Oct 22, 2013

NAGARHA 11 ( sambungan )


Maka terbanglah mereka bertujuh ini menaiki Tapak Hitam Sulam Mas dalam keadaan berdebar dihati masing-masing. Seperti tidak percaya, kerana mereka sudah hampir ke penghujung pengembaraan ini. Tiada sepatah perkataan pun yang diucapkan dalam perjalanan ke NAGARHA itu.


Teringatlah Si Wulung ini akan permulaan dirinya untuk ke NAGARHA. Dari berseorangan diri mengharungi cabaran muka bhumi dengan bekalan dirinya yang tidak mencukupi sampai dia bertemu dengan Bakami, Karto dan juga Sunan di PUNCAK DHUNIA sewaktu ketika dahulu. Pelbagai cerita dan ragam yang diketahui melalui rakan-rakannya itu.


Alangkah beryukur diri Wulung kerana semua MAKHLUK ciptaan ILLAHI yang ada di Alam ini bukannya JAHAT. Malah asal kejadian SEMUA ini adalah BAIK. Tapi yang merosakkan diri mereka kerana tiada PETUNJUK serta NAFSU menguasai diri menyebabkan jadi sebegini. Tidak kira dari Alam DEWATA malah sampai Alam Bunia juga berlaku pergolakan dalaman.

Sang Adi Goro pula tiba-tiba teringatkan akan gurunya iaitu TUN DERMADEWAN serta RESI MULA DERAIR. Adakah mereka berdua dalam keadaan sihatkah? Selamatkah? Kepalanya menjadi serabut memikir akan gurunya itu...Dia mengeluh kecil...

Dan dalam keadaan yang sunyi sepi itu,Tapak Hitam berteriak kuat. Apakah yang berlaku ini? Tiba-tiba sahaja Tapak Hitam Sulam Mas ini menghemburkan api jingganya kearah bawah. Rupa-rupanya mereka ini telah diserang hendap dalam gelap malam oleh puak Gergasi yang mereka lihat di jajahan BU-TA dahulu. Terlalu besar jumlah mereka kali ini. Hati Wulung bergetar seram dengan situasi ini.


Putri Cahya Malaika Sari mengarahkan Tapak Hitam untuk terbang lebih tinggi bagi mengelakkan mereka ini cedera. Tapi tidak berjaya. Sebenarnya Tapak Hitam sedang mengalami kecederaan pada kedua-dua kepaknya. Luka itu diakibatkan TOMBAK serta PANAH yang berbisa yang mengenai kepaknya. Amat dalam luka itu. 


Tapak Hitam tidak mampu terbang lebih tinggi,jadi Putri Susuh Pandang Indrawati memohon pada Tapak Hitam untuk mencari kawasan yang selamat untuk mereka turun dengan selamat secepat mungkin. Tapak Hitam akur dan faham akan kehendaknya itu. Terkena lagi Tapak Hitam ini dengan balingan TOMBAK,malah kali ini tepat pada perutnya. Darah mencurah keluar dengan banyaknya. Memang amat parah cederanya.

Hendak atau tidak,mereka terpaksa melompat dari tempat tinggi untuk ke bawah. Wulung serta rakan-rakannya sudah bersedia untuk terjun. Mati atau tidak mereka berserah sahaja. Nampak dari situ kumpulan Gerghasi ini sedang mengejar mereka dari bawah. Sambil berpegang tangan mereka terjun dan meluncur laju ke bawah.

Tiba-tiba sahaja mereka ini telah disambut oleh sekumpulan MAKHLUK seperti DEWA juga. Mereka ini ramai jumlahnya yang menunggang binatang seakan kuda yang juga berkepak seperti mereka. Berpakaian PUTIH berselempang KUNING serta mempunyai alat persenjataan tersendiri.

Post a Comment