Mar 12, 2014

EMAS DAN BERLIAN SEBAGAI SIMBOL KEKUASAAN KERAJAAN

Petikan Sumber : http://militaryofmalaysia.net/2013/07/emas-dan-berlian-sebagai-simbol-kekuasaan-kerajaan/
Nota Penulis : Hehehe, anda semua dok bercerita tentang harta raja-raja Melayu. Kami dah sampai peringkat mengeluarkannya dengan kunci-kunci yang membuka semua kod-kod rahsia harta permata dan emas di Tanah Melayu ini. Selebihnya menjadi rahsia, anda baca sahajalah blog ini dan ikuti perkembangannya.
1. Setiap pemimpin atau penguasa sesuatu tamadun sentiasa mengaitkan emas dan berlian serta batu permata lain seperti delima, zamrud atau nilam sebagai simbol kekuasaannya.
2. Batu-batu bernilai ini diletakkan di alatan kebesaran atau perang seperti mahkota, cokmar, pedang, keris dan juga di makam-makam.
3. Di era penjajahan British, sebenarnya persahabatan antara Raja-Raja Melayu dan Raja/Ratu British bukanlah hanya atas dasar tanah jajahan dan tuan penjajahnya sahaja.
4. British banyak menyumbang kepada perkembangan Negara dan tidak dinafikan tinggalan bersifat negatifnya juga ada yang boleh kita kaji dan timbang sendiri.
5. Walaupun pada dasarnya, British menjajah dan menjarah hasil bumi kita tetapi terdapat juga kenangan atau cenderahati (‘gift’) berharga yang diberikan kepada Raja-Raja Melayu.
6. Walaupun hampir semua ‘gift’ ini hilang, disorokkan atau dirampas-kembali oleh agen British (mungkin dengan atau tanpa arahan Istana British) tetapi yang berhak tetap mendapat haknya kembali.
7. Antara ‘gift’ yang paling berharga adalah ‘Berlian 3 Beradik’ dan dipercayai dihadiahkan oleh Queen Victoria semasa era pemerintahannya kepada Raja-Raja Melayu.
8. Kemungkinan besar ianya sekitar era akhir pemerintahan Baginda Ratu (memerintah dari 1837 hingga 1876) dan di waktu itu, Sultan yang memerintah Selangor adalah Almarhum Sultan Abdul Samad (memerintah dari 1857 – 1898).
9. Berlian 3 Beradik ini merupakan berlian berpotongan sempurna dengan sulungnya berwarna kuning (yellow diamond) dengan berat sekitar 220 gram (1,100 carat), berlian kedua berwarna ungu-merah jambu (purple-pink diamond) dengan berat sekitar 200 gram (1,000 carat) dan yang ketiga, berlian jernih (colourless) yang beratnya kurang sedikit dari 200 gram.
10.Harga semasanya memanglah di luar kemampuan ramai tetapi secara moralnya ia tidak mempunyai harga pasaran kerana ia tidak ‘layak’ untuk didagangkan dengan wang ringgit atas sifat nilai kedaulatannya dan juga atas sifat persahabataan.
11.Semua berlian ini tertanam di lokasi yang khusus atas tujuan juga khusus yang tidak perlu diulaskan di sini.
12.Dengan limpah kurnia-Nya, In shaa Allah kesemua berlian ini akan kembali menaiki singgahsana Negara untuk menjadi barangan kebesaran Di Raja sedikit masa lagi apabila pemilik sementara barunya yang berjaya mengaturkan penzahiran berlian ini keluar dari persembunyiannya menyembahkan berlian-berlian ini ke Istana Negara (Persekutuan), sesuai dengan wasiat tak kala ianya dikeluarkan.
13.Marilah kita sama-sama mengamati keindahan warisan Negara ini iaitu jujukan foto satu dari tiga beradik yang dinyatakan di atas dan serta bersama mensyukuri nikmat-Nya kerana permata yang hampir satu setengah abad ini terbenam dapat muncul kembali untuk tatapan kita semua dengan kebesaran mukjizat yang diturunkan kepada umat Muhammad SAW (Al-Quran).
14.Moga tiga beradik ini terus diperagakan sebagai simbol persahabatan kita dengan monarki British dahulu (walaupun ketika itu dalam konteks yang berbeda).
15.Jika tiada halangan, satu rencana ringkas berserta foto-foto yang lebih tajam akan digarapkan bagi mendokumenkan keseluruhan peristiwa ini untuk tatapan generasi akan datang bersama banyak lagi rahsia-rahsia terpendam Negara yang tidak ternilai harganya…
Apakah rahsia-rahsia itu…? Tunggu…! Sabarlah menanti wahai teman-teman sekalian….

