MITOS DAN KEBENARAN SECRET FUND RAJA RAJA MELAYU

Petikan Sumber : http://militaryofmalaysia.net/2014/02/mitos-dan-kebenaran-secret-fund-raja-raja-melayu/

1. Selama saya membaca cerita tentang Dana Emas Raja-raja MelayuTabung Rahsia Raja-raja Melayu atau lebih tepat lagi “Malaya Funds”, macam-macam versi yang saya jumpa, ada yang kata nilainya sampai bertrilion dan ada yang kata nilainya sampai berzilion-zilion.
2. Wow…kalau sudah sampai ke tahap zilion atau trilion, tidaklah raja-raja kita tinggal dalam istana yang biasa-biasa sahaja, sudah tentu raja kita mampu mengupah askar upahan dari seluruh dunia untuk berperang dengan Siam, tidaklah perlu Kedah merempat di bawah Siam dahulu.
3. Saya senyum sahaja apabila terlalu ramai umat Melayu meletakkan harapan yang tinggi kepada dana emas ini yang kononnya boleh membangkitkan nusantara kembali.
4. Kalau sudah sampai ke peringkat bilion atau zilion dollar, agak-agak anda semua, berapa ribu kali kapal-kapal wap atau layar milik British nak angkut ratusan ribu atau jutaan tan emas dari Tanah Melayu ini untuk disimpan dalam bank tertua di dunia iaitu Bank OEngland.
5. Kapal kontena paling besar di dunia hari ini iaitu Maersk E dengan kelajuan atas 20 knots pun hanya boleh bawa180,000 tan kargo, jadi kalau kapal wap atau kapal layar zaman dulu, berapa tan sangat dia boleh bawa, paling tinggi pun 200 ke 1000 tan sahaja, jadi berapa “trip” dia nak buat dari nusantara sampai ke England untuk angkut ribuan tan emas tanpa sedikit pun menimbulkan syak wasangka pada pekerja dermaga dan anak kapal dari negeri-negeri Selat, Singapura, India dan juga London.
6. Sebagai contoh kapal stim terbesar yang belayar merentas Atlantik di antara New York dan Bristol pada lingkungan era 1800 dulu iaitu SS Great Western pun hanya mampu bawa 1,000 tan kargo sahaja.
7. …dan bukan semua kapal berkuasa stim, kapal dagang layar masih digunakan dan pelayaran dari Nusantara keEngland mungkin mengambil masa di antara dua bulan hingga ke enam bulan, jadi jika demikian, British memerlukan ribuan atau ratusan kapal berlayar serentak (kalau nak jaga kerahsiaan) untuk mengangkut ratusan ribu atau lebih dari berjuta tan emas untuk membawa kargo itu dari sini ke tempat simpanannya iaitu Bank Of England.
MENGAPA BANK OF ENGLAND?
8. Bank of England adalah di antara bank yang tertua di dunia ditubuhkan pada 1694 dan kerana raja-raja Melay terletak di bawah pengaruh British, maka bank tersebut dipilih untuk disimpan emas-emas milik raja-raja Melayu ini.
9.Selain dari ketiadaan sistem kewangan yang canggih di Tanah Melayu, ancaman Siam ke atas negeri-negeri utara seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak dan Pahang merupakan salah satu sebab mengapa raja-raja atau sultan di negeri tersebut menyimpan jongkong-jongkong emas mereka di dalam Bank Of England.
10.Raja-raja Melayu ini pula kebanyakkan bersaudara, bermula dari raja-raja Melayu di Tanah Melayu, simpanan emas diBank Of England ini kemudian merebak ke sultan-sultan Melayu lain di Sumatera yang memang terkenal kaya sampai ada kapal wap, serta kesultanan lain di Brunei dan juga Sulu.
11.Jadi moralnya, dana emas ini bukan sekadar milik raja-raja Melayu di Tanah Melayu semata-mata tetapi dikongsi juga dengan raja-raja Melayu lain di Indonesia.
DARI MANA EMAS ITU DIPEROLEHI
12. Raja-raja Melayu ini mendapat kekayaan mereka melalui projek perlombongan emas yang mana kita tahu bahawa ada banyak emas di Tanah Melayu ini dan antara raja yang aktif melombong emas adalah Kesultanan Johor kerana itu kesultanan ini mempunyai sejarah yang agak hebat dan agak kaya.
13.Emas-emas ini pulak dilombong memakai teknologi insani seperti mendulang yang dibuat menggunakan kerahan tenaga hamba, penjenayah atau tahanan perang jadi….hasil emas yang diperolehi mungkin setakat berapa puluh atau ratusan kilogram sebulan sahaja.
