Oct 10, 2013

SERAT AKU TIDAK ADA


 AKU TIDAK ADA  YANG ADA HANYA DIA
TIDAK BERBENTUK MENGAMBIL BENTUK
BENTUK YANG PERTAMA  AKU SEBAGAI ENGKAU

AKU KUASA SAKTI SEKELIAN ALAM
YANG MENCIPTA, MEMELIHARA DAN YANG MENGHANCURKAN
SEKELIAN YANG ADA

AKU TIDAK ADA
AKU BERSELINDUNG DISEBALIK SIFATKU
DIMANA SIFATKU  DISITULAH AKU
SIFATKU PATIKU  PATIKU SIFATKU
ITULAH WUJUDKU  NYATA SIFATKU
DIMANA AKU  DISITULAH SIFATKU
SIFATKU ITULAH NAMAKU  GANTI DIRIKU

KAU SERU NAMAKU  KAU TAHU SIFATKU
KAU KENAL DIRIKU  NAMAKU ITULAH SIFATKU
SIFATKU NAMAKU  NAMAKU SIFATKU
GANTI DIRIKU

KENAL AKU TANPA SIFATKU
TIADA KENAL AKAN NAMAKU

TIADA KENAL AKAN NAMAKU
TIADA KENAL AKAN DIRIKU

TAPI AKU TIADA BERNAMA  NAMA ITULAH SIFATKU
APA JUA NAMAKU  ITULAH TUBUHKU
BERSIFATKAN DIRIKU

MENGENAL TUBUHKU  TANPA KENAL SIFATKU
SESEKALI TIADA AKAN MENEMUI AKU

TUBUHKU TIDAK BERBENTUK
BERBENTUK IA DENGAN SIFATKU
SIFATKU JUALAH MELENGKAPKAN
SEKELIAN TUBUHKU

DISITULAH AKU BERDIRI TEGUH
BERSELINDUNG DISEBALIK SEKELIAN BENTUK
SEKELIAN NAMA  SEKELIAN SIFAT
ITULAH TANDA KEBESARANKU  KEKUASAANKU  
 DIATAS KARYA CIPTAANKU

CARILAH AKU DIDALAM DIRIMU
TEMUILAH AKU SEBAGAI DIRIMU
RASAILAH AKU DIDALAM JIWAMU
HAPUSKAN DIRIMU DIDALAM DIRIKU
BARU KAU TAHU SIAPA AKU
BINASALAH KAU SELAMA-SELAMANYA
TIADALAH DIRIMU
HANYALAH AKU

by
(Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Widjoyo)

Post a Comment