MITOS DAN KEBENARAN SECRET FUND RAJA RAJA MELAYU

Petikan Sumber : http://militaryofmalaysia.net/2014/02/mitos-dan-kebenaran-secret-fund-raja-raja-melayu/

1. Selama saya membaca cerita tentang Dana Emas Raja-raja MelayuTabung Rahsia Raja-raja Melayu atau lebih tepat lagi “Malaya Funds”, macam-macam versi yang saya jumpa, ada yang kata nilainya sampai bertrilion dan ada yang kata nilainya sampai berzilion-zilion.
2. Wow…kalau sudah sampai ke tahap zilion atau trilion, tidaklah raja-raja kita tinggal dalam istana yang biasa-biasa sahaja, sudah tentu raja kita mampu mengupah askar upahan dari seluruh dunia untuk berperang dengan Siam, tidaklah perlu Kedah merempat di bawah Siam dahulu.
3. Saya senyum sahaja apabila terlalu ramai umat Melayu meletakkan harapan yang tinggi kepada dana emas ini yang kononnya boleh membangkitkan nusantara kembali.
4. Kalau sudah sampai ke peringkat bilion atau zilion dollar, agak-agak anda semua, berapa ribu kali kapal-kapal wap atau layar milik British nak angkut ratusan ribu atau jutaan tan emas dari Tanah Melayu ini untuk disimpan dalam bank tertua di dunia iaitu Bank OEngland.
5. Kapal kontena paling besar di dunia hari ini iaitu Maersk E dengan kelajuan atas 20 knots pun hanya boleh bawa180,000 tan kargo, jadi kalau kapal wap atau kapal layar zaman dulu, berapa tan sangat dia boleh bawa, paling tinggi pun 200 ke 1000 tan sahaja, jadi berapa “trip” dia nak buat dari nusantara sampai ke England untuk angkut ribuan tan emas tanpa sedikit pun menimbulkan syak wasangka pada pekerja dermaga dan anak kapal dari negeri-negeri Selat, Singapura, India dan juga London.
6. Sebagai contoh kapal stim terbesar yang belayar merentas Atlantik di antara New York dan Bristol pada lingkungan era 1800 dulu iaitu SS Great Western pun hanya mampu bawa 1,000 tan kargo sahaja.
7. …dan bukan semua kapal berkuasa stim, kapal dagang layar masih digunakan dan pelayaran dari Nusantara keEngland mungkin mengambil masa di antara dua bulan hingga ke enam bulan, jadi jika demikian, British memerlukan ribuan atau ratusan kapal berlayar serentak (kalau nak jaga kerahsiaan) untuk mengangkut ratusan ribu atau lebih dari berjuta tan emas untuk membawa kargo itu dari sini ke tempat simpanannya iaitu Bank Of England.
MENGAPA BANK OF ENGLAND?
8. Bank of England adalah di antara bank yang tertua di dunia ditubuhkan pada 1694 dan kerana raja-raja Melay terletak di bawah pengaruh British, maka bank tersebut dipilih untuk disimpan emas-emas milik raja-raja Melayu ini.
9.Selain dari ketiadaan sistem kewangan yang canggih di Tanah Melayu, ancaman Siam ke atas negeri-negeri utara seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak dan Pahang merupakan salah satu sebab mengapa raja-raja atau sultan di negeri tersebut menyimpan jongkong-jongkong emas mereka di dalam Bank Of England.
10.Raja-raja Melayu ini pula kebanyakkan bersaudara, bermula dari raja-raja Melayu di Tanah Melayu, simpanan emas diBank Of England ini kemudian merebak ke sultan-sultan Melayu lain di Sumatera yang memang terkenal kaya sampai ada kapal wap, serta kesultanan lain di Brunei dan juga Sulu.
11.Jadi moralnya, dana emas ini bukan sekadar milik raja-raja Melayu di Tanah Melayu semata-mata tetapi dikongsi juga dengan raja-raja Melayu lain di Indonesia.
DARI MANA EMAS ITU DIPEROLEHI
12. Raja-raja Melayu ini mendapat kekayaan mereka melalui projek perlombongan emas yang mana kita tahu bahawa ada banyak emas di Tanah Melayu ini dan antara raja yang aktif melombong emas adalah Kesultanan Johor kerana itu kesultanan ini mempunyai sejarah yang agak hebat dan agak kaya.
13.Emas-emas ini pulak dilombong memakai teknologi insani seperti mendulang yang dibuat menggunakan kerahan tenaga hamba, penjenayah atau tahanan perang jadi….hasil emas yang diperolehi mungkin setakat berapa puluh atau ratusan kilogram sebulan sahaja.
14.Tidaklah raja-raja Melayu ini menggunakan teknologi jin yang mampu angkut bertan-tan emas seperti Nabi Sulaiman, kekayaan raja atau sultan Melayu ini pun bukanlah datang dari simpanan emas atau permata yang hilang milik Nabi Sulaiman, Nabi Musa atau Qarun.
15.Saya fikir mungkin ramai yang terkeliru di antara cerita Malaya Funds (klik sini mungkin surat pekeliling dalam Kementerian Kewangan ini ada terkait dengan dana tersebut) atau Dana Emas Raja-raja Melayu ini dengan kisah harta kekayaan Nabi Sulaiman yang tidak dijumpai, tidak mengapa, jika diizinkan Allah, saya akan bukak bab itu kemudian kerana kesemuanya terkait dengan piramid.
BERAPA JUMLAH EMAS YANG DISIMPAN