14.Tidaklah raja-raja Melayu ini menggunakan teknologi jin yang mampu angkut bertan-tan emas seperti Nabi Sulaiman, kekayaan raja atau sultan Melayu ini pun bukanlah datang dari simpanan emas atau permata yang hilang milik Nabi Sulaiman, Nabi Musa atau Qarun.
15.Saya fikir mungkin ramai yang terkeliru di antara cerita Malaya Funds (klik sini mungkin surat pekeliling dalam Kementerian Kewangan ini ada terkait dengan dana tersebut) atau Dana Emas Raja-raja Melayu ini dengan kisah harta kekayaan Nabi Sulaiman yang tidak dijumpai, tidak mengapa, jika diizinkan Allah, saya akan bukak bab itu kemudian kerana kesemuanya terkait dengan piramid.
BERAPA JUMLAH EMAS YANG DISIMPAN
16.Cerita Dana Emas Raja-raja Melayu atau Malaya Fund ini bukanlah rahsia sangat sampai orang tidak tahu jumlahnya, kerajaan Malaysia terutama bekas Perdana Menteri seperti Tun Dr Mahathir Mohamad tahu.
17.Sila rujuk link ini yang dipercayai terkait dengan dana tersebut. Mengikut maklumat yang disampaikan kepada saya, kekayaannya mungkin pada sekitar US100 bilion pada hari ini. Jumlah emas yang disimpan berada dalam sekitar 300 ke 400 tan sahaja (mungkin itu jumlah emas milik raja-raja di Tanah Melayu sahaja tanpa dicampur kekayaan emas dari milik Kesultanan Melayu di SumateraBrunei dan Sulu)
SIAPA PEWARIS SEBENAR DANA INI
18.Janganlah perasan bahawa dana ini adalah milik rakyat, milik saya atau milik anda. Emas atau jika dipulangkan dalam bentuk tunai sudah tentu ada pemiliknya iaitu kepada keturunan raja-raja Melayu ini.
19.Tidak lojiklah jika moyang anda yang sangat kaya menyimpan dalam bank, apabila dia meninggal dunia, kekayaan itu kemudian direbut oleh orang yang tidak ada kena mengena dengan anda atau pun dengan moyang anda itu.
20.Anda dilahirkan sebagai orang miskin dan berketurunan dari moyang anda yang miskin, jadi realistiklah…dana ini bukan milik anda, ada pewarisnya.
DANA EMAS RAJA MELAYU DAN BANK DUNIA
21.Selepas Perang Dunia PertamaEropah termasuk British yang sebenarnya dikuasai oleh Rothchild telah memujuk raja-raja ini yang kemudian diberikan status yang istimewa dalam The Comitee of 300 untuk digunakan bagi asas penubuhan Bank Dunia.
22.Bank Dunia yang diaktifkan selepas Perang Dunia Kedua bukanlah ditubuhkan semata-mata menggunakan emas milik raja-raja Melayu tetapi dari pelbagai sumber kekayaan lain dari orang lain samada individu, kerabat diraja atau negara.
23.Mana mungkin Eropah yang melalui dua peperangan yang amat membangkrapkan mampu menubuhkan bank dunia kecuali dengan kekayaan ini.
DANA EMAS RAJA-RAJA MELAYU DAN NASIB MEREKA
24.Kita tahu,,,British, Rothchild semua bekerja untuk satu pihak iaitu Iluminati.
25.Iluminati ini menguasai pelbagai sistem kewangan dan politik, matlamat mereka adalah untuk membolot kekayaan dunia dan mereka memperkenalkan pelbagai sistem dunia seperti demokrasi, sosialis, komunis dan lain-lain lagi.
26.Golongan ini mahu membolot kekayaan dan telah melakukan pelbagai cara termasuklah pembunuhan.
27. Semoga Allah mencucuri setiap roh yang terpisah dari badan akibat ketamakan manusia yang berebut kekayaan dariTabung Rahsia Raja-Raja Melayu ini dari zaman selepas Perang Dunia Kedua dan kematian agen-agen kerajaan Malaysia yang berusaha untuk memulangkan sebahagian dari harta tersebut kepada yang hak.
28. Artikel ini ditulis oleh saya, Shahpaskal untuk memperingati raja-raja Melayu dan ribuan kerabat mereka yang dibunuh oleh komunis di Sumatera, Indonesia dan artikel ini ditulis sebagai kata-kata aluan untuk kebangkitan keturunan dari waris yang hak di tanah bertuah ini yang akan berlaku dalam tempoh sedikit sahaja masa lagi (setahun dua ini).
29. Raja-raja Melayu yang dibunuh itu ialah Sultan Bidar Alam Syah IV, Sultan Mahmud Aman Gagar Alam Syah, Yang Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah, Kesultanan Serdang Asahan, Kesultanan Deli dan Yang Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah.
