Sep 25, 2013

CERITA SI LEBAH

CERITA SI LEBAH

September 24, 2013 at 2:08pm

 
Bukan lebah sebarang lebah,
lebah bersarang dipohon kayu,
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah adat pusaka Melayu.
 
Bukan lebah sebarang lebah,
Lebah pening bermata kuyu,
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah aku kerana ilmu..
 
(Status update : Qito Nafizul Nizam; FB Status 20062013)
 
Bukan lebah sebarang lebah,
Lebah tualang berhasil madu,
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah ilmu seloka ku tahu.
 
Bukan lebah sebarang lebah,
Lebah bekerja suri beradu,
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah seloka kenal pusakaku.
 
Bukan lebah sebarang lebah,
Lebah puaka duri semalu,
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah pusaka kenal Rajaku.
 
Bukan lebah sebarang lebah,
Lebah menerpa menghisap madu,
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah Raja itulah Nyawaku.
 
Bukan lebah sebarang lebah,
Lebah membawa utusan syahdu,
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah nyawa itulah Melayu.  
 
(Malenka Sri Elang 21062013)
Post a Comment