16.Cerita Dana Emas Raja-raja Melayu atau Malaya Fund ini bukanlah rahsia sangat sampai orang tidak tahu jumlahnya, kerajaan Malaysia terutama bekas Perdana Menteri seperti Tun Dr Mahathir Mohamad tahu.
17.Sila rujuk link ini yang dipercayai terkait dengan dana tersebut. Mengikut maklumat yang disampaikan kepada saya, kekayaannya mungkin pada sekitar US100 bilion pada hari ini. Jumlah emas yang disimpan berada dalam sekitar 300 ke 400 tan sahaja (mungkin itu jumlah emas milik raja-raja di Tanah Melayu sahaja tanpa dicampur kekayaan emas dari milik Kesultanan Melayu di SumateraBrunei dan Sulu)
SIAPA PEWARIS SEBENAR DANA INI
18.Janganlah perasan bahawa dana ini adalah milik rakyat, milik saya atau milik anda. Emas atau jika dipulangkan dalam bentuk tunai sudah tentu ada pemiliknya iaitu kepada keturunan raja-raja Melayu ini.
19.Tidak lojiklah jika moyang anda yang sangat kaya menyimpan dalam bank, apabila dia meninggal dunia, kekayaan itu kemudian direbut oleh orang yang tidak ada kena mengena dengan anda atau pun dengan moyang anda itu.
20.Anda dilahirkan sebagai orang miskin dan berketurunan dari moyang anda yang miskin, jadi realistiklah…dana ini bukan milik anda, ada pewarisnya.
DANA EMAS RAJA MELAYU DAN BANK DUNIA
21.Selepas Perang Dunia PertamaEropah termasuk British yang sebenarnya dikuasai oleh Rothchild telah memujuk raja-raja ini yang kemudian diberikan status yang istimewa dalam The Comitee of 300 untuk digunakan bagi asas penubuhan Bank Dunia.
22.Bank Dunia yang diaktifkan selepas Perang Dunia Kedua bukanlah ditubuhkan semata-mata menggunakan emas milik raja-raja Melayu tetapi dari pelbagai sumber kekayaan lain dari orang lain samada individu, kerabat diraja atau negara.
23.Mana mungkin Eropah yang melalui dua peperangan yang amat membangkrapkan mampu menubuhkan bank dunia kecuali dengan kekayaan ini.
DANA EMAS RAJA-RAJA MELAYU DAN NASIB MEREKA
24.Kita tahu,,,British, Rothchild semua bekerja untuk satu pihak iaitu Iluminati.
25.Iluminati ini menguasai pelbagai sistem kewangan dan politik, matlamat mereka adalah untuk membolot kekayaan dunia dan mereka memperkenalkan pelbagai sistem dunia seperti demokrasi, sosialis, komunis dan lain-lain lagi.
26.Golongan ini mahu membolot kekayaan dan telah melakukan pelbagai cara termasuklah pembunuhan.
27. Semoga Allah mencucuri setiap roh yang terpisah dari badan akibat ketamakan manusia yang berebut kekayaan dariTabung Rahsia Raja-Raja Melayu ini dari zaman selepas Perang Dunia Kedua dan kematian agen-agen kerajaan Malaysia yang berusaha untuk memulangkan sebahagian dari harta tersebut kepada yang hak.
28. Artikel ini ditulis oleh saya, Shahpaskal untuk memperingati raja-raja Melayu dan ribuan kerabat mereka yang dibunuh oleh komunis di Sumatera, Indonesia dan artikel ini ditulis sebagai kata-kata aluan untuk kebangkitan keturunan dari waris yang hak di tanah bertuah ini yang akan berlaku dalam tempoh sedikit sahaja masa lagi (setahun dua ini).
29. Raja-raja Melayu yang dibunuh itu ialah Sultan Bidar Alam Syah IV, Sultan Mahmud Aman Gagar Alam Syah, Yang Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah, Kesultanan Serdang Asahan, Kesultanan Deli dan Yang Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah.
30. Darah tidak terhenti setakat itu sahaja, ribuan sanak saudara, permaisuri dan puteri-puteri serta waris mereka dibunuh dengan zalim, yang wanita dirogol dan dicabul, yang lelaki dipancung dan dibakar, habis istana dan harta milik raja- raja ini dijarah dan dibakar atas nama kehendak RAKYAT.
31.Saudara-saudara sekelian, ini sebenarnya adalah penjarahan dan pembunuhan untuk satu perkara iaituPENGHAPUSAN WARIS.
32.Rakyat atau orangramai adalah satu kelompok yang paling mudah dimanipulasikan dengan hanya mempermainkan emosi dan inilah yang sedang berlaku di Tanah Melayu.
33.Artikel ini juga ditulis untuk memperingatkan bahawa komunis adalah alat kerja Freemason dan Iluminati yang sentiasa bergerak bersama rakyat, sentiasa melaungkan kuasa rakyat.
34.Kekayaan dunia pada ketika itu bersandarkan emas dan melalui tipu muslihat yang berjalan sehingga ke hari ini, pergerakkan Zionist, Iluminati dan Freemason telah berjaya menguasai 2/3 dari emas-emas dunia kecuali 1/3 yang hilang menunggu masa untuk ditemui.
35.Emas-emas yang hilang ini kebanyakkan berkedudukan di nusantara dari Kemboja, Tanah Melayu, Indonesia sehinggalah ke Sulu dan golongan jahat ini percaya melalui anasir-anasir ghaib mereka bahawa di sini di Nusantarainilah
kekayaan Nabi Sulaiman disembunyikan.

