Sep 26, 2013

NAGARHA

 
Arakian tersebut sebuah kisah yang sudah lama tidak diketahui oleh manusia. Jalan hidup mereka penuh dengan rahsia mendalam. Wujudnya sebuah NAGARHA penuh dengan warna-warni ragam rakyatnya yang berbilang bangsa serta sukunya... Dihikayatkan NAGARHA ini terletak di sebuah tempat yang amat tinggi bertunjangkan cebisan TULANG kepunyaan seekor NAGA yang pertama turun ke DUNIAH.

Malah diceritakan la...
gi NAGARHA ini mempunyai seni bina ukurannya terlalu cantik dan indah. Halus malah tiada bandingan dengan binaan yang ada sekarang ini. Bukan mereka ini handal atau mahir dalam Arca Binaan tetapi juga hebat dalam pelbagai cabang ILMU yang diteroka dan dikaji secara sistematik.

Muncul NAGARHA ini atas sistem BERAJA HIERARKI yang penuh Protokol dan Tatasusila yang disulam dengan Kasih dan Sayang. Pelbagai watak telah hadir didalam crrita ini yang menggambarkan tentang kehebatan NAGARHA ini. Hidup mereka Aman dan Sejahtera di bawah Lembayung seorang Maharaja yang bergelar SI TUMANG-RESI-RATU-RAMA-HYANG yang berlambangkan ANJING yang membawa maksud KESETIAAN. Sumpah hidup dan mati mereka kerana MAHARAJA ini.

Muncullah seorang Jejaka yang diberi nama WULUNG CINGGAL yang tinggal jauh dari NAGARHA tadi. Beliau ini hidup sebatang kara hanya mengembala KAMBING. Wulung Cinggal ini bukanlah manusia biasa tetapi beliau mempunyai ketinggian luar biasa iaitu hampir 15 kaki ceritanya.

Hanya berbekal sekeping Roti dan juga susu kambing, maka berkelanalah beliau ke tempat tadi. Jika diintai dari pemakaiannya memang pelik.....berwajah cengkung, berSELEMPANG MERAH di badannya serta seluar kosong yang dianyam dari bulu kambing. Beliau hanya mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang TABIB @ PAWANG untuk bangsanya iaitu RAKSASHA...

Dalam perjalanan ke NAGARHA itu, beliau terpaksa merentasi sebuah BANJARAN yang amat besar dan tinggi. Beliau telah menerima dugaan dan cabaran yang hebat di atas sana.....cuaca yang amat sejuk dan tiada matahari terbit di kawasan ini. Bertungkus lumus Si Wulung Cinggal ini untuk melepasi keadaan sehingga beliau bettemu dengan 3 orang yang pelik bukan serupa dengannya....Mereka bertiga menawarkan pertolongan yang IKHLAS pada SI WULUNG CINGGAL tadi. Mereka memperkenalkan siei mereka iaitu BAKAMI SAPITA, SUNAN GAPITA serta KARTO MAPITA.....
 
Terdetik dihati Sang Wulung kenapakah mereka bertiga ini sudi membantunya walaupun tidak kenal. Curiga itu pasti,tapi untuk percaya atas dasar iknlas untuk membantu memang tidak pernah sekali. Tapi apakan daya Wulung tadi untuk menolak tawaran tersebut kerana beliau sendiri dalam keadaan teruk dan sudah kehabisan makanan.Walau begitu maka bertautlah salam indah Salam Kasih Sayang antara mereka.

...
Sekali lagi hati Si Wulung berkata dan mempersoalkan akan RUPA BENTUK para sahabatnya yang baru itu......BAKAMI ini pelik kerana separuh badannya berbulu dan mempunyai tanduk yang amat tajam dikepalanya. Tapi dia ini mempunyai kaki seperti manusia. Apakah jenis MAKHLUK ini? SUNAN pula mempunyai sisik dibadannya..kadang-kadang lidahnya terjelir panjang macam cicak. PELIK....KARTO pula seperti haiwan yang sering bertenggek di atas pokok...badannya berbulu hitam mulut terjuih. Adakah aku bermimpi?Didalam hati Wulung bertanya.

Memang secara kebetulan BAKAMI,SUNAN dan juga KARTO ini juga ingin pergi ke arah yang sama. Tapi tidak tahu akan arahnya...mereka berempat hanya berpandukan pada cerita masyarakat masing-masing untuk kesana. Apa cerita itu?
 
"Carilah di suatu tempat yang mengadap Matahari Terbit, nescaya kamu akan ketemu NAGARHA ini memancarkan cahayanya dari segenap sudut serupa cahaya emas tapi bukan sebarang emas. Pancaran ini boleh dilihat dari jauh, sejauh Tanah Besar Bhumah" . "Dan kamu juga bisa ketemu dengan 2 Empayar dalam perjalanan kamu ini yang juga berkiblatkan NAGARHA ini iaitu Empayar Kumba-Pura dan juga Indra-Pura". "J...ika kamu mengalami kesulitan, carilah Dua orang Puteri yang segak serta cantik orangnya di Empayar Kumba-Pura iaitu Putri Susuh Pandang Indrawati dan juga Putri Harum Malaika Sari. Pasti mereka berdua akan membantu kamu, ingatlah".....

Pesanan inilah yang menjadi pedoman pada mereka untuk menjejakkan kaki ke tempat yang dikatakan terlalu istimewa dan menjadi bualan ramai. Bergerak mereka menuju destinasi yang menjadi idaman mereka.

Semakin hari semakin rapat dan akrab persahabatan mereka berempat sepanjang perjalanan ini. Banyak cerita dikongsi bersama. Dari hal tujuan sampailah ke hal asal usul mereka. Bertanyalah Si Wulung pada Bakami tentang asal usulnya. Lalu berkatalah Bakami, "bangsa ku ini dulu adalah campuran yang ditentukan oleh Sang Hyang. Kami adalah ciptaan yang belum sempurna tetapi diciptakan ada tugasnya. Kerana itu bangsa ku ini layak bertugas sebagai Tukang Besi dan juga Pahlawan. Sebab itu tujuan ku untuk ke NAGARHA itu adalah menuntut ILMU MEMPERTAHANKAN DIRI."
 
Jangan dikatakan tentang Bakami,Sunan juga keberatan untuk menceritakan asal usulnya pada Si Wulung ini. Berkata pula Si Sunan, "Wahai Saudara Yang Mulia dan Lulur! Sesungguhnya aku ini dijadikan oleh Yang Maha Esa adalah untuk menjaga kebajikan seorang lelaki yang penuh Kasih Sayang. Aku tiada hala tuju melainkan sembah dan taat sepenuh raga kepadanya. Aku diceritakan oleh moyangku bahawa kami in...i dahulu adalah Makhluk Air dan kemudiannya boleh melata di atas muka bumi ini. Layaknya kedudukan aku adalah untuk-Nya".

Tetapi Wulung Cinggal ini penuh kehairanan kerana mereka bertiga ini mempunyai 1 persalinan lengkap mewakili warna..... persalinan apa? Untuk siapa? Lalu dia bertanya kepada Karto pula dari mana asal usulnya pula.....

Karto berkata, "Sesungguhnya aku ini adalah HIBRID dari manusia dan juga kera. Aku ini ciptaan yang masih belum sempurna seadanya. Kami ini mempunyai tugas yang sampai sekarang aku sendiri tidak tahu apa dia? Aku memang ingin ke NAGARHA sana untuk menimba ILMU yang bukan menjadi perhiasan untuk diriku malah aku akan berbakti kepada seluruh masyarakatku kelak. Jika aku diizinkan oleh Sang Hyang Wasesa, aku akan memberi Sembah dan Bakti pada-Nya"

Terdiam seketika Si wulung tadi mendengar cerita ketiga-tiga rakan barunya itu. Betapa hebatnya pengorbanan mereka bukan untuk kepentingan diri tetapi untuk orang lain. Masakan tidak,dalam perjalanan mereka ini tiada siapa yang tahu keadaan mereka. Selamatkah? Hidup atau matikah?
 
 
Post a Comment