Oct 7, 2013

NAGARHA 6 ( sambungan )



Jauh kelihatan oleh Si Wulung ni bangsa GERGASI ini bermata SATU. Adakah memang bermata SATU atau sebaliknya.Kebanyakan dari mereka memang terlalu besar badan mereka. Antara dikalangan Sang Pengembara ini pernah mendengar bahawa bangsa ini mudah menewaskan seekor NAGA dengan tangan kosong.


Berbau busuk serta hamis...menyeram serta menakutkan. Mulut diam seribu bahasa,hanya angin berkata-kata dalam bahasanya. Mereka teruskan perjalanan ini pada jarak yang terlalu tinggi bersama Tapak Hitam Sulam Mas melepasi kelam malam. Hanya mata-mata mereka memerhati keadaan ini.


Mereka terpaksa menempuh pelbagai tempat yang tak pernah mereka kunjungi selama ini. Taramatra, Sinarwiha, Ganrumi, Kalanggi, Mendangantra dan pelbagai nama lagi yang tidak pernah diketahui sebelum ini. Masa berjalan terlalu pantas dan akhirnya mereka sampai jua ke sebuah tempat yang penuh dikelilingi AIR.


Sebuah tempat ibarat SURGA dunia kerana terlalu indah dan menakjubkan bagi mereka. Rupa-rupanya inilah tempat yang dikenali sebagai RIMBA RAYA. Dipenuhi hutan belantara yang permai,sejuk dan bunyian air yang tenang. Unggas dan burung berterbangan aman. Mereka turun disuatu tempat yang lapang mengelakkan dari diketahui....tiba-tiba..


Mereka terkaku seketika kerana melihat satu susok tubuh berlainan rupa dari mereka bertujuh. Lalu dihampiri pada mereka ini dan lalu berkata, "Wahai Sang Amika Manika Kamika, kenapakah kalian datang ke mari? Apa tujuan kamu semua menjejak kaki kesini? Tidakkah kalian mengerti wilayah ini wilayah larangan?"


Balas Putri Cahya Malaika Sari,"kami hanya ingin berehat dan melepaskan lelah kami hanya seketika, tiada niat kami untuk bersengketa"." Izinkan kami semua untuk berada disini". Si Wulung mencelah,"Wahai Tuan yang Bijaksana, maafkan kami semua, kami terpaksa turun kerana semua antara kami dalam kepenatan. Siapakah gelaran Tuan? Kami tidak pernah melihat MAKHLUK yang begitu asing bagi kami pada Tuan!"


"Wahai pemuda, aku ini adalah Sang Pancar Tirana. Aku adalah KETUA PENGHULU pada bangsaku. Aku datang dari cahaya melimpah ruah dari suatu wilayah yang aku ingin KEMBALI KEPADANYA." "Bangsaku ini adalah DEWA, Penguasa Jagad Raya Alam Nurani.", tambahnya lagi.


Barulah mereka tahu....yang ada dihadapan mereka ini adalah DEWA. Dari bentuk tubuhnya, mempunyai 4 sayap yang jernih. Berbadan sasa, berpakaian seperti besi dan memiliki 2 alat persenjataan disisinya. Yang peliknya, pada ditengah-tengah BAJU itu mempunyai LAMBANG NAGA yang bergerak melentok-liuk seolah-olah hidup! Berwarna PUTIH....MERAH...HIJAU...



Post a Comment