30. Darah tidak terhenti setakat itu sahaja, ribuan sanak saudara, permaisuri dan puteri-puteri serta waris mereka dibunuh dengan zalim, yang wanita dirogol dan dicabul, yang lelaki dipancung dan dibakar, habis istana dan harta milik raja- raja ini dijarah dan dibakar atas nama kehendak RAKYAT.
31.Saudara-saudara sekelian, ini sebenarnya adalah penjarahan dan pembunuhan untuk satu perkara iaituPENGHAPUSAN WARIS.
32.Rakyat atau orangramai adalah satu kelompok yang paling mudah dimanipulasikan dengan hanya mempermainkan emosi dan inilah yang sedang berlaku di Tanah Melayu.
33.Artikel ini juga ditulis untuk memperingatkan bahawa komunis adalah alat kerja Freemason dan Iluminati yang sentiasa bergerak bersama rakyat, sentiasa melaungkan kuasa rakyat.
34.Kekayaan dunia pada ketika itu bersandarkan emas dan melalui tipu muslihat yang berjalan sehingga ke hari ini, pergerakkan Zionist, Iluminati dan Freemason telah berjaya menguasai 2/3 dari emas-emas dunia kecuali 1/3 yang hilang menunggu masa untuk ditemui.
35.Emas-emas yang hilang ini kebanyakkan berkedudukan di nusantara dari Kemboja, Tanah Melayu, Indonesia sehinggalah ke Sulu dan golongan jahat ini percaya melalui anasir-anasir ghaib mereka bahawa di sini di Nusantarainilah
kekayaan Nabi Sulaiman disembunyikan.

36.Maka Iluminati melalui komunis cuba membolot semua emas ini, Iluminati melalui komunis mesti berkuasa di Indonesia dengan menghapuskan Raja-raja Melayu.
37.British di Tanah Melayu pula mesti menjalankan muslihat dan cuba menghapuskan kuasa Raja-raja Melayu dan dalam dunia Iluminati, Tanah Melayu itu disebut Malaysia tetapi nama Malaysia yang ada pada hari ini bukan menunjukkan agenda Iluminati itu berjaya dilaksanakan, mungkin kerana “Sodap Bunyinya” maka nama itu dikekalkan, hehehe.
38.Maka berlaku peristiwa yang menyayat hati….habis kesemua Raja-raja Melayu dan kaum kerabatnya disembelihmaka kesemua emas yang sepatutnya dipulangkan balik kepada yang empunya hak iaitu Raja-raja Melayu atau warisnya di Sumatera habis dibolot oleh Iluminati.
39.Di Sulu pula, Kesultanan Sulu (Bukan Kiram yaaa) tamat kekuasaannya apabila Raja terakhirnya meninggal dunia dan kesultanan itu berpecah-pecah tanpa mendapat pengiktirafan kerajaan Filiphina.
40.Tanpa pengiktirafan, dana emas ini tidak dapat dipulangkan.
41.Tinggallah Raja-raja Melayu di Malaysia dan Brunei.
DANA RAJA-RAJA MELAYU DAN MAHATHIR
42.Sekitar tahun 90an, sebahagian dari dana ini mahu dipulangkan ke Malaysia dan Perdana Menteri ketika itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamad.
44.Sebagai pemimpin yang bijaksana dan tahu kisah dana ini, Tun telah mengarahkan seorang kapten dari tentera darat yang menjadi agen rahsia kerajaan pada masa itu. Saya cuma boleh perkenalkan beliau melalui singkatan namanya sahaja iaitu M.S.
Sorry ya, contact saya provide salinan I.C watak dalam cerita ini tapi dia mintak saya censored semua maklumat dalam IC. Adehhh, baik tak payah bagi IC macam ni...haha
Sorry ya, contact saya provide salinan I.C  agen rahsia bernama M.S iaitu watak dalam cerita ini tapi dia mintak saya censored semua maklumat dalam IC. Adehhh, baik tak payah bagi IC macam ni…haha
45.M.S bergerak ke England dengan abang kandungnya (juga agen rahsia)  serta beberapa orang lagi (jumlah sekitar empat atau enam orang).
46.Menjelang pertengahan tahun 90an, geran dari dana ini berjaya diperolehi untuk diserahkan kepada Perdana Menteri.
47.Tun kemudian mengarahkan seseorang yang berjawatan penting bertaraf Menteri ketika itu untuk berusaha membawa dana itu pulang, bagaimanapun atas dasar kepentingan diri, Menteri tersebut dengan menggunakan pengaruhnya dalam IMF, World Bank telah mengalihkan dana itu ke dalam bank-bank di Indonesia dan Singapura.
48.Episod tersebut amat mengecewakan Tun Dr Mahathir Mohamad atas pengkhianatan yang tidak sepatutnya dibuat oleh menteri tersebut.
