EMAS DAN KEBANGKITAN NUSANTARA


EMAS DAN KEBANGKITAN NUSANTARA



Penulis : Ini artikel dari sifu saya dalam bidang ekonomi akhir zaman dan harta karun yang saya gelarkan, “Master Planner”, kang letak nama betul, kantoi pulak. Untuk bulan ini kita fokus kepada alam Melayu, malas nak buat cerita militari, nanti orang gaduh pasal demam politik tidak turun lagi suhunya.
Saya harap para pembaca akan dapat membuka minda, artikel ini membatalkan banyak teori yang berlegar di dalam internet. Ini bukan teori, ini realiti dan ada segelintir rakyat Malaysia (Melayu Islam) yang terbabit dalam membantu negara, bangsa dan agama untuk peperangan sulit melawan Iluminati ini.
1. Ramai dari kita telah menonton malah berkali-kali epic bersiri Indiana Jones oleh George Lucas yang mengisahkan seorang ahli kajipurba bernama Dr. Henry Walton “Indiana” Jones, Jr yang tak ada kerja lain selain memburu harta karun.
2. Orang yahudi seperti George Lucas ini pandai bermain sentimen kerana dengan membuat cerita-cerita berkenaan, ia seolah-olah mengesahkan bahawa harta karun ini adalah milik mereka berdasarkan sejarah Nabi Sulaiman A.S (King Solomon).
3. Raja-raja Eropah tahu perihal Nusantara ini setelah diberitahu oleh kumpulan rahsia ahli sihir penyembah Iblis mereka kerana gurunya, Dajjal The AntiChrist telah lama tahu tentang Dunia Melayu ini dan ke mana keturunan Rasullullah s.a.w memulakan kehidupan baru mereka walhal di kala itu dokumentasi yang boleh dirujuk hanyalah terhad kepada manuskrip mitos Nusantara kuno yang tersimpan di Perpustakaan Diraja Iskandariah (Elexandria Library), Mesir.
4. Maka dengan itu, berlumbalah kaum penjajah Eropah beserta bala tenteranya ini ke Nusantara dan kita terjajahlah bermula dari kejatuhan Melaka di tahun 1511 kepada bangsa Portugis, kemudiannya Belanda (bermula 1641), kemudian Inggeris (dari 1824) sehingga kekalahannya kepada Jepun (Disember 1941) dan bermulalah pentadbiran ketenteraan Jepun secara rasmi (15 Febuari 1942 hingga 12 September 1945 – kekalahannya dalam WW2).
5. Juga dari hasil kajian dan pemerhatian kepada wahyu Allah SWT dan hadis-hadis Rasullulah SAW, berjayalah kaum penjajah ini menjumpai Negara kita – Negara yang kaya dengan galian ‘EMAS’nya. Sila ikuti entri berkaitan Tanah Ophir di blog ini (AKAN DATANG SHAHPASKAL TULIS)
CERITA BARU EMAS PERANG TANAH MELAYU
6. Harta karun EMAS yang selalunya dirujuk kepada emas fizikal yang telah dimasak dan dibentukkan sama ada kepada barangan siap (cincin, loket, rantai dan seumpamanya) atau separuh siap (jongkong atau bar) tetapi telah terbenam ke dalam bumi untuk kesekian lamanya.
7. Banyak juga mengistilahkan harta karun ini kepada harta alam bunian – tetapi hal ini sukar dibuktikan secara lahiriah.
8. Hampir keseluruhan fenomena harta karun berkait rapat dengan kewujudan elemen ketenteraan atau peperangan sama ada pergaduhan dalam keluarga seperti perebutan takhta, antara puak/kaum, negara atau blok pakatan ketenteraan.
9. Akta Warisan Kebangsaan 2005 hanya menyebut…”harta karun” ertinya apa-apa wang, syiling, emas, perak, saduran,barang kemas bulion, batu berharga atau apa-apa objek atau benda bernilai yang dijumpai tersembunyi dalam, atau dijumpai dalam apa-apa jua yang melekat pada, tanah atau dasar sesuatu sungai atau tasik atau laut, yang tuan punyanya tidak diketahui atau tidak dapat dijumpai, tetapi tidak termasuk apa-apa warisan kebudayaan ketara;
10.Malaysia adalah satu dari bumi yang panas dengan konflik perebutan antara pelbagai Negara kerana kekayaannya seperti dinyatakan dalam tanah Ophir nanti dan pastinya banyak timbunan harta karun ini.
11.Terdapat 3 era harta karun ini iaitu era pertama – sebelum Revolusi Perindustrian (sebelum 1750), era kedua – bermulanya Revolusi Perindustrian (1760) sehingga Perang Dunia Pertama (WW1) dan era ketiga – WW2 (1920an – 1845).
EMAS ERA PERTAMA
12.Era pertama, harta karun kebanyakannya barangan siap yang merupai patung-patung atau artifak, syiling dan ketulan-ketulan emas tidak seragam dan kebanyakannya terdampar di dasar laut akibat kapal pengangkutnya karam.
13.Era ini lebih merujuk kepada era emas digunakan hanya sebagai logam konvensional yang berharga untuk dibuat hiasan, barang pemujaan, bahan-sadur kubah stupa dan kuil/tokong dan juga matawang.
ERA EMAS KEDUA
14.Era kedua lebih merupakan ketulan emas yang dijongkongkan dengan tujuan untuk dibawa pulang ke Eropah untuk kegunaan rezab matawang dan industri, di masa ini juga (tahun 1776) , Illuminati dilahirkan oleh Adam Weishaupt di Ingolstadt (Upper Bavaria), Germany iaitu bandar industri yang mana bandarnya terkenal dengan jenama kereta Audi dan jirannya, BMW.
15.Walaupun dunia mengetahui tentang Protocol of Zion dan kerap dinafikan, elok bagi kita mengetahui bahawa Protokol ke-22 jelas mengatakan bahawa kekuasaan mutlak terhadap emas adalah kunci kepada kawalan ekonomi dunia (sILA SEMAK)
16.Bagi Tanah Melayu, emas dan perak (sejarah Negeri Perak…?) serta timah amat-amat diperlukan Inggeris untuk membangunkan negeri asal penjajah – terutama bagi menyahut keperluan industri yang baru meletup dengan bermulanya Revolusi Perindustrian (1760) serta penyusunan dan pembangunan semula bandaraya London untuk menjadi hub perniagaan selepas hampir sepenuhnya diranapkan oleh kebakaran besar pada 1666 (dikenali Great Fire of London).
17.Penjarahan harta Nusantara oleh Inggeris ini mesti dilakukan dengan drastik dan Belanda waktu itu, menyorak Inggeris kerana Great London Fire ini dikatakan lebih kepada hukum karma pembalasan atas kekejaman Inggeris membakar bandar di Belanda (Holmes’s Bonfire) ketika Perang Anglo-Belanda Kedua tetapi dua negara ini berdamai untuk menyaingi Portugis yang akhirnya bersetuju, Belanda menjajah Indonesia dan Inggeris di Tanah Melayu.
18.Berlanjutan di Tanah Melayu, Inggeris berjaya mengambil-alih Tanah Melayu dari Belanda dan Inggeris mula membawa teknologi perlombongan arang batu dan timah secara terowong dan shaf di Selatan Wales ke Tanah Melayu dengan tujuan mengekstrak emas, perak dan timah secara besar-besaran selain lombong terbuka kering dan basah (kapal korek khusus untuk timah).
19.Maka, berjayalah Inggeris menjarah harta kekayaan emas di Tanah Melayu sedangkan Belanda gagal kerana ‘keliatan’ bangsa Melayu, disebabkan Belanda datang dengan misi ekonomi bercampur penyebaran agama mereka tetapi Inggeris tidak menyentuh hal pengembangan agama mereka secara nyata kepada umat Melayu (Islam).
20.Sebahagian emas yang diperolehi dihantar ke England kerana di waktu itu, Bank of England ketandusan emas dan banyak dibiayai oleh bank milik Rothschild, yang juga datuknya anak didik Adam Weishaupt (silalah buat rujukan lanjut…).
21.Oleh kerana penjelajahan dan penjarahan Inggeris ini di Tanah Melayu, kerajaan Inggeris pada dasarnya tidak berkemampuan dan tentunya dibiayai oleh Rothschild kerana prinsipnya mudah, untuk kerja kasar dan berisiko (peperangan, penjajahan dsbnya), biarlah duitnya sahaja yang bekerja.
22.Hujung kurun 19 dan awal 20, banyaklah emas Tanah Melayu ‘lebur’ di tangan Inggeris ini sehinggalah sampai ketikanya, emas ini didagangkan di bursa logam London (1919) yang entitinya dikenali sebagai The London Gold Market Fixing Ltd yang berpejabat di pejabat Rothschild di London dan harganya ditentukan mengikut selera taiko-taiko ini dua kali sehari iaitu pukul 10.30 pagi (jendela pagi) dan 3.00 petang (jendela petang).
23.Di Tanah Melayu pula, penjajah mengeluarkan duit kertas Negeri selat yang bersandarkan perak dan kemudiannya emas, yang mana emas-emas ini adalah emas Tanah Melayu. Jika kalangan kita minat mendalam, mintaklah pakcik Google carikan.. Nak duit asalnya, berkunjunglah ke kedai-kedai duit antik..
24.Pengeluaran emas memuncak di akhir 1900 dan Selangor waktu itu diperintah oleh Almarhum Sultan Sir Abdul Samad ibni Almarhum Raja Abdullah; 1804 – 6 February 1898.
25.Antara pusat perlombongan emas adalah di Selangor, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor (Negeri Bersekutu) dengan emas serdak dan empingan ini dileburkan terus bagi menghasilkan jongkong mentah berhampiran tapak perlombongan menggunakan kawah berdapurkan konkrit.
26.Tempat simpan selalunya terowong bukit yang ditebuk mendatar menghadap matahari naik untuk pencahayaan berkedalaman 50-100 kaki yang ditampal dengan tanah liat dan kemudian dibakar lalu menghasilkan dinding ‘berbata’ serta berpintu yang berpengawal.
27.Ketulan ini disimpan di dalam kotak kayu keras atau logam dan boleh juga dari tempayan, tertakluk di mana dan selama mana ia hendak disimpan.
28.Pengangkutan pula, selalunya ditarik oleh pedati kereta lembu (yang jalannya berselirat dan sesetengahnya masih ada hingga kini) untuk ke pusat pentadbiran di bandar-bandar utama yang ada perhubungan keretapi dan kemudiannya diangkut dengan keretapi ke ibu kota atau pelabuhan.
ERA EMAS KETIGA
29.Era ini adalah era emas perang WW2 dan dirujuk lebih kepada harta karun Jepun.
30.Harta karun Jepun ini, ia sama ada rampasan dari penduduk awam Tanah Melayu, rezab tempatan, simpanan rezab negara-negara jiran utara kita (Siam, Vietnam dan Cambodia) dan juga tinggalan Inggeris yang tidak sempat dibawa keluar.
31.Dikhabarkan secara sulit dan lisan bahawa banyak emas yang dilombong oleh Inggeris dan juga rezab emas disimpan di Tanah Melayu tidak sempat dibawa keluar ketika WW2 dan Inggeris mengambil keputusan menanamnya di sebilangan lokasi yang ditanda rapi.
32. Bagaimanapun, Jepun tidak dapat mengeluarkan emas-emas yang disorok ini kerana tiadanya maklumat disampaikan kepada mereka oleh orang-orang tempatan.
33.Selepas Jepun berundur, Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu dengan harapan dapat memerintah kembali dan cuba memperkenalkan Malayan Union yang kemudiannya gagal lalu Tanah Melayu merdeka.
34. Dikatakan, salah satu sebab utama Malayan Union adalah bagi membolehkan Inggeris mengambil-semula stok-stok emas yang disorok sebelum ketibaan Jepun.
35.Jepun pula, mereka juga seperti Inggeris, bercadang menetap secara kekal di Tanah Melayu demi menguasai kawalan laluan perdagangan Selat Melaka tetapi juga gagal.
36.Kegagalan ini berakhir dengan fenomena yang sama – terpaksa menyorok emas-emasnya di dalam bumi (terowong dan bunker) tetapi melalui cara lebih kejam iaitu dengan korban nyawa – masih terdapat beberapa individu warga emas yang bermaklumat penuh secara ‘hand-on’ akan hal ini yang sepatutnya dirujuk oleh pihak berkuasa, manalah tahu emas-emas ini dapat dikeluarkan..!
37. Secara umumnya,bagi rantau Nusantara, mitos harta karun yang paling terkenal adalah Emas Yamashita dan juga Golden Lily yang berkaitan dengan Black Eagle Fund – bagaimanapun kita tidak membicarakannya di sini. (TOP SECRET)
38.Bawa mitos berkaitan penyimpanan Jepun ini, ia mungkin berbentuk spekulasi atau benar, namun banyak darinya adalah benar dan terbukti.
DIMANAKAH TERSIMPANNYA HARTA KARUN INI..
39. Banyak lokasi darat yang diketahui tersimpannya harta karun ini, dianggarkan tidak kurang 45 lokasi di Semenanjung dan lebih 5 lokasi di Sabah.
40.Lokasi di laut pula, merujuk kepada kapal karam – agak susah hendak ditentukan dan kebarangkalian untuk diusahakan kecil kerana isu kos, kepakaran dan keselamatan.
41.Terdapat beberapa dokumen asal lokasi penyimpanan ini dalam bentuk peta-peta, manuskrip dan surat-menyurat tetapi faktor keselamatan membataskan pendedahannya.
42. Secara amnya, taburan lokasi banyak terdapat di Pahang, beberapa lokasi di Johor, Lembah Klang dan Perak.
43.Harta karun tinggalan Jepun lebih ‘berbisa’ kerana lazimnya ditanam dengan darah, yakni sebaik sahaja selesai harta ini
ditanam, kuli-kuli tawanan perang yang menanamnya akan dipancung disitu juga bagi menjamin kerahsiaannya.
44. Kadangkala Jepun juga menanam dengan lapisan bom atau perangkap gas beracun yang mana kaedah mengelakkan kesan bahan-bahan ini hanya mereka yang tahu.
45.Bagi tinggalan Inggeris, ianya lebih mudah dan jarang mempunyai gangguan berlebih-lebihan, emasnya juga lebih berkualiti/bermutu.
46.Dianggarkan keseluruhan kuantiti yang ada melebihi 2,000 tan dan 15% dari kuantiti ini, telahpun diukur-sahkan secara manual tetapi sekali lagi, faktor keselamatan membataskan ia dibawa keluar dan dipasarkan.
KAEDAH MEMPEROLEHI HARTA KARUN INI…
47. Ia rumit dan tidak semudah disangka, kerana apabila emas ditanam melebihi tempoh tertentu, pasti ada ‘jin’ yang menjaganya – mengikut cara mana ia ditanam sama ada melibatkan korban darah atau tidak.
48. Kaedah digunakan boleh tiga cara, pertama – kekuatan dalaman, kedua – gabungan kekuatan dalaman dan mekanikal, ketiga – kaedah mekanikal sepenuhnya.
49. Cara pertama memerlukan tenaga kerohanian yang tinggi dan biasanya ‘kekuatan’ ini hanya ada pada segelintir umat Muhammad SAW yang tinggi taraf kewarakannya dan mereka ini mampu ‘menaikkan’ stok simpanan dari puluhan kaki bawah tanah ke permukaan tanah atau lebih hebat lagi, dipindahkan terus ke mana-mana dikehendaki sama ada premis gudang atau kediaman.
50. Kaedah kedua pula (gabungan) dikatakan stoke mas ini dikunci dari ‘bergerak’ lari dan kemudian, kaedah mekanikal (berjentera) digunakan untuk menggali dan mengeluarkan stok berkenaan.
51. Kaedah ketiga pula bergantung semata-mata menggunakan jentera untuk menggali dan mengeluarkan stok berkenaan secara fisikal.
52. Terdapat juga beberapa pihak menggunakan kaedah yang tersasar dari landasan syariat Islam akibat ketaksuban melampau terhadap karta karun ini – yang dah namanya karun (=Qarun)
DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG….
53. Harta yang ditemukan dalam bumi dapat dibahagi menjadi menjadi tiga:
I: Harta yang memiliki tanda-tanda kaum kafir (non muslim) dan harta tersebut terbukti
berasal masa jahiliyah (sebelum Islam) disebut rikaz (harta karun)
II: Harta yang tidak memiliki tanda-tanda berasal dari masa jahiliyah, maka dapat
dibagi dua:
a. Jika ditemukan di tanah bertuan atau jalan bertuan disebut luqothoh (barang temuan).
b. Jika ditemukan di tanah tidak bertuan atau jalan tidak bertuan disebut kanzun (harta
terpendam).
III. Harta yang berasal dari dalam bumi disebut ma’dan (galian lombong).
• Rujuklah pakar hukum untuk penjelasan lanjut berkaitan zakatnya.
54. Mengikut perundangan semasa negara, hasil harta karun dari dalam tanah ini adalah milik negeri, tak kira siapa pun pemunya geran tanahnya.
55. Lazimnya tiga pihak terlibat, pertama – kerajaan negeri, kedua – pemilik tanah / pemegang geran, ketiga – orang yang menjumpainya.
56. Sebaik dijumpai, satu pengistiharan kepada pejabat tanah daerah dan Suruhanjaya Warisan Negara wajib dibuat untuk menentukan status jumpaan sama ada harta karun atau ‘artifak sejarah’.
57. Jika artifak sejarah, alamatnya wassalamlah… ia menjadi milik kerajaan secara mutlak. Jika harta karun, kelulusan mahkamah diperlukan untuk mengesahkan bahawa harta karun berkenaan tiada bertuan dan orang yang menjumpainya (kebiasaan) akan berkongsi hasil dengan kerajaan negeri dalam nisbah tertentu mengikut persetujuan kerajaan negeri terbabit, selalunya dalam nisbah 70:30 (kerajaan negeri : operator).
58. Jika diserahkan kepada kerajaan, bagi pemunya, ia mendapat bahagiannya dan pohonlah pengecualian cukai dari pihak berkuasa kerana jumpaan sebegini tiada dalam istilah sebagai ‘pendapatan’ dan bayarlah zakat ke baitulmal seperti diwajibkan.
59. Sama ada zakat ini kadarnya 20% dari bahagian yang diterimanya atau hanya 2.5% sahaja, rujuklah pakar agama. Dalam hal ini, ada hukum menyatakan orang yang menjumpai harta itu telah lucut status sebagai pemilik, hanya sebagai ‘operator’ dan bahagian yang diterimanya adalah atas ehsan kerajaan dengan kadar zakatnya hanya 2.5% sahaja (kerana 100% harta karun diserahkan kepada kerajaan dan kerajaan membayar upahan/pampasan sahaja – bukan hak milik..) Wallahualam..
60. Akta tidak menjelaskan secara terperinci berkaitan urusniaga harta karun ini sama ada tertakluk kepada ‘aktiviti perniagaan’ atau hobi.
61. Kerajaan sepatutnya boleh merangka satu peraturan khusus dan jelas untuk pemerolehan semula harta karun ini bagi membolehkan pihak-pihak yang berminat dan ‘berkeupayaan’ mencarinya dan kerajaan boleh bertindak sebagai pembeli pukal dengan kerajaan sendiri mempunyai kelengkapan penapisan (peleburan) yang sempurna. Ini boleh meningkatkan rezab Negara kerana Negara kita amat kaya dengan emas TETAPI dilupakan.
62. Nota : Maaf sikit, info sensitif terpaksa di’hide’kan. Nak bukti sendii, silalah berguru dengan pakar dan In Shaa Allah akan nampak dan bersua perkara2 ini.Pas tu, nak ambil atau tak, terserahlah.. Byk pihak yg memantau perkara ini dan menjadi rebutan mereka….

Ulasan

Catatan Popular