Oct 20, 2013

NAGARHA 9 ( sambungan )


Terlalu asyik Sang Putri Pandang Indrawati ini menari. Lenggokkannya seakan sudah lama menghayati dan memahami TARIAN ASPARA ini dengan memegang senjata kepunyaan beliau.Gaya hentakan serta simpohannya tiada bandingan jika dibanding dengan Sang Tari. Wulung cuba mengamati gaya-gaya yang dipersembahkan oleh Putri ini.

Tiba-tiba Putri Pandang Indrawati ini terjaga dan terkejut dengan keadaan sertakedudukan dirinya betul-betul berada ditengah PENTAS. Lalu berlari meninggalkan PENTAS menghala ke Wulung. Wulung berkata kepadanya,"adakah kamu sedar wahai Sang Putri apa yang kamu lakukan sebentar tadi?".Putri itu menjawab,"tidak sama sekali!"."Yang aku nampak adalah dalam KEBERADAAN aku yang dalam diriku itu ada GERAK dan RENCANA akan TARIAN aku itu".

Berpeluh Sang Putri itu apabila menceritakan apa yang dialaminya tadi pada para sahabatnya itu. Senyum sahaja para DEWA-DEWI melihat dan mendengar jawapan itu tadi. Mereka hanya tersenyum menandakan puas hati dengan UPACARA malam itu. Tatkala keadaan sunyi seketika di dalam AGARTHA itu, kedengaran satu bunyi yang kuat pekikannya dari suatu tempat yang jauh.

Mereka yang hadir disitu terkejut dan tergamam dengan bunyi itu. Tetapi pada para DEWA - DEWI hanya memandang sesama sendiri seolah-olah tahu apa isyarat itu. Tiba-tiba Sang Pancar Tirana memohon pada Sri Maharaja Sakra untuk berkata pada kumpulan SANG PENGEMBARA itu.

"Sudah tiba masanya untuk kalian hergerak ke NAGARHA kerana bunyi yang kamu dengar adalah PANGGILAN untuk kamu semua". Tambahnya lagi."Bunyi itu datang dari NAGARHA, yang ditiupkan pada mereka yang ada TUJUAN dan MATLAMAT untuk kesana dan asal bunyi seakan SEMBOYAN ini keluar dari GIGI NAGA yang pertama wujud ke ALAM kita".

Lantas Si Wulung serta rakan-rakannya mempersiapkan diri mereka secepat mungkin. Semua alat-alat senjata mereka dipertajamkan, , menyimpan bekalan makanan serta minuman. Dalam masa yang sama hadirlah Sang Pancar Tirana pada mereka dengan wajah yang sungguh bercahaya dan penuh kegembiraan. Lalu berkatalah dia.

"Alangkah beruntungnya kalian semua kerana berpeluang menjejakkan kaki ke NAGARHA itu. Dari jauh sewaktu dahulu hanya bermatlamatkan diri, kini lama kelamaan kamu semua faham apa tujuan kamu untuk je NAGARHA ini. Percayalah, bukanlah apa yang ada didepan mata kamu itu benar dan betul. Malah dusta dan mainan tipu muslihat dari-NYA jua. Aku bangga dengan kalian semua."

Sang Adi Goro berkata mewakili rakan-rakannya,"Sesungguhnya, kami yang perlu berterima kasih pada semua rakan yang kami temui sepanjang perjalanan ini yang banyak menghulurkan bantuan pelbagai bentuk. Pada kamu jua wahai Pancar, kami amat mensyukuri segala pertolongan dari masyarakat DEWA-DEWI dari Wilayah Indera-Pura ini." Katanya lagi,"Hanya Yang Maha Tunggal saja dapat membalas segala jasa dan pertolongan ini" 

Akhirnya setelah segala persiapan sudah sempurna lalu Putri yang indah menawan Putri Cahya Malaika Sari memanggil rakannya untuk ke tempat ini. Suasana ketika itu memang riuh rendah kerana semua yang hadir di AGARTHA itu semuanya berpakat yntuk menemankan kumpulan SANG PENGEMBARA ini bergerak menuju ke NAGARHA.

Post a Comment