Langkau ke kandungan utama

KONSORTIUM ASIA PETROHUB BAKAL LAKSANAKAN PROJEK LEBIH AS$ 20 BILLION

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Konsortium Asia Petrohub bakal melaksanakan projek penambakan tanah dan pembinaan kemudahan penapisan minyak yang lebih mapan di Yan, Kedah bernilai lebih AS$20 bilion (RM89.41 bilion).

Ketua Pegawai Ek­sekutif Konsorti­um Asia Petrohub, Raja Chik Jaafar Raja Mokhtar berkata, fasa pertama projek tersebut yang akan bermula dalam tempoh enam sehingga sembilan bulan bakal menyaksikan kerja-kerja penambakan me­rangkumi kawasan seluas 3,035.14 hektar bagi me­nempatkan kemudahan penapisan hidrokarbon baharu dikenali sebagai Kompleks Kilang Penapisan Minyak Sultan Abdul Halim.

Katanya, di samping mewujudkan pelbagai bandar baharu dalam lingkungan hab berke­naan, konsortium itu juga akan membina saluran paip merentasi sempadan dan laluan kereta api kargo yang paling cepat.

“Kilang yang dijangka bero­perasi dalam tempoh tiga tahun ini, mempunyai kapasiti untuk menapis 400,000 tan minyak mentah sehari untuk dijadikan pelbagai produk seperti petrol dan diesel.

“Kami mengimport minyak mentah dari negara Asia Barat, Afrika dan Venezuela yang dipro­ses di sini dan produk akhirnya akan dieksport ke negara-negara seperti Jepun, China, Korea dan Taiwan,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) di sini hari ini.

Konsortium itu ditubuhkan oleh IMC London, iaitu sekumpulan penaja dan bank yang berpangkalan di Bri­tain bersama dengan beberapa syarikat kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pelaksanaan (EPCC) antarabangsa dari Arab Saudi, Eropah, China, Japan, Korea dan Amerika Syarikat (AS).

Mengulas lanjut, Raja Chik Jaafar berkata, projek pembangunan holistik itu turut menjanjikan pertumbuhan ekonomi negara yang semakin berkembang bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) selain mewujudkan peluang luas dalam pelbagai bidang kepada rakyat Kedah dan ASEAN.



Oleh : C. SHEILA RANI  |  28 November 2016 12:30 AM

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Konsortium Asia Petrohub bakal melaksanakan projek penambakan tanah dan pembinaan kemudahan penapisan minyak yang lebih mapan di Yan, Kedah bernilai lebih AS$20 bilion (RM89.41 bilion). - See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/konsortium-asia-petrohub-bakal-laksana-projek-lebih-as-20-bilion-1.413224#sthash.X9U65zAY.dpuf

Konsortium Asia Petrohub bakal laksana projek lebih AS$20 bilion


17 0 Google +
KUALA LUMPUR 27 Nov. – Konsortium Asia Petrohub bakal melaksanakan projek penambakan tanah dan pembinaan kemudahan penapisan minyak yang lebih mapan di Yan, Kedah bernilai lebih AS$20 bilion (RM89.41 bilion).
Raja Chik Jaafar Raja Mokhtar
Raja Chik Jaafar Raja Mokhtar
Ketua Pegawai Ek­sekutif Konsorti­um Asia Petrohub, Raja Chik Jaafar Raja Mokhtar berkata, fasa pertama projek tersebut yang akan bermula dalam tempoh enam sehingga sembilan bulan bakal menyaksikan kerja-kerja penambakan me­rangkumi kawasan seluas 3,035.14 hektar bagi me­nempatkan kemudahan penapisan hidrokarbon baharu dikenali sebagai Kompleks Kilang Penapisan Minyak Sultan Abdul Halim.
Katanya, di samping mewujudkan pelbagai bandar baharu dalam lingkungan hab berke­naan, konsortium itu juga akan membina saluran paip merentasi sempadan dan laluan kereta api kargo yang paling cepat.
“Kilang yang dijangka bero­perasi dalam tempoh tiga tahun ini, mempunyai kapasiti untuk menapis 400,000 tan minyak mentah sehari untuk dijadikan pelbagai produk seperti petrol dan diesel.
“Kami mengimport minyak mentah dari negara Asia Barat, Afrika dan Venezuela yang dipro­ses di sini dan produk akhirnya akan dieksport ke negara-negara seperti Jepun, China, Korea dan Taiwan,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) di sini hari ini.
Konsortium itu ditubuhkan oleh IMC London, iaitu sekumpulan penaja dan bank yang berpangkalan di Bri­tain bersama dengan beberapa syarikat kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pelaksanaan (EPCC) antarabangsa dari Arab Saudi, Eropah, China, Japan, Korea dan Amerika Syarikat (AS).
Mengulas lanjut, Raja Chik Jaafar berkata, projek pembangunan holistik itu turut menjanjikan pertumbuhan ekonomi negara yang semakin berkembang bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) selain mewujudkan peluang luas dalam pelbagai bidang kepada rakyat Kedah dan ASEAN.
“Malaysia merupakan tempat terbaik untuk pemain industri terutama berkaitan sumber tenaga untuk berkembang atau melabur dalam perniagaan. Kita bukan sahaja mempunyai akses kepada sumber asli ASEAN malah mempunyai banyak modal insan berkemahiran di Asia.
“Rakyat Malaysia dan pelabur boleh mendapat manfaat daripada pelbagai inisiatif seperti dwi mata wang, pertumbuhan kuantum eko-hartanah, pertumbuhan pelbagai industri secara serentak, akses segera kepada tenaga kerja ASEAN dan rantai bekalan di Asia,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya bercadang untuk membina empat lagi kilang penapisan minyak di Kedah, Kelantan dan Thailand pada masa akan datang.
“Malah, kami juga bercadang untuk menapis dua juta tan metrik minyak mentah dalam sehari daripada semua lima kilang beroperasi, dengan jumlah nilai pembangunan sebanyak AS$180 bilion (RM804.69 bilion),” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/konsortium-asia-petrohub-bakal-laksana-projek-lebih-as-20-bilion-1.413224#sthash.X9U65zAY.dpuf

Ulasan

Catatan Popular