36.Maka Iluminati melalui komunis cuba membolot semua emas ini, Iluminati melalui komunis mesti berkuasa di Indonesia dengan menghapuskan Raja-raja Melayu.
37.British di Tanah Melayu pula mesti menjalankan muslihat dan cuba menghapuskan kuasa Raja-raja Melayu dan dalam dunia Iluminati, Tanah Melayu itu disebut Malaysia tetapi nama Malaysia yang ada pada hari ini bukan menunjukkan agenda Iluminati itu berjaya dilaksanakan, mungkin kerana “Sodap Bunyinya” maka nama itu dikekalkan, hehehe.
38.Maka berlaku peristiwa yang menyayat hati….habis kesemua Raja-raja Melayu dan kaum kerabatnya disembelihmaka kesemua emas yang sepatutnya dipulangkan balik kepada yang empunya hak iaitu Raja-raja Melayu atau warisnya di Sumatera habis dibolot oleh Iluminati.
39.Di Sulu pula, Kesultanan Sulu (Bukan Kiram yaaa) tamat kekuasaannya apabila Raja terakhirnya meninggal dunia dan kesultanan itu berpecah-pecah tanpa mendapat pengiktirafan kerajaan Filiphina.
40.Tanpa pengiktirafan, dana emas ini tidak dapat dipulangkan.
41.Tinggallah Raja-raja Melayu di Malaysia dan Brunei.
DANA RAJA-RAJA MELAYU DAN MAHATHIR
42.Sekitar tahun 90an, sebahagian dari dana ini mahu dipulangkan ke Malaysia dan Perdana Menteri ketika itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamad.
44.Sebagai pemimpin yang bijaksana dan tahu kisah dana ini, Tun telah mengarahkan seorang kapten dari tentera darat yang menjadi agen rahsia kerajaan pada masa itu. Saya cuma boleh perkenalkan beliau melalui singkatan namanya sahaja iaitu M.S.
Sorry ya, contact saya provide salinan I.C watak dalam cerita ini tapi dia mintak saya censored semua maklumat dalam IC. Adehhh, baik tak payah bagi IC macam ni...haha
Sorry ya, contact saya provide salinan I.C  agen rahsia bernama M.S iaitu watak dalam cerita ini tapi dia mintak saya censored semua maklumat dalam IC. Adehhh, baik tak payah bagi IC macam ni…haha
45.M.S bergerak ke England dengan abang kandungnya (juga agen rahsia)  serta beberapa orang lagi (jumlah sekitar empat atau enam orang).
46.Menjelang pertengahan tahun 90an, geran dari dana ini berjaya diperolehi untuk diserahkan kepada Perdana Menteri.
47.Tun kemudian mengarahkan seseorang yang berjawatan penting bertaraf Menteri ketika itu untuk berusaha membawa dana itu pulang, bagaimanapun atas dasar kepentingan diri, Menteri tersebut dengan menggunakan pengaruhnya dalam IMF, World Bank telah mengalihkan dana itu ke dalam bank-bank di Indonesia dan Singapura.
48.Episod tersebut amat mengecewakan Tun Dr Mahathir Mohamad atas pengkhianatan yang tidak sepatutnya dibuat oleh menteri tersebut.
49.Pada masa yang sama juga, pihak Iluminati telah melakukan sabotaj ekonomi ke atas Malaysia supaya negara tidak dapat mengambil alih sebahagian dari dana tersebut.
50.Menteri tersebut tidak dapat menggunakan dana tersebut untuk hidup senang pun tetapi atas kesepakatannya dengan bank-bank tadi, bunga atau interest yang mungkin berjumlah jutaan ringgit setahun dapat masuk ke dalam koceknya.
51.Berbelas tahun kemudian, saya akhirnya dapat mengesan kewujudan dana tersebut apabila emas yang disimpan dalam bank-bank di Indonesia ini akhirnya digunakan pula oleh republik terbabit sebagai “colateral” untuk meningkatkan ekonominya.
52.Pada tahun 2011, Indonesia telah membantu bank dunia atau IMF dengan colateral berjumlah US 1 juta, satu jumlah yang dikritik oleh pemerhati Indonesia sebagai tidak lojik kerana duit itu sepatutnya diguna untuk membayar hutang negara. Sila rujuk link ini
53.Jadi dari mana, Indonesia mendapatkan sumber ini?
NASIB AGEN RAHSIA KERAJAAN M.S
54.M.S selepas berjasa kepada negara tiba-tiba cuba dipintas oleh pihak berkepentingan.
55.Habis identiti dan kehidupan peribadinya diselongkar, kemuncak…abang kandung M.S tersebut meninggal dunia dan dipercayai kematiannya ada terkait dengan unsur pembunuhan.
56.Khuatir dengan ancaman yang kini tidak boleh dianggap satu igauan ngeri semata-mata, maka berangkatkan lelaki penuh jasa itu melarikan diri ke luar negara.
57.Entah hidup atau tidak, kali terakhir, saya dengar…beliau menjadi warga negara kehormat di Thailand dengan diberikan perlindungan keselamatan sepenuhnya oleh Istana Siam.
EMAS TANAH MELAYU YANG DILUPAKAN
58.Seluruh Semenanjung Tanah Melayu mempunyai tinggalan emas yang sangat banyak (saya tidak maksudkan emas mentah atau emas alam ghaib) yang selalu sangat dipegang oleh peminat-peminat mistik di tanahair kita.
59.Keseluruhan emas yang dirompak penjajah bermula dari Portugis sampailah ke Jepun dan Inggeris yang dilarikan akhirnya tertinggal di Tanah Melayu dan tidak mampu dibawa pulang kecuali sedikit sahaja (Itulah Tanah Melayu ini mempunyai kedaulatan dan keistimewaan sendiri, apa pun semuanya atas izin Allah) maka sangatlah banyaklah emas yang tertinggal dalam hutan-hutan kita dan juga di lokasi-lokasi yang kita tidak pernah terfikir.
60.Emas dan harta karun ini suatu hari nanti akan dinaikkan ke atas muka bumi yang akan digunakan untuk kebangkitan Raja-raja Melayu, negara dan umat Melayu serta agama Islam keseluruhannya.
61.Ada dua faktor yang akan menaikkan keseluruhan emas ini iaitu “WARIS atau YANG ADA HAK” dan kedua,“KUNCI” dan ia dijaga pula dengan satu lagi perkataan  iaitu “KEDAULATAN”
62.Memandangkan kedua-dua kata kunci tadi saya tidak mahu cerita, apa pendapat saudara-saudara sekelian dengan takrifan dan apa yang anda faham dengan “KEDAULATAN”, ia datang dan pergi, siapa yang memberi daulat, siapa
yang menyokong daulat, siapa yang membantu gerangan orang yang mempunyai daulat?.Pendek kata…menatang apa sebenarnya DAULAT ini…hehehehe.