49.Pada masa yang sama juga, pihak Iluminati telah melakukan sabotaj ekonomi ke atas Malaysia supaya negara tidak dapat mengambil alih sebahagian dari dana tersebut.
50.Menteri tersebut tidak dapat menggunakan dana tersebut untuk hidup senang pun tetapi atas kesepakatannya dengan bank-bank tadi, bunga atau interest yang mungkin berjumlah jutaan ringgit setahun dapat masuk ke dalam koceknya.
51.Berbelas tahun kemudian, saya akhirnya dapat mengesan kewujudan dana tersebut apabila emas yang disimpan dalam bank-bank di Indonesia ini akhirnya digunakan pula oleh republik terbabit sebagai “colateral” untuk meningkatkan ekonominya.
52.Pada tahun 2011, Indonesia telah membantu bank dunia atau IMF dengan colateral berjumlah US 1 juta, satu jumlah yang dikritik oleh pemerhati Indonesia sebagai tidak lojik kerana duit itu sepatutnya diguna untuk membayar hutang negara. Sila rujuk link ini
53.Jadi dari mana, Indonesia mendapatkan sumber ini?
NASIB AGEN RAHSIA KERAJAAN M.S
54.M.S selepas berjasa kepada negara tiba-tiba cuba dipintas oleh pihak berkepentingan.
55.Habis identiti dan kehidupan peribadinya diselongkar, kemuncak…abang kandung M.S tersebut meninggal dunia dan dipercayai kematiannya ada terkait dengan unsur pembunuhan.
56.Khuatir dengan ancaman yang kini tidak boleh dianggap satu igauan ngeri semata-mata, maka berangkatkan lelaki penuh jasa itu melarikan diri ke luar negara.
57.Entah hidup atau tidak, kali terakhir, saya dengar…beliau menjadi warga negara kehormat di Thailand dengan diberikan perlindungan keselamatan sepenuhnya oleh Istana Siam.
EMAS TANAH MELAYU YANG DILUPAKAN
58.Seluruh Semenanjung Tanah Melayu mempunyai tinggalan emas yang sangat banyak (saya tidak maksudkan emas mentah atau emas alam ghaib) yang selalu sangat dipegang oleh peminat-peminat mistik di tanahair kita.
59.Keseluruhan emas yang dirompak penjajah bermula dari Portugis sampailah ke Jepun dan Inggeris yang dilarikan akhirnya tertinggal di Tanah Melayu dan tidak mampu dibawa pulang kecuali sedikit sahaja (Itulah Tanah Melayu ini mempunyai kedaulatan dan keistimewaan sendiri, apa pun semuanya atas izin Allah) maka sangatlah banyaklah emas yang tertinggal dalam hutan-hutan kita dan juga di lokasi-lokasi yang kita tidak pernah terfikir.
60.Emas dan harta karun ini suatu hari nanti akan dinaikkan ke atas muka bumi yang akan digunakan untuk kebangkitan Raja-raja Melayu, negara dan umat Melayu serta agama Islam keseluruhannya.
61.Ada dua faktor yang akan menaikkan keseluruhan emas ini iaitu “WARIS atau YANG ADA HAK” dan kedua,“KUNCI” dan ia dijaga pula dengan satu lagi perkataan  iaitu “KEDAULATAN”
62.Memandangkan kedua-dua kata kunci tadi saya tidak mahu cerita, apa pendapat saudara-saudara sekelian dengan takrifan dan apa yang anda faham dengan “KEDAULATAN”, ia datang dan pergi, siapa yang memberi daulat, siapa
yang menyokong daulat, siapa yang membantu gerangan orang yang mempunyai daulat?.Pendek kata…menatang apa sebenarnya DAULAT ini…hehehehe.

63.Keseluruhannya mempunyai kaitan dengan Rasulullah SAW yang tersembunyi dalam wasiat dan hadis rahsia yang saya ceritakan dulu serta terkait dengan keturunan Raja-raja Melayu melalu satu hadis yang kodnya saya pening sampai sekarang untuk dipecahkan.
64.Oleh itu janganlah dihina Raja-raja kita jika kita setakat tahu melalui buku sejarah, janganlah dihina barang yang kita tidak pernah kenal pun dan situasi yang memaksa mereka berbuat sesuatu yang kita pandang negatif seperti keahlian mereka pada Freemason.
65.Semua raja-raja Islam di dunia mempunyai nasab yang berketurunan Rasulullah tetapi semua digulingkan oleh rakyat sendiri dan tinggallah raja-raja Melayu kita….saya tidak dapat nafi, ada yang nakal dan menimbulkan kebencian rakyat tetapi kita berdoalah supaya raja-raja kita terus terpelihara kerana kesan dari kejatuhan mereka akan membiarkan geng yang lebih jahat berkuasa.

Ulasan

Catatan Popular