Jan 22, 2014

"RAJA KAMI YANG JAGA KAMI DAN RAJA KAMI AKAN KEMBALI"



Setiap apa yang dijadikan dialam ini mempunyai fungsi masing-masing samaada ianya datang dari mula yang baik atau mula yang jahat. Raja Melayu adalah simbol kehadiran dan kewujudan Melayu itu sendiri diatas muka bumi ini. Hanya segelintir sahaja yang benar-benar berajakan Raja Melayu, yang lain hanya ikut-ikut sahaja tanpa mengetahui siapakah Raja Melayu yang sebenarnya dan apakah tugasnya menjadi tunggak orang Melayu. Raja Melayu adalah satu-satunya Raja yang ada di alam ini. Dialah penegak dharma suci kebenaran sejati.


Dialah sebab turunnya orang Melayu ke muka bumi ini sebagai rakyatnya, sebagai ganti dirinya menjadi pembela dharma, penegak kebenaran, menghukum kejahilan dan mereka yang merosakkan bumi ini dan memperhambakan manusia lain untuk kepentingan bangsanya atau dirinya. Inilah sebab kita Melayu beraja dan sebab kita orang Melayu ada.

Memahami Melayu tanpa mengenal Rajanya adalah mengenal malam tanpa memahami siang. Mengenal Raja Melayu mengenal akan hakikatnya kita sebagai orang Melayu. Raja itulah kuasapemerintahan dan penaung akan seluruh warga Melayu Dunia dan Bunia. Mereka yang tiada pernah mengenali akan dirinya sebagai orang Melayu sudah tentu tiada akan memahami akan apa yang tertulis disini.

Oleh itu wajiblah kita orang Melayu mengenal diri kita sendiri dan memahami hakikat Melayu itu apa. Barulah sempurna pengenalan kita akan ertikata Melayu dan kenal asal usul kita dan kenal sejarah kita dan akhirnya kenal akan fitrah kita sebagai Melayu.

Petikan daripada Falsafah Melayu - Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Widjoyo.


Post a Comment