Sep 17, 2013

ANTOLOGI SEJARAH DAN PENGENALAN KEPADA ASAL USUL DAN FITRAH MELAYU

ANTOLOGI SEJARAH DAN PENGENALAN KEPADA ASAL USUL DAN FITRAH MELAYU ( oleh : Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo Mahasiddha )
Pengenalan Melayu
Melayu itu bukan rupa, bukan kulit, bukan bahasa dan bukan orang, Melayu itu Alam, Melayu itu Dunia, Melayu itu Pemikiran Ketuhanan. Melayu itu budaya yang memerintah.

Melayu itu bukan ertinya LAYU dan bukan seperti tafsiran yang sedia ada dalam kamus atau kenyataan yang difahamkan oleh pengkaji yang memaparkan pendapat mereka. Ia adalah satu julukan dan gelaran kepada entiti yang menjadi idola atau yang diagungkan oleh manusia kini diatas kehebatan mereka yang menjadi pencetus ketamadunan dan memberi didikan dalam kehidupan manusia di muka bumi ini.

Mereka yang dikatakan Melayu bukanlah manusia, ianya adalah satu entiti, satu identiti “intelligent” yang mempengaruhi arus evolusi manusia serta halatuju manusia dari mula hingga kini sehingga ke suatu masa apabila manusia sudah jauh dalam evolusinya sehingga membolehkan mereka memilih dan membentuk kehidupan mereka selari dengan fitrah diri mereka dan kaitannya dengan alam ini. Kefahaman fitrah ini adalah diatas faham kenapa manusia dijadikan dalam ertikata tahu sebab spesis mereka diujudkan dibumi ini. Ianya mestilah diatas pembentukan minda yang telah menjadi “superb” atau sempurna fungsinya sebagai “intelligent” yang menyempurnakan ilmu pengetahuannya diatas sinaran kesedaran yang terpancar dari kejernihan hatinya serta sebagai alat penyahan kekotoran dirinya sehingga terserlah ketuhanannya di kemanusiannya.

Mengenal Melayu dari tulisan atau artikel “scholar” masih belum jitu dan masih jauh lagi pengenalannya terhadap Melayu itu. Sejarah yang ada adalah hasil kajian mereka yang bukan Melayu. Hanya Melayu kenal Melayu. Orang Melayu adalah “extension” Melayu. Melayu adalah nilainya dan orang itu “carrier” sahaja. Disinilah kesalahfahaman berlaku kerana ketiadaupayaan mereka untuk menyelami akan erti Melayu dan orang Melayu. Orang Melayu adalah mereka yang bersifat jasmani dan tidak semestinya Melayu kerana Melayu itu lebih cenderung kepada sifat ruhani atau setidak-tidaknya minda orang itu terbukti zahir kemelayuannya. Sifat Melayu adalah sifat yang bercirikan ketuhanan samaada mindanya, ilmunya atau budaya dirinya serta kesaktian yang tiada dapat ditandingi oleh sesiapa walaupun nyata ataupun ghaib. Melayu adalah entiti yang telah jauh evolusinya jika dibandingkan dengan evolusi dunia ini.
Pencetus Ketamadunan
Suatu ketika dahulu orang Melayu sudah mendahului bangsa lain dimuka bumi ini dalam ketamadunannya. Meraka bahkan menjadi “pioneer” kepada teknoloji awal yang kini hanya tinggal sebagai peninggalan purba yang bertebaran dimuka bumi. Orang Melayu dahulu adalah Melayu dalam semua segi, mereka adalah pemerintah yang berkuasa, pengembara maritim yang cekap dan telah lama mendominasi manusia lain sebagai orang bawahannya. Orang Melayu telah meninggalkan “legacy” keilmuan dan teknoloji kepada manusia lain sehingga mereka dikenali sebagai BAPA KETAMADUNAN dan menjadi sumber inspirasi kepada manusia dimuka bumi ini.

Terbukti dalam banyak perkara Melayu disalah ertikan dan di hilangkan sejarahnya kerana tiada kefahaman tulin akan sejarah Melayu. Selain daripada itu ada manusia lain yang berkomplot menjatuhkan Melayu kerana sifat kemanusian yang tebal dengan nafsu ingin menakluki Melayu secara biadab dan sanggup melakukan pemupusan secara global agar Melayu tiada lagi boleh menghukum mereka dan menghancurkan mereka.

Melayu adalah orang yang tinggi hemah dan budi pekerti serta beradap sopan. Oleh kerana kebaikan dan ketulinan hati mereka untuk membantu manusia, kebanyakan dari mereka akhirnya tertipu dan dianiaya sehingga ketamadunan mereka runtuh akibat angkara manusia yang cemburu dan ingin memiliki apa yang ada pada Melayu. Segala manuskrip dan koleksi arkib mengenai Melayu kini disorok dan diubah akan faktanya sehingga tiada lagi yang dapat mengesan akan sejarahnya yang sebenar. Ini semua sudah berlanjutan beribu tahun sehingga kini tiada lagi cerita mengenai Melayu hanya serpihan-serpihan manuskrip yang telah pudar dan sukar dibaca serta difahami kerana orang Melayu kini telah hilang kunci serta kod-kod bahasa asal yang membolehkan mereka mencungkil kembali kegemilangan Melayu.

