Sep 26, 2013

NAGARHA 2 ( sambungan )

 
Musim demi musim silih berganti,masa berlalu dengan pantas..Alam bertukar warna menjelaskan betapa jauhnya perjalanan mereka ini. Mereka berempat tidak pernah mengecewakan antara satu sama lain. Atas sifat kePERCAYAan dan keSETIAKAWANan mereka akhirnya sampai jua di tanah Kumba-Pura......

Pelik dan hairan kerana mereka lihat semua makhluk ditempat ini adalah PEREMPUAN. Mereka amati satu persatu k...
eadaan sekeliling mereka. Baik yang besar,sehingga yang kecil mahupun cantik atau pun buruk tetap melambangkan ciri-ciri fizikal kePEREMPUANan..Lalu ditanya pada seorang peniaga di satu pasar yang besar dan hebat tentang tempat ini... Lalu berkata si peniaga tadi,"tanah ini adalah Kumba-Pura,pemerintahnya adalah Ratu Agung yang memakai simbol Bunga Kemboja."

Laludiceritakan oleh Wulung Cinggal akan hajat mereka berempat ini pada peniaga tadi. Rupa-rupanya kedatangan mereka ini telah lama ditunggu oleh masyarakat setempat. Tapi bukalah hak si peniaga tadi untuk membuka ceritanya...tapi ada seseorang yang layak akan kedudukannya untuk membuka rahsia ini pada mereka iaitu Tun Dermadewan Senukala.

Diberitahu bahawa Tun Dermadewan Senukala ini telah hidup beribu tahun mengabdikan diri pada Yang Maha Esa bersama 2 rakannya iaitu Resi Mula Derair dan Adi Goro Temuluang. Mereka inilah sahaja yang mewarisi baka keLAKIAan di tanah ini.

Ditanya lagi oleh Wulung Cinggal, "dimanakah kami boleh bertemu dengan Putri Susuh Pandang Indrawati dan juga Putri Harum Malaika Sari? Dengar khabar mereka berdua sahajalah boleh membantu kami untuk ke destinasi kami itu." Jawab si peniaga tadi lagi, "itu bukan urusan kamu,hanya Yang Mulia Ratu sahaja berhak menentukan siapa boleh bantu kamu!
Post a Comment