Jan 22, 2014

PORTUGIS KAUT HARTA SULTAN MELAKA TIGA BILION DOLAR SEPANYOL


Kekayaan harta benda bangsa Melayu yang menyebarkan tamadun ke seluruh dunia tidak ternilai banyaknya.

Di Nusantara sahaja timbunan simpanan emas, batu permata dan intan berliantermasuk harta aset kekal yang dimiliki oleh raja-raja Melayu sejak zaman berzaman tidak terhitung banyaknya.

Harta benda yang dipusakai sejak dinasti-dinasti awal Melayu seperti Sriwijaya, Majapahit dan Melaka tersimpan di merata pelusuk alam Melayu.

Juga tamadun-tamadun yang ada hubungkait dengan bangsa Melayu seperti Mesopatamia, Lembah Indus, Mesir Kuno, Aztec, Maya, Olmec dan rangkaian kerajaan-kerajaan lama diseluruh dunia juga menyimpan banyak sekali harta terutamanya simpanan emas.

Sehingga di terbitkan filem berjudul 'King Solomon's Mines' pada tahun 1985 yang menceritakan pencarian lombong emas dan istana Raja Sulaiman (Nabi Sulaiman) yang bersalutkan emas dan intan permata.

Semua ini adalah gambaran berapa tahap kekayaan yang dimiliki oleh kerajaan-kerajaan yang wujud ribuan tahun dahulu.

Malangnya banyak daripada harta-harta ini telah dirompak dan dicuri oleh penjajah-penjajah Barat apabila mereka membuka laluan laut baru.

Setiap pelayaran mereka dilengkapi dengan kapal perang yang serba lengkap dari segi pensejataan.

Mereka menggunakan muslihat perdagangan tetapi sebenarnya adalah tujuan merisik kekayaan negeri yang di terokai dan kemudiannya memulakan strategi untuk menjajah dan merampas segala kekayaan yang ada serta membunuh penduduk asal negeri itu.

Contohnya ketika penjajah Inggeris menerokai baru yan dikenali sebagai Amerika Syarikat sekarang, terdapat lebih 60 juta puak Red Indian tetapi selepas tanah dan kekayaan mereka dirampas serta berlaku pembersihan etnik kini hana tersisa 800,000 orang sahaja.

Kajian terbaru mitochondria DNA oleh HUGO mengesahkan puak Red Indian adalah juga dari bangsa Melayu kerana DAN mereka adalah sama seperti leluhur Melayu dari Senoi dan Semang.

Bangsa Melayu adalah ciptaan Tuhan yang amat teristimewa sebab itulah bangsa ini tidak putusputus dicemburui dan dikhianati oleh manusia di dunia atas sifat baik hati, bertolak ansur, cepat mempercayai dan mengenang budi.

Musuh bagaimanapun menggunakan kelebihan yang ada pada bangsa Melayu bukan untuk saling berkawan tetapi sebagai senjata untuk memusnahkannya.

begitu juga yang dilakukan oleh Portugus terhadap Melaka.

Mula-mula mereka datang dengan rendah diri memperkenalkan diri dengan niat untuk menjalin hubungan tetapi lama kelamaan terserlah objeftif sebenar untuk menjajah.

Ketika Alfonso D'Alburquerque menyerang Empayar Melaka dan akhirnya menakluknya pada 1511, antara perkara pertama yang dilakukan ialah menyelongkar kesemua istana dan gedung milik Sultan Mahmud Syah dan mengangkutnya ke atas empat buah kapal.

Salah satu kapal yang digunakan untuk mengangkut harta rampasan perang milik sultan Melaka ialah Flor de la Mar yang turut mengambil bahagian dalam serangan laut terhadap empayar itu.

Penulis dan pengembara Portugis, Tome Pires dalam bukunya Suma Oriental of Tome Pires menceritakan daripada empat buak kapal yang penuh dengan muatan harta kekayaqn Melaka, hanya sebuah sahaja yang selamat sampai ke Lisbon, Portugal.

Tiga daripadanya hilang di lautan - Flor de la Mar, dalam perjalanan dari Melaka ke Goa, India, karam di pesisir perairan Sumatera timur di Selat Melaka berdekatan negeri Pasé (Pasai).