Selain daripada itu, telah banyak doktrin bangsa lain menerapi pemikiran orang Melayu sehingga orang Melayu berubah sifatnya dan menjadi bangsa yang hanya tinggal sarung sahaja isinya tiada. Ini adalah fakta yang nyata jika kita lihat sekeliling kita, lihat akan perubahan yang berlaku diatas kehidupan orang Melayu sekarang yang telah hilang kemelayuannya akibat beribu tahun dituba dengan doktrin yang menghilangkan identiti Melayu dan menjadikan mereka bangsa yang lemah dan tiada harga diri. Jika dibandingkan dengan nenek moyang orang Melayu, mereka adalah penakluk yang hebat, pemilik ilmu dan kesaktian yang hebat. Tiada perlu kita mengungkit akan fakta ini atau memperdebatkannya kerana banyak bukti yang ada cukup untuk menunjukkan kebenarannya walaupun hanya serpihan atau koleksi yang tidak lengkap namun hakikatnya Melayu tetap Melayu dan jika anak cucu yang ada berketurunan Melayu dan darah Melayu mengalir ditubuhnya maka mereka akan tahu dan merasai kehebatan Melayu pada dirinya. Hanya Melayu merasai dirinya Melayu.
Tidak Melayu Hilang Didunia.
Kata sakti yang menjadi kekebalan orang Melayu ini adalah idiom yang melambangkan pemikiran Melayu. Melayu sebagai Alam Dunia Pemikiran, “the World of Malay Mind”, bukan Melayu pada kulit, pada makan, pada kebudayaan dan bukan pada bahasanya. Semuanya ini adalah pakaiannya sahaja. Melayu sudah melepasi ketamadunan dunia yang serba terbatas dan sempit ini.

Inilah pati atau inti Melayu yang menjadi perisai dirinya. Melayu dalam ertika orang adalah tubuhnya sahaja atau pakaiannya diatas dunia. Melayu bukan berdiri diatas orang, bukan diatas budaya yang bersandarkan tubuhnya, itu hanya “extension” kepada naluri Melayu yang menyalurkan dirinya pada kemanusiaannya. Melayu bukan dilihat pada bahasanya, pada makannya, pada gerak sehariannya. Melayu itu alam dunia pemikiran yang menembusi alam fizikal yang tertera ini. Melayu tiada boleh diertikan sebagai orang kerana orang itu sarungannya dan sarung tiada semestinya berupa seperti yang dilihat oleh mata kita, ianya boleh disarungkan kepada b angsa lain walaupuhn fizikalnya bukan seperti orang Melayu. Inilah kekeliruan orang Melayu dan bangsa lain yang cuba memberi identiti Melayu itu diatas takrif pemikiran mereka yang lemah dan tiada berasas.

Memahami Melayu dalam hakikatnya adalah suatu yang tiada mungkin terbongkar rahsianya kerana untuk mengenali Melayu lebih “intim” ianya bukan setakat mengenal Melayu pada zahir atau sarungnya tetapi menyelami alam dunia pemikiran Melayu itu sendiri yang mana kesan penzahiran pemikiran Melayu terbukti kepada kebudayaannya serta keilmuannya yang melangkaui akan pemikiran manusia yang ada dimuka bumi ini. Melayu itu sungguh ajaib dan dunia Melayu merangkumi apa yang nyata dan termasuk yang ghaib. Jajahan Melayu tiada terhad kepada geografi dunia nyata sahaja, ianya merangkumi keseluruhan alam iaitu nyata dan ghaib.

Ramai yang tiada mengetahui akan keajaiban dunia Melayu. Rata-rata bagi kebanyakan dari kita hanya mengenal Melayu sebagai penduduk bumi yang memiliki persamaan ciri yang dikatakan Melayu samada budaya atau bahasanya sahaja. Ini masih kecil dan masih belum kuat kenyataan atas Melayu itu. Melayu merangkumi sekelian penduduk di alam nyata dan juga penduduk alam ghaib. Kesinambungan alam Melayu itu dari nyata hingga ke ghaib adalah kenyataan yang ramai diantara kita tiada boleh terima kerana disangkanya Melayu hanya sebilangan manusia yang mendiami satu lokasi geografi sahaja tetapi tiada pernah terlintas bahawa jajahan Melayu itu teramat luas serta melepasi kepada alam ghaib. Tiada perlu bukti diturunkan disini untuk mengukuhkan kenyataan ini kerana kita tahu dan ramai orang Melayu tahu bahawa diantara manusia nyata dan ghaib sudah lama ada perhubungan dan telah ada kerjasama ataupun bantuan dihulurkan oleh Melayu yang ghaib kepada Melayu yang nyata sejak dahulu lagi. Inilah yang hendak dipertengahkan kepada orang Melayu yang ada agar sedar bahawa Alam Melayu bukan hanya sekadar yang nyata ini sahaja bahkan meliputi yang ghaib juga.
Arahtuju Melayu
Kemanakah arahtuju Melayu kalau tidak kepada anak cucunya. Kita orang Melayu bangsa yang tidak mementingkan diri sendiri tetapi menilik jauh akan nasib keturunan kita. Melayu berharta untuk anak cucunya, mencari rezeki untuk anak cucunya bukan untuk kepentingan dirinya sendiri.

Jangan kita lari dari teras ini kerana ianya satu perjuangan kesinambungan keturunan Melayu dan ertikata Melayu itu sendiri “TIDAK MELAYU HILANG DIDUNIA”. Jangan ada Melayu yang beralih kepada fahaman bangsa asing yang tak sama pendiriannnya. Inilah identiti yang membentuk teras Melayu dalam kemanusiaannya. Orang Melayu adalah orang yang prihatin diatas tanggungjawabnya sebagai pemimpin dan penentu nasib keluarganya. Orang Melayu mesti memahami dan memegang akan fahaman ini kerana ianya adalah teras Melayu itu sendiri. Ianya adalah wajib bagi Melayu. Tiada Melayu akan lari dari teras dirinya yang dikatakan “tiada kepentingan dirinya sendiri” hanya ingin melihat anak cucunya terjamin akan masa depan dan memiliki kehidupan yang jauh lebih baik dari apa yang ada pada dirinya sekarang.