63.Keseluruhannya mempunyai kaitan dengan Rasulullah SAW yang tersembunyi dalam wasiat dan hadis rahsia yang saya ceritakan dulu serta terkait dengan keturunan Raja-raja Melayu melalu satu hadis yang kodnya saya pening sampai sekarang untuk dipecahkan.
64.Oleh itu janganlah dihina Raja-raja kita jika kita setakat tahu melalui buku sejarah, janganlah dihina barang yang kita tidak pernah kenal pun dan situasi yang memaksa mereka berbuat sesuatu yang kita pandang negatif seperti keahlian mereka pada Freemason.
65.Semua raja-raja Islam di dunia mempunyai nasab yang berketurunan Rasulullah tetapi semua digulingkan oleh rakyat sendiri dan tinggallah raja-raja Melayu kita….saya tidak dapat nafi, ada yang nakal dan menimbulkan kebencian rakyat tetapi kita berdoalah supaya raja-raja kita terus terpelihara kerana kesan dari kejatuhan mereka akan membiarkan geng yang lebih jahat berkuasa.

Feb 19, 2014

Feb 15, 2014

KOPERASI EKONOMI MELAYU NUSANTARA SELANGOR BERHAD: TWITTER KOPERASI EKONOMI MELAYU NUSANTARA

KOPERASI EKONOMI MELAYU NUSANTARA SELANGOR BERHAD: TWITTER KOPERASI EKONOMI MELAYU NUSANTARA: https://twitter.com/KoperasiMELAYU

KOPERASI EKONOMI MELAYU NUSANTARA SELANGOR BERHAD: FACEBOOK @ fb KOPERASI EKONOMI MELAYU NUSANTARA

KOPERASI EKONOMI MELAYU NUSANTARA SELANGOR BERHAD: FACEBOOK @ fb KOPERASI EKONOMI MELAYU NUSANTARA: https://www.facebook.com/koperasi.melayunusantara

KOPERASI EKONOMI MELAYU NUSANTARA SELANGOR BERHAD: PENUBUHAN KOPERASI EKONOMI MELAYU NUSANTARA SELANG...

KOPERASI EKONOMI MELAYU NUSANTARA SELANGOR BERHAD: PENUBUHAN KOPERASI EKONOMI MELAYU NUSANTARA SELANG...

INSTITUSI PENGAJIAN KEILMUAN MELAYU: FALSAFAH MELAYU

INSTITUSI PENGAJIAN KEILMUAN MELAYU: FALSAFAH MELAYU: MELAYU ITU ALAM, DUNIA PEMIKIRAN KETUHANAN, BUDAYA YANG MEMERINTAH PENGENALAN. Mengenal Melayu bererti mengenal kulit dan isinya d...

Bangkitlah Wahai MELAYU!: Sejarah Keturunan Melayu

Bangkitlah Wahai MELAYU!: Sejarah Keturunan Melayu: Sejarah Melayu adalah sejarah jika mengikut “chronology sequence” adalah sejarah yang meliputi akan asal mula ujudnya makhluk dibumi ini hi...

Feb 7, 2014

PERIBADI? KEPERIBADIAN?

Nukilan : Bila Kamal Berbicara

"Manusia diuji dalam penuh isi,
Membentuk keikhlasan dalam hati,
Rasa syukur menghadir mimpi,
Memahami apa yang telah terjadi,

Bukan serkap jarang mendahului,
Merapu dan menempik menggigit jari,
Hanya berkata tanpa ilmi,
Menunjuk diri tidak terperi,
Jadi manusia berlagak sana sini,
Mengata dia hebat sejati,
Memberi dalam penuh erti,
Seolah ada agenda tersembunyi,
Gadai diri hilang Identiti,
Bukan itu penanda aras diberi,
Tapi Hebat dan Terpuji intipati PERIBADI"...


apa itu PERIBADI? KEPERIBADIAN?