Ia terperangkap tanpa diduga, dalam ribut yang dahsyat menyebabkan kapal itu rosak teruk dan terbelah dua lalu karam pada 20 November 1511.

Kesemua harta dalam bentuk jongkong emas, perhiasan daripada emas dan intan berlian serta singgahsana sultan bersalut emas tenggelam di dasar lautan.

Di samping korban nyawa yang banyak, anggaran harta milik Sultan Mahmud Syah yang tenggelam bersama kapal Flor de la Mar adalah sekitar 3,000,000,000 (tiga bilion) dolar Sepanyol.

Antara yang karam termasuk patung emas singa bersaiz sebenar milik sultan Melaka.

Kesemua harta rampasan itu tersimpan di dalam beratus_ratus kotak besar di atas kapal Flor de la Mar.

Suma Oriental menyenaraikan harta milik empayar Melaka yang dirampas oleh D'Albuquerque antara lain:

1. Perempuan perempuan pakar penenun kain
2. Anak-anak perempuan Bangsawan Melaka (Tun Fatimah dikatakan turut diculik dan dibawa menaiki Kapal ini, tapi mati semasa kapal itu karam)
3. Tiang tiang Istana Melayu Melaka yang dihias dan dilepa dengan emas dan perak
4. Tandu gajah sultan Melaka yang disepuh emas
5. 600 tan jongkong emas serta barang kemas
6. 7 meja berkaki emas 
7. Gelang Sakti Nakhoda Beego
8. 6 buah patung singa tembaga besar hadiah Maharaja Cina
9. Baju perisai perang berkain baldu, senjata, dan topi besi berhias indah
10. Baju2 berkain baldu dan sutera
11. Mangkuk mangkuk perak
12. 2 pasu emas besar
13. Perabot-perabot kayu berikuran indah 
14. 200 kotak mengandungi batu permata seperti berlian, zamrud, delima, nilam dan lain-lain permata yang berharga. Berlian yang dicuri ada yang bersaiz sebesar genggam manusia.

SUMBER : Dzulkarnain Taib

IDENTITI BANGSA





Jauh termenung tertaut fikirannya,
Hati gemuruh tubuh bergelora
Sangkaan hadir gertak berbeda,
Kala Nafsu menguasai semua,
Jauh sekali kejayaan ditunasnya,
Hanya berkata tanpa geraknya,
Diarah saja mengikut sahaja,
Terungkap bahasa sumbang langkahnya,
Seloka didendang ada ceritanya,
Hafal begitu tanpa fahaminya,
Dilakar Surih untuk warisan dia,
Dititip guna akan serakahnya,
Gurih yang ditinta berabad lamanya,
Dipandang sepi sekelian yang ada,
Mengejar Harta dan juga Darjatnya,
Ditinggalkan semua kerna Dhunia,
Melayu dahulu bukan khayalan semata,
Nama harum semerbak Bunga,
Bukan dipinta untuk mengasihinya,
Tapi menjadi IDENTITI BANGSANYA..



BANGSA MELAYU WARISAN ATLANTIS DI BENUA SUNDA


Proses pembentukan mukabumi dan geografi Alam Melayu Nusantara bukannya terjadi dalam tempoh masa yang singkat malahan ia memakan masa puluhan dan ratusan ribu tahun.

Ramai sarjana Barat yang terkenal seperti Prof. Dr. Stephen Oppenheimer dari Britain dan Prof. Dr. Arysio Santos dari Portugal meyakini bahawa Benua Atlantis yang hilang dan hangat diperbincangkan di kalangan ahli akademik Barat berada di Nusantara.

Mereka mengemukan dalil dan hujah masing-masing diperkukuhkan dengan rujukan kepada manuskrip kuno, penemuan saintifik moden dan juga kajian sains DNA - 

Setelah kedua-dua tokoh ilmuwan ini menjalankan riset (research) sejak tahun 1979, Dr Oppenheimer pun mengemukakan Teori Sundaland manakala Dr. Santos melalui Teori Atlantis.

Deskripsi keberadaan tamadun Atlantis di Benua Sunda juga telah di ungkapi secara mendalam oleh Plato dalam Dialog Timaeus dan Critias.