Ideologi ini adalah teras kita dan menjadi tata acara kehidupan dan tanggungjawab kita dan mestilah dihormati dan dijadikan piagam dan bendera perjuangan kehidupan kita. Dimana kita berada hendaklah kita perjuangkan dan kekalkan teras ini agar sebati didalam diri kita serta menjadi contoh kepada generasi baru agar kesinambungan piagam ini tetap berkekalan sehingga Melayu kiamat dari dunia ini. Maka inilah yang dikatakan perjuangan kita sebagai orang Melayu yang berlandaskan teras ini. Maka hendak semua yang ada, sekelian anak cucu berketurunan Melayu berjuang diatas landasan ini didalam kehidupan seharian mereka. Jangan hanya ianya menjadi logo pertempuran sosial atau perebutan kuasa sahaja.

Teras Melayu
Memahami akan erti teras ini sebenarnya adalah pegangan suci dan perjuangan yang abadi kerana ianya bersangkut paut akan etika Melayu yang menjadi hidup akan Melayu itu diatas bumi ini dan menjadikan ia satu haluan dan arah panduan kepada orang Melayu agar tiada sekali-kali alpa akan dirinya selagi bernyawa dimuka bumi ini. Kita Melayu berpegang kepada pepatah ini “HIDUP BIAR BERGUNA, MATI BIAR BERJASA”. Maka hendaklah pertama-tama difahamkan bahawa berguna Melayu itu diatas anak cucunya termasuk sekelian warga Melayu dan keduanya berjasa pada anak cucunya jua dan sekelian warga Melayu. Selagi hidup orang Melayu dilayar kehidupan bumi ini hanya bekerja untuk mengaut keuntungan diri sendiri tanpa prihatin keatas warga Melayu yang lain dan sanggup hidup dalam kemewahan sementara warga Melayu yang lain ditimpa kemiskinan, selagi tiada kesedaran diatas teras Melayu tadi maka orang Melayu sudah tergelincir dari terasnya sendiri. Begitu juga dalam fahaman kehidupan yang berlandaskan agama, selagi masih berkira-kira akan fahaman tadi maka orang Melayu masih lagi jahil akan ketuhanannya dan masih lagi primitif dalam ideologi atau falsafah kehidupannya walaupun dirinya fizikalnya orang Melayu.

Harus kita orang Melayu mengambil berat akan teras kita sebagai Melayu kerana inilah pegangan kita dan jalan kehidupan kita sebagai Melayu diatas bumi ini. Jika kita alpa dan sudah lupa siapa diri kita alamat orang Melayu sudah hampir pupus dan kelak hilang Melayunya hanya yang tinggal sarungnya jua yang tiada memberi apa makna pada dirinya sebagai orang Melayu. Jika benar kita menegakkan nasib bangsa Melayu maka marilah kita duduk sejenak dan tilik diri sendiri, benarkah kita Melayu atau sarung sahaja Melayu?. Fikirlah dan selidiklah akan diri sendiri. Lihatlah diri dicermin. Pastikan kita Melayu.
Perjuangan Melayu
Perjuangan Melayu tidaklah hanya semestinya berlandaskan satu parti atau satu pihak sahaja. Ianya adalah hak orang Melayu itu sendiri samaada ianya perseorangan atau sebagai satu kumpulan. Apa yang penting adalah manifesto perjuangan itu tidak lari dari teras bangsa Melayu dan peradabannya yang telah terserlah kehebatannya sejak berkurun di rantau ini. Melayu sudah lama mendominasi dunia dengan ketamadunannya walaupun segilintir yang akur akan fakta ini. Beribu tahun dahulu kita orang Melayu adalah pencetus tamadun dan peradaban kemanusiaan. Orang Melayu telah membina empayarnya diatas dunia ini jauh lebih lama sebelum bangsa lain mengenali apa itu ketamadunan. Tidak perlu mengidentitikan Melayu sebagai bangsa yang baru atau yang masih perlu belajar. Kita orang Melayu sudah lama diatas bumi ini.

Inilah perjuangan kita sebagai keturunan Melayu ingin mengembalikan zaman kegemilangan Melayu sebelum ini yang telah terbukti kehebatannya sebagai penguasa alam maya ini dan menjadi pahlawan yang gagah berani penegak dharma suci kebenaran sejati. Kita juga telah mereka cipta pelbagai ciptaan dari segala sudut tamadun yang menjadi kegunaan manusia dalam kehidupan mereka. Melayu juga adalah pemegang ilmu ketuhanan dan pelapis kepada ujudnya agama didunia ini dan merupakan pendita yang hebat dan termasyur diseluruh pelusuk dunia.

Inilah perjuangan kita mengembalikan kegemilangan keturunan kita dan wajib kita memartabatkan kembali status kita sebagai anak cucu Melayu yang masih belum lagi pupus dan masih lagi dapat bangkit dan memakmurkan dunia ini dengan sifat keMELAYUan kita. Inilah harapan perjuangan dan sebab kenapa Melayu harus sedar dan bangun dari ilusi penjajah selama ini yang mendominasi dan meracunkan pemikiran orang Melayu sedangkan adat resam Melayu jauh lebih halus dan lebih sopan dari mereka yang ada di dunia ini. Melayu harus tahu, Melayu harus alihkan kefahaman mereka kepada sesuatu yang lebih “subtle” sesuatu yang boleh membawa mereka kepada asal kejadian dan sebab kenapa Melayu ujud di muka bumi ini, bukan seperti yang diajarkan dan didoktrinkan tetapi atas rasa dan kesedaran tulin yang selama ini terpendam dalam hati dan naluri orang Melayu sendiri yang sekian lama terbenam ditelan zaman.