PULANG

Nukilan : 
Bila Kamal Berbicara

"Berwajah kita dalam samaran,
Nukilan terbaik dalam ciptaan,
Bijak berkata bukan paksaan,
Dalam diam penuh kelembutan,

Wujud tindak ada kebijaksanaan,
Jangan dihancur segala kepercayaan,
Menadah tangan dalam kehancuran,
Kelak nanti hadir penyesalan,
Kalam berkalam tersusun keindahan,
Lantang bersuara tegak kebenaran,
Janganlah pula berlainan susunan,
Dalam dan luar tidak sehaluan,
Hati tersimpan seribu penceritaan,
Menerima dalam semua kebaikan,
Tatkala resah tertutup penerimaan,
Jangan disalah pada persoalan"

Pejamlah MATA, tanya pada HATI,
Bijaksana pada tindakan,jalan ada DIHADAPAN!


Mahu pulang.....mahu pulang....



FIKIR BETUL vs RASA BETUL

Penulis : BUDAK KECIL





Renungan untuk Si Baju Kerawang


Penulis : BUDAK KECIL


Adalah disini kawan ingin bercerita sikit,kisah benar yang amat menyayat hati,dan kadang kala berlaku kepada kita setiap kali hari-hari... Kisah ini menceritakan sepasang anak dan ayahnya yang tinggal dihujung kampung tepi 7eleven, berginilah kisah mereka, 


Pengenalan akan kisah si ayah dan anaknya,


Ayah bernama Encik Kay manakala anaknya bernama Hussien,mereka dua beranak memiliki keperibadian yang suka menipu dan menjadikan tipu..(eh..kenapa pulak cerita diorang?),kisah mereka berdua merupakkan kisah rakyat yang pernah diceritakan dari mulut ke mulut suatu masa dahulu,....hmm gitu.

Kata si anak kepada si ayah "ayah boring la....,nak buat ape?ah, semalam dah makan,dah tido,dah bangun balik,boring betul la,saya ingat nak berubah la,nak jadi pilot,boleh jalan jauh sikit,tengok tempat orang...hmmm" sang ayah menjawab "sudah la anakku Hussien hentikan temberang kau itu,pemalas kaki temberang ada hati nak jadi pilot konon,hmm hentikkanlah keja2 menipu diri sendiri tu..."

Dengan nada yang keras "Hey ayah jangan,ko sekali-kali katakan diriku penipu,cerminlah diri sebelum hendak berkata,kalau ayah bukan seorang kaki penipu atau kaki temberang dah tentu saya boleh jd juruterbang orang putih kata pilot,dah tentu saya sekarang tengah terbang tinggi,tau haha faham x? Betul ke tak apa yang saya cakap nie?"

Sang Ayah menjawab "Jawapannya betul sebab Ayah tak keje pilot"

Maka begitulah kisah mereka sehari sehingga datang satu Arus Perubahan yang melanda.

Rintih Si Ayah "Kay,ayah ingat kita kena berubahlah,malu orang kampung tengok perangai kita anak beranak,takkan ayah nak biarkan legasi En Kay Penipu Besar & Keluarga Sdn. Bhd. terus berleluasa diatas muka bumi ini, ko ingan keje menipu orang nie mainstream corporate exercise macam Donald Trump Ke?

Si Anak menjawab kepada Ayahnya "ooo... Tahu pun malu,tahu pun takut dengan orang kampung,takut malu orang mengata kat dalam facebook,tapi takpe,niat yang bagus dan baik,Sekarang jugak Hussien menerima sepenuhnya keputusan ayah ...."

Si Ayah mencelah "nanti-nanti,itulah engkau selalu melulu dalam membuat keputusan,Ayah hendak berhenti menipu bukan sebab alasan yang tadi,ia adalah hasil olahan keputusan ayah sendiri,sebab kenapa mengapa,kita perlu berhenti menipu".

Si Anak menjawab "Ape2lah ayah,janji kita berubah,jangan berubah kerana orang,x bagus berubah kerana orang, ahh..tapi ayah,kenapa ayah nak berubah....serius nie tanye?

Jawab Ayah "Tiada Kesempurnaan,mencari kesempurnaan adalah jiwa ayah"
Anak Mencelah " maksudnya dengan tidak menipu ayah akan dapat kesempurnaan"

Ayah Menerangkan " Bukan anakku,kan tak faham lagi, Aku ingin berhenti menipu kerana Aku Tahu,Bila Aku Menipu,Aku Tahu Aku Tipu,Kemudian Aku Berpura-pura Aku Tidak Tipu,Sedangkan Aku Tahu Aku Sedang Menipu, disinilah maksud Aku Tadi anakku Hussein,Tiada Kesempurnaan didalam Hidup kita ini,walaupun hidup menjadi Penipu Yang TerKenal atau Kaki Temberang Yang Terbilang,inilah yang aku nak cakap Hussien fikir betul dan rasa betul takde beza pun dengan fikir tipu atau rasa tipu,hmmmm....alaalahai.."

Anak Berfikir lantas mengeluarkan satu kenyataan " ok macam gini,kita boleh tipu lagi ke atau tak boleh tipu jawab senang2 je."

Ayah menjawab "la x paham lagi...mestilah x blh tipu"

Maka kedua beranak itu berjanji untuk bertemu semula di sebatang sungai belakang hotel I-Sun,untuk menjalankan upacara taat setia akan berubah dan tidak akan tipu lagi,...

Keesokkannya mereka bertemu ditempat yang dijanjikan (suasana petang tepi sungai cantik).

Ayah pun menerangkan akan tatacara ritualnya " ha,okey sampai dah,mulai saat ini selepas ko menyelam didalam sungai ini,ketahuilah engkau sudah menjadi manusia yang baru,manusia yang mengejar akan kesempurnaan didalam hidupnya, ingat anakku ambil sikap jiwa yang tenang,masuklah kamu ke dalam dunia baru,semasa menyelam didalam sungai ini,bayangkan penyucian,selepas kamu keluar dari sungai engkau bukan dirimu yang dahulu....faham ke tak nie,ape yang aku cakap,jangan main senyum macam orang yang baca cerita nie....".

Anakanda menjawab "faham ayahku,terasa sebak dan sedih pula diri hussien ini,tak tau kenapa,meremang pun ada, ada apa2 pesanan tak,niat ke mantra yang hendak dibaca?

Si Ayah menerangkan kembali " Tiada apa2 anak ku,CUMA CUKUPLAH KAMU BENAR-BENAR YAKIN,KAMU TIDAK LAGI MENIPU DAN ITULAH KESEMPURNAAN, sekarang pergilah engkau menyelam kedalam sungai itu sebagai tanda penyucian dan janganlah kamu terlalu lama didalam air kerana yang peling penting adalah KEYAKINAN KAMU,nah...pergi..."

SiAnak pun masuk kedalam sungai,sambil asyik menikmati panorama kehidupan sungai yang penuh warna warni,hampir terlupa ia sudah terlalu lama didalam sungai lantas si anak pun keluar ke daratan......

Tanya Si Ayah kepada Si Anak "Hai lama benar ko dalam air,kan ayah dah pesan tak perlu lama-lama,yang PENTING YAKIN,KERANA YAKIN ITULAH TANDA KESEMPURNAAN.

jawab si anak kepada ayahnya " la...tak nampak ke orang ini cukup Yakin,Berapa lama orang dalam air,kalau tak yakin takkan duduk dalam air lama-lama",

Si Ayah bertanya pada anaknya lagi "ko buat ape dalam air lama-lama"
Jawab Si Anak " Tak nak tanya dulu,ayah nie,yakin ke tak yakin dulu sebelum orang cerita? Sebab Yakin itu tanda Kesempurnaan,macam gini ceritanya,masa turun dalam air tadi kita,...kita,kita jumpa kawan lama,dia ajak minum air jap kat kedai,cerita-cerita sikit,minta maafla itu la yang lama...."

SiAyah dengan tenang terus turun ke dalam air dengan Yakinnya mudah-mudahan hajatnya mencapai Kesempurnaan,maka turunlah si ayahnya ke dalam sungaisambil asyik menikmati panorama kehidupan sungai yang penuh warna warni,hampir terlupa ia sudah terlalu lama didalam sungai lantas si ayah pun keluar ke daratan......semasa bergegas naik ke daratan si ayah terlanggar tunggul kayu sehingga luka akan kepalanya,

sampai di daratan anaknya bertanya kepada ayahnya " Eh ayah kenapa ayah lama sangat didalam air,kenapa pula kepala ayah berdarah ".

Jawab si ayah dengan tenang dan yakinnya " Kot yer pun ko jumpa kawan,nak minum air ke nak lepak mamak,bawalah duit,sebab ko dua orang tadi minum tak bayar taukey kedai tu pukul kepala ayah" Jawab Si Ayah dengan penuh yakinnya.

MAKA BERGITULAH KISAH SI AYAH DAN SI ANAKNYA,SELEPAS SELESAI UPACARA MEREKA TERUS PULANG KERUMAHNYA DI SEBELAH 7ELEVEN DENGAN PENUH TENANG DAN YAKINYA...

TARAA TAMAT(Penat Menaip)

Jan 22, 2014

PORTUGIS KAUT HARTA SULTAN MELAKA TIGA BILION DOLAR SEPANYOL


Kekayaan harta benda bangsa Melayu yang menyebarkan tamadun ke seluruh dunia tidak ternilai banyaknya.

Di Nusantara sahaja timbunan simpanan emas, batu permata dan intan berliantermasuk harta aset kekal yang dimiliki oleh raja-raja Melayu sejak zaman berzaman tidak terhitung banyaknya.

Harta benda yang dipusakai sejak dinasti-dinasti awal Melayu seperti Sriwijaya, Majapahit dan Melaka tersimpan di merata pelusuk alam Melayu.

Juga tamadun-tamadun yang ada hubungkait dengan bangsa Melayu seperti Mesopatamia, Lembah Indus, Mesir Kuno, Aztec, Maya, Olmec dan rangkaian kerajaan-kerajaan lama diseluruh dunia juga menyimpan banyak sekali harta terutamanya simpanan emas.

Sehingga di terbitkan filem berjudul 'King Solomon's Mines' pada tahun 1985 yang menceritakan pencarian lombong emas dan istana Raja Sulaiman (Nabi Sulaiman) yang bersalutkan emas dan intan permata.

Semua ini adalah gambaran berapa tahap kekayaan yang dimiliki oleh kerajaan-kerajaan yang wujud ribuan tahun dahulu.

Malangnya banyak daripada harta-harta ini telah dirompak dan dicuri oleh penjajah-penjajah Barat apabila mereka membuka laluan laut baru.

Setiap pelayaran mereka dilengkapi dengan kapal perang yang serba lengkap dari segi pensejataan.

Mereka menggunakan muslihat perdagangan tetapi sebenarnya adalah tujuan merisik kekayaan negeri yang di terokai dan kemudiannya memulakan strategi untuk menjajah dan merampas segala kekayaan yang ada serta membunuh penduduk asal negeri itu.

Contohnya ketika penjajah Inggeris menerokai baru yan dikenali sebagai Amerika Syarikat sekarang, terdapat lebih 60 juta puak Red Indian tetapi selepas tanah dan kekayaan mereka dirampas serta berlaku pembersihan etnik kini hana tersisa 800,000 orang sahaja.

Kajian terbaru mitochondria DNA oleh HUGO mengesahkan puak Red Indian adalah juga dari bangsa Melayu kerana DAN mereka adalah sama seperti leluhur Melayu dari Senoi dan Semang.

Bangsa Melayu adalah ciptaan Tuhan yang amat teristimewa sebab itulah bangsa ini tidak putusputus dicemburui dan dikhianati oleh manusia di dunia atas sifat baik hati, bertolak ansur, cepat mempercayai dan mengenang budi.

Musuh bagaimanapun menggunakan kelebihan yang ada pada bangsa Melayu bukan untuk saling berkawan tetapi sebagai senjata untuk memusnahkannya.

begitu juga yang dilakukan oleh Portugus terhadap Melaka.

Mula-mula mereka datang dengan rendah diri memperkenalkan diri dengan niat untuk menjalin hubungan tetapi lama kelamaan terserlah objeftif sebenar untuk menjajah.

Ketika Alfonso D'Alburquerque menyerang Empayar Melaka dan akhirnya menakluknya pada 1511, antara perkara pertama yang dilakukan ialah menyelongkar kesemua istana dan gedung milik Sultan Mahmud Syah dan mengangkutnya ke atas empat buah kapal.

Salah satu kapal yang digunakan untuk mengangkut harta rampasan perang milik sultan Melaka ialah Flor de la Mar yang turut mengambil bahagian dalam serangan laut terhadap empayar itu.

Penulis dan pengembara Portugis, Tome Pires dalam bukunya Suma Oriental of Tome Pires menceritakan daripada empat buak kapal yang penuh dengan muatan harta kekayaqn Melaka, hanya sebuah sahaja yang selamat sampai ke Lisbon, Portugal.

Tiga daripadanya hilang di lautan - Flor de la Mar, dalam perjalanan dari Melaka ke Goa, India, karam di pesisir perairan Sumatera timur di Selat Melaka berdekatan negeri Pasé (Pasai).

Ia terperangkap tanpa diduga, dalam ribut yang dahsyat menyebabkan kapal itu rosak teruk dan terbelah dua lalu karam pada 20 November 1511.

Kesemua harta dalam bentuk jongkong emas, perhiasan daripada emas dan intan berlian serta singgahsana sultan bersalut emas tenggelam di dasar lautan.

Di samping korban nyawa yang banyak, anggaran harta milik Sultan Mahmud Syah yang tenggelam bersama kapal Flor de la Mar adalah sekitar 3,000,000,000 (tiga bilion) dolar Sepanyol.

Antara yang karam termasuk patung emas singa bersaiz sebenar milik sultan Melaka.

Kesemua harta rampasan itu tersimpan di dalam beratus_ratus kotak besar di atas kapal Flor de la Mar.

Suma Oriental menyenaraikan harta milik empayar Melaka yang dirampas oleh D'Albuquerque antara lain:

1. Perempuan perempuan pakar penenun kain
2. Anak-anak perempuan Bangsawan Melaka (Tun Fatimah dikatakan turut diculik dan dibawa menaiki Kapal ini, tapi mati semasa kapal itu karam)
3. Tiang tiang Istana Melayu Melaka yang dihias dan dilepa dengan emas dan perak
4. Tandu gajah sultan Melaka yang disepuh emas
5. 600 tan jongkong emas serta barang kemas
6. 7 meja berkaki emas 
7. Gelang Sakti Nakhoda Beego
8. 6 buah patung singa tembaga besar hadiah Maharaja Cina
9. Baju perisai perang berkain baldu, senjata, dan topi besi berhias indah
10. Baju2 berkain baldu dan sutera
11. Mangkuk mangkuk perak
12. 2 pasu emas besar
13. Perabot-perabot kayu berikuran indah 
14. 200 kotak mengandungi batu permata seperti berlian, zamrud, delima, nilam dan lain-lain permata yang berharga. Berlian yang dicuri ada yang bersaiz sebesar genggam manusia.

SUMBER : Dzulkarnain Taib