Sep 28, 2013

NAGARHA 5 ( sambungan )

 
Terbang jauh gerak ke arah langit biru yang terbentang luas akannya senjata kepunyaan Sang Karto..Lantas ada tangan yang mencapai senjata itu dengan kemas.Kelihatan satu lembaga yang amat besar,bertaring tajam dan mempunyai dua kepak bersisik emas. Tentera JATARASA tidak membuang masa lalu mengangkat kaki melarikan diri ke dalam hutan sunyi sepi.

Lalu lembaga besar itu turun memijak ke bumi dan n...
ampak oleh Si Wulung akan 2 susuk yang bertenggek di atas badan lembaga besar tadi..Perlahan-lahan Wulung menghampiri keduanya. "Wah!seperti aku bermimpi akan kedua MAKHLUK ini yang penuh keCANTIKan dan keINDAHan pada mereka" Tiba-tiba salah seorang daripadanya berkata pada Si Wulung, "Wahai Raksasha Budiman,kenapakah kamu semua melalui jalan ini?Tidakkah kamu tahu jalan yang kamu ambil ini sungguh merbahaya dan boleh mengakibatkan kehilangan 'NYAWA'?"

Resi Mula Derair melangkah kehadapan dan berkata, "Wahai Tuan Putri Susuh Pandang Indrawati dan juga Putri Harum Malaika Sari,maafkan kami semua kerana melalui jalan ini. Kami hanya menjalankan tugas dan amanah yang diberika oleh orang tua kami." Terkaku sebentar Wulung mendengar gelaran itu tadi.

"Benarkah dihadapan aku ini adalah Putri-putri yang diperkatakan oleh bangsa aku?"bisik kecil Wulung berkata. Datang pula Adi Goro mengadap pada kedua putri itu, "Jika ada jalan yang lebih selamat dan pantas ke NAGARHA,tunjukkan pada kami mana arah tujunya." Sebelum itu,Putri Harum Malaika Sari bertanya lagi, "siapakah tuan empunya senjata ini?" Lalu ditunjukkan senjata Sang Karto pada semua yang ada.

Terketar-ketar Sang Karto langkah maju ke hadapan lalu berkata, "itu kepunyaan saya"."Bertuahlah kamu memiliki senjata ini,senjata yang tiada tandingan di alam ini. Senjata ini adalah Dalang Seribu Ibu ciptaan sendiri oleh Maha Dewa di Kahyangan Suralaya.
 
Tercengang Sang Karto mendengar kata-kata itu tadi. Menggeletar ketakutan apabila mengetahui akan asal-usul senjata kepunyaan-nya. Tidaklah pula dia tahu selama ini senjata yang disimpan adalah tempaan yang paling hebat dibuat oleh Maha Dewa. Diambil Dalang Seribu Ibu itu dari tangan Putri secara santun. Dicium dan digenggam erat-erat senjata misteri ini. Syukur atas kurniaan-Nya.

Lalu Putri Susu...
h Pandang Indrawati ini berkata, "Jika kalian ingin mahu ke NAGARHA itu dengan selamat,naikilah NAGA ini bersama kami yang ku gelarkannya Tapak Hitam Sulam Mas". Lalu NAGA itu menghembuskan nafas yang sungguh panas sehinggakan Wulung merasai kepanasan dan tidak selesa.

Tanpa membuang masa mereka mengikut sahaja langkah perjalanan kedua-dua Putri tadi dengan menunggang Naga. Tetapi perjalanan RESI MULA DERAIR hanya terhenti disini kerana peranan beliau sudah cukup membantu mereka berempat MENGETAHUI,MEMPELAJARI serta MEMAHAMI segala ajaran yang diberitahu oleh Tun dahulu. Hanya Sang Adi Goro sahaja yang masih bersama.

Dari Kumba-Pura melalui ASARA YALA lalu menuju ke INDERA-PURA, mereka terpaksa memasuki kawasan yang didiami oleh bangsa Gergasi. Tempat yang penuh misteri dan penuh dengan AURA kejahatan. Sejak dari dahulu bangsa ini suka bergaduh,malah makan dan menjamah mangsa yang dibunuh oleh mereka beramai-ramai.Jajahan ini dipanggil BU-TA.
Post a Comment