Mengenal Melayu di prasana dunia adalah suatu manifesto bagi orang melayu kerana sayang kita sudah jadi orang Melayu tetapi masih belum dapat jadi Melayu. Inilah fakta hakikat Melayu yang harus ditimbulkan dan diapungkan di ruang minda orang Melayu sekarang ini agar kita tiada menjadi hamba kepada sesiapa di dunia melainkan kembali menjadi rakyat Melayu dan kembali mengenal siapa Raja kita kerana Melayu tiada pernah menjadi hamba, hanya rakyat yang taat setia. Inilah sumpah Melayu yang sebenarnya “selagi hayat dikandung Bunia, takkan Melayu hilang diDunia”. Kembalilah wahai warga Melayu kepada sumpah setia taat kepada Raja. Melayu beraja maka wajiblah kekalkan identiti ini selagi kita bernama orang Melayu.
Melayu Beraja
Inilah susur galur Melayu yang menurunkan bangsanya sebagai bangsa yang pertama di bumi ini sebagai kuasa pemerintah yang menguasai dunia. Menjadi adat kita orang Melayu beraja kerana hirarki ini adalah hirarki yang menjadi tunjang peradaban Melayu dan menjadi cara hidup Melayu yang sejati. Ada Raja ada rakyat, ada rakyat adalah Raja. Melayu mesti beraja dan Raja mesti mempunyai rakyat kerana jika tiada salah satu daripada ini maka sumbanglah Melayu itu. Fakta ini tertera dalam sejarah Melayu sepertimana di perkatakan dalam bicara Sang Nila Atama dan Demang Lebar Daun. Kita orang Melayu harus menyedari akan hakikat kemelayuan kita kerana tanpa mengetahui hakikat ini orang Melayu akan mudah terpengaruh akan dogma dan doktrin yang berlandaskan ketuanan dan kehambaan yang menjatuhkan martabat kita sebagai orang Melayu. Melayu tiada pernah menjadi hamba dan jangan sesekali jatuh martabat kita sehingga menjadi hina sebagai hamba. Melayu beraja maka Melayu adalah rakyat dan bukan hamba.

Setiap dogma atau doktrin yang ada hanya semata-mata untuk melarikan akidah kemelayuan kepada suatu teras peradaban yang barbar dan kasar dan tiada mempunyai asas kemuliaan pada sifatnya iaitu tiada adat yang tinggi nilainya dan sopan santun yang menjadi penghormatan dirinya diatas dunia ini. Orang Melayu begitu mudah menjual adatnya dan sanggup mengikut adat orang barbar dan sanggup menjual anaknya kepada budaya yang tiada nilai peri kemanusiaannya. Ini adalah sesuatu yang patut kita fikirkan jika kita benar Melayu. Orang lain boleh mengambil hak kita sebagai Melayu dan kita tanpa berfikir panjang tunduk pada mereka tanpa melihat lebih jauh akan kesannya pada keturunan kita sebagai Melayu.

Oleh itu kita wajib merasai diri kita samaada kita benar faham erti Melayu beraja, samada ianya hanya satu tanggapan atau satu rukun yang hanya wajib dipercayai atas pembentukan sosial sahaja atau benar kita Melayu hakikatnya beraja. Mengapa begitu penting untuk kita menyedari hakikat ini? Selagi Melayu wajib beraja. Ini fakta, dan fakta ini adalah hakikat Melayu. Melayu tiada boleh lari dari pati kejadiannya, tiada boleh mengubah sesuatu yang telah ada ketetapannya sejak azali. Ini adalah sumpah bukan kata lidah yang menjadi ucapan suci sahaja bahkan ianya adalah perjanjian dalam pengujudan Melayu di alam maya ini.

Ramai orang Melayu tiada pernah didedahkan pada fakta sebegini rupa kerana ramai yang tiada mengetahui akan hakikat ini. Orang Melayu yang ada hanya berpandukan rujukan bangsa lain dan bacaan yang dikarang oleh mereka yang bukan Melayu. Melayu itu melebihi diatas segala apa yang disangkakan. Bangsa lain telah lama mengenali melayu dan adalah menjadi hasrat mereka agar Melayu ini dihapuskan identitinya supaya mereka dapat bermaharalela dimuka bumi ini tanpa mengikut dharma suci kebenaran sejati. Mereka mengenalkan konsep dan meniupkan dogma yang menjadikan Melayu lumpuh akalnya dan hilang pendiriannya serta buta pada hakikat dirinya melainkan apa yang disuruh pelajari dan dikenali sahaja. Segalanya disusun oleh komplot-komplot yang ingin melihat Melayu pupus dari muka bumi ini untuk selama-lamanya. Inilah kebenaran Melayu yang kini semakin nipis pada anak cucu yang ada sekarang ini.

Orang Melayu tiada diberi peluang untuk menyingkap sejarah mereka kerana banyak fatwa dikeluarkan semata-mata untuk mengalih pandangan orang Melayu kepada ajaran bangsa lain yang tiada memahami akan erti Melayu. Bangsa lain adalah asalnya jahil sedangkan Melayu asalnya penuh kegemilangan dan penuh dengan episod-episod kemasyuran dan sejarah peninggalan yang menakjubkan. Kenapa Melayu begitu dengki dan berdendam dengan bangsanya sendiri? Ini adalah hasutan dan bisikan bangsa yang jahil yang melumpuhkan nilai murni Melayu dan digantikan dengan nilai mereka yang jauh rendah mutu nilai kebudayaannya. Selagi kita Melayu tiada sedar akan jarum yang dimasukkan kedalam nilai kemelayuan kita nescaya kita sebagai orang Melayu hanya akan rugi dan akhirnya menjadi hamba kepada bangsa yang jahil dimuka bumi ini.

