Oct 20, 2013

NAGARHA 10 ( sambungan )


Kedengaran bunyi yang boleh menggegar jantung ketika itu. Masing-masing menoleh keatas dan tahu dari mana datangnya bunyi itu. Rupanya Sang Tapak Kaki Sulam Mas datang menghampiri mereka. Berbunyilah dalam bahasa isyarat antara Putri Cahya Malaika Sari dengan Naga itu.

Mendarat dan mencengkam kuat akan kukunya Sang Naga pada permukaan tanah, betul-betul dihadapan SANG PENGEMBARA itu. Maka wujudlah rasa serta suasana hiba dikalangan mereka. Wulung serta rakan-rakannya mengucapkan terima kasih atas kesudian para penghuni INDERA-PURA yang banyak membantu dan menerima kedatangan mereka ke sini.

Sebelum mereka berangkat diajarkan oleh Sri Maharaja Sakra dan Dewa Timbul Gunung akan cara-cara untuk MENYEPOH DIRI serta ALAT PERSENJATAAN agar lebih mantap diri mereka dimasa akan datang. Diajar serta diingatkan bahawa ILMU ini bukan untuk diri sendiri malah akan membawa manfaat pada suku masing-masing.

Dengan berat langkah, pergi jua kumpulan SANG PENGEMBARA yang diketuai oleh Sang Adi Goro menuju ke destinasi yang sebenarnya. Dalam kegelapan itu ternampaklah mereka suatu tempat yang bercahaya-cahaya yang dipantulkan oleh sinar Sang Mentari. Adkah benar itu NAGARHA?
Post a Comment