Sebelum Nusantara seperti yang dilihat hari ini, seluruh kawasan tanah ini adalah cantuman satu benua atau pelantar yang dikenali sebagai Benua Sunda atau Sundaland.

Kira-kira 75,000 tahun dahulu, Gunung Berapi Toba di Sumatera berdekatan Parapat meletup.

Ini bukan satu letupan gunung berapi biasa kerana letupan Gunung Toba adalah letupan halilintar yang telah mengubah lanskap cuaca seluruh dunia.

Letupan Gunung Toba dicatatkan sebagai yang terkuat (mega-collosal) dalam sejarah dunia dengan skala 8 pada Indeks Eksplosiviti dalam jangkamasa 400 juta tahun. 

Lava atau lahar yang dimuntahkan adalah 4,000 kali Gunung Berapi St Helens pada tahun 1980 dengan skala 5 pada Indeks Eksplosiviti.

Letupan itu telah menggelapkan awan dan langit di satu per tiga dunia dan suhu jatuh mendadak lebih 20 darjah.

Menurut kajian para anthropologi dan pakar arkeologi, letupan Gunung Toba tersebut amat penting dalam sejarah dunia kerana ia hampir memupuskan spesis manusia dan berkemungkinan menyebabkan terjadinya ‘cerutan populasi’ (bottleneck) serta anjakan penduduk bahagian tengah Afrika Timur, India dan Asia Tenggara sehingga mempengaruhi warisan genetik manusia sehingga ke hari ini. 

Disebabkan aliran angin monsun barat daya di Benua Sunda, debu nuklir beracun dan toksik dari letupan Gunung Toba telah di bawa sehingga ke benua kecil India.

India mengalami keadaan gelap gelita selama lebih enam tahun akibat debu gunung berapi yang begitu tebal sehingga menghalang cahaya matahari menembusi awan.

Ketika itu seluruh penduduk awal di benua India mati - tidak ada seorang pun yang hidup.

Jadi orang India janganlah merasa bangga bahawa merekalah tamadun awal kerana bangsa asal mereka telah habis pupus ketika Gunung Toba meletus.

Repopulasi dari Nusantara lah yang menghidupkan kembali ras manusia di benua itu setelah keadaan cuaca bertambah baik untuk penempatan semula manusia.

Di Benua Sunda pula lebih 90 peratus populasi yang sedari awal datangnya dari Pentas Kolam Genetik Pertama di Semenanjung Hijaz juga terkorban.

Dari lelulur wangsa asal Benua Sunda yang melahirkan bangsa Melayu, yang terselamat hanya sekitar 1,000 pasangan sahaja.

Disebabkan geografi Benua Sunda adalah bergunung ganang maka sejumlah kecil berjaya menyelamatkan diri jauh di dalam sistem rangkaian gua yang terdapat di kawasan tinggi.

Seluruh kawasan yang melingkungi Benua Sunda berada di dalam Lingkaran Api atau Rings of Fire.

Apabila meletupnya Gunung Toba, letupan lain juga berlaku secara bertali arus kepada barisan gunung berapi yang melingkungi Benua Sunda.

Ini menyebabkan berlakunya siri gempa bumi, taufan dan tsunami yang amat dahsyat.

Bayangkan nasib lelulur bangsa Melayu ketika menyabung nyawa apabila berdepan dengan mala petaka begini menggerunkan untuk hidup kekal dan 'survive' bagi melahirkan bangsa Melayu hari ini.

Kajian maritim masa kini mendapati paras laut pada zaman Benua Sunda adalah 50 meter lebih rendah dari paras sekarang.

Ini menunjukan kawasan Benua Sunda yang terdedah sebagai yang kawasan yang boleh dihuni adalah sebesar negara Mongolia. 

Jikalau kini dataran adalah 116 meter di bawah paras laut sekarang, maka kawasan Benua Sunda dianggarkan 2.37 juta km persegi bersamaan luasnya lima kali negara Thai. 

Keadaan letupan gunung-gunung berapi, banjir besar, tsunami berlaku berterusan dalam tiga Banjir Gergasi iaitu 4,000, 12,000 dan 8,000 tahun dahulu.

Setiap kali berlaku banjir gergasi dan tsunami Benua Sunda semakin merekah dan akhirnya berpecah kepada keadaan mukabumi hari ini.

Di akhir Zaman Ais terakhir (20,000 - 10,000 tahun lalu) purata suhu bumi meningkat dan permukaan laut meningkat pesat. 

Sebahagian besar Benua Sunda diliputi lautan dan membentuk rangkaian perairan Selat Melaka, Laut Cina Selatan, Selat Karimata, dan Laut Jawa. 

Pada period ini juga terbentuk Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Pulau Kalimantan, dan pulau-pulau di sekitarnya

Rekahan terakhir yang memisahkan Benua Sunda adalah antara Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera bagi membentuk Selat Melaka iaitu kira-kira 1,000 tahun lalu. 

Selat Melaka asalnya adalah dari rangkaian sistem Sungai Melaka di Benua Sunda satu ketika dahulu.

Dalam catatan pengembara Portugis, Claudius Ptolemy, air Selat Melaka ketika itu masih cetek hingga membolehkan orang menaiki perahu dari Semenanjung Tanah Melayu ke pulau Sumatera.

SUMBER :Dzulkarnain Taib

YANG ADA HANYALAH DIA

Berselirat fahaman berbeda pendapat,
Dalam menongkah kewibawaan DHUNIA,
Jangan dicerca dalam katanya,
Surati kalam penuh jawapannya,
Andai diberi peluang juga masa,
Masih tersepit dalam nada tubuhnya,
Hanya pandai berbicara agama,
Untuk kepentingan dirinya sahaja,
Bukan dikupasi dalam akalnya,
Bergantung semata dalam tulisannya,
Baca dan hafal bukan jalannya,
Untuk menengking disekelilingnya,
Manusia kurniaan terbaik DARI-NYA,
Berbekalkan NAFSU dan juga AKALNYA,
Bawalah diri berjalan atas DHUNIA,
Berbakti selagi hayat yang ada,
Janganlah jadi Daun Kering namanya,
Berterbangan hilang entah kemana,
Kukuhkanlah perpaduan kita,
Atas kalimah NUSA dan AGAMA,
Ini bukan cerita atas kita,
Yang tetap HANYALAH DIA....


Sumber : 
Kamal Azzaynee Mustafa

"RAJA KAMI YANG JAGA KAMI DAN RAJA KAMI AKAN KEMBALI"



Setiap apa yang dijadikan dialam ini mempunyai fungsi masing-masing samaada ianya datang dari mula yang baik atau mula yang jahat. Raja Melayu adalah simbol kehadiran dan kewujudan Melayu itu sendiri diatas muka bumi ini. Hanya segelintir sahaja yang benar-benar berajakan Raja Melayu, yang lain hanya ikut-ikut sahaja tanpa mengetahui siapakah Raja Melayu yang sebenarnya dan apakah tugasnya menjadi tunggak orang Melayu. Raja Melayu adalah satu-satunya Raja yang ada di alam ini. Dialah penegak dharma suci kebenaran sejati.


Dialah sebab turunnya orang Melayu ke muka bumi ini sebagai rakyatnya, sebagai ganti dirinya menjadi pembela dharma, penegak kebenaran, menghukum kejahilan dan mereka yang merosakkan bumi ini dan memperhambakan manusia lain untuk kepentingan bangsanya atau dirinya. Inilah sebab kita Melayu beraja dan sebab kita orang Melayu ada.

Memahami Melayu tanpa mengenal Rajanya adalah mengenal malam tanpa memahami siang. Mengenal Raja Melayu mengenal akan hakikatnya kita sebagai orang Melayu. Raja itulah kuasapemerintahan dan penaung akan seluruh warga Melayu Dunia dan Bunia. Mereka yang tiada pernah mengenali akan dirinya sebagai orang Melayu sudah tentu tiada akan memahami akan apa yang tertulis disini.

Oleh itu wajiblah kita orang Melayu mengenal diri kita sendiri dan memahami hakikat Melayu itu apa. Barulah sempurna pengenalan kita akan ertikata Melayu dan kenal asal usul kita dan kenal sejarah kita dan akhirnya kenal akan fitrah kita sebagai Melayu.

Petikan daripada Falsafah Melayu - Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Widjoyo.