Dimana Raja kita? Sebagai Melayu kita mesti beraja dan Raja Melayu hanya satu sahaja. Hanya Dialah Raja yang menjadi payung naungan rakyat Melayu. Memahami akan ertikata Melayu dan memahami akan ertikata Raja Melayu membawa kita kepada pendaulatan dan pemasyuran akan kembalinya Melayu sebagai bangsa berdaulat diatas tanah Melayu sendiri. Ini perjanjian purba yang menjadi sebab kenapa ujudnya Melayu dibumi ini. Ia bukanlah satu kejadian yang rawak dan tiada mempunyai halatuju dan sebab yang konkrit. Setiap apa yang dijadikan dialam ini mempunyai fungsi masing-masing samaada ianya datang dari mula yang baik atau mula yang jahat. Raja Melayu adalah simbol kehadiran dan kewujudan Melayu itu sendiri diatas muka bumi ini. Hanya segelintir sahaja yang benar-benar berajakan Raja Melayu, yang lain hanya ikut-ikut sahaja tanpa mengetahui siapakah Raja Melayu yang sebenarnya dan apakah tugasnya menjadi tunggak Melayu. Raja Melayu adalah satu-satunya Raja yang ada dialam ini. Dialah penegak dharma suci kebenaran sejati. Dialah sebab turunnya Melayu kemuka bumi ini sebagai rakyatnya, sebagai ganti dirinya menjadi pembela dharma, penegak kebenaran, menghukum kejahilan dan mereka yang merusakkan bumi ini dan memperhambakan manusia lain untuk kepentingan bangsanya atau dirinya. Inilah sebab kita Melayu beraja dan sebab kita Melayu ada.

Memahami Melayu tanpa mengenal Rajanya adalah mengenal malam tanpa mengenal siang. Mengenal Raja Melayu mengenal akan hakikatnya kita sebagai orang Melayu. Raja itulah kuasa pemerintahan dan penaung akan seluruh warga Melayu Dunia dan Bunia. Mereka yang tiada pernah mengenali akan dirinya sebagai Melayu sudah tentu tiada akan memahami akan apa yang tertulis disini. Oleh itu wajiblah kita orang Melayu mengenal diri kita sendiri dan memahami hakikat Melayu itu apa. Barulah sempurna pengenalan kita akan ertikata Melayu dan kenal asal usul kita dan kenal sejarah kita dan akhirnya kenal akan fitrah kita sebagai Melayu.
Fitrah Melayu
Fitrah Melayu adalah termaktub dalam kanun “enactment” perlembagaan pembentukan zuriat Melayu dan kesinambungannya kepada tubuhnya orang Melayu. Ini adalah manifesto perlembagaan Melayu serta adat susilanya dan modus operandinya sebagai “intelligent” yang mewarisi titah Raja Melayu dizaman pembukaan kehidupan Melayu sebagai manusia di muka bumi ini. Fitrah Melayu adalah sesuatu yang sudah termaktub dan tiada boleh diubah. Inilah manifesto Melayu itu sendiri dan tiada sesiapa dari warga Melayu samada ghaib ataupun nyata boleh engkar dan derhaka diatas “enactment” ini kerana sesiapa warga Melayu yang melanggar etika ini akan mengalami kehancuran diri sendiri. Maka sesiapa yang memahaminya maka tiada sesiapa yang dapat mengubah fitrahnya dan selagi dia orang Melayu maka terikat dia dengan sumpah taat setia dan perjanjian dengan Raja Melayu yang menurunkan keturunannya dimuka bumi ini.

Mereka yang merendahkan dirinya dan berusaha kearah fitrahnya maka dia akan mendapat bukti yang kukuh akan kepercayaannya sebagai orang Melayu yang dimuliakan dan diiktirafkan sebagai kuasa pemerintahan di alam maya ini. Semoga orang Melayu yang ada segera kembali menjadi Melayu agar fitrahnya dapat dipulihkan dan dapat memulangkan amanahnya dan menjalankan tugasnya sebagai penegak dharma suci kebenaran sejati.

Bangsa Melayu
Definasi bangsa dalam bentuk “secular” lebih menitikberatkan kepada fizikal dan jalur kebudayaan yang berasakan kepada ras fizikal atau etniknya sahaja, sedangkan pengertian bangsa yang kita kehendaki itu lebih meluas kepada keturunan yang mengikut jalur ras “intelligent” atau spesis yang mendiami bumi ini sebagai contohnya bangsa Jin dan bangsa Manusia yang merupaka dua bangsa yang berlainan spesisnya. Jika dibangsakan Melayu dalam ertinya Melayu sebagai spesis ras dan etnik manusia dan tidak berbangsa Jin, maka takrif ini terlalu sempit jika hendak kita beri tanggapan bangsa keatas bangsa Melayu disini. Jika dibandingkan dengan ras etnik yang lain, kita boleh tetapkan definasi ini sebagai ketetapannya, tetapi tidak boleh di katalogkan bangsa Melayu serupa dengan ras dan etnik manusia yang lain. Maka haruslah kita beri kelonggaran kepada pembahasaan dan perkataan “bangsa” itu agar ianya dapat meliputi erti “bangsa Melayu” yang luas termasuk kepelbagaian spesis dalam ertikata yang lain, bangsa Melayu itu adalah termasuk Jin dan Manusia serta spesis yang lain seperti dewa atau orang kahyangan.

Ada beberapa tanggapan yang mengatakan Melayu itu bukan bangsa kerana bangsa bukan ditakrifkan sebagai ras tetapi ianya lebih sinonim dengan perkataan “commonwealth” dan Melayu adalah ahli kesatuan “commonwealth’. Inilah yang dikatakan erti bangsa Melayu disini yang mana ianya tidak dapat dirumuskan dalam kepustakaan bahasa atau pola strata bahasa yang dikamuskan. Bangsa Melayu adalah satu “commonwealth” yang meliputi kepelbahagaian spesis bangsa iaitu manusia, jin dan dewa. Maka kita sebagai orang Melayu harus memahami akan pendekatan ini, dimana ianya membawa kita kepada silatulrohim yang terjalin secara semulajadi diantara spesis-spesis yang menjadikan bangsa Melayu satu “commonwealth”. Inilah takrif bangsa Melayu dan inilah juga ketetapan didalam mengertikan Melayu sebagai satu bangsa.
Bahasa Melayu
Jika dikatakan bahasa menunjukkan bangsa, maka rasanya ramai kita orang Melayu tidak memahaminya kerana kefahaman yang sedia ada hanya berlegar disekitar ras dan kumpulan etnik yang disempitkan dengan lokasi geografi bumi ini sementara bangsa yang dikatakan sebagai bangsa Melayu itu bertutur dalam bahasa Melayu tiada kira spesisnya atau alamnya. Semua bertutur dengan bahasa Melayu tiada kira apa spesisnya.

Kajian bahasa yang dilakukan keatas bahasa Melayu dalam “lisan dan tulisan” seperti yang dikamuskan dalam kepustakaan bahasa Melayu memperlihatkan kepada kita suatu “terminology” yang datang dari campuran bahasa bangsa lain atau dialihkan kepada bahasa Melayu serta proses asimilasi bahasa asing kedalam kepustakaan bahasa Melayu. Lantas ramai diantara kita hilang pengetahuan tentang kunci bahasa Melayu dan tiada tahu akan asal bahasa Melayu itu. Bahasa Melayu telah banyak berubah dan mengalami transformasi dalam tulisan dan pertuturannya kerana bahasa Melayu adalah bahasa yang kuno atau terlalu lama dalan sejarah pembentukannya.

Bagi ahli “scholar” mereka hanya mengikuti rutin pengilmiahan yang dipelajari dalam bidang akademik seperti “linguistic” serta penekanan keatas cara kajian bahasa yang sedia ada. Memang kesemua metodik yang membawa kepada kajian bahasa berdasarkan logika dan hasil kajian yang konkrit namun tiada dapat dinafikan masih banyak lagi ruang “linguistic” yang boleh di”annex”kan. Jelas dalam hal ini bahasa Melayu yang diperkatakan merupakan satu penambahan kefahaman dari yang sedia ada.

Kefahaman disini adalah pendekatan kepada bahasa Melayu yang telah lama hilang dari kamus kepustakaan kita atau kesedaran akan bahasa yang sedia ada tetapi tiada disedari akan kehadirannya. Bahasa Melayu adalah bahasa yang merangkumi bahasa spesis lain seperti bahasa Hantu dan bahasa Dewa yang mana ianya juga termasuk dalam keluarga bahasa Melayu. Selain daripada itu bahasa melayu digunapakai oleh bangsa lain sehingga beranggapan bahawa bahasa bangsa itu adalah bahasa bangsanya yang asli sedangkan hakikatnya bahasa itu adalah bahasa yang diciplak dari bahasa Melayu seperti bahasa Sanskrit dan Tamil yang asas bunyi dan tulisannya merupakan bahasa Melayu asal atau bahasa yang diperkenalkan oleh bangsa Melayu kuno tetapi akhirnya berpindah menjadi bahasa bangsa India. Banyak diantara perkatan yang ada didalam bahasa mereka tiada dapat diertikan atau paham akan maksudnya, cuma ramai yang tiada mengetahui akan hakikat fakta ini. Hanya Melayu sahaja yang mengetahui akan maksud perkataan mereka namun kerana tiada pengetahuan keatas kepustakaan bahasa itu maka Melayu tidak prihatin keatasnya bahkan mengaku pula bahasa Melayu itu berasal dari bahasa sanskrit atau Tamil.

Bahasa Melayu juga dikatakan sebagai bahasa ghaib atau bahasa sakti yang memberi dasar kepada mantra atau ayat suci yang mampu membangkitkan kuasa ghaib jika disusun mengikut tatacaranya yang betul. Ucapan-ucapan sakti yang sering kita dengar sebenarnya adalah ucapan dengan menggunakan kata dasar atau bunyi Melayu. Ramai yang tiada mengetahui akan hakikat ini kerana ramai orang Melayu yang ada tiada lagi menggunakannya sebagai kata penggantar mantra kerana telah diganti dengan bahasa yang lain. Walau apa jua mantera yang digunakan oleh sesiapa jua tiada kira bangsa ianya tetap menggunakan bunyi dasar Melayu kerana jika tidak, mantra yang dibaca tiada menjadi apa dan tiada kesaktiannya.

Banyak lagi pengetahuan tentang kepustakaan bahasa Melayu yang telah hilang dari ingatan orang Melayu kerana orang Melayu sudah berubah dari nilai kemelayuannya. Jika hendak dipaparkan akan keistimewaan bahasa Melayu maka kita harus kembalikan masa yang ada kepada suatu zaman yang lampau dimana ketika itu hanya ada satu bahasa sahaja “one tounge” atau satu bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu.

Dalam sejarah kuno atau mitos Babylon terdapat sebuah kisah yang menceritakan mengenai “The tower of Babel” yang dibina oleh Nimrod, Raja Babylon untuk sampai ke langit kerana hendak melancarkan serangan untuk menakluk para dewa. Menara yang dibina dari bata itu dibina 600,000 rakyatnya yang dibina dalam tempoh setahun dan menjulang tinggi sehingga mencecah langit. Dari sana tentera Nimrod menyerang memanah langit dan ramai yang luka dan cedera apabila kembali turun kebawah. Apabila menara itu hampir siap pembinaannya, Sang Hyang telah menghantar 70 malaikat untuk mengelirukan bahasa pekerja sehingga berlaku pertelingkahan sesama mereka. Akibat dari pertelingkahan itu, berlaku peperangan dan akibatnya ada diantara mereka bertukar bentuk menjadi berok (apes) dan jin (demons) dan akhirnya berkeliaran keseluruh pelusuk bumi. Dikatakan 1/3 bangunan tenggelam, 1/3 lagi terbakar dan 1/3 lagi tinggal sebagai sisa menara itu. Sesiapa yang melalui kawasan tersebut akan hilang ingatan selamanya. Tradisi Babil menamakannya BIRS-NIMRUD di Borsippa sebagai tempat asalnya. Kisah ini menjadi cetusan inspirasi kepada penduduk nomad dan mereka yang mendiami kota-kota di Babylon dan juga kisah yang sama boleh dikesan dikalangan pribumi lain seperti di Afrika, Asia Timur dan juga Mexico.

Lanjutan dari kisah Babylon tadi, terdapat juga dalam “Bible” yang memaparkan gambaran yang sama, didalam Genesis 11:1-9 “ Dan dunia ketika itu adalah satu bahasa, satu pertuturan hinggalah suatu ketika, mereka mengembara dari Timur dan menjumpai dataran di tanah Shinar, maka merekapun bermaustatin disitu. Lalu mereka berkata sesama sendiri, marilah kita mencari tanah liat dan membakarnya, maka mereka mendapatkan bata dan sejenis lendir sebagai pelekatnya atau simen. Dan mereka berkata lagi, marilah kita bina bandar dan menara yang puncaknya mencecah langit, marilah kita buatkan nama untuk kita dan marilah kita membiak dan menghuni seluruh pelusuk bumi. Dan Sang Hyang turun ke bumi dan melihat bandar dan menara yang dibina oleh manusia dan dia berkata “lihatlah manusia itu satu dan bahasanya satu dan lihat apa yang dilakukan oleh mereka dan tiada yang menghalang kehendak mereka. Marilah kita turun dan kita kelirukan bahasa mereka agar mereka tiada memahami sesama mereka. Maka Sang Hyang memisahkan manusia supaya bertaburan dan meninggalkan tempat asal mereka. Maka ujudlah nama BABEL kerana Sang Hyang mengelirukan bahasa manusia dan memisahkan manusia bertaburan keseluruh pelusuk bumi.

Kita lihat kesamaan rekod sejarah “archaic” yang mengambarkan suatu masa dimana bahasa manusia ketika itu hanyalah satu bahasa dan satu pertuturan. Satu bahasa ini dinamakan solex-mal dan simbolnya seperti dibawah

(simbol Solex-Mal tidak dapat di nyatakan pada page ini di atas kejahilan saya untuk transfer image - masih pada peringkat mempelajari tekniknya. Harap maaf - Malenka Sri Elang)

This is the symbol of the Solex-Mal, the Solar or Mother Tongue, the universal language of all mankind. This language was the original tongue once spoken on Earth by all people. It is a symbolic, pictographic language.

Simbol solex-mal dalam bentuk “pictographic language” ini yang ditafsirkan sebagai “Solar” atau “Mother Tongue” bahasa universal kepada semua manusia. Bahasa ini adalah bahasa asal manusia yang pada suatu ketika ditutur dibumi oleh semua manusia. Pakar linguist dan anthropologi bahawa suatu masa dahulu hanya ada satu bahasa dan dari satu bahasa ini ujud bahasa lain seperti sepohon kayu dengan puluhan rantingnya. Jika dilihat dari atas akan kelihatn puluhan ranting-ranting dan jika kita lihat bahagian bawah ranting itu hanya dua atau tiga dahan besar sehinggalah kita lihat satu batang pokok sebagai dasarnya. Ahli sains mendapati bahawa bahasa dunia ini berasal dari dua tiga cabang besar tetapi masih tiada dapat menemukan bahasa awal yang pertama yang menjadi ibu bahasa manusia. Semua bahasa dan pertuturan manusia berasal dari bahasa itu. Bahasa awal ini tidak lain adalah bahasa Melayu dipembentukan awal ketamadunan manusia dibumi ini.

Solex-mal dikatakan juga sebagai “Solar language” dikaitkan dengan dinasti solar atau budaya solar dimana ianya berkait dengan gulungan dewa yang memerintah bumi ini suatu ketika dahulu. Solex-mal adalah sebutan dalam bunti Sepanyol sedangkan asalnya adalah berkait dengan bahasa pertuturan yang pertama maka ianya berkait langsung dengan bahasa dewa dan berkait dengan Melayu. Maka solex-mal lebih tepat jika dikatakan Bahasa Ibunda iaitu bahasa Melayu.

Solex-Mal means, simply, Solar Tongue. The word Mal has come down to us from the dim past and is still used in certain languages of our Earth.

Ramai pakar linguistic atau antropologi tiada dapat memberi bukti yang kukuh diatas kajian mereka dalam mengklasifasikan struktur kata dan bahasa kuno kerana mereka sendiri tiada dapat memberi bukti yang konkrit kerana kekurangan bahan rujukan yang ada di kepustakaan bahasa dunia lebih-lebih lagi bahasa “archaic” yang telah pupus kuncinya dari muka bumi ini. Yang tinggal hanya simbolik-simbolik yang tiada siapa memahaminya. Hanya yang memahami inskripsi secara simbolik mengetahui ertinya.

Eventually, dictionaries will not even be used, for the Solex-Mal is a symbolic, pictographic language. When reading it in written form, one interprets symbols instead of reading words. Therefore, a symbol will be understood by all whether they have ever seen the particular symbol before or not.

Diantara kepustakaan “archaic language” bahasa Senzar diperkatakan sebagai bahasa awal “the one language of the youth of humanity” kerana ia mengandungi koleksi simbol-simbol yang ditemui diseluruh dunia sejak dahulu. Kewujudan bahasa ini sudah lama terbentuk dizaman yang lampau iaitu di era pra-fizikal dan pra-intelektual ras manusia. Bahasa senzar ini tiada persamaan dengan bahasa biasa yang mana bahasa biasa manusia adalah hasil atau produk minda manusia sedangkan senzar adalah bahasa yang telah ujud sebelum minda manusia aktif. Didalam sejarah pembahasaan manusia dan pertuturan sebagai alat komunikasi yang mana kita lihat masa kini, senzar adalah bahasa simbolik yang digunakan dizaman lampau yang kedudukannya adalah pra-linguistik dan pra-logical. Tempat senzar bukanlah dalam kesedaran kemanusian tetapi didalam sub-kesedaran (subconscious) yang mana tiada mungkin boleh dikenali oleh manusia sekarang kerana ianya adalah bahasa purba yang hanya menjadi bentuk yang “irrational” sahaja sebagai contoh terdekat ialah bahasa mantra dan serapah yang jelas ianya mirip kepada kemelayuan kita yang masih sampai hari ini ujud dalam kepustakaan bahasa kita. Senzar adalah bahasa misteri zaman pre-historik yang kini hanya merupakan simbolik sahaja. Simbolik ini suatu ketika dahulu adalah ekspresi yang universal, bahasa yang satu membentuk pengetahuan yang satu.
Sejarah Melayu
Sejarah Melayu adalah sejarah jika mengikut “chronology sequence” adalah sejarah yang meliputi akan asal mula ujudnya makhluk dibumi ini hingga sekarang. Melayu pada peringkat awal bermula dengan era spesis yang berbeza fizikalnya dari yang ada sekarang. Mereka adalah spesis yang menjadi pemangkin kepada keturunan manusia kini dimana orang Melayu adalah dari susur galur mereka yang terhampir. Mereka adalah spesis yang turun kebumi, tidak dilahirkan dibumi berlainan dengan manusia yang lahir dari bumi. Melayu akhirnya hilang dari bumi ini dan ada diantara mereka telah bercampur dengan manusia bumi sehingga ujud manusia sekarang yang merupakan manusia “hybrid”.

Melayu dengan manusia amat rapat perkaitannya dan manusia pada hari ini adalah merupakan manusia “hybrid” dimana sebahagian dari diri manusia itu memiliki ciri kemelayuan hasil dari cantuman yang berlaku diantara dua spesis dimasa yang lampau. Ini adalah suatu fakta dan bukan andaian kerana ramai tidak menyedari betapa pentingnya isu Melayu ini dan perkaitannya dengan evolusi manusia. Tanpa Melayu manusia tidak mungkin sampai kepada tahap yang dicapainya kini samaada dari segi fizikal, mental atau keruhaniannya. Semua ini adalah kerana ujudnya Melayu. Dalam mengenal perbezaan antara Melayu dan Manusia boleh kita ertikan sebagai dua bangsa iaitu;

First race (MELAYU)= manifest completely law of spiritual. Life is based on spirituality, love and selflessness. No physical appetites, urges and passions to cast shadows on spirit. They control the natural force.

Second race (MANUSIA) = manifest law of material = consciousness completely identified with the body. They lived in primeval jungles, struggling with nature, each other and animals. They are the ancestor of the present-day man

Sebagaimana yang telah diketahui Melayu itu sebagai bangsa merangkumi pelbagai spesis termasuk gulungan para dewa. Dalam kepercayaan agama hindu ada menceritakan kewujudan gulungan dewa yang menjadi “protector” dan “benefactor” juga “spiritual guidance” untuk manusia dibumi. Bagi mereka spesis dewa ini adalah spesis makhluk tertinggi yang mana kehadiran mereka berkait langsung dengan kehidupan dibumi. Mereka memiliki kedudukan yang lebih tinggi dibandingkan dengan binatang ataupun manusia yang ada dibumi ini. Mereka meyakini bahawa seperti manusia, para dewa hidup dalam tatanan kerajaan seperti yang ada dibumi.

Dalam kepustakaan kesusastraan agama di rantau timur ini, nama dewa digunakan untuk menunjukkkan spesis makhluk yang selain daripada manusia. Mereka ini juga digelar “Dhayan Chohan” sebagai katatunjuk spesis yang tinggi berbanding dengan spesis lain yang rendah kejadiannya seperti jin, hantu ataupun makhluk alam ataupun makhluk buatan. Meskipun para dewa mempunyai hubungan dengan manusia namun kejadian para dewa ini sangat berbeza dengan manusia.

Gulungan para dewa inilah rangkaian spesis Melayu yang pertama. Para dewa ini adalah spesis Melayu. Para dewa inilah juga orang Melayu yang merupakan spesis pertama sebagaimana yang telah diterangkan. Rangkaian spesis ini berlanjutan turun temurun sampai masa kini dimana orang Melayu yang ada sekarang adalah titisan dan keturunan mereka ini. Ramai orang Melayu tiada menyedari akan fakta ini. Kita orang Melayu adalah dari berketurunan dewa.

(Bersambung)

Nota :
Antologi Sejarah & Pengenalan Asal Usul & Fitrah Melayu adalah buah fikiran asal milik Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo Mahasiddha manakala hamba, Malenka Sri Elang hanyalah seorang insan lemah yang dipertanggungjawabkan untuk memaparkan karya beliau untuk bacaan dan pengamatan saudara-saudari anak-anak bangsa Melayu. Ini merupakan bahagian asas pengenalan kepada satu bab huraian yang panjang. Jika di izinkan NYA... hamba akan menyambung paparan ini hingga ke titik noktahnya (jika ada). Terima kasih dan bukalah minda seluas-luas nya kerana Dunia Melayu tiada sempadan dan merupakan satu titisan kecil daripada kekuasaanNYA.
Sumber : http://kepustakaanmelayu.blogspot.com/p/antologi-sejarah-dan-pengenalan-kepada.html
Post a Comment