DNA SIAPA?

kemanakah hilang jati dirimu
andai leluhur di caci begitu
konon khurafat andai di seru
berkat ajaran amalan semu
 
amat malang semua melayu
berbangga tiada dengan bangsamu
nenek dan moyang lupakah kamu
menangis tersiksa di puncak meru
 
apa dah jadi dengan semua
melayu di dendang hanya seloka
buat menghibur hati yang lara
pendatang juga bangsa di puja
 
adat budaya sudah di lupa
konon agama dosa pahala
sedang itu syariat sahaja
lambang kepada hakikat menyata
 
kalau berkata aku di sini
nyata Melayu hakikat berdiri
kenapa pula aku di maki
sedang Melayu dah lama di bumi
 
semenanjung ini usia berjuta
takkanlah hanya pokok sahaja
tinggalan purba ada merata
di momok pula dongengan cuma
 
15 dekad baharu adanya
Melayu sudah seluruh pelusuknya
cuba di hitung mudah kiranya
DNA siapa merata tersebarnya?
 
Malenka Sri Elang
PAMSEDSAMm 02102013

Sumber : Malenka Sri Elang Agastyar

Ulasan

Catatan Popular