Sep 25, 2013

JANGAN KAU ALPA

 

 
hidup bermadah ayat bersulam
tersurat indah hasrat terpendam
bukan mudah hendak di faham
andai laku menongkah kalam
 
bijak melayu dalam bicara
tersusun seru lindungi makna
pencak tari membawa cerita
gerak direnungi dapatkan rasa

 
putera di ingat janganlah alpa
terbit rasa apakah rupa
aku-mu dimana sering terlupa
diperdaya mereka tak kira siapa
 
menjelma rupa memberi pesan
buah di gerak mengatur tarian
lentok di buai syair nyanyian
sayu dan syahdu hati terkesan
 
sedarlah wahai putera sekelian
getar gerak rasa jelmaan
rupa dan bentuk datang kemudian
apakah itu tanda kebenaran?
 
mse 01062013
Sumber : https://www.facebook.com/notes/malenka-sri-elang-agastyar/jangan-kau-alpa/165183123680170
Post a Comment