Sep 25, 2013

SUMPAH PUSAKA PANGLIMA KEMBAYAT

 


 
Kibarat amarat amaru ruwah hayat, 
hakikatku membanjar ini riwayat,
titah Paduka titah Ekatat, 
menjadi mayat sekelian maa’yat, 
 
musuh ku tentang tiada ninjat, 
tiada kusurih barangnya rakyat, 
atas Paduka titah munajat, 
membenteng diri demi marat,
 
hancur diriku tiada larat, 
hanya paduka jua kifarat,
jika musuh datang melarat,
 aku panglima datang bersurat,
 
panahku bersarung sunnan darjat, 
anaknya pula asalnya ningrat, 
pedangku bersurat ba alif amrat, 
pembela Melayu sekelian umat,
 
di medan musoh sentiasa ku hasrat, 
nyawaku ku taroh menjadi gegat, 
panji Tuanku kugenggam erat, 
mulia Tuanku menjadi kudrat,
 
inilah hamba panglima kembayat, 
di puncak ararat janji seurat, 
memegang amanah Paduka tersirat, 
dihati ini sudah tersurat,
 
“selagi hayat di kandung bunia,
tak kan Melayu hilang di dunia”, 
 
itulah kami tiada khianat, 
dari dunia hingga kiamat, 
 
alang alang bermain api, 
api dari tujuh kuali, 
panas membakar hati sanubari, 
demi Paduka cintaku ini,
 
tiada kami berbelah bagi,
ibarat semut tersusun rapi, 
siap sedia menyerah diri, 
demi Paduka kami berbakti.
 
 
(RMPGAKAW 2008)
Sumber : https://www.facebook.com/notes/malenka-sri-elang-agastyar/sumpah-pusaka-panglima-kembayat/165184680346681
Post a Comment