunjuk" yg wujud dlm masyarakat.Ketahuilah,label agama seseorang tidak pernah memberikan impak dlm masyarakat,tetapi  keingkaran mereka mematuhi nilai-nilai tuhan dan melakukan amal soleh(bakti) itulah yg membawa bencana.Mengaku Islam tetapi dlm masa yg sama hidup dengan nilai-nilai "kafir"(ingkar kpd nilai-nilai baik yg dianjurkan tuhan) adalah kesundalan yg tidak dapat dimaafkan.

Tuhan mengatakan didalam Al Quran,"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Ana sebagai seorang muslim,percaya bahawa beriktiqad dengan tuhan yg satu dan percaya kpd hari kemudian telah memerdekakan jiwa dan minda ana dari perhambaan kpd manusia samada mereka itu raja,presiden,olamak atau sesiapa saja.Kemerdekaan minda inilah suatu anugerah tuhan yg tidak dpt ditukar ganti.

BERTAUBATLAH MELAYU..

Ulasan

